"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, September 15, 2014

Pilih Aku Atau Dia [Bab 15 & 16]

BAB 15
NIEZAM tenang memandu keretanya. Kereta yang dibeli menggunakan duit gajinya yang pertama. Pemanduannya sedikit berhemah dan penuh berhati-hati kerana jalan jammed dan pada waktu malam di lebuhraya ini.

“See. Kan jammed. Tu lah tak nak lagi dengar cakap orang. Sekarang rasalah sendiri.” Bebelan dari adiknya tidak dihiraukannya. Matanya fokus pada pemanduannya. Tak kuasa nak melayan nenek disebelah ni. Kuat sangat membebelnya. Ikut gen siapa pun tak tahulah.

Setelah hampir sepuluh minit tersekat dalam jammed akhirnya, keadaan kembali reda. Tiada lagi jammed yang melenguhkan kaki para pemandu di lebuhraya ini. Niezam meneruskan pemanduannya. Menuju ke lokasi yang sudah ditetapkan kedua orang tuanya tanpa pengetahuan Meera pun.

Sudah lama mereka merancang perkara ini. Oleh kerana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan perancangan ini berlangsung, jadi mereka terpaksa menundanya sehinggalah hari yang sebaik-baiknya tiba.

“Kita nak pi mana pulak ni?” Tanya Meera dengan telor utaranya.

“Along nak pergi satu tempat sekejap. Ada hal.”

“Lorh. Kenapa tak hantar Meera balik dulu? Lepas tu along nak pergi tak balik-balik pun tak apa.”

“Jauhlah kalau nak pusing hantar adik balik rumah. Tempat tu jauh.”

“Jauh kat mana? Thailand?” Niezam menjungkitkan bahunya.

“Hey janganlah. Adik tak bawa passport ni.” Berkerut dahi Meera.

“Haishh.. banyak bunyilah mak cik ni. Duduk diam-diam tak boleh ke?”

Meera mencebik. Kemudian memuncung. Tangan disilangkan ke dada. Memandang ke hadapan. Hanya menunggu dan terus menunggu ke manakah lokasi mereka.

Meera menggerakkan sedikit tubuhnya apabila terasa bahunya disentuh dan digoncang perlahan. Setelah dibuka matanya, dia mendapati sekelilingnya gelap. Tangannya meraba-raba ke persekitarannya. “Kat mana ni?”

“Dah bangun dah? Lena tidur?”
Meera menangkap suara itu. Terlalu dekat di telinganya. Tapi macam kenal suara ni. Bukanke ni suara..

“Along?”

“Hmm, alonglah ni. Dah jom turun.” Niezam memegang lengan adiknya. Pergerakannya terhenti apabila adiknya mengeraskan tubuhnya. Tidak mahu mengikuti langkah alongnya turun dari kereta.

“Tapi kenapa gelap?” Meera meraba-raba matanya. Ada kain? Kenapa mata aku ditutup?

“Ehh jangan buka dulu.”

“Kenapa?”

“Along ada surprise untuk adik. Jangan buka tau. Jom turun. Pegang tangan along kuat-kuat.”

Meera menganggukkan kepala. “Err, beg adik?”

“Along dah bawa ni. Dah macam perempuan along guna beg ni tahu tak. Semua perempuan dah pandang pelik kat along adik ni. Erghh..”

Meera ketawa kecil. Kelakar dengan bebelan alongnya.

“Kita kat mana ni, along?”

“Adalah. Nanti adik tahu jugak. Baik-baik ada longkang. Lompat!”

Meera terus melompat. Hishh, apa bawa aku ke tempat yang banyak longkang ni?

“Baik-baik ada tangga tau.”

“Hah! Tangga? Kenapalah bawa tempat yang ada tangga ni?” Rungut Meera perlahan.

“Dah diamlah mak cik. Okay, sekarang berhenti sini.” Meera berhenti.

“Dah boleh buka?” Tanyanya.

“Ehh belum lagi.”

Meera memuncung. Lambatnya. Aku dah excited nak tahu apa surprise dia. Haiya..

“Along kira sampai tiga, baru adik boleh buka.”

“Okay.” Meera meletakkan kedua tapak tangannya ke kain yang membaluti matanya. Senyuman sudah terukir di bibir.

“Satu..”

