Pages

Search This Blog

24 Feb 2015

Klon (Episod 2)

Episod 1

Bunyi pintu rumah terbuka buatkan Harris pantas bangkit. Dia berdiri dibelakang seseorang yang tengah menutup daun pintu. “Pergi mana?” Disoal isterinya.

            Perempuan itu menoleh. Terkejut dia bila nampak wajah risau itu bila dia menoleh tadi. Dia cari pula dinding yang menyangkut jam. Dah pukul dua belas tengah malam. Lelaki ni tak tidur lagi ke?

            “Nak I ulang berapa kali baru jawab soalan?” Dingin aje suara yang keluar. Dari pagi sampailah tengah malam ni baru dia nampak wajah isterinya. Buat dia risau aje.

            “Err..”

            “Kenapa tak jawab call?” Soalan lain pula Harris hulur bila isterinya tak menjawab soalan pertamanya.

            Lelaki ni telefon dia? Memang patutlah dia tak jawab sebab lelaki ni telefon orang lain. Bukan telefon dirinya. Dia tersenyum tiba-tiba. Senyuman yang hanya dia seorang aje yang faham. Akhirnya, masuk juga dia dalam kehidupan lelaki ni. “Bateri telefon habislah. Sorry.” Dia senyum lagi.

            Harris pandang senyuman tu. Kenapa senyuman tu lain dari yang lain? Dan gigi wanita dihadapannya ni. Kenapa teratur aje? Lesung pipit tu, mana? Tiba-tiba dia rasa bulu romanya meremang. Siapa perempuan ni sebenarnya? Dan.. Kenapa jantungnya tak macam selalu bila bersama dengan perempuan ni? Jantungnya mengepam darah dengan tenang. Tak macam selalu, berdegup kencang.

            Dia menggeleng kemudiannya. Tak mungkinlah. Pantas diusir gusar dihatinya. “Dah, pergi mandi. Dah makan, belum?” Soalnya lagi.

            “Dah.” Angguk. Dah kenyang dah dia lepas jalankan misinya tadi. Bila tengok perempuan yang dia benci diikat dan dirantai depan mata, tak makan nasi pun dia rasa kenyang.


            “Pergilah tidur dulu. I ada kerja sikit.” Beritahu Harris sebelum panjat anak tangga.

= To Be Continue =
Klon - Episod 3 =

1 comment:

Pendapat anda sangat saya hargai