BAB 12
“Akak!” Meera menoleh. Senyuman terbit dibibir apabila melihat Nik bersunguh-sungguh berlari mendapatkannya. Daneal disebelahnya hanya tersenyum melihat keletah anak saudaranya. Tinggal seminggu setengah sahaja lagi sebelum kakak dan abang iparnya akan pulang ke Malaysia. Selepas itu, dia tidak akan lagi menjaga Nik seperti sekarang. Pasti akan merindui saat-saat begini.
“Awalnya sampai.. janji pukul lima setengahkan. Sekarang baru pukul lima dua puluh sembilan.”
“Saya baru aje lepas jumpa kawan saya kat sini, tu yang stay terus.” Meera mengengsot kekiri sedikit mahu memberi ruang kepada dua lelaki itu duduk.
“Uncle.. uncle..” Seperti biasa, Nik pasti akan menarik-narik hujung baju Daneal apabila mahu meminta sesuatu.
“Apa dia, sayang?”
“Nik nak main kat taman tu erk?”
“Okay. Main elok-elok tau.” Nik terus berlari ke arah taman permainan yang sudah dipenuhi dengan kanak-kanak sebayanya yang lain. Seronok budak itu apabila sudah berjumpa dengan benda yang bisa membuatnya gembira. Terus lupa pada orang sekeliling. Terus lupa pada niat asalnya mahu ke taman ini.
“Tadi awak jogging ke?” Tanya Daneal apabila melihat pakaian sukan yang dipakai gadis disebelahnya.
“Hmm.. saya memang suka jogging petang-petang macam ni, itupun kalau tengah bosanlah.”
“Kenapa dekat sini?”
“Hah?”
“Kenapa awak jogging dekat sini?”
Kenapa? Salahke aku jogging dekat sini? Tanya Meera sendiri. Pelik! “Rumah saya area sini lagipun malas nak drive.” Jawabnya.
Daneal mengangguk. “Hmm, lain kali kalau nak jogging ajaklah saya sekali.”
“Takut awak sibuk.”
“Untuk awak, tak pernah sibuk.”
“Okay..”
“Lagipun, nanti kalau awak jatuh macam haritu, atleast saya ada untuk tolong awak. Ni kalau awak sensorang, jatuh nanti macam mana?”
Erk! Dia perli aku ke apa? Haritu aku jatuh dah takdirlah! Sepak saje kang.
“Kalau saya jatuh, saya takkan jumpa dengan awak lagi.” Perlahan Meera bersuara.
“Betul jugak! Anyway, saya Danish Daneal bin Daud Luqman. Umur saya dua puluh tujuh tahun. Chief Executive Officer to be.” Daneal memperkenalkan dirinya sekali lagi. Tapi lebih detail.
Membulat mata Meera. Chief Executive Officer? Serius ni? Macam tak percaya. Ye lah, dia bawa kereta pun standard yang miskin macam aku. Tak nampak langsung yang dia bakal executive officer. Jadi aku berkawan dengan orang...
“Hey.. kenapa ni?” Daneal menegur. Terkejut dia dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja Meera mendiamkan diri.
“Tak ada apa. Terkejut.”
“Sebab?”
“Yelah, saya berkawan dengan Chief Executive Officer to be, macam tak percaya.”
Daneal ketawa kecil. “Kenapa awak tak percaya pulak? Muka saya ni ada macam muka penipu ke, sampai awak tak mau percaya.”
“Yelah, tengok kereta awak ingatkan awak pegawai kerajaan ke. Sekali CEO daa.. macam mana saya nak percaya. Buat saya takut aje nak kawan dengan awak.”
“Wat lek wat peace sudah. Tak payah takutlah. Saya bukannya makan orang.”
“Akan cuba..”
“So, awak pulak?”
“Nameera Qaleesha binti Muhammad Khalid. Berumur dua puluh empat tahun. Bekerja sebagai cikgu tadika. Awak boleh panggil saya, Meera.” Salam perkenalkan dihulurkan.
“Jadi, jarak umur kita tiga tahun ajelah?”
“Yeap! Dan awak akan merasa tua dulu, then baru saya.” Kening dimain-mainkan.
“Itupun kalau saya tak mati awallah.”
“Insya Allah. Saya berdoa semoga awak dipanjangkan umur dan merasa tua tu macam mana. Dah tu, awak beritahu saya ek?”
“Banyaklah.” Dijelingnya Meera yang tersenyum simpul.
