Seperti
yang dijanjikan, kami berkumpul di gelanggang badminton pada petang itu.
“Ramainya..
Ada kenduri ke kat sini?” Nazif bersuara. Yelah, tak pernah pulak ramai orang datang sini. Selalunya boleh kira dengan jari kaki ni hah.
“A’ah.
Kenduri tahlil untuk kau.” Sampuk Harris.
Aku dan
yang lain sudah ketawa mengekek.
“Dah
jom. Siapa nak lawan dengan aku?” Zaim bertanya.
“Krikk..Krikk..”
Celah Afiq apabila tiada siapa yang mahu berlawan badminton dengan Zaim.
“Tergamaknya
hatimu..” Zaim bersuara menyanyikan lagu Sampai Hatimu oleh kumpulan Spring.
“Poyolah
kau.” Sampuk Nazif.
“Weh,
macam mana kau boleh kenal Afiq?” Soalku pada Aina yang sedang duduk di luar
gelanggang badminton.
“Kami
kenal kat sinilah. Masa tu aku dengan kawan aku tengah main badminton. Lepas
main tu aku belilah air sekejap. Tengah khusyuk buka penutup botol tu, aku
terlanggar dia. Habis basah baju dia. Yang paling menyentan akulah, tengah
dahaga tapi air tumpah. Kosong. Menangis aku saat tu jugak.” Cerita Aina penuh
perasaan.
Aku
ketawa. Aina memang malas nak bawa air dari rumah. Suka sangat beli air. Tak
reti jimat betul mak buyong ni. Semenjak sekolah rendah lagi!
“Kau
pulak.. Macam mana boleh kenal Harris?”
“Aku
kenal dia masa aku kerja jadi cleaner.”
“Cleaner?”
“Hmm..
Kau kan tahu, aku suka buat sesuatu yang orang lain tak suka buat. Aku nak
merasa macam mana jadi cleaner. Jadi
orang susah.”
“Sekarang
pun jadi cleaner ke?”
“Tak.
Papa dengan abang aku halang. Lagipun, aku dah janji dengan dia orang yang aku
akan jadi cleaner dalam tempoh tiga
bulan. Lepas tiga bulan nanti, aku kerja kat syarikat keluarga aku.”
“Dah
lama juga aku tak jumpa keluarga kau kan? Nanti bawa aku jumpa dia orang eh.
Rindulah.” Aina mengenggam jemariku.
“Aku
okay aje. Kau tu hah. Minta kebenaran dulu.” Pesanku. Dah macam kaunselor rumah
tangga lah pulak!
“Hey
korang ni. Datang sini nak main badminton ke, nak bercerita?” Jerit Harris dari
dalam gelanggang.
“Dengkilah
tu. Jangan risaulah, Ris. Aku takkan buat bad
thing dekat girl kau ni.
Percayalah.”
“Hoi..”
Tegurku. Sejak bila pulak ni? Aina sekadar tersengih.
“Dah.
Jom lawan.”
Perlawanan
di mulai antara Zaim dan Najwa. Kemudian, Afiq dan Adibah. Diikuti Nazif dan Diyana.
Syiera tidak dapat turut serta kerana
dia perlu pulang ke kampung.
Akhir
sekali, antara aku dan Harris. Tidak sudah-sudah Hamqa memberi sokongan
kepadaku. Siap buat pasukan sorak lagi! Overlah
tu.
“Terima
sahajalah kekalahan kau, Ris. Kawan aku tu juara badminton berturut-turut tau.”
“Ehh, hello.
Kawan kita orang pun samalah.” Sampuk Afiq.
“Hey!
Kalau dari tadi bergaduh, bila masanya pulak kita orang nak mula?” Tanyaku
bercekak pinggang. Bising dowh!
“Okay..Okay..
Perlawanan akan dimulai. Siapa kalah, kena belanja tengok wayang petang ni. Amacam?”
Tanya Zaim.
“Setuju!”
Jerit mereka serentak. Aku dan Harris berpandangan.
