Nik pandang
isterinya. Menggeleng sekejap dia. Lantas kaki diatur melangkah mendekati
isterinya yang sudah terbaring di atas katil. Butang lengan kemeja di buka.
Lengan kemejanya di lipat sehingga ke paras siku. Jam tangan yang setia
bersamanya juga dibuka lantas di letakkan cantik di atas meja tepi katil.
“Sakit lagi ke?”
Soalnya. Sepasang matanya tidak jemu memandang wajah cantik isterinya.
“Hmm..”
Nik melekapkan
tapak tangannya di dahi si isteri. Hmm, tak panas sangat. Macam selalu aje.
Tapi.. kenapa dia selalu sakit semenjak dua tiga hari ni? “Kita pi klinik ek?”
Risau jugak dia. Mana tahu.. huh. Husnudzon itu lebih penting, Nik!
Gelengan dari si
isteri membuatkan Nik menjungkitkan sebelah keningnya. Dah sakit sampai terus
baring selubung dalam selimut pun masih tak nak pergi klinik buat pemeriksaan?
Nik pandang jam di dinding.
Enam tiga puluh
minit petang. Masih sempat lagi ni kalau nak bawa dia pergi klinik. Tapi..
“Nanti melarat
macam mana?”
Isterinya
menggeleng sekali lagi. “Nak period
kot.”
Jawapan dari
isterinya membuatkan Nik lantas mencapai telefon bimbit si isteri dalam tas
tangan berwarna hitam di hujung kakinya. Ini dah memang sakit tahap dewa ni
sampai handbag pun main campak kat
lantai!
Satu aplikasi
berbentuk sebuah diary berwarna merah
jambu ditekannya lantas kata laluan dimasukkan. Melihat pop-up window yang keluar membuatkan dia pandang isterinya.
“Bukan lagi dua
belas hari?” Soalnya sambil menunjuk ke arah telefon di tangan.
Terdengar
isterinya mengeluh. “Aplikasi macam tu, bukannya boleh percaya seratus peratus.
Dah kalau benda tu nak keluar, tak tunggu on
time pun dia boleh keluar, kan?”
Okay.. jawapan
yang munasabah. Pantas dia menggeleng. “Tapi you sure tak nak pergi klinik?”
“Hmm.. double triple sure.” Suara itu makin
lemah. “Bagi I tidur sekejap. Before Maghrib tolong kejutkan, ek?”
“Okay sayang..”
Nik membetulkan
letak duduk selimut yang menutupi sebahagian tubuh isterinya. Alahai isteri aku
ni. Kenapalah boleh sakit saat aku nak beromantika de amour dengan dia?
*****
Nik tersedar
dari tidur bila merasakan yang tidurnya terganggu dengan satu bunyi. Dia
menggosok matanya. Jam di dinding yang berhadapan dengannya di pandang.
Sepuluh satu
minit malam.
Dia pandang ke
sisinya. Orang yang tidur bersama-sama dengannya tadi, tiada. Kosong. Hanya
tinggal patung teddy bear yang menjadi bantal peluk isterinya sahaja disitu.
Matanya melilau di sekeliling bilik. Mana isteri aku? Mana Aqish?
Anak matanya
terhenti di pintu bilik air yang terbuka. Telinganya mendengar bunyi orang
muntah-muntah. Pantas selimut yang menutupi kakinya ditolak ke tepi. Melompat
dari katil dan terus masuk ke dalam bilik air.
Dalam bilik air,
dia melihat isterinya sudah tertunduk-tunduk di singki. Tangan lembut itu
begitu kuat memegang singki. Nik mendekati isterinya. Rambut panjang si isteri
yang dibiarkan lepas tanpa ikat di simpul menjadi satu. Belakang badan
isterinya digosok perlahan.
Dan membiarkan
isterinya memuntahkan segala isi perutnya.
“Nak muntah lagi
tak?” Tanya Nik. Pinggang isterinya dirangkul.
Balqish yang
sedang mengesat hujung bibirnya menggunakan tisu sekadar menggeleng. Tak larat
rasanya nak menjawab waima nak pandang wajah suaminya sekalipun. Dia penat..
letih bila segala isi perutnya dikeluarkan. Sakit woo..
“Dah.. siap jom.
