Meera yang sedang ayu berdiri memandang tas
tangannya di bawah meja. Siapa pulak yang telefon aku waktu-waktu macam ni? Tak
tahu ke yang aku tengah mengajar ni? Haishhh.. Dipandang ke hadapan dan
dihiraukan telefonnya yang menjerit pinta diangkat. Senyuman seikhlas mungkin
dilemparkan pada budak-budak yang berumur enam tahun kesemuanya di hadapannya.
“Akak nak, adik-adik akak yang comel ni tulis
nama masing-masing kat atas kertas yang akak bagi tadi.” Lembut dan sedikit
menjerit suara Meera menyuruh anak-anak muridnya menulis nama. Tujuannya adalah
supaya dia senang mengetahui siapa punya kertas yang akan ditandanya nanti.
Tiga minit sudah berjalan dan Meera masih
lagi menunggu. Haish dia orang ni, tulis nama yang tak sampai lima patah
perkataan pun lama sangat. Matanya memandang sekali lagi tas tangannya apabila
bunyi nada dering telefonnya kedengaran. Siapalah yang mengacau aku ni? Dan
sekali lagi, dihiraukannya. Lantaklah kome!
“Sudah?” Tanya Meera apabila melihat hampir
kesemua mata-mata memandangnya yang bosan menunggu ni.
“Sudah!” Jawab kesemuanya serentak sambil membuat
thumbs-up.
“Sekarang, akak nak adik-adik akak semua
siapkan kerja tu. Siapa paling awal siap, akan dapat hadiah...” Keningnya
dimainkan beberapa kali tanda dia serius dengan hadiah tu.
Masing-masing diam tidak bersuara dan terus
memegang pensil untuk menyiapkan latihan matematik yang diberi Cikgu Meera
kesayangan mereka.
Comelnya dia orang ni bila muka serius..
senyuman terukir dihujung bibir tanda seronok dengan gelagat anak-anak muridnya
yang mencuit hati kecilnya. Namun tiba-tiba senyumannya mati apabila sekali
lagi dia terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya.
Haishhh..
Nak tak nak, mahu tak mahu, terpaksalah dia
melangkah ke meja dengan berat hati. Tas tangan di capai dan dibuka zipnya.
Tangan diselukkan ke dalam tas tangan itu dan mencari telefon bimbitnya yang
‘ditelan’ jauh ke dalam.
Telefon HTC yang baru dihadiakan alongnya
dipegang dan dijawab panggilan daripada alongnya yang seorang itu. Mengacau
betullah.
“Hmm kenapa?” Jawabnya malas.
“Assalamualaikum..” keluhan dilepaskannya.
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ada apa-apa yang boleh saya bantu Encik Niezam?” Jawabnya formal. Bengang tahap
infiniti apabila mengenangkan alongnya dengan telefon yang dihadiakannya ini.
Niezam ketawa dihujung talian. “Boleh Cik
Meera ambil saya di airport lepas Cik
Meera habis mengajar?” Bibir mengukirkan senyuman manis.
“Kenapa tak suruh ayah aje? Kan ayah yang
hantar along hari tu.”
“Hishh kesianlah ayah tu. Apa guna along ada
adik?”
“Ye lah ye lah..” Mengalah jugak Meera
akhirnya. Terpaksalah dia menjengah ke lapangan terbang yang sesak tu petang
ni. Hish.. malas betul nak meredah lautan manusia yang sesak kat sana.
“Along tunggu.. bye assalamualaikum.”
Meera menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Baru
nak bermalasan kat rumah. Inilah susahnya menjadi adik kepada Captain Pilot yang berjaya. Huh!
Matanya melihat dua panggilan yang terlepas
tadi. Dari Pyka? Apalah perempuan tu nak? Dengan senang hati dia mendail nombor
sahabat kesayangannya dunia akhirat.
“Kau nak apa samdol?” Terus Meera menerjah kawannya.
“Assalamualaikum?”
Terus tegak badannya. Matanya dikerdipkan
beberapa kali. Bibir menayang sengihan. “Waalaikumussalam.”
“Anyway,
nama aku Pyka bukan samdol.”
“Whateverlah.
Ada apa hal kau telefon aku tadi? Aku tengah mengajar weh.”
“Hah wehh.. aku dah dapat surat tu. Kau dah
dapat?”
Dahi terus berkerut. “Surat apa pulak ni?”
