"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, July 13, 2014

Pilih Aku Atau Dia [Bab 7]



Dua plastik kapas diletakkan diatas meja bersama dengan kertas A4 berwarna putih yang sudah diprint gambarnya. Diserahkan seorang demi seorang kertas bersama dengan sejemput kapas yang dibelinya kelmarin.

Hari ini dia akan mengajar anak-anak muridnya tentang kambing biri-biri. Alah, yang banyak bulu tu. Yang kalau boleh nak buat bantal peluk!

“Adik-adik akak semua dah ada gam?” Soalnya.

“Ada!” Jawab mereka serentak.

Mata Meera menangkap pada satu anak muridnya yang mengangkat satu tangannya ke atas melepasi kepalanya. “Kenapa Aiman?”

“Aiman tak ada gam.”

“Gam dekat loker Aiman tak ada?”

Aiman memuncungkan bibirnya sambil mengelengkan kepala beberapa kali. Alolo comelnya dia buat macam tu!

Meera tersenyum dan mengeluarkan gam dari dalam kotak pensilnya. Gam itu kemudiannya diserahkan pada Aiman yang duduk di tengah kelas dan di bawah kipas. “Guna akak punya dulu.” Suruhnya. Ubun-ubun Aiman digosoknya perlahan.

“Ada sesiapa lagi yang tak ada gam?” Tanya Meera. Mana tahu masih ada lagi anak muridnya tidak mempunyai gam tetapi malu untuk memberitahunya. Siapa tahu?

Dipandang sekeliling kelas itu, tiada sesiapa yang mengangkat tangan. Kakinya melangkah dari meja ke meja anak-anak muridnya. Kesemuanya meletakkan botol gam diatas meja mereka membuatkan dia tersenyum. Nasib baik semua ada gam!

“Sekarang.. akak nak adik-adik akak lekatkan kapas ni, pada badan kambing biri-biri yang akak bagi tadi.” Jelasnya sambil menunjukkan demo pada mereka. Mana tahu mereka tidak kefahaman kan?

“Akak!” Panggil Siti.

“Ye sayang?”

“Kalau siapa yang siap cepat, ada hadiah ke?”

Tersentak Meera dengan pertanyaan si budak kecil ni. Ewah ewah ewah.. tangan dah dicekak kat pinggang.

“Hmm, nanti akak cuba korek beg akak. Kalau ada akak kasi ek?” Jawapan yang selamat diberikannya.

Meera lihat kesemua anak muridnya tekun menyiapkan kerja yang diberinya. Kan best kalau aku pun ada adik-adik yang comel macam dia orang. Hailah, bilalah along aku ni kahwin agaknya? Kalau tak, dah merasa dah aku jadi mak cik!

Lusa akan terjawab segalanya. Sama ada along membawa pulang seorang teman istimewanya ataupun ibu dan ayah akan membawa pulang pilihan hati mereka sendiri untuk dipadankan dengan anak teruna mereka.

Ya Allah, apa yang terbaik yang Kau berikan pada along, juga adalah terbaik buatku. Doa dipanjatkan semoga along bijak membuat keputusan.



SERIOUS?

Niezam pandang Meera disebelahnya. Keningnya dijungkitkan setelah melihat adiknya membulatkan mata. Terus duduk sembilan puluh darjah adik aku ni dah kenapa? Aku beritahu benda yang baik apa.

“Kenapa?”

Nothing.” Tangannya ligat menekan papan kekunci di komputer ribanya. “Tapi kalau itu dah memang keputusan along, adik terima dengan seadanya.”

“Along dah redha, dik. Terima apa-apa pun ketentuan Allah. Sebab bagi along, pilihan ibu dengan ayah adalah yang terbaik. Takkanlah ibu dengan ayah nak pilih betina jadi isteri along, kan?”

Meera tersenyum mendengar ayat alongnya. Jari tengahnya melalukan anak panah pada salah satu tulisan berwarna biru. Satu page keluar dan muncullah sesuatu yang dicarinya. Komputer riba miliknya diserahkan pada along.

“Apa ni?”

“Bacalah.”

Niezam memandang ke skrin laptop. Membaca tajuk artikel itu dengan nada suara yang sederhana. “Tiga Nikmat Cinta Selepas Kahwin?” Dipandang adiknya.

“Hey! Along baru buat keputusan aje tau, belum confirmkan lagi. Hish dia ni..”

“Baca ajelah. Gigit hidung tu karang..” Balas Meera bersama senyuman.

“Tak original langsung kopi pasta ayat along.”

Meera tersenyum.