BAB 13
Senyuman masing-masing menghiasi bibir apabila mereka dengan selamatnya mendarat di bumi Malaysia. Tanah tumpahnya darah mereka. Sambil berpegangan tangan, mereka berjemaah menolak troli yang berisi segala bagasi. Kira-kira tiga buah bagasi kesemuanya.
Dengan hati yang tenang dan suci, mereka duduk menunggu di tempat menunggu teksi. Kenapalah susah sangat nak dapat teksi ni? Selalunya ada aje teksi kat sini. Mata meliar-liar mencari teksi disekeliling lapangan terbang. Kot kot teksi bersembunyi barangkali. Mengelak dari tidak mengambil mereka. Siapa tahu?
“Kenapa tak telefon Neal suruh ambil kita aje?” Tanya si isteri pelik. Dah ada orang yang boleh ambil kenapa masih memerlukan teksi jugak? Dah lah teksi sekarang ni cekik darah!
Sang suami hanya tersenyum memandang isteri disebelah. “Surprise..”
Wanita itu menjungkitkan kedua bahunya. Lantaklah!
“Hah tu teksi. Jom.”
Dengan kadar segera, takut teksi kena kebas, mereka mendekati teksi yang baru sahaja tiba dihadapan mereka. Pintu hadapan sebelah pemandu dibuka. Menjengahkan sedikit kepala ke dalam teksi itu.
“Boleh hantar kami ke Taman Nong Chik?”
“Boleh boleh boleh..” Pemandu teksi itu segera keluar dan membuka boot belakang keretanya. Ketiga-tiga bagasi itu dimuatkan ke dalam boot itu. Kemudian, dia segera memasuki perut kereta miliknya.
Dengan lafaz bismillah kereta di pandu perlahan. Menuju ke lokasi yang diberitahu tadi.
“Tak sabar nak jumpa Zarif.” Keluh si isteri. Matanya meliar ke luar tingkap. Lebih kurang lagi setengah jam mereka akan sampai di rumah itu. Rindu yang membuak-buak di dada harus segera ditunaikan.
Mansor mengenggam erat tangan isterinya. “Sekejap aje lagi kita jumpa dia. Sabar okay.” Tangan itu dibawanya ke bibir lalu dikucupnya lembut.
Azarina melentokkan kepalanya ke bahu suaminya. Tenang hatinya dirasa saat ini. Ingin sekali dia memeluk dan mencium suaminya. Tapi nanti apa pulak kata pak cik driver teksi ni. Pasti pak cik driver teksi ini membuat spekulasi yang mereka baru sahaja pulang dari honeymoon. Yelah, duk berpeluk cium bagai.
Lain pulak hati Mansor. Hatinya saat ini sangat tidak tenang. Dia seperti merasa takut. Takut kerana apa, itu tidak dapat dipastikan. Jantungnya berdegup laju. Tangannya berpeluh dingin. Matanya tidak habis-habis memandang pemandu teksi yang dinaikinya dan wajah isterinya di sebelah.
‘ya Allah. Kau tenangkanlah hatiku saat ini. Kau buanglah perasaan ini menjauh dariku.’ Doanya dalam hati.
Kereta bergerak laju ke destinasi. Teksi ini bergerak di lorong tengah. Lebih kurang seratus meter dihadapan sana, akan ada sebuah lampu isyarat. Bisa dilihat dari sini lampu isyarat itu berwarna merah. Merah tanda berhenti.
Namun apa yang terjadi, pemandu teksi ini tidak pun memperlahankan kenderaan untuk berhenti di lampu isyarat itu. Malah kenderaan ini semakin laju bergerak. Hati Mansor bertambah galau. Bibirnya bergerak-gerak mahu mengatakan sesuatu. Tapi suaranya tidak kedengaran.
“Pak cik!” Panggil Azarina kuat. Kepalanya yang elok landing di bahu suaminya sudah tegak sembilan puluh darjah. Wajahnya penuh ketakutan.
“Brek tak berfungsi!” Kata-kata yang keluar dari mulut pemandu teksi membuatkan pasangan itu membulatkan mata. Masing-masing berpandangan. Jemari bertaut rapat dan erat. Tidak mahu berpisah.
Ketiga-tiga mata di dalam teksi itu menoleh ke arah bunyi hon di sebelah mereka. Makin membulat besar mata mereka apabila melihat sebuah lori yang bergerak laju dan semakin menghampiri mereka.
“Allahu akbar!” bersama laungan itu, bunyi dentuman kuat dan geseran kedengaran membuatkan masing-masing mengucap panjang. Nafas bagaikan berhenti berdegup melihat kejadian yang berlaku betul-betul dihadapan mata.
