"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Tuesday, May 05, 2015

Truth or Dare -4-



Fawwaz bangkit. “Jomlah, diaorang dah panggil tu. Nak gerak dah.” Dari jauh dah nampak Amin menyuruh mereka kembali ke bot. Bunyi wisel yang ditiup Ilham juga kedengaran. Dah tiba masanya untuk mereka mengakhiri aktiviti snokerling untuk hari ini.

            Fawwaz turun dari batu besar tu. Tangan dihulur pada Aireen yang masih duduk diatas batu. Nak bantu Aireen turun dari batu. Tapi hulurannya ditolak Aireen cara baik. Aireen perlahan-lahan turun dari batu yang licin tu. Fawwaz dibawah juga sudah bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan. Takut andaikata wanita ini tersilap langkah dan tergelincir jatuh. Nanti apa dia nak cakap pada orang tua Aireen? Yeah, dia yang bersama Aireen saat ini. Jadi rasa tanggungjawab untuk menjaga anak dara orang ini terletak pada bahunya. Dan andaikata terjadi apa-apa, dia yang harus dipersalahkan.

            “Dah, jom.” Ajak Fawwaz. Mereka beriringan ke bot. Tapi entah macam mana, keadaan laut yang sedikit bergelora buatkan Aireen tak sempat nak seimbangkan badan dan wanita itu dibawa arus gelora laut. Tapi Fawwaz bertindak pantas dengan mencapai tangan Aireen. Kalau tak, mesti Aireen dah lemas sebab keadaan laut yang bergelora tu.

            “Okay tak ni?” Soal Fawwaz risau. Dia nampak Aireen meraup wajahnya. Terasa juga lengan Aireen yang menggigil. Kuat pegangan wanita itu pada lengannya.

            Aireen hanya pandang Fawwaz. Membulat matanya. Tak percaya dengan apa yang dah berlaku tadi. Nasib baiklah Fawwaz cepat tangkap tangan dia. Kalau tak, memang kat laut nilah tempat dia dikebumikan.

            “Ai.. Okay tak ni?” Fawwaz goncang lengan tu. Nampak mata Aireen yang dah merah. Masuk air laut agaknya sampai kemerahan macam tu. Bibir Aireen pun dah biru. Risau Fawwaz.

            Aireen terpana. Ai? Fawwaz panggil dia Ai? Kenapa lelaki ni tak panggil dia Reen? Macam yang selalu kawan-kawan mereka panggil? Kenapa mesti Ai? “Reen! Panggil aku Reen.” Tegas Aireen.

            Fawwaz jongket kening. “Kenapa? Nama kau jugak, kan? Lagipun, aku suka panggil kau Ai.” Mereka dah mula berenang ke bot.

            “Famili aku aje yang boleh panggil aku Ai. Kawan-kawan aku, Reen.” Jelas Aireen. Ya, Ai hanya untuk keluarganya. Orang luar tak boleh panggil dia Ai. Itu muktamad.

            “So, boleh aku jadi famili kau?” Spontan pertanyaan Fawwaz buatkan Aireen mati tingkah. Dia pandang Fawwaz kat sebelah. Lelaki tu masih lagi pegang life jacketnya. Takut aku tenggelam lagilah tu.

            Aireen gelak. “Aku tak ada kakak dan adik perempuan yang nak kahwin buat masa sekarang ni.” Dia hanya ada dua orang abang dan seorang kakak. Abang dia pun dah bertunang dan akan berkahwin nanti. Kakak dia pula belum tentu mahu mendirikan rumah tangga dalam masa dia masih lagi belajar ini. Jadi, macam mana pula si Fawwaz ni nak jadi sebahagian dari keluarga dia? Takkan nak kahwin dengan sepupu dia kot?

            “Kau kan ada. Buat apa aku nak cari orang lain?”

            Aireen pandang Fawwaz lama. Pelik. Sebelum dia gelak. “Aku akan anggap yang kau tak pernah cakap macam tu.” Masih dengan gelaknya.

            “Kalau aku serius macam mana?” Soal Fawwaz.

            Aireen tergamam. Terkelu dia kat situ. “Nonsense,” Itu yang keluar dari bibirnya tanpa dia sedari. Tetiba aje Fawwaz ni nak cakap macam ni. Suka sangat mengarutlah tu. Ingat dia boleh terbuailah kalau lelaki ni cakap macam ni? Sorrylah. Sikit pun dia tak percaya.

            “Okay look. Kita main satu game nak tak?” Aireen pandang bot. Kenapa macam jauh aje perjalanan mereka ke bot ni? Nampak dah nak dekat. Tapi kenapa masih berhenti kat sini meskipun mereka dah berenang nak ke sana?

            “Apa dia?” Tanya Aireen. Nak main permainanlah pula mamat ni. Kat tetengah laut pula tu. Macam dah tak jumpa darat aje.

            “Macam Truth or Dare jugaklah. And kita ambil Dare. Is it okay?

            Tanpa banyak fikir, Aireen menjawab, “It’s up to you. I’m okay.” Senyum. Tak pernah lagi dia main permainan ni berdua aje macam ni. Di tengah laut pula tu.

            “Okay.. Lepas aje habis sem nanti. Which mean, kita dah habis belajar. Kalau kau dan aku masih tak punya someone special in our life, kita kahwin.” Aireen pandang Fawwaz lepas aje Fawwaz habis cakap perkataan kahwin.

            “Kahwin?"

            Fawwaz angguk. Nampak dari muka Fawwaz, yang lelaki tu sangat memaknakan apa yang dia cakap. Aireen telan liur. Kahwin? Dengan Fawwaz?

            “Macam mana?” Soal Fawwaz.

            “Err..” Aireen garu pipi kanannya.

            “Ke kau nak kahwin dengan aku sekarang juga?” Nampak Fawwaz senyum nakal.

            “Gila!” Laju ayat gila tu keluar di bibir. Aku tak habis belajar lagi okay. Bahagiakan Mama dengan Ayah pun belum dah ajak aku kahwin dengan dia. Huh!

            Fawwaz gelak. Mereka dah tiba di tepi bot. Tinggal tunggu nak panjat tangga masuk bot aje sekarang ni.

            “Okay deal.” Aireen panjat tangga warna silver tu.


No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.