“Tanggapan perlu mengenali pasangan dengan lebih mendalam, barulah dapat hidup bersama sehati sejiwa sehingga akhirnya sering dijadikan alasan untuk membuktikan bahawa bercinta itu lebih penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Walhal, tanpa tempoh percintaan, tanpa ‘acara berdating’ atau keluar bersama yang panjang sekalipun, boleh membuahkan hasil perkahwinan yang lebih manis. Lebih banyak keseronokan yang boleh dirasai oleh pasangan, dan itu kita namakan bercinta selepas kahwin.” Niezam membaca intro artikel itu dengan hati yang senang.

Betul tu. Sekarang ni hampir lima puluh peratus pasangan yang kahwin, adalah yang bercinta sebelum mendirikan masjid. Dan kelima-lima puluh peratus itu jugaklah yang akan berpisah ditengah jalan oleh kerana perangai belang yang baru ditunjukkan.

Ye lah. Kesemuanya mahu tunjuk ayu konon apabila berhadapan dengan pasangan masing-masing tanpa mengetahui perangai sebenar pasangan mereka. Itulah salah satu faktor berlakunya penceraian.

“Antara tiga nikmat cinta selepas kahwin adalah, lebih sayang. Indahnya bercinta hanya benar-benar dapat dirasai bagi orang yang benar-benar menghargai sesuatu perhubungan. Ungkapan “Aku Cinta Pada Mu” lebih terasa ‘nikmatnya’ kerana ternyata ungkapan tersebut lebih ikhlas. Rasa kasih juga lebih bermakna dan meninggalkan kesan kerana sudah ada ikatan yang sah berbanding masih memegang status kekasih yang belum tentu menjadi milik sepenuhnya. Seterusnya, elak maksiat. Bergelar isteri atau suami yang sah sudah tentu tidak perlu membatasi pergaulan. Adegan peluk, berpimpin tangan dan sebagainya lebih bahagia tanpa perlu rasa takut atau segan. Apabila bergelar kekasih, mana mungkin anda boleh keluar berdua apatah lagi menunjukkan kemesraan seperti orang yang sudah berkahwin.”

Dahi Niezam berkerut. Macam lain aje artikel ni. Meskipun merasakan artikel ini ada sedikit kelainan, namun diteruskan juga membacanya sehingga ke titisan ayat yang terakhir.

“Akhir sekali, tidak rugi. Apabila anda bercinta bagai nak rak, tiba-tiba putus di tengah jalan... Kebanyakan orang akan menyalahkan takdir mahupun diri sendiri. Bukan saja wang banyak dibazirkan tetapi maruah juga sudah tinggal ‘sisa’. Lebih teruk lagi, ada yang gagal menerima kenyataan lalu membuat keputusan yang tidak sepatutnya seperti membunuh diri. Apabila mempunyai hubungan yang sah, kebanyakan masa yang dihabiskan sangat bernilai dan pastinya anda tidak rugi apa-apa.

“Walau sekuat mana pun rasa cinta yang ingin ditunjukkan, tak kisahlah sama ada mahu disamakan dengan cinta Shah Jahan dan Mumtaz sekalipun, cinta suci yang didorong rasa takut adalah lebih baik dan lebih kekal. Berbanding cinta yang berlandaskan nafsu. Ingatlah bahawa cinta yang agung hanyalah untuk Allah SWT. Jika kita hanya mengenali pasangan selepas berkahwin, jangan rasa gusar. Dengan izin Allah mungkin kita akan merasai manisnya hubungan itu lebih daripada mereka yang telah bercinta bertahun-tahun lamanya.” Mukadimah ditutup dengan nafas yang kepenatan. Aik, baca artikel tak seberapa ni pun dah penat?

“Tak rasa macam lain ke?” Tanya Niezam pada Meera.

“Apa yang lain?” Baguslah. Inilah seorang cikgu yang berjaya. Ada ke soalan dijawab dengan soalan? Nampak sangat tak layak bergelar cikgu!

“Ini bukan ke pasal nikmat selepas kahwin?”

“Ye ke?” Meera menggaru kepalanya.

“Ye ahh. Dia just tambah ‘cinta’ selepas kahwin aje nak kaburkan mata pembaca supaya dia dapat duit dari klik yang kita buat. Nampak tak permainan dia?”

“Eh a’ahlah. Tak guna! Sia-sia kena tipu hidup-hidup. Haishhh..” Penumpuk dikepal.

“Lain kali, baca dan fahamkan. Bukan tengok terus baca, then tak faham. Macam nilah jadinya.” Kepala adiknya ditonjol lembut.