Belanja
dia orang tengok wayang? Kopak duit aku. Aku mesti pastikan, aku akan menang
perlawanan ni. Target ku!
AKU
tersenyum memandang lelaki di hadapanku. Segak jugak mamat ni. Kenapalah baru sekarang yang aku nampak kekacakan sebenarnya?
“Wah
sedondon.” Pekik Aina membuatkan aku memandangnya.
“Apanya?”
Soalku kembali.
“Eh cik
kak. Korang ada temujanji ke lepas ni. Siap pakai baju sama lagi.”
Aku
memandang pakaianku. Biru gelap dengan seluar hitam. Aku memandang Harris
pulak. Biru gelap dengan seluar hitam. O’oh!
“Kebetulan..”
Jawabku perlahan. Macam mana boleh sama?
“Pasangan
bahagia.” Sampuk Afiq.
“Dah
jomlah.” Ajakku. Makin lama kat sini, makin senget pulak otak aku layan
mereka-mereka ni.
Kesemua
dua belas orang itu berjalan memasuki pawagam. Kami singgah di kaunter menjual
makanan untuk membeli makanan ringan dan minuman.
“Mummy.. Sini!” Panggil Hamqa. Dia sudah
duduk disebelah daddynya. Untuk tidak
menghampakan si anak, aku menurut. Aina disebelah kananku diikuti suaminya dan
yang lain.
Mata
kami memandang ke layar putih yang besar di hadapan kami. Sebuah cerita komedi
dibeli oleh si kalah. Nak tahu siapa? Harrislah. Tulah. Aina dah cakap,
menyerah kalah ajelah. Tapi dia tetap degil nak berlawan jugak. Kan dia juga
yang susah.
Perlawanan
yang dimenangi aku dengan 20-18 membuatkan aku senyum tak terkata. Seronok
bebenor. Yang lain juga seronok melihat cara permainan kami berdua. Dan yang
paling seronok mestilah Hamqa. Tak habis-habis memuji aku.
“Mummy, nak ikut..” Rengek Hamqa disaat
kami semua sudah keluar dari pawagam. Kenapa rasa macam sekejap sangat tengok
cerita tadi ek?
Aku
menghentikan langkahku. Kepala kupusing kebelakang. Memandang Hamqa yang
berdiri disebelah Harris.
Selepas
memandang Hamqa, aku memandang Harris pula. Dia menganggukkan kepalanya sambil
tersenyum kepadaku. Aku juga tersenyum dan memandang si kecil.
“Jom.”
Aku mendepakan tanganku kepada Hamqa.
Hamqa
menjerit keriangan apabila kehendaknya dituruti. Kami berjalan berpimpin tangan
menuju ke kedai buku.
“APA hubungan kau dengan Qash?” Soal Zaim
ketika mereka sedang membelek CD. Tak tahulah macam mana dorang ni boleh bertenggek kat kedai ni pulak. Tetibe aje boleh ada kat sini.
Harris
yang tengah memegang CD yang bertajuk ‘Running
Man’ terus memandang Zaim tatkala soalan itu diutarakan.
“Kau
tunggu ajelah kad kahwin dari dia orang nanti.” Jawab Afiq bagi pihak Harris.
Dia dan isterinya sudah mengetahui tentang isi sahabatnya itu semalam.
“Kau
serius ke bro?” Zaim menepuk bahu Harris.
CD di
tangan ku letakkan di tempatnya kembali. Aku memandang Afiq. Memang nak kena
mamat ni. Kan ke aku cakap ni rahsia kita.
“Sorry bro. Kan kita dah janji, tiada
rahsia antara kita.” Jawab Afiq yang seperti memahami apa yang bermain di benak
sahabatnya.
“Kenapa
ni? Storylah sama gua, bro.”
Aku dan
yang lain sudah keluar dari kedai menjual CD dan menuju ke deretan
pakaian-pakaian kasual lelaki. Agak lengang kedai pakaian itu membolehkan
mereka berbincang tanpa gangguan.