“Dua..”

“Ti..”

“Wah cantiknya!”

Terus mati senyuman Niezam. Aku belum habis kira lagi dia dah buka? Memang kureng!

“Hishh. Tak tahu sabar betul.” Ngomel Niezam.

“Ibu dengan ayah pun ada jugak?” Dipandang kedua wajah orang tuanya. Puan Mastura dan Encik Khalid tersenyum memandang kedua anak mereka. Jelas sinar kegembiraan terpancar di wajah itu.

“Anyway, surprise ni untuk apa ek?” Tanya Meera sesudah dia melabuhkan duduk di hadapan sebuah meja yang sudah dipenuhi dengan segala macam jenis makanan. Nak makan malam pun surprise jugak ke?

“Sempena kejayaan adik yang diterima masuk ke universiti.” Beritahu Niezam.
Meera mengangguk. Terharunya. Ingatkan bila along balik dari fly nye sesudah dia mendapat satu surat tentang penerimaannya ke universiti kurang tiga minggu yang lalu, mereka akan meraikannya. Rupanya hari ini. Kenapa lambat sangat? Aku dah nak pergi baru nak sambut?

“Thank you very much.” Ucap Meera dengan nada terharunya.

“Most welcome very much, my dear.”Part yang very much tu memang sengaja dia tambah.

Meera mencapai sudu dan garfu kemudian diletakkan di dalam pinggannya. Terliur dibuatnya apabila melihat segala macam makanan di hadapannya. Pesta makanlah aku malam ni nampaknya.

“Aik. Tak baca doa lagi terus ngap?” Tegur Encik Khalid sambil tersenyum. Terus mati pergerakan Meera yang mahu menyudu nasi ke dalam mulutnya.

“Meera dah baca dalam hatilah.”

“Sudahlah. Baca doa.” Puan Mastura menyuruh anak terunanya membaca doa sebelum makan.


BAB 16

MEERA menyandarkan beg besarnya ke tepi dinding. Dengan itu, berakhir sudah segala kelengkapan dan peralatan untuk dibawanya ke Aussie lusa nanti. Huh. Cepatnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam dia menerima surat dari universiti itu.

Kaki dilangkah keluar dari bilik. Menuju ke ruang tamu. Dari tempatnya berdiri ini, sudah bisa telinganya mendengar suara gelak ketawa penghuni rumahnya yang lain. Yang paling kuat sekali pastilah along. Ketawa tak ingat dunia. Jangan terlalu suka sangat along, nanti kau menangis.

“Seronok nampak. Ada yang Meera tertinggal?” Tempat kosong disebelah Niezam dihampirinya. Dilabuhkan punggung di sofa lembut itu selepas mencapai sebiji epok-epok.

“Cerita apa ni?” Tanya Meera apabila pertanyaannya sebentar tadi tidak dilayan. Bengang..

“Just for laugh.”

Patutlah ketawa sampai tak ingat aku yang bersedih dalam bilik. Layan cerita ni rupanya. Hmm.. tak apa. Dah biasa dipinggirkan.

“Dah siap semua barang, Meera?” Tanya Encik Khalid apabila siaran televisyen yang lawak tadi bertukar kepada iklan.

“Hmm sudah. Dah siap semuanya. Tinggal nak gerak aje.” Jawabnya berserta senyuman. Tak sabar nak menjejakkan kaki ke bumi Kanggaroo itu. Tapi..

“Nanti dah duduk sana, jangan lupa sini pulak.” Tambah along.

Meera pandang alongnya. “Mestilah. Peribahasa melayu ada mengatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.”

“Selalu telefon sini ye, sayang.” Suara Puan Mastura kedengaran.

“Hishh, Meera nak pergi lusalah. Bukan sekejap lagi.” Macam nak halau aku supaya cepat-cepat blah aje. Ni tak best ni.

Niezam senyum. Bahu adiknya digosok perlahan. “Meh sini peluk along.”

Meera jungkit keningnya. Apa ke peliknya along aku ni? Tetiba aje nak peluk aku. Selalunya bukan main payah nak suruh peluk aku.

“Sini lah.. kang dah start citer tu susah woo along nak peluk adik lagi.” Gesa Niezam membuatkan Meera terus memeluk alongnya erat. Terpaksalahh...

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.