“Apa main tonjol-tonjol ni?” Meera menonjol balik kepala alongnya sekuat hati sebelum merampas laptopnya dan berlari memanjat anak tangga.

“Baik-baik lari. Kang terlanggar dinding macam haritu, along tak nak tolong.” Jerit Niezam dari jauh.



SEKALI lagi tawa tercetus dari mulutnya. Memang takkan kecewa apabila melayan Maharaja Lawak Mega ni. Pasti penonton akan ketawa terbahak-bahak apabila pelawak-pelawak itu membuat lawak. Itupun jika kena dengan jiwa lawak penontonlah. Kalau tak, memang failed teruslah pelawak tu. Silap-silap boleh tendang keluar terus tanpa kasihan oleh juri.

Uncle..” Nik menghampiri Daneal.

“Ye sayang? Meh duduk sini.” Ditepuk-tepuk sofa disebelahnya. Perlahan-lahan Nik melangkah dan duduk disebelah pak ciknya.

“Kenapa ni sayang?” Tanya Daneal. Wajah anak saudaranya masam aje malam ni, kenapa ye?

“Bila mummy nak balik? Nik rindu mummy.” Kepalanya disandarkan di dada bidang pak ciknya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan mummy dan daddynya. Bilakah mereka akan pulang ye?

“Lagi dua minggu mummy dengan daddy Nik balik. Sabar ye sayang..” Dicium ubun-ubun anak saudaranya.

Mummy dengan daddy tak rindu Nik ke, uncle?”

“Hey! Kenapa cakap macam tu?” Kedua pipi Nik dipegangnya.

Mummy dengan daddy tak telefon Nik pun. Mesti mummy dengan daddy tak rindu Nik, kan?”

“Sayang.. tak baik cakap macam tu. Mestilah mummy dengan daddy rindukan Nik. Kalau tak rindukan Nik, mesti mummy dengan daddy tak suruh uncle belikan ni..” ditayangkan sebungkus plastik dihadapan Nik. Bersinar terus mata itu apabila melihat coklat yang sememangnya menjadi kegemaran Nik.

“Horeyyy! Dapat coklat..” Jerit Nik senang.

Daneal tersenyum. Maafkan uncle, Nik. Coklat tu bukan mummy dengan daddy Nik yang suruh uncle beli. Uncle pun tak tahu mengapa mummy dengan daddy Nik dah lama tak menghubungi rumah ni.

“Nak makan sekarang atau nanti?”

“Sekarang! Nik panggil nenek dengan atok sekejap,”

Berlari budak lelaki itu mendapatkan kedua datuk dan neneknya yang mengambil angin malam di luar rumah. Sementara Daneal, terus tersenyum melihat keletah anak saudaranya yang cilik itu.

“Kenapa ni?” Terdengar suara Encik Daud di muka pintu. Daneal memandang kearah suara itu. Dilihatnya Nik sedang menarik lengan kedua datuk dan neneknya masuk ke dalam rumah.

“Ikut aje..” Nik masih lagi menarik kedua lengan itu dan didudukkan kedua datuk dan neneknya di sofa berangkai dua yang berhadapan dengan Daneal.

“Kenapa ni, Neal?”

“Nik ajak makan coklat.” Jawab Daneal bersama senyuman.

Encik Daud dan Puan Aida pandang cucu sulungnya. Tengah-tengah malam buta macam ni nak makan coklat? “Kenapa tak makan esok aje?” Tanya Puan Aida.

“Nik nak makan coklat yang mummy dengan daddy bagi malam ni jugak.” Nik duduk di sebelah Daneal. Coklat yang sudah dibuang pembalutnya diambil dan diserahkan pada Daneal dan kedua datuk dan neneknya.

Mummy dengan daddy bagi?” Serentak Puan Aida dan Encik Daud bertanya. Pelik! Bila masa pulak anak dan menantunya mengirim coklat ini ke rumah?

“Hmm, mummy bagi coklat ni pada uncle.”

Kedua orang tua itu serentak pandang Daneal. Dijungkitkan kening beberapa kali. Daneal yang perasan hanya tersengih. “Nanti Neal cerita.” Katanya sebelum coklat disumbat ke dalam mulut oleh Nik.



“HEY. Baca apa tu?”

Buku ditangan ditutup lantas diletakkan di atas meja dihadapannya. Cermin mata dibuka. Meera memang memerlukan cermin mata jika dia ingin membaca, menulis dan sewaktu dengannya. Dia banyak mengikuti gen ayahnya. Tapi kalau bab menonton cerita aksi, itu gen ibunya.

“Nak tahu?”