“Entahlah.
Aku confuse dengan perasaan aku.”
Introku.
“Apa
yang membuatkan kau confuse?”
Aku
mengeluh. “Korang tahukan aku tak pernah bercinta?”
“Mestilah.
Kau seorang aje yang tak ada pengalaman bercinta ni, beb.” Sampuk Nazif. Dia tahu kenapa, semenjak mengenali Harris ni, lelaki ini tidak suka bercinta. Mungkin kerana komitmen dia pada Hamqa kot.
“Memang
aku suka dia, tapi..”
“Tapi
kau takut dia tak punyai perasaan yang sama macam kau? Kau takut disakiti?”
“Atau
kau takut dikhianati?” Sambung Afiq.
Aku
hanya mendiamkan diri.
“Come on bro. Kau lelaki, dan kau harus
memulakannya dulu. Aku tahu apa yang kau rasa. Think positive.”
“Betul
tu, Fiq. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu kalau dia pun ada perasaan yang
sama macam kau jugak.” Celah Zaim.
“Kalau
tak?”
Afiq,
Zaim dan Nazif sama-sama mengeluh. “Think
positive, bro.” Jawab mereka serentak. Suara sudah meninggi.
“Tak
payahlah marah aku.” Gumam Harris.
“Bukan
marah. Gerammm...”
“Apa-apa
pun, kita orang selalu sokong kau dari belakang. Aku rasa harapan kau untuk
dapatkan cinta dia, berada di tahap yang tertinggi.”
“Maksudnya?”
“Look. Diakan mummy Hamqa dan Hamqa suka dia. Apa kata kau gunakan Hamqa, untuk
dekat dengan dia. Dan dengan tu, kau boleh terus serang dia.”
“Good Zif. Kau pun cooperate dengan dia, kan? Apa kata kau lambat-lambatkan kerjasama
korang tu.”
Aku berfikir sejenak. Tak salahke? Tapi tak nampak sangat
ke macam aku menggunakan Hamqa untuk kepentingan aku?
Harris
mengeluh seketika. “Okay. I’ll try my
best.” Ucapnya perlahan.
“Dan
yang selebihnya, kita orang akan sokong dari belakang.”
“Thanks kawan.”
“Apa
guna kawan kalau tak boleh membantu, kan?”
“HAMQA
suka tak, kalau mummy jadi mummy Hamqa yang sebenarnya?” Tanya Aina
pada Hamqa.
Aku
yang terkejut dengan soalan itu terus memandang Aina tajam. Perempuan itu sekadar
tersengih kepadaku.
“Mestilah
suka. Kenapa?”
“Sudah..
Kau tak payah ajar anak aku benda yang mengarut.” Marahku. Sesedap sos thai dia
aje.Kang nanti budak ni mintak yang pelik-pelik, naya aku kang.
“Sayang
dah cari buku belum?” Tanyaku kepada Hamqa.
“Dah.
Hamqa nak buku ni.” Budak lelaki itu menunjukkan dua buah buku berkaitan ABC
dan alif ba ta..
“Tak
nak tambah lagi?” Aku tengah baik hati nak belanja dia ni. Bukan senang tau nak
tengok aku belanja orang. Entah kenapalah kali ni hati aku terlalu baik dan
molek nak belanja anak aku ni.
“Tak!”
“Okay
jom.”
Aku dan
Hamqa menuju ke kaunter pembayaran. “Weh,
korang dah ke belum?” Soalku pada kawan aku yang lainnya.
“Sudah!”
Jerit mereka serentak.
Sesudah
membeli beberapa buah buku, kami terus berjalan menuju ke sebuah restoran di
pusat membeli belah. Kami sudah berjanji akan berkumpul disana.
“Bila
kau nak kahwin?” Tanya Aina disebelah.
Aku
memandangnya pelik. Kenapa?
“Aku
suruh kau jawab bila? Bukan komen.” Pintas Aina cepat sebelum aku menjawab.