“HEY! Kenapa ni?”
Meera memegang kedua-dua bahu Nik yang hampir-hampir jatuh di hadapannya. Pelik gadis itu apabila Nik secara tiba-tiba terjatuh. Entah dilanggar apa pun tidaklah dia tahu.
“Kenapa sayang?” Tanya Meera khuatir apabila Nik memegang dadanya. Nik sakit ke, sayang?
Nik memegang tangan cikgunya dan melekapkan tapak tangan itu ke dadanya. “Cuba akak Meera rasa. Jantung Nik berdegup laju.”
Meera menyelesakan telapak tangannya ke dada Nik. Betullah! Kenapa jantung dia berdegup laju?
“Nik okay kan, sayang?”
“Okay..” Tangan cikgunya dilepaskan. Senyuman diukir di bibir menandakan yang dirinya baik-baik sahaja.
Alhamdulillah...
DANEAL melihat ke permukaan jam tangannya. Lagi lima belas minit, anak saudaranya akan pulang dari tadika. Keluhan berat dilepaskannya.
Dia bangkit. Memandang wajah kedua orang tuanya, adik dan adik iparnya. Masing-masing berwajah sedih dengan berita yang baru sahaja mereka terima kurang setengah jam yang lalu. “Ummi.. Abi.. Neal ambil Nik dulu.”
“Hmm.. pergilah.” Encik Daud bersuara mewakili yang lain.
“Macam mana kita nak beritahu Zarif pasal benda ni?” Soal Adelia. Kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya. Matanya masih merah akibat menangis tadi.
Masing-masing mengeluh dengan pertanyaan Adelia. Macam mana? Apakah Nik dapat terima berita ni? Sudah lama budak itu merindui kedua orang tuanya. Dan apabila disaat kedua orang tuanya pulang, situasi ini pulak yang berlaku.
“I’ll try my best. Nik pasti dapat terima berita ni. Apa-apa pun, kita kena kuat dihadapan dia.”
Bersama itu, kakinya mengorak langkah meninggalkan hospital besar ini. Membawa diri ke tempat parking kereta dan memasuki ke dalam perut kereta untuk mengambil anak saudaranya. Nik, maafkan uncle.
KERETA familiar itu berhenti dengan perlahan di hadapan mereka. Senyuman Meera terus terukir apabila nampak sahaja kereta itu. Hatinya sudah sebati dengan pemilik kereta itu.
Namun senyumannya terus mati apabila melihat wajah muram dan sedih lelaki itu. Dahinya berkerut-kerut. Tanpa salam seperti selalu, lelaki itu terus mengambil Nik lantas dibawa pergi. Pergi meninggalkannya sendirian dengan pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.
Matanya hanya memandang sepi kenderaan itu berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan matanya.
“Ya Allah. Kenapa dengan dia? Apakah dia berada dalam situasi yang menyedihkan? Apa-apa pun situasinya, Kau selamatkanlah dia dari mara bahaya. Kau tenangkanlah fikirannya apabila dia perlu membuat sebarang keputusan.” Meera berdoa bersama kedua telapak tangannya disatukan.
DANEAL terus memandu menuju destinasi. Hatinya berbelah bahagi samada mahu memberitahu Nik akan keadaan kedua orang tuanya ataupun hanya membiarkan budak kecil itu melihat sendiri keadaan orang tua yang sangat dirinduinya selama sebulan ini setelah mereka sampai di hospital nanti.
Terkejut jugak dia apabila mendapat satu panggilan dari seorang anggota polis yang menggunakan telefon bimbit kakaknya untuk menghubunginya. Hampir terlepas telefon dari pegangannya apabila satu perkataan muncul di bibir anggota polis itu iaitu kemalangan.
Hatinya hancur berkecai apabila tiba di hospital dan melihat tubuh kakak dan abang iparnya yang calar-balar. Manakala jantungnya seolah-olah sudah berhenti mengepam darah melihat begitu banyak wayar-wayar yang berselirat di segenap tubuh mereka berdua.
Mengalir air matanya melihat keadaan mereka. Ya Allah, Kau selamatkanlah kakak dan abang iparku. Sesungguhnya, terlalu banyak kesalahan aku pada mereka. Janganlah Kau mengambil mereka sebelum sempat aku meminta beribu-ribu kepohonan dari mereka berdua. Doa Daneal dalam hati.