“Hmm.. ceritalah. Along pun tengah bosan ni.” Duduk dibetulkan.

Meera membaca basmalah sebelum menerangkan serba-sedikit tentang apa yang diingatinya melalui pembacaannya sebentar tadi.

“Sembilan kelebihan wanita mengandung dalam Islam..”

“Aik.. belum kahwin lagi dah fikir pasal preggy?” Komen pertama dari Niezam.

“Tak salah, bukan?”

“Pelik! Tetiba aje baca ni kenapa?”

“Tadi masa teman ibu pergi pasar, ada seorang perempuan mengandung ni. Asal jalan aje dia usap-usap perut dia. Lepastu boleh pulak buat scene romantik dengan hubby dia masa beli ikan. Jelly I tengok!” Automatik tangan kirinya mengusap-usap perutnya.

“Cepat-cepatlah kahwin ye, Cik Meera.”

“Cakap orang, dia pun sama. Esok aje tau kita tahu siapakah perempuan malang yang dapat bakal suami yang bengong macam along ni.” Ketawa.

“Amboi! Sesedap dia aje. Along pandai okay, tak bengong macam adik. Sambunglah cepat.”

“Nak tahu jugak tu.” Bebel Meera perlahan.

Nafas ditarik sebelum memulakan mukadimahnya. “Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari lapan puluh rakaat solat wanita yang tidak hamil. Keduanya, wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Seterusnya, wanita yang bersalin dapat pahala tujuh puluh tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada uratnya, Allah bagi satu pahala haji. Kemudian, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa empat puluh hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang beri susu badannya kepada anaknya akan dapat pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala puasa dan solat. Selain itu, kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh dua setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya...”

“Tapi zaman sekarang, ramai yang belum cukup dua tahun dah berhenti tu, apa citer pulak?” Pertanyaan kedua dari Niezam.

Meera menggarukan kepalanya. Betul jugak kata along. Ramai ibu-ibu sekarang yang anaknya belum cukup dua tahun dah berhenti menyusu susu badan dan digantikan susu badan dengan susu formular atau senang cerita, susu tepung.

“Adik pernah dengar masa adik tonton Tanyalah Ustazah hari tu, kalau kita tak nak bagi dengan alasan takut payudara tak seksi, mungkin diakhirat nanti anak itu akan tuntut balik kat ibu dia.”

 “Abiz, kalau beri susu terlebih tahun pulak?”

“Hah?” Meera tak faham.

“Macam ni. Orang putih kan selalu bagi anak dia susu, even umur dah lebih dua tahun. Tu macam mana pulak?”

“Hmm.. Kalau along nak tahu, budak yang umur dah lebih dua tahun tapi masih minum susu ibu dia, actually dia bukan minum susu. Tapi dia minum darah ibu dia. Sebab dalam surah Luqman ada mengatakan yang bermaksud, beri bayi kamu susu sehingga umurnya mencecah dua tahun. Nampak tak? Sehingga umur dua tahun bukan selepas dua tahun.”

Niezam menganggukkan kepalanya.

“Boleh adik teruskan?” Tanya Meera.

Sure.”

“Kelebihan yang kelapan, apabila seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan dua puluh orang hamba. Yang terakhir, wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi dua belas tahun pahala ibadat.. InsyaAllah.”

Niezam menepukkan tangannya tanda berbangga dengan apa yang diceritakan adiknya sebentar tadi. “Good job, dear. Memang layak pun adik jadi cikgu, mukadimah panjang berjela-jela.”

Meera tersenyum menampakkan barisan giginya. Bagi orang yang mengenali dirinya, orang itu akan mengetahui bahawa dia mempunyai satu gigi taring kecil yang tersembunyi di hadapan gusi bahagian bawah mulutnya.

“Lihatlah betapa hebat dan agungnya makhluk bernama perempuan ni. Sekiranya setitik air mata perempuan jatuh kerana lelaki yang disayanginya, lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan sebanyak seratus kali di akhirat kelak.”

Meera pandang alongnya. “Itu bukan hadis yang sah dari Nabi Muhammad lah. Sesetengah ulamak mengatakan yang ianya hanya sebagai rekaan semata-mata.”

“Ye ke?” Tanya Niezam. Wajah adiknya yang memandang ke hadapan dipandang.

“Hmm..”

“Mana tahu?”

“Ustaz Azhar Idrus yang cakap. Adik kopi pasta jek.”

“Hishh.. dah kali kedua ayat tak original. Suka ambil ayat orang lain tau, dia ni.”


“Lantaklah. Janji adik bahagia..” Kepalanya di sandarkan pada bahu kiri alongnya.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.