Apalah yang minah ni merepekkan tengah-tengah hari buta ni? Baru bangun ke cik
kak?
“Surat dari uni yang kita hantar tu lah. Kau dah dapat belum?”
“Ohh. Belum lagi, kenapa?”
“Aku diterimalah weh. Seronok gila aku
sekarang ni.”
“Serius weh? Arghhh.. bestnya..” Terjerit kecil Meera apabila mendengar perkhabaran itu.
Sampai melompat jugaklah gadis itu.
Namun kegembiraan dan senyumannya mati
apabila terpandangkan mata-mata anak muridnya yang memandangnya pelik. Air liur
ditelan. Tersengih memandang mereka. Terus dipusingkan tubuh menghadap ke papan
putih.
“Congrate
weh. Proud of you.” Perlahan nada suaranya.
“Thanks..”
“Alahhh, aku tak dapatlah nampaknya. Tak bestnya kena berjauhan dengan kau. Nanti
aku rindu kau macam mana?”
“Kau ni merepek apalah. Kalau dekat, aku dah
ketuk kepala kau. Nanti adalah surat tu untuk kau. Tunggu jek.”
“Yakin giler kau yang aku dapat.”
“Ofcourse
lah. Bukan kau ke yang ajar aku, supaya yakin dalam hidup?”
“Tapi janganlah terlalu yakin sangat. Nanti
tersungkur, padan muka kau!” senyuman dibibir menambah kecantikan empunya diri.
“Nanti aku telefon kau balik. Cakap dengan
kau, sampai lupa anak murid aku. Bye..” Sambungnya dan terus meletakkan telefon
di dalam tas tangannya. Senyuman kegembiraan untuk sahabatnya dihadiahkan pada
kesemua anak-anak muridnya.
Semoga aku juga mendapat kebahagiaan seperti
itu suatu hari nanti. Doanya dalam hati..
KERETA diberhentikan di tepi jalan sebelum
mematikan enjinnya. Pintu dibuka dan dia melangkah keluar dari kereta. Lantas
kereta kesayangannya dikunci. Kaki melangkah perlahan ke sebuah tadika yang
tersegam cantik pada pandangan matanya. Tangan dilambaikan pada seorang budak
lelaki yang sedang bermain buaian bersama seorang kawannya.
Berlari budak lelaki itu bersama senyuman
ke arahnya. Disalam dan dicium tangan pak ciknya itu. Seorang guru mendekat
bersama beg berwarna biru hitam ditangan dan diserahkan pada Daneal yang sudah
mendukung Nik.
“Sorry
uncle lambat satu minit.” Tuturnya sambil mengambil huluran beg sekolah
milik Nik.
“Tak apa. Lagipun ada kawan-kawan Nik yang
mak ayah dia orang datang lambat jugak.” Jawabnya sambil melambaikan tangannya
pada beberapa kawan-kawannya.
“Salam cikgu.” Suruh Daneal dan Nik menurut.
“Kami balik dulu. Assalamualaikum.” Pamit
Daneal dan berjalan keluar dari tadika ini. Senyuman terukir dibibirnya apabila
melihat wajah ceria anak saudaranya pada hari ini. Wajahnya tidak lagi seperti
minggu lepas yang masam sudah cukup membuatkan dirinya senang.
Pintu kereta sebelah pemandu dibuka dan
diletakkan Nik di atas kerusi sebelum mencampakkan.. err meletakkan beg sekolah
Nik ke tempat duduk belakang, ayat jangan kejam sangat!
“Tengok ni Nik dapat apa..” Sekotak makanan
ringan di tayangkan pada pak ciknya.
“Apa tu?” Tanya Daneal.
“Choki-choki..”
“Mana dapat?”
“Akak Meera bagi.”
“Hmm?”
“Err, uncle
tak nak tanya ke kenapa akak Meera bagi Nik ni?”
Terus meledak ketawa Daneal apabila mendengar
pertanyaan anak buahnya. Kepala digelengkan. Macam-macamlah.
“Hmm ye lah. Kenapa akak Meera bagi Nik tu?”
Dilayankan jugak anak buahnya.
Senyuman lebar terukir. “Sebab Nik dapat
jawab soalan matematik tadi.”
“Oh yeah? Betul semua ke?”
“Yeap! Akak Meera cakap, Nik pandai sebab
dapat jawab semua soalan tu.”