Kehangatan ditangannya membuatkan Daneal menoleh ke kirinya. Wajah Nik yang memandangnya pelik membuatkan Daneal menyedari sesuatu. Aku dah ambil Daneal? Soalan itu bermain-main dalam hatinya. Kenapa dan mengapa aku tidak menyedari akan hal itu? Apakah tadi aku sudah berjumpa dan memberi sepenuh perhatian pada Meera?
Tangan kanannya menekan signal ke kiri. Kakinya memperlahan rentak kelajuan kereta. Kedua biji matanya pulak sesekali memandang ke cermin pandang belakang dan cermin sisi. Apa sudah tiada kereta di lorong kiri, kedua tangannya pulak memainkan fungsi masing-masing. Kereta diberhentikan di lorong kecemasan.
“Kenapa uncle berhenti?” pertanyaan dari Nik membuatkan Daneal terus memandang anak saudaranya itu.
Badannya di pusingkan menghadap Nik. “Sayang.. dengar sini uncle nak beritahu.”
Apabila melihat Nik memberikan sepenuh-penuh perhatian padanya, bibirnya bergerak-gerak mahu mengucapkan ayat itu. Biarlah Nik tahu macam mana keadaan mummy dan daddynya. Budak ini perlu mengetahuinya.
“Mummy dengan daddy Nik.. dia orang.. dah selamat sampai sini.” Tapi tak selamat sampai rumah mahu berjumpa dengan Nik. Sambungnya dalam hati.
Ceria wajah itu apabila mendengarnya. Senyuman terukir lebar membuatkan hati Daneal mahu menangis. Bibirnya diketap. Macam mana pulak reaksi budak ni bila dapat tahu keadaan kedua orang tuanya? Apakah dia bahagia jugak seperti ini?
Gila kau Daneal. Pernah ke kau tengok orang ceria dan boleh hu ha hu ha apabila mendapat satu berita sedih yang boleh menyesakkan nafas? Lainlah kalau orang tu gila. Dapat berita sedih ke gembira ke, dia tetap tersenyum!
“Jom uncle kita balik. Nik nak jumpa mummy dengan daddy. Nik rindu dia orang.” Tangan Daneal dipegangnya. Erat sekali. Menyuruh agar pak ciknya itu menyempurnakan permintaannya.
“Mummy dengan daddy Nik.. dia orang tak ada kat rumah.”
“Mummy dengan daddy pergi mana?”
“Hos.. pital.” Begitu sukar sekali Daneal mahu menyebut tempat itu. Matanya memandang Nik. Tenang aje budak ni.
“Mummy dengan daddy buat apa dekat sana?” Tanya Nik. “Ohh, mummy dengan daddy melawat kawan dia orang erk?”
Daneal mengeluh. Bukan melawat kawan dia oranglah sayang.. tapi kita yang nak melawat mereka.
“Sayang dengar sini.." Nafas ditarik. "mummy dengan daddy.. kemalangan.”
Diam.
“Mummy dengan daddy dirawat kat hospital.”
Diam.
“Jadi sekarang, kita nak pergi sana.”
Kebisuan Nik membuatkan Daneal takut. Takut kalau-kalau budak ini bertindak diluar jangkaannya. Namun apa yang berlaku, membuatkan Daneal pelik.
Sangat pelik!
Nik senyum!
“Uncle bohong kan? Takkanlah mummy dengan daddy kemalangan. Mummy dengan daddy kan baik. Siapa yang nak langgar dia orang? Ishh uncle ni, tak baik menipu tau. Akak Meera cakap, menipu tu dosa. Allah tak suka orang yang suka menipu.”
Daneal mengeluh. Aku cakap yang betul, dia boleh cop aku bohong dia?
Duduknya dibetulkan. Matanya memandang ke cermin sisi. Signal ke kanan diberikan. Tangan kanan memegang stereng manakala tangan kiri menurunkan brek tangan dan menukar ke gear D. Kaki perlahan-lahan menekan pedal minyak. Lorong tengah diambil.
“Kita nak pergi mana ni uncle?” Tanya Nik apabila melihat pak ciknya tidak membelok ke kiri untuk memasuki kawasan taman perumahan mereka.
“Kan uncle dah cakap tadi, mummy dengan daddy kemalangan. Jadi kita nak pergi hospitallah ni.” Perlahan suara Daneal.
“Uncle ni.. tak baik tau menipu.”
