Pages

Search This Blog

25 Feb 2015

Klon (Episod 3)

Episod  -1-  -2-


Harris buka pintu rumah. Tali leher dilonggarkan sebelum dibuka ikatan. Dua butang baju paling atas turut dibuka. Panas betul sekarang ni. Pendingin hawa pun tak boleh nak tembus rasa panas hari ni. Dia pandang atas meja ruang tamu. Kosong. Terjungkit keningnya. Dia yang tak nampak ke atau memang tiada?

            Dia pandang dapur pula. Gelap. Lampu tak buka. Bila pandang jam baru pukul lapan setengah malam. Tak pernah-pernah pula dapur malap aje. Selalunya, selagi tak pukul sepuluh selagi itulah lampu dapur tu akan terpasang. Dia bangkit. Mendekati tangga.

            Langkahnya mati tiba-tiba dipertengahan jalan. Dia kembali turun bawah. Meja disebelah tangga dihampiri. Bingkai gambar disitu dicapai. Sejak bila pula gambar dia dengan isterinya ada kat sini? Bukan ke ni tempat gambar Ayish, anak mereka digantungkan?

            “Hmm, Liya ubahlah tu.” Gumamnya. Lepastu dia kembali panjat tangga masuk bilik. Pintu bilik ditutup. Dia letakkan beg kerjanya di atas meja. Tali leher dan baju kemeja dibuka kemudian dicampaknya masuk dalam bakul. Tuala mandi dicapai. Dia mendekati baby cot milik anaknya. Mata Ayish yang membulat sambil tersenyum bila nampak dirinya dipandang. Lepastu dia pandang pula isterinya diatas katil yang tengah membaca majalah. Sekali lagi dia jungkit kening. Bila masanya pula isterinya gemar baca majalah?

            Ayish diangkat. Diagah anaknya itu. Mengekek ketawa si kecil buatkan Harris gelak sama. Dia pandang isterinya lagi. “Sayang.. Dah solat Isyak?” Tanyanya.
            Shafliya mendongak. “Huh?” Terkejut dia bila dipanggil sayang oleh lelaki ni. Tiba-tiba jantungnya mengepam darah laju.
            Harris pelik. Apsal terkejut sangat? Aku panggil panggilan biasa yang aku selalu panggil dia aje kot. “Dah solat Isyak?” Soalan sama diulangnya lagi.

            “Err.. Belum. Tak boleh solat, period.” Balas Shafliya. Rambut panjangnya di usap. Tiba-tiba rasa macam pelik pula bila rambutnya lurus tak berbentuk macam selalu. Dia rindu rambut layerednya. Tapi bila ingat yang dia sekarang tengah jalankan misinya, dia kena lupakan sekejap rambut idamannya itu.

            Makin berkerut dahi Harris. Period? Bukankah lepas lahirkan Ayish, isterinya beritahu yang dia memang tak boleh period? Yelah, ada sesetengah wanita yang takkan keluar darah haid bila menyusukan anaknya. Dan isterinya tergolong dalam kumpulan itu. Jadi, kenapa pula isterinya beritahu sekarang yang dia period? “Ohh..” Balasnya pendek dalam pelik.

            Ayish diserahkan pada isterinya. Terkial-kial Liya mengendong Ayish dalam dukungan. “You okay, dear?” Tanya Harris. Serasanya macam inilah kali pertama melihat isterinya mengendong Ayish. Kaku gila. Tak macam selalu. Pasti isterinya ini cekap mengendong anak mereka.


            “Ha? Ohh, okay. I’m okay.” Tergagap wanita itu membalas. Harris sekadar mengangguk dan berlalu masuk bilik air. Mahu membersihkan dirinya.


=To Be Continue=

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai