Bab 19
HARI AHAD. Daneal duduk di sofa. Tangannya menimbang-nimbang telefon ditangan. Masih menunggu panggilan dari seseorang. Kenapalah lama sangat dia nak free ni? Haishh..
“Uncle..” Jerit Nik dari muka pintu. Dia baru sahaja pulang dari melawat kedua orang tuanya di hospital. Alhamdulillah, mereka sudah menunjukkan perubahan positif. Sekarang, hanya perlu menunggu mereka sedar sahaja.
“Hey.. dah balik dah? Lambatnya balik.” Daneal menggosok kepala Nik. Nik dibawanya duduk di atas ribaannya.
“Tadi nenek suruh teman pergi Secret Recipe. Makan cheesecake. Sedapp..” Nik memejam matanya untuk memberitahu kelazatan kek keju yang dijamahnya tadi.
“Tak bawa balik untuk uncle ke?”
“Ada.. dekat nenek.” Nik mengarahkan jari telunjuknya pada Puan Aida yang baru masuk bersama sekotak secret recipe ditangan kanannya. Senyuman Puan Aida dibalas Daneal.
“Hmm uncle.. uncle tahu tak akak Meera sambung belajar kat mana?”
Daneal terus memandang anak saudaranya. “Apa dia?”
“Uncle tahu tak akak Meera sambung belajar kat mana?” Nik mengulangi pertanyaannya tadi. Uncle aku ni dah pekak ke apa? Aku yang bukan main dekat tanya dengan dia, dia boleh pulak tak dengar.
Terus tegak badan Daneal. Terkejut. “Akak Meera sambung belajar? Bila?”
Nik menjungkitkan bahunya. “Nik pun tak tahu. Hari tu akak Meera ada bagi hadiah kat Nik. Sekejap Nik ambil.” Nik terus berlari memanjat anak tangga untuk ke biliknya.
Manakala Daneal.. jantungnya berdetak laju. Terkejut semestinya dengan apa yang diberitahu Nik sebentar tadi. Meera sambung belajar? Kat mana?
Telefon ditangan dibuka kekuncinya. Mendail nombor gadis itu. Dia mengeluh apabila Meera mematikan telefon bimbitnya. Nombor kedua gadis itu didailnya dengan harapan, semoga gadis yang sudah berjaya mencuri hatinya itu menjawab panggilannya.
Sekali lagi Daneal hampa. Hampa apabila sekali lagi jugak panggilannya tidak bersambung. Huh.. Ya Allah, Meera..
Dia segera bangkit. Mencapai kunci keretanya yang diletakkan di hujung meja belakang pintu. Kasut di tepi pintu di sarungkan ke kaki. Bersedia mahu melangkah ke kereta apabila Nik memanggilnya. Dia berhenti. Memusing ke belakang memandang Nik yang sedang berdiri sambil memegang sebungkus hadiah yang berbalut kertas pembalut hadiah yang tertulis ucapan ‘Selamat Tinggal’.
Tanpa membuang masa, tubuh Nik digendong dan dibawa masuk ke dalam kereta. Lagak seperti seorang penculik kanak-kanak! Panggilan dari Puan Aida diendahkannya. Dia langsung memandu kereta ke satu lokasi yang berada dalam kotak fikirannya saat ini.
Rumah Meera!
“Uncle.. kita nak pergi mana?” Pertanyaan dari Nik dihiraukannya. Dia harus pantas!
“Uncle!” Jerit Nik kuat membuatkan Daneal memandangnya.
“Sayang.. boleh diam sekejap tak?” Pinta Daneal. Perlahan suaranya.
“Kita nak pergi mana?”
Daneal mengeluh. “Rumah akak Meera.” Dijawab juga pertanyaan anak saudaranya. Selagi tak menjawab, selagi itulah dia akan bertanya dan terus bertanya. Huh!
“Rumah akak Meera?” Tanya Nik. Daneal tidak menjawab.
Daneal pantas menekan brek kaki apabila dia sudah tiba dihadapan rumah gadis kesayangannya itu. Bunyi serekan yang kedengaran membuatkan bau hangit keluar. Daneal terus membuka pintu dan menekan loceng rumah itu beberapa kali.
Pintu rumah yang berkunci, tingkap rumah yang tidak terbuka dan salah satu daripada kereta di garaj tiada membuatkan hati Daneal bagai dihiris dengan sembilu.
“Assalamualaikum..”
Daneal menoleh. Ada seorang wanita yang mungkin sebaya dengan Umminya menyapa. Pantas Daneal mendekati wanita itu.
“Waalaikumussalam.”
“Err anak ni siapa?”
“Saya Daneal. Saya cari penghuni rumah ni. Mana dia orang erk?”
“Ohh dia orang pergi Australia. Anak kedua Encik Khalid sambung belajar kat sana.”
“Bila mereka balik eh?”
“Tak pastilah.”
Daneal mengangguk. Meera sambung belajar di Australia? Kenapa dia tak beritahu aku? Ya Allah. Kenapa? Kenapa?
“Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih.”
Daneal berjalan perlahan masuk ke dalam kereta. Dia mengeluh. Air mata sudah mahu menitis apabila mengenangkan dia orang terakhir yang mengetahuinya. Kenapa Meera? Kenapa?
Rambutnya dikuak ke belakang. Tubuhnya disandarkan ke kerusi. Mata memandang ke segenap landskap rumah dihadapannya.
“Uncle.. akak Meera bagi ni.” Perlahan suara Nik. Tidak mahu pak ciknya meninggikan suara. Takut.
Daneal pandang satu sampul surat berwarna putih di tangan Nik. Diambil dan dibaca tulisan diatasnya. “Kepada Daneal..”
Jantungnya berkobar-kobar. Surat untuk aku? Diberi melalui Nik? Daneal pandang Nik. Ditangan budak itu ada sebuah cawan yang ditampal dengan gambar Nik dan Meera di sebuah taman. “Kat mana tu?” Tanya Daneal.
“Ladang strawberi. Abang Syafiq ambil masa kita orang kat Cameron haritu.”
Syafiq? Siapa pulak tu? Pantas ditanya pada Nik. “Siapa abang Syafiq tu?”
“Kawan akak Meera. Akak Meera bawa dua kawan dia dengan keluarga akak. Best..”
Daneal mengangguk. Diambil cawan itu. Tercatat ayat ‘Bersama selamanya’ dikeliling cawan itu. Nice.. Surat ditangan dikoyak dan dibaca. Tercatat kemas tulisan Meera yang cantik. Dibaca surat itu..
Kepala didongakkan. Dipandang Nik disebelah.
“Kenapa tak buka hadiah ni dari hari Jumaat, sayang?” Tanyanya. Kalau Nik membuka bungkusan ini pada hari Jumaat yang lalu, pasti sempat jika dia mahu mengucapkan selamat tinggal buat gadis itu. Tapi.. semuanya sudah terlambat.
Nik sengih. Kepalanya digarukan. “Nik lupalah uncle..”
Bab 20
EMPAT TAHUN KEMUDIAN...
Matanya disorotkan ke satu tempat yang menjadi perhatian orang ramai di pusat membeli-belah ini. Kesemua mata orang yang lalu lalang pasti akan memandang babak drama tanpa skrip yang dilakonkan seorang ibu kepada anak perempuannya. Hati Meera tersentuh melihat perempuan yang hanya menundukkan mukanya. Mungkin sedang menangis dan malu apabila dicaci, dikutuk dan dihina oleh ibunya. Wajah ibunya tatkala itu begitu sinis dan bengis sekali. Seakan-akan membenci perempuan itu.
Ingin dibantu, Meera takut dirinya pulak yang mungkin akan menjadi mangsa kemarahan si ibu yang menyinga itu. Lantas dibiarkannya. Namun rasa bersalah mulai terbit dalam dirinya kerana tidak membantu perempuan itu. Lantas dengan langkah yang berani, dia bergerak ke sana. Perlahan dan bergetar langkahnya.
Namun belum sempat dia mahu bersuara, wanita yang menyinga tadi sudah berlalu. Berlalu pergi meninggalkan si perempuan yang sudah terduduk di atas lantai. Perasaan malu sudah lama hilang dalam diri perempuan itu sejak emak mertuanya memarahinya tadi. Rasanyalah..
Perlahan Meera menghulurkan tangan kanannya untuk membantu perempuan yang sudah lencun wajahnya dek air mata yang mengalir, bangkit dari menjadi perhatian orang sekeliling. Perempuan itu hanya memandang sepi wajah Meera. Meera mengulum senyum. Mahu memberi sedikit kecerian buat perempuan itu. Dan semangat sekali, mungkin.
“Jom kita duduk kat sana.” Katanya sambil menunjukkan ke arah sebuah bangku kosong tidak jauh dari tempat mereka ketika ini.
Perlahan-lahan dan sedikit teragak-agak huluran tangan Meera disambutnya. Kakinya hanya melangkah mengikuti seorang gadis yang ayu bertudung biru muda dipadankan dengan blouse dan palazo berwarna biru tua.
Mereka duduk di bangku itu. Meera segera menghulurkan sehelai tisu lalu diserahkan kepada perempuan disebelahnya. Perempuan itu teragak-agak mahu menyambut huluran tisu itu memandangkan dia tidak mengenali gadis disebelahnya ini.
“Terima kasih.” Air mata yang merembes keluar diseka dengan tisu tadi.
Meera hanya memandang perlakuan perempuan disebelahnya. Meskipun perempuan ini sedang menangis, tapi masih jelas kecantikannya. Cemburu Meera dibuatnya.
“Terima kasih dah tolong saya.” Ujar perempuan itu.
Meera tersenyum. “Sama-sama.” Ucapnya juga meskipun dia tidaklah menolong perkara yang berat. Hanya menolongnya dengan membawanya ke sini dan memberinya sehelasi tisu aje. Tak luak manapun.
“Err, kenapa awak tolong saya?” Pertanyaan perempuan itu membuatkan Meera pelik.
“Saya tolong awak tadi sebab tanggungjawab saya sebagai umat Islam. Saya rasa bersalah dan berdosa jika saya meninggalkan seorang perempuan yang dilanda masalah dan dugaan. Agama Islam mengajar kita supaya bersifat membantu saudara sesama Islam kita yang sedang diuji oleh-Nya.” Terang Meera menjawab membuatkan perempuan itu kembali menitiskan air matanya. Tidak disangka, masih ada juga manusia yang mahu membantunya.
“Terima kasih sekali lagi.” Air mata diseka. Dipandang gadis disebelahnya. “Nama saya Adelia. Awak boleh panggil saya Lia.” Salam perkenalan dihulurkan.
“Saya Nameera Qaleesha. Panggil Meera aje.”
Tersentap Adelia seketika mendengar nama gadis ini. Meera? Adakah dia Meera