Kita gi klinik.”
“No excuses!” Sambung Nik bila nampak
dengan hujung matanya, isterinya mahu mengelak. Apalah.. pergi klinik aje pun.
*****
“Dah siap dah?”
Tanya Nik.
“Dah..” Sambil
mengangguk. “Kita nak pergi klinik mana ek?”
Nik jungkit
bahu. “Klinik biasalah kot.” Balqish mengangguk.
“Ehh nak pergi
mana?” Tanya Balqish bila nampak suaminya bangkit.
“Toilet.. shi-shi jap.”
Balqish hanya
pandang pintu bilik air yang tertutup. Kemudian dengan pantasnya dia mencapai
telefon bimbitnya. Satu pesanan ringkas di hantar kepada kawannya.
Can you help me?
Berkerut-kerut
dahinya membalas mesej itu. Tak kisahlah apa pun yang terjadi.Yang pasti, Nik
tak boleh tahu benda ni! Segalanya mesti dirancang supaya Nik takkan tahu benda
ni malam ni. Tidak dengan keadaan aku yang macam ni.
“Hey, buat apa?”
Balqish yang
terkejut terus menekan butang dekstop pada telefonnya. Tersenyum pandang
suaminya yang sedang menutup suis lampu bilik air. “Tengok Whatsapp.”
Bohongnya.
Nik senyum.
Manis. Senyuman itulah yang memikat hati Balqisha Humaira. “Dah.. jom.”
Nik menghampiri
Balqish. Isterinya yang berdiri itu lantas digendong. Terjerit kecil Balqish
bila tiba-tiba tubuhnya tidak jejak bumi. Dia pandang suaminya.
“I can walk, lha.”
“Kesah pulak!” Jawab
Nik selamba.
*****
“Boleh aku tahu
kenapa dengan kawan baik kau ni?” Soal Nik pada Nadhira. Dia memang dah tak
sabar-sabar nak tahu kenapa dengan isterinya. Sampai muntah-muntah tadi. Risau
kot.
Nadhira
tersenyum pandang Nik dan Balqish dihadapannya. Manis sekali senyumannya yang
cuma Balqish seorang sahaja yang faham. Tapi untuk seketika, dia mengeluh
sebentar.
“Kenapa dengan
dia?” Makin risau Nik jadinya bila mendengar keluhan kawan baik isterinya ni.
Ada apa-apa yang berlaku ke pada Balqish? Dia sakit ke?
“Don’t worry. Dia keracunan makanan aje.
Sebab tu dia muntah-muntah. Insya Allah, esok baiklah. Nanti aku bagi ubat.”
Terang Nadhira membuatkan Nik sedikit lega.
Nasib baik
keracunan makanan aje. Aku ingatkan dia sakit teruklah tadi.
Telefon bimbit
Nik yang berdering memintanya untuk keluar dari bilik pemeriksaan ini seketika.
Dah namanya pun klinik, mana boleh guna telefon!
Nadhira pandang
kawan baiknya. Tangan mereka bersatu. Senyuman menghiasi bibir masing-masing.
“Thanks, dah tolong aku.” Tutur Balqish.
Nasib baik dapat kawan yang memahami keadaannya.
“Welcome.” Nadhira tarik nafas. “Kenapa
kau tak nak beritahu dia aje?”
“Nanti-nantilah
aku beritahu. Bila aku dah okay sikit ke.”
“Suka hati
kaulah. Tapi better kau bagitahu dia
cepat, kang jadi pape kau juga yang susah.”
“Bagitahu apa
ni?”
Kedua sahabat
itu berpandangan. Sama-sama kematian kata. Macam mana mereka boleh tak perasan
yang Nik masuk?
“Err.. Nad nak
tunang bulan depan. And dia nak minta
tolong you carikan homestay area rumah kita untuk keluarga bakal
tunang dia.”
“Ohh okay. Nanti
aku carikan.”
Masing-masing
melepaskan nafas lega. Nasib baik Balqish tak beritahu Nik lagi pasal benda ni.
Kalau tak, mana dia nak cekau idea lain?
Tapi dirahmati Allah
tak ek, menipu suami?
*****
“You suka anak lelaki ke perempuan?”
Tanya Balqish di satu petang yang indah.