“Sayang.. pernah ke uncle menipu Nik? Tak pernah kan? Akak Meera pun pernahlah beritahu uncle yang kita tak baik menipu.” Hampir tersenyum Daneal apabila memberitahu pasal Meera itu. Pernah ke Meera beritahu aku benda tu? Kepala digelengkan. Apalah aku ni. Baru aje cakap jangan menipu, aku dah menipu dia!
“Uncle betul ke?”
Daneal mengeluh sekali lagi. “Nanti bila kita sampai hospital, Nik tengok sendiri. Uncle bohong Nik ataupun tidak.” Tangan kirinya menggosok-gosok kepala Nik yang hanya memandang ke hadapan.
Ya Allah.. Kau kuatkanlah hati budak ini untuk menerima dugaan yang telah Kau tetapkan untuknya. Janganlah Kau patahkan semangatnya untuk kembali bangkit setelah menerima kenyataan yang sangat perit ini.
TAWAR senyumannya dihadiahkan buat Encik Daud apabila Abinya menepuk-nepuk bahunya. Matanya kembali berkaca. Ya Allah, sesungguhnya aku tidak kuat menghadapi dugaan ini.
“Abang.. kami balik dulu.” Adelia menyalami tangan abangnya. Daneal mengangguk dan menghulurkan tangan kanannya.
“Tak apakan kami tinggalkan kamu dengan Zarif kat sini?” Tanya Puan Aida.
“Tak apalah Ummi. Ummi baliklah dulu. Nanti kalau Nik rasa macam nak balik, insya Allah kami balik.” Sayu nada anak terunanya membuatkan Puan Aida rasa tersentuh. Ingin mengalir air matanya namun ditahankan.
“Kami balik dulu. Assalamualaikum.”
Daneal menjawab perlahan salam itu. Dia kembali duduk di bangku tempat menunggu. Matanya disorotkan memandang Nik yang sudah terlena di sofa sebelahnya. Teringat dia akan tangisan Nik yang menyentuh hatinya apabila mereka tiba disini kurang lima jam yang lepas.
Baru sahaja budak itu bergembira mahu berjumpa dengan orang tuanya, hal yang menyedihkan hatinya pulak berlaku. Sesungguhnya Allah memilih Nik untuk mengharungi dugaan dan cabaran ini kerana Nik seorang manusia yang cekal hatinya untuk menerima takdir ini. Subhanallah.
Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau selamatkanlah kakak dan abang iparku. Belum cukup sempurna kasih sayang yang diberikan mereka berdua buat seorang budak lelaki yang bernama Nik Zarif Haikal ini.
Air mata yang tumpah di pipi segera diseka apabila melihat tubuh Nik bergerak-gerak. Sudah bangunkah budak itu dari lenanya?
BAB 14
Meera menunggu dan terus menunggu kedatangan Nik di dalam kelas. Sehingga tamat waktu pembelajaran pun Nik masih belum kunjung tiba. Apa yang berlaku semalam?
Wajah Daneal yang muram disaat mejemput Nik dari tadika ini semalam, menambah kerisauan di hatinya. Ya Allah, apa pun yang berlaku dalam ahli keluarga lelaki itu, kau tabahkanlah hati mereka untuk menempuh dugaan-Mu.
“Hey Meera.. tak balik lagi?” Tegur Luna di belakangnya. Wanita itu sudah mengeluarkan segugus kunci kereta dari dalam tas tangannya. Kemudian, menyarungkan kasut tumit tingginya yang berwarna biru muda.
“Along aku belum sampai lagi.”
“Nak aku hantarkan ke?”
“Eh tak apalah. Sekejap lagi sampailah dia.”
“Okaylah kalau macam tu. Aku balik dulu. Assalamualaikum.”
Meera tersenyum menghantar kepergian cikgu itu. Luna yang sememangnya garang ketika mengajar adalah seorang wanita yang baik dan lemah lembut budi bicaranya diluar. No wonderlah kalau orang yang tak kenal dia akan cakap yang dia ni garang.
Kakinya melangkah ke mejanya. Mahu mengambil tas tangan miliknya dan menunggu alongnya di luar tadika. Lambat pulak orang tua tu ambil aku hari ni. Bebelnya sendiri.
Lima minit menunggu, kereta Honda Civic berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapannya. Terus tangan Meera memegang pinggangnya. Memandang tajam pada seorang lelaki yang baru turun dari kereta.
“Sorry I’m late. Jammed.”
“Banyaklah jammed tengah-tengahari buta ni.” Meera mendengus. Kakinya terus memasuki ke dalam perut kereta. Menunggu alongnya masuk ke dalam kereta sebelum lelaki itu menggerakkan kereta pulang ke rumah.
“Kenapa tak bawa kereta?” Tanya Niezam.
“Malas. Alongkan ada.” Sengih.
“Macam tahu-tahu aje ek yang along balik hari ni?”
“Of course lah. My heart instinct, what.”
“Macam-macamlah. Ni barang semua dah beli ke?”
Meera menongkat dagu. Berfikir seketika. Tinggal makanan ringan aje yang aku belum beli lagi. “Tinggal makanan aje. Nanti along teman pergi beli ek?”
“Along penatlah. Balik sini terus ambil adik dari tadika. Lepas tu kena teman lagi pergi beli barang. Tak tidur lagi ni tau. Malaslah.” Bebel Niezam membuahkan tawa halus di bibir Meera.
“Alahh.. takkan adik nak pergi sorang-sorang kot? Nanti kena culik macam mana?”
“Cakaplah macam tu. Kang kena culik betul-betul baru tahu langit ni tinggi ke rendah.”
Meera tersengih. Nauzubillahiminzalik. Mintak dijauhkan.
“Nak teman ke tak nak ni?”
“Kenapa tak suruh, siapa lelaki yang hantar adik balik dulu tu?” Niezam menggaru kepalanya. Memikirkan nama sang arjuna yang sanggup menghantar adiknya pulang walaupun dia masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan.
Meera juga terikut-ikut menggaru kepalanya. “Lelaki mana pulak ni?”
“Alah.. lelaki yang hantar adik balik masa kaki adik berbalut tu. Yang siap kasi adik buku tu.”
“Buku? Mana along tahu?” Dipandang sisi si along.
“Apa? Ingat along tak check apa dalam tu sebelum along bagi adik benda tu?”
Kureng! Grr..
“Hah. Apa nama dia?” Tanya Niezam lagi sekali.
“Abu Seman Bin Dollah.” Jawab Meera selamba. Nak tergelak pun ada dengar nama tu.
“Hishh.. tak habis-habis dengan Abu Seman dia tau.” Terasa lengan Meera dipukul lembut. Meera tersenyum.
“Danish Daneal bin Daud Luqman.” Beritahu Meera akhirnya. Tak nak hidungnya pulak yang menjadi sasaran lelaki disebelahnya selepas ini. Hidungku Mahkotaku woo..
MEERA tersengih. Barisan giginya ditayangkan. Beberapa barang yang memenuhi kedua-dua tangannya diletakkan elok-elok ke dalam troli di pasaraya besar Tesco ini. Kemudian, berdiri tegak memandang alongnya yang sudah berubah wajahnya.
“Ini nak simpan untuk empat tahun terus ke?” Perli Niezam. Mana tidaknya, terkejut beruk dirinya apabila kembali dari mencari barang keperluannya dan melihat troli mereka sudah penuh dengan segala macam barang didalamnya.
“Alahh.. relaks lah bro. Kat sana mana jumpa makanan macam ni. Semuanya yang western. Tak kena dengan tekak wa lah.” Itu pulak yang dijawab Meera membuatkan Niezam mengetap giginya. Kalau bukan perempuan ni adik aku, dah lama aku smackdown dia. Biar patah riuk tak menyusahkan orang lagi. Haishhh..
Niezam memegang dadanya. Menahan kesabarannya apabila sebelah tangan adiknya mencapai satu kotak cornflake yang berada betul-betul dibelakang adiknya. Hishhh,, ya Allah, Kau sabarkanlah aku.
“Ambillah lagi. Banyak mana yang adik nak ambil, adik ambil aje. Along tak kisah.”
Membulat mata Meera tidak percaya. “Betul ni adik boleh ambil seberapa banyak yang adik nak?” Tanya Meera senafas. Punyalah terkejut. Yelah, sebelum ni jangan haraplah kalau pak cik ni nak bagi aku ambil apa aje yang aku nak.
Tapi.. macam peliklah.
Ahhh.. persetankan perasaan pelik tu. Orang dah kasi. Orang dah belanja. Orang dah bagi. Ambil ajelah. Rezeki jangan ditolak bak hang..
Kelam-kabut Meera berjalan pantas memasuki setiap ruang di Tesco ini. Apa yang sedap mata memandang, pantas dicapainya. Tidak dihiraukan pandangan dari alongnya.
Sementara Niezam pulak sudah terkedu, terkaku, terkelu dan segala macam TER lagi ditempatnya berdiri. Aku menyindir aje pun dia tak faham-faham? Kureng punya adik!
urghhh... I need fresh air!
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.