Macam tahu-tahu aje yang aku nak komen!
“Entah.”
“Kenapa
entah?”
“Malas.”
“Kenapa
malas?”
Aku
memandang Aina geram. Ish mak buyong ni. Ada jugak yang jatuh bangunan sekejap
lagi.
“Okay..Okay..
Kenapa kau tak nak kahwin?”
“Aku
bukan tak nak kahwin. Tapi, belum ada calon.”
“Kenapa?”
“Siapalah
nak kat aku ni.” Jawabku merendah diri.
“Siapa
cakap tak ada orang nak kat kau. Cer kau tengok keliling. Banyak mata-mata lelaki yang
pandang kau tau. Kau tu aje yang buat double jerk.”
“Kau
tak faham, Aina.” Jawabku perlahan.
“Apa
yang aku tak faham?”
Aku
mengeluh. Perlukah aku mengungkit kisah lama?
“Cerita
dengan aku. Apa yang aku tak faham?”
Aku berhenti
dari melangkah. Mata Aina yang penuh mengharap, ku pandang redup. Aku memandang
pula kearah kawan-kawanku yang lain.
“Korang
jalan dululah.” Suruhku. Mereka mengangguk.
Aina
pegang tangan aku membuatkan aku memandangnya. “Cerita dengan aku.” Pujuk Aina.
Dia membawaku duduk di sebuah kerusi panjang berhampiran tempat kami berdiri.
Hamqa hanya mengikuti lagak kami.
“Aku
tak percaya pada lelaki, kecuali abang, tok dengan papa aku.”
“Kenapa?”
“Sebab
aku pernah dikhianati. Aku takut, kalau aku cuba mencintai lelaki. Perkara yang
sama akan berulang. Sedangkan sejarah mungkin berulang, inikan pulak sebuah
ikatan percintaan.”
“Ceritalah
dengan aku.”
“Ini
kali terakhir aku cerita pasal benda ni. Lepas ni aku tak nak. Aku nak burn segalanya.” Tekadku.
“Okay..
Aku dengar.”
Aku
menceritakan segalanya pasal pertunangan tak jadiku kepada Aina. Tentang
prinsip hidupku yang ku pegang selama ini. Pasal lelaki bernama Aidil yang
kembali menagih cintaku. Segala-galanya yang berlaku dalam lipatan sejarah
hidupku selepas aku berpisah dengannya, aku ceritakan pada sahabatku Aina.
Memang
semenjak dahulu lagi, dialah antara sahabat yang sudi mendengar luahan hatiku.
Begitu jugak sebaliknya. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang
selalu ada tatkala aku susah dan senang. Suka dan duka. Terima kasih ya Allah,
kerana Kau mengurniakan aku sahabat sepertinya.
“MACAM MANA
SEKARANG?” Soal Aina pada suaminya. Segala
yang diceritakan Qashrina petang tadi, di ceritakan pada suaminya.
Afiq
terdiam setelah mendengar cerita itu. Agak sukar juga untuk menyatukan Qashrina
dan Harris.
“Abang
dengan yang lain dah suruh Harris gunakan Hamqa untuk ambil hati Aleesy. Kita
hanya perlu tunggu keputusannya.”
“Kalau
tak berjaya?”
“Kita
kena masuk campur.” Pantas Afiq menjawab.
Aina
mengangguk. Maafkan aku Aleesy, jika aku terpaksa mencampuri urusan kau. Tapi
percayalah, aku lakukan ini untuk kebahagian kau. Kau sahabat aku dunia akhirat!
Aku mahu kau bahagia.
“Termenung
apa lagi tu sayang.. Jom makan.” Gamit Afiq yang sudah berada di meja makan.
Aina
tersenyum malu.
AKU
tersenyum memandang seorang lelaki yang baru keluar dari biliknya.
“Wanna follow me?”
“Nop. I have my own lunch date.”
“Wow!
Siapakah lelaki malang itu?”