“Kenapa tetiba
tanya aje ni?” Nik pandang isterinya. Pelik pulak tetiba rasa.
“Tanya aje.
Macam best pulak ada anak ni.”
Serta-merta Balqish memegang perut kempisnya.
Berubah air muka
Nik. Isteri aku nak ada baby ke?
Yeahh.. aku pun nak jugak. Dah lama aku nak. Tapi itulah.. belum punya rezeki
lagi. Insya Allah satu saat nanti. Dan satu saat nanti itu akan menjadi moment
yang indah untuk diingati. Pasti.
Balqish
mendongak, pandang suaminya. “Lagi satu soalan.”
“Apa dia? Tanya
aje, I sudi menjawab dengan seikhlas
hati I.” Tersengih.
“Ermm..” Balqish
menggigit bibir bawahnya. “You dah
sedia nak jadi ayah ke?”
“Kenapa? You pregnant ke?”
Balqish sekadar
menjungkit bahunya. Dan Nik, sekadar ketawa kecil. Dah kalau isterinya jungkit
bahu macam tu, memang tak betullah apa yang aku teka. Tapi.. mana tahu kali ni
betul ke? Ahh.. tak adanya. Kalau betullah dia mengandung, mesti Nadhira
beritahu dia dua malam lepas.
“You tak jawab
lagi soalan I..”
Nik senyum.
Kalau pertanyaan tu.. “Dah lama dah I
siapkan diri I untuk menjadi seorang
ayah yang baik dan penuh berdedikasi untuk anak-anak kita.”
“Okay.. kalau you kena alahan masa I mengandungkan anak kita pun, you sanggup terima?”
“Ini macam dah
lebih dari satu soalan aje..” Usik Nik.
Balqish tarik
muka. Nik ketawa.
“Yeah.. with all my heart. You kan dah
penat carying my baby for nine months and
ten day and apa salahnya kalau I
yang tanggung alahan tu, kan?” Nik mengucup ubun-ubun isterinya. “Lagipun, I memang dah lama sediakan fizikal dan
mental untuk terima segala alahan tu.” Nik ketawa kecil.
“You dah jadi ayah pun lah.”
Tawa Nik terus
mati. Dia pandang isterinya. Tak berkelip. Ohh betulkah ini? Telinganya dah
korek kan?
“Betul, sayang.”
Nik pandang
perut kempis isterinya. Kemudian beralih pada wajah isterinya. Dia macam..
macam.. macam tak percaya. Dah hampir dua tahun mereka menunggu dan sekarang,
Allah makbulkan doa mereka.
“I tak mimpi kan?”
Balqish senyum
lantas pipi kanan suaminya dicium. Anak mata suaminya ditenung.
“Wohooo..” Nik
terus menjerit keriangan di situ. Sementara Balqish, tersenyum manis.
Alhamdulillah. Pasti akan aku jaga amanah Mu ini, Ya Allah.
“Tapikan..” Nik
kembali duduk disisi isterinya. Satu kemusykilan bermain-main di benaknya.
“Kenapa?”
“Kalau you pregnant, kenapa Nad beritahu hari
tu yang you keracunan makanan?”
Balqish sekali
lagi senyum. Pasal ini rupanya yang suami aku ni tertanya-tanya. “Tak nak putus
kawan punya pasal, itu yang Nad tolong I
rahsiakan dari you. Sorry..”
“Tapi kenapa
mesti nak berahsia dengan I, sayang?”
“Actually lha kan, I nak suprisekan benda ni
sebagai hadiah hari jadi you lusa.
Tapi seriously, I dah tak tahan nak
tanggung sensorang sakit ni. Itu yang terpaksa beritahu hari ni jugak. Surpriseee...” Cerita Balqish akhirnya.
Alahan
mengandung ni buatkan dia rasa nak baring aje atas katil. Tak nak bergerak ke
mana-mana waima ke bilik air sekalipun!
“Then, ubat yang Nad bagi hari tu?”
“Itu vitaminlah.
Takkan tak baca?”
Nik menggosok
belakang lehernya. Nadhira beri vitamin ke? Patutlah dia nampak rupa ubat tu
lain dari yang lain. Okay, macam seronok jek kena tipu dengan isteri dan kawan
baik isteri ni, kan? Hurmm..
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.