Pages

Search This Blog

12 Sep 2014

Cintamu Untukku

Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam lif yang sudah tersedia terbuka pintu. Kosong aje lif tu. Tak ada orang langsung. Selalunya waktu-waktu macam nilah pekerjanya sudah memenuhi segenap ruang lif ni. Tapi hari ni.. ohh, mungkin dia orang guna tangga! Hidup cergas otak kan cerdas nanti.

Butang bernombor tiga belas ditekan sekali sebelum menekan butang menutup pintu lif. Tanpa suara, mereka menunggu sehingga lif yang mereka naiki ini tiba ke destinasinya.

Di tingkat dua, lif berhenti. Pintu terbuka sendiri dan masuk seorang pak cik tua bersama peralatan mencucinya. Pak cik tua itu tersenyum pada lelaki disebelah Adiela. Lelaki itu membalas senyuman pak cik itu dan pak cik itu terus mengangkut segala peralatan mencucinya ke bahagian belakang lif.

Lif bergerak lagi. Dan berhenti di setiap tingkat.

Semakin lama, semakin ramai manusia memenuhi kotak lif ini. Ruang yang tadinya besar kini semakin sempit. Sudah seperti zarah-zarah di dalam solid. Tidak dapat bergerak bebas ke merata tempat. Ruang udara juga semakin sikit disebabkan ramai manusia yang menyedut udara yang sama.

Dengan berbekalkan sebuah kesabaran, mereka menunggu sehingga lif itu tiba ditempat yang dituju masing-masing.

Adiela tersentak apabila merasakan ada sesuatu melekat dipunggungnya. Kali pertama, dia buat tidak endah. Mungkin tidak sengaja orang itu melakukannya. Tapi bila dah masuk kali yang kedua dan ketiga, kesabarannya sudah berada di takat didih. Tinggal nak meletup aje ni ha. Ishh, siapa punya kerja ni?

Perlahan-lahan, dengan beraninya dia memandang sisi kanannya. Jantungnya makin bertambah kencang bila matanya mendapat tangkap ada satu tangan memegang punggungnya. Hoi! Ini dah masuk ke meraba orang ni

Badannya menggigil. Ditenangkan hatinya dahulu baru berfikir. Sedang menenangkan hati, tangan kirinya automatik menyulam, menyatukan tangannya dengan tangan kanan lelaki disebelahnya. Erat. Tak nak dilepaskan.

Lelaki itu menoleh pandangnya. Pelik.

“Kenapa ni?” Bisiknya lembut. Dapat dilihat dengan jelas peluh di dahi perempuan disebelahnya. Panas sangat ke? Ke sejuk sangat? Tapi kenapa sampai berpeluh?

Adiela mendongak. Air liur ditelan. “Pak cik ni..”

Iqmal pandang pak cik pencuci disebelah Adiela. “Kenapa dengan dia?”

“Dia.. dia raba saya.” Mata dipejam rapat. Nak menangis dia rasa sekarang ni.

“Hah?” Iqmal terkejut. Kepalanya ditolehkan ke belakang. Buat-buat pandang belakangnya padahal matanya memandang pak cik pencuci tadi. Makin geram hatinya bila nampak apa yang sedang dia lihat sekarang ni. Tak guna! Dah tua pun nak menggatal.

Iqmal pegang pinggang kanan Adiela. Dalam masa sesaat, mereka bertukar tempat. Iqmal pandang pak cik tadi. Tersenyum sinis seketika pandang pak cik tadi yang hanya tersengih padanya.

Lantas didekatkan bibirnya pada telinga pak cik tadi. “Kalau tak nak rasa kena pecat, better jangan buat kerja terkutuk lagi terkeji ni lagi. Terima kasih.” Lembut tetapi tegas apa yang diucapkannya.

Ting!

Bersama bunyi itu, pintu lif terbuka. Iqmal pandang atas pintu lif itu. Tertera nombor tiga belas. Dah sampai! Lantas ditarik tangan perempuan tadi. Mereka keluar dari lif dan menuju ke sebuah bilik.

Adiela dan Iqmal berhenti di hadapan meja seorang wanita yang berumur dalam lingkungan tiga puluh tahun.

“Selamat pagi.” Ucap wanita bernama Masliana. Iqmal dan Adiela memanggilnya dengan panggilan kak Masliana kerana umur wanita itu lebih tua berbanding mereka.