Aku
terus mengetuk bahu abang dengan tanganku. Menyeringai kesakitan dirinya.
“Tak
baik tau cakap macam tu.” Rajukku.
“Alah,
merajuk pulak. Ketuk kang.”
“Report kat papa.”
“Anak
manja!”
“Biarlah..”
Lidah aku jelirkan.
“Good afternoon Encik Qayyum.. Good afternoon
Cik Qash..” Ucap dua lelaki yang baru keluar dari lif yang kami tunggu.
Kami menjawab bersama senyuman manis.
“Betul
tak nak ikut makan dengan abang?”
“Hmm..”
“Serious ni? Tawaran akan ditutup lagi
lima saat.”
“Betullah.”
Aku memandang abangku geram.
Kami
sudah berada di lobi syarikat dan mahu keluar dari syarikat ini.
“Wow!
Ada apa-apa ke ni?”
Aku
mengerutkan dahi.
“Tuuu..”
Aku
menoleh ke sebelah kananku. Dihujung pintu masuk, sudah kelihatan seorang
lelaki bersama kaca mata hitamnya sedang berdiri di pintu masuk.
“Just a close friend. Not more than that.”
“Ye
lah. Jangan sampai terpikat dengan dia sudah.”
“Siapa
pulak yang terpikat dengan mamat tu?”
“Cakaplah
macam tu. Allah terbalikkan hati adik, untuk sukakan mamat tu nanti. Jangan
salahkan abang.”
“Dah
kalau memang macam tu, Alhamdulillah.” Ucap Qash perlahan.
“I beg you, pardon.”
“Sudahlah!
Pergi balik sana. Bini tengah tunggu kat rumah tu.”
“Elak-elak..”
“Bukan
elak. Mengelak.”
Aku
terus berjalan meninggalkan abang yang sudah geram dengan tindakanku. Lelaki
yang segak berkemeja biru muda ku dekati.
“Assalamualaikum.”
Salam ku hulurkan.
Lelaki
itu mendongak dan terus berdiri apabila ditegurku. “Waalaikumussalam.” Jawabnya bersama senyuman manis tu.
“Saya
lambat ke?”
“Tak
adalah. Saya baru aje sampai.”
“Hamqa
mana?” Soalku. Tak nampak pun batang tubuh budak comel tu.
“Dalam
kereta. Dia malas nak turun.”
Aku
memandang ke tingkap kereta tinted
itu. Macam boleh nampak aje dari luar.
“Shall we?” Tanyaku. Macam aku pulak yang
mengajaknya makan tengahari bersama-sama.
Aku
menaiki kereta si lelaki dan kami terus menuju ke sebuah restoran tidak jauh
dari syarikatku.
“Mummy.. Hari Khamis ni datang sekolah
Hamqa ek.”
Aku
memandang budak comel itu dengan seribu kerutan di dahi. Kenapa aku kena ke
sana? Okay, let me guess.. ambil report card?
“Ada
apa?”
“Ada
sukan tahunan. Hamqa masuk lumba lari.” Ohh okay, tekaan aku salah! Sukan
tahunan rupanya. Hahaa..
Tapi,
aku salah dengar ke ni? Mataku membulat pandang Hamqa disebelah. “Betul ni?
Hamqa masuk lumba lari?”
“Hmm..
betul. Mummy datang ek?” Penuh
mengharap anggukan itu membuatkan aku rasa bersalah mahu mengatakan tidak!
“Okay.
Tapi mummy tak janji.”
“Mummy nak datang lambat pun tak apa.
Asalkan mummy datang.” Aku
membasahkan bibir yang kering. Jadi ini bermakna, hari Khamis ni aku kena
batalkan segalanya yang membolehkan aku tidak ke sekolah Hamqa lah ye?
Aku
mengangguk jugak akhirnya. “Mula jam berapa?”
“Lapan.”
“Nanti
lari laju-laju okay. Biar dapat nombor satu.”
“Okay mummy.” Hamqa tabik kepadaku.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.