“Habis kawan-kawan Nik tak dapat jawab semua
ke?”
“A’ah. Ada yang salah satu, ada yang salah
dua. Uncle tahu tak, ada kawan Nik tu
yang salah semua.”
Dahi Daneal berkerut. Salah semua pun ada?
Susah sangat ke soalan matematik budak tadika ni? Hailah..
“Akak Meera tak marah ke kawan Nik tu? Tak
kena rotan?”
“Tak! Akak Meera cakap, kena usaha lagi
sampai berjaya.”
Kepala Daneal dianggukkan. Bagus cikgu macam
tu. Tidak cepat melatah dengan anak muridnya yang masih belum tangkap apa yang
diajar. Tidak dikenakan rotan pulak tu malah, diberi kata-kata semangat untuk
menaikkan semangat anak muridnya. Syabas!
MACAM orang bodoh Meera duduk berteleku di
kerusi tempat menunggu itu. Dipandang ke kanan, ada manusia. Dipandang pulak ke
kiri, juga manusia. Semuanyalah manusia di tempat menunggu ni. Serabut kepala
otak duduk sini.
Alongnya masih belum muncul-muncul jugak. Nak
saje dia gerak dari tempat ni, tapi bila mengenangkan alongnya penat fly dan memerlukan rehat yang cukup,
dibatalkan niatnya. Dengan orang lain dia boleh buat benda kejam tu, tapi
jangan dekat along kesayangannya. Tahap sayangnya masih ada meskipun kegeraman
pada alongnya minggu lepas masih berleluasa dalam diri.
Minggu lepas.. bukan main seronok Meera
apabila alongnya balik membawa hadiah untuknya. Hadiah sebiji telefon yang
dijanjikan oleh alongnya apabila dia selesai dengan jayanya melakonkan watak
sebagai girlfriend alongnya. Senyuman
jangan cakaplah. Sampai ke telinga kot dia tersenyum.
Senyumannya bertambah sampai ke otak kalau
boleh apabila melihat kotak telefon idamannya. Iphone5c berwarna biru air laut.
Terus bertukar jadi T_T matanya melihat kotak telefon itu. Sekali apabila dia
buka kotak telefon tu, senyuman terus mati. Yang kedengaran hanya tawa mengekek
dari along, ibu dan ayah. Semuanya pakat ketawakan aku.
Cis! Kotak aje Iphone, sekali dalam HTC.
Serupa macam dia guna telefon lama aje. Baru nak bergaya dengan telefon mahal
macam tu. Tak guna along ni! Pandai main-mainkan aku. Terus dia pandang mata
along tajam. Tangan sudah mengepal penumbuk.
“Ops mak kau jatuh..” Pantas ditutup
mulutnya. Ditoleh ke kanan, berdiri seorang lelaki yang segak beruniform pilot. Kalau tak mengenangkan lelaki ini
alongnya, dah lama dia cair dengan senyumannya.
“Sukalah buat orang terkejut.” Dijeling
alongnya yang memegang perutnya. Menahan dari ketawa tersembur keluar.
“Along cuit bahu pon dah melatah. Apa ni?
Dengar dek mak mertua, terus reject
buat menantu.” Bebel along bersama sisa tawa halusnya.
“Sudahlah. Hishh, orang tinggal kat sini
karang.” Wajah masam ditayangkan.
“Tak boleh stoplah. Comel giler adik melatah.” Keningnya dijungkitkan beberapa
kali.
“Sudahlah!” Kaki diangkat mahu keluar dari
lapangan terbang ini. Buat sesak nafas aje bila hampir semua orang yang lalu
lalang di sebelahnya memandang dirinya dan along silih berganti.
“Okay key key..” Bahu Meera ditarik perlahan.
Menahan langkah adiknya dari meninggalkannya seorang diri disini. Kalau dia
tinggalkan aku, aku nak balik naik apa? Teksi? Memang taklah. Dah lah teksi
sekarang ni cekik darah. Dalam banyak-banyak pengangkutan awam, memang teksilah
yang akan menjadi pilihan terakhir si pilot
yang hensem ni!
“Nak balik ke tak nak? Termenung lagi tu dah
kenapa?” Bahu alongnya di tampar kuat.
“Auchhh.. sakitlah..” Mata dijegilkan pada
adiknya.
Meera membalas dengan menjelirkan lidah.
Kedua-dua matanya pulak dijulingkan.
PUAN MASTURA dan Encik Khalid melabuhkan
duduk di sofa berangkai tiga berhadapan dengan kedua-dua anak mereka. Meera dan
Niezam yang khusyuk menonton televisyen yang bertajuk The Thor tidak perasan dengan
kehadiran kedua orang tuanya. Mata mereka fokus pada televisyen. Sudah tidak
dihiraukan keadaan sekeliling.
“Ehemm..” Encik Khalid berdehem. Sebagai
isyarat supaya anak-anaknya tersedar dari hasutan televisyen itu.
Meera dan Niezam memandang ke hadapan. Wajah
kedua-dua orang tua mereka ditatap. “Kenapa?” Serentak mereka bertanya. Mujur
televisyen sedang iklan, jadi bolehlah mereka menumpukan perhatian pada ibu dan
ayah sepenuhnya.
“Ibu dengan ayah nak tanya dengan along satu
soalan ni.” Puan Mastura memulakan mukadimahnya.
Meera pandang Niezam disebelah. Sedikit
terjungkit keningnya.
“Tanya apa?” Bergetar suara Niezam bertanya.
Macam dah boleh agak soalan apa yang akan ibu dan ayah tanya.
“Kamu dah ada teman istimewa ke?”
Bingo! Dah agak dah. Kalau soalan tu memang
dia sudah menyediakan jawapannya dari dulu lagi.
“Tak ada lagi. Kenapa tanya?”
“Kamu ni dah nak masuk tiga puluh satu tahun
depan. Bila nak kahwinnya?”
“Alahh ibu.. Along tak bersedia lagilah nak
galas tanggungjawab besar tu. Nanti-nantilah ek?” Berhati-hati dia menjawab.
Takut ada pihak yang terkecil hati nanti.
“Kalau tunggu tak bersedia kamu, memang
sampai bila-bilalah kamu takkan bersedia. Ibu tak fahamlah dengan kamu ni.”
“Kalau ibu tak faham, Meera lagilah tak faham
dengan along.” Dipandang along disebelah. “Bila nak kahwin ni, hmm?”
“Gigit hidung tu karang.. sibuk aje hal
along. Dia tu bila pulak nak kahwin? Tunggu putera raja datang meminang?”
“Meera!” Puan Mastura memanggil anak
perempuannya tegas. Meera terus pandang ibunya.
“Ibu tengah cakap dengan along sekarang ni.
Tolong jangan menyebok!” Tegas sekali ayat itu meluncur keluar dari bibir mugil
Puan Mastura membuatkan Meera terdiam. Air liur ditelan. Gulp!
Meera menjeling alongnya apabila terdengar
suara kekekan di telinga kanannya. Pantas tapak tangannya menampar peha
alongnya yang rapat dengan pehanya.
“Ibu tanya ni..”
Mati terus perlakuan kedua adik-beradik itu
apabila mendengar suara tegas ibu mereka. Meera terus menundukkan kepalanya.
Tidak berani memandang ibunya. Sementara Niezam, hanya diam menekur sambil
bermain dengan jemarinya sendiri. Dia tiada jawapan untuk itu kali ini.
“Ginilah. Ibu dengan ayah beri masa tiga hari
untuk kamu bawa balik teman istimewa kamu. Kalau selepas tiga hari kamu tak
bawa balik jugak, biar ibu dengan ayah yang bawakan untuk kamu. Faham?”
Meera berpandangan dengan alongnya. Dalam
masa tiga hari je? Gilalah! Ingat nak cari bini ni macam nak cari lolipop ape?
“Cepatnya, bu.”
“Tak kira. By hook or by crook.”
“Ayah,,,” Niezam meminta pertolongan dari
Encik Khalid. Encik Khalid hanya mengelengkan kepala. Kali ini dia tidak boleh
menolong anak terunanya kerana keputusan ini adalah keputusan yang telah
dipersetujui dirinya dan isteri tercinta.
Sampai bila dia harus menanggung anaknya?
Bukan menghalau, tapi menyuruh anak terunanya supaya bergerak maju kehadapan
untuk membina sebuah keluarga bahagia yang akan menjadi salah satu modalnya
untuk ke Jannahtul firdaus kelak.
Niezam melepaskan keluhan. Dipandang adiknya
disebelah. “Wish me luck, dear.” Mata
dikenyitkan.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.