“Pagi..” Balas Adiela. Senyuman hambar ekoran apa yang berlaku tadi. Geli dan jijik dia rasa bila mengingati apa yang terjadi sebentar tadi. Rasa macam nak klorok aje pak cik tua tadi. Tak sedar diri, dah lah tua, tukang cuci pulak tu. Belum tambah lagi dengan gigi dia yang tinggal masa nak patah aje lagi dua yang tinggal tu!

“Tolong batalkan pertemuan saya hari ni.” Suruh Iqmal. Kak Masliana pantas mengangguk.

Adiela mengerutkan dahi. Batalkan? Untuk apa lelaki ni batalkan semua pertemuan dia kalau aku dah ada kat sini? Bukanke aku ada sekali dalam pertemuan sekejap lagi? Dia pandang Iqmal.

Tapi lelaki itu buat tak nampak dan terus menarik lengannya masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup.

Adiela melepaskan pegangan itu. Dia mendongak pandang Iqmal. Kenapalah lelaki ni tinggi sangat? Aku dah pakai heels ni pun tetap kena mendongak jugak kalau nak pandang dia. Geram okay.

What you mean by,” Adiela berdehem sekejap. “..tolong batalkan pertemuan saya hari ni?” Dia mengajuk apa yang diucapkan lelaki ini pada setiausahanya tadi.

Iqmal meletakkan beg yang berisi komputer ribanya di atas meja sebelum kembali pandang isterinya. “Sayang kalau dah ada masalah macam tadi, boleh concentrate ke nak bagi idea untuk meeting nanti? Hmm?” Lembut lelaki itu bertanya.

Adiela menunduk. Beberapa saat kemudian, Iqmal nampak ada beberapa titis air mata jatuh pada lengan baju isterinya. Dia terkesima. Isteri aku menangis ke? Ohh okay soalan bodoh. Mestilah menangiskan kalau dah ada air yang jatuh. Habis kalau air liur yang meleleh tu? Erkk,, takkan bini aku tidur kot?

Pantas dia memegang dagu isterinya. Mendongakkan wajah itu pandangnya. Betullah, isteri aku menangis. Tapi kenapa dia menangis ni?

“Hey.. kenapa ni? Do my words hurts you?” Rambut yang menutup wajah isterinya diselitkan ke belakang telinga. Air mata yang bergenang itu disekanya.

Adiela mencapai kedua tangan suaminya. Dikucup kedua tangan itu.

“Sayang.. kenapa ni? Jangan buat abang risau.”

Sorry..

Makin bertambah pelik Iqmal dengan isterinya. Kenapa tetiba minta maaf dengan aku pulak ni? Dia tak pernah buat salah dengan aku pun. Buat aku geram tu ada, selalu!

“Saya minta maaf.. sebab.. tak pandai jaga diri.. sampaikan ada orang lain.. boleh sesenang sentuh saya.. selain abang..” Tersekat dan tersedu Adiela menyusun ayat itu.

Iqmal senyum. Lorhh.. sebab ni rupanya.

“Sayang..” Air mata yang mengalir itu disekanya sekali lagi. “Bukan sayang yang patutnya minta maaf, tapi abang. Sebab sayang bersama abang masa kejadian tu berlaku. So nampakkan, abang yang tak pandai jaga isteri abang sampaikan ada orang lain berani sentuh sayang abang ni.”

“Dah dah.. tak nak menangis macam ni lagi. Abang minta maaf okay.”

Adiela tersenyum manis sebelum memeluk suaminya. Wajahnya disembamkan ke dada bidang lelaki itu.

Sekarang ni, dua-dua yang bersalah. Baru fair kan?

Iqmal hanya meletakkan jari telunjuk kanannya ke bibi bila melihat Kak Masliana masuk ke biliknya. Menyuruh wanita itu meletakkan air yang dipintanya tadi dengan senyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Tidak mahu menganggu emosi si isteri sebenarnya.

Kak Masliana tersenyum sambil mengangguk.Bahagia hatinya rasa bila melihat perilaku sepasang suami isteri ini. Sudah lebih empat tahun pun berkahwin, dah punya dua orang anak pun masih seperti pasangan suami isteri yang baru bernikah.

Honeymoon memanjang. Jealous mak, nyah!

Kak Masliana berjalan perlahan keluar dari bilik bosnya. Meninggalkan pasangan suami isteri yang masih tidak melepaskan pelukan semenjak tadi.

“Aduh sayang, bila nak lepas ni? Sakit dah pinggang abang ni.” Gurau Iqmal bersama senyuman nakal dibibir.

Adiela melepaskan pelukan mereka. Dia rasa senang dan tenang bila berada dalam pelukan suaminya. Itu yang tak nak lepas tu! Kalau dia minta yang dia nak mati dalam pelukan suaminya, agak-agak melampau tak?

“Abang hauslah, sayang. Jom minum.” Ajak Iqmal menarik lengan isterinya ke meja. Mahu mengambil cawan yang disediakan Kak Masliana tadi.

“Err, abang..” Panggil Adiela. Berkerut dahinya bila pandang cawan yang berada di atas meja. Bukan tadi tak ada ke cawan-cawan ni? Dia terbang ke datang sini? Tiba-tiba aje ada. Musykil aku.

“Yes, sayang.” Cawan yang berisi air milo panas yang disisipnya diletakkan kembali di atas meja. Kemudian, membuang pandang ke arah isterinya.

“Bila cawan-cawan ni ada kat sini?”

“Tadi.. Kak Mas letak.”

“Tak perasan pun.”

Seriously tak perasan?”

Hmm.. triple serious.

“Ouhh.. tadi masa sayang peluk abang, masa tulah Kak Mas masuk.” Dengan selamba, Iqmal terus menyisip kembali air milo panas.

Tergamam Adiela. Apa dia? Kak Mas masuk masa dia tengah peluk Iqmal? Ya Allah.. malunya.

“Ke.. kenapa abang tak kasi tahu?” Adiela menelan air liurnya.

“Tak nak kacau sayang tengah melepaskan rindu kat abang.” Tersengih.

“Abang jahatt!!!” Adiela menjerit kecil. Bibirnya dimuncungkan. Tangan disilangkan ke dada.

“Aik, baru tadi minta maaf kat abang. Sekarang dah buat salah balik?”

“Abang tulah, jahat sangat.”

“Abang tak jahatlah, sayang.” Nakal tu.. ada sikit.

“Kalau tak, tak adanya abang suruh Kak Mas masuk masa saya tengah..” Adiela menundukkan sedikit wajahnya. “Peluk abang.” Suaranya diperlahankan.

“Tengah apa sayang? Abang tak dengar.”

“Tengah..”

“Tengah apa? Cium abang? Peluk abang? Honeymoon dengan abang?” Teka Iqmal tersenyum nakal.

Merah wajah Adiela. Kenapa dengan laki aku ni hari ni? Apsal terlebih nakal aje hari ni?

“Kenapa muka merah ni?” Iqmal mendongakkan wajah itu.

“Mana ada merah. Pejabat abang ni ha.. kenapa panas sangat?”

“Eh ehh, salahkan pejabat abang pulak.”

Iqmal pandang atas. Kemudian dia pandang isterinya. “Cer tengok atas.”

Adiela menurut. Kenapa dengan atas? Tak ada apa-apa pun kat syiling bilik ni. Dan.. dia terkesima bila ada satu benda lembut mendarat di bibirnya.

“Abang jahat. Sampai hati.” Tangannya menekup mulutnya pantas.

Iqmal tergelak kecil. Comel dia tengok gelagat isterinya ni. Awak memang comel dari kecil ke?

Thank you for being the mother of my children. A daughter-in-law to both my parents. And thank you so much for being my beloved wifey.

Adilea senyum manis menampakkan lesung pipit di kedua pipinya. Walaupun bibirnya tersenyum tapi hatinya..

“Ishh abang ni. Tak romantik langsung.”

Iqmal menjungkitkan keningnya. Pulak dah!

“Kotlah ada bagi bunga ke, coklat ke. Buat kat tepi pantai ke, tak pon mase candle light dinner. Ini tak, apa barang make love kat pejabat. Tak ada class!

Iqmal menggigit bibirnya. Alahaii heavennya dengar dia kutuk aku tak romantik. Tak apa kau, kau tunggu malam nanti. Nak aku romantik sangat-sangat-sangat kan. Tunggu eh, sayang. Romantik tahap first class aku bagi kau.


Kau tunggu ek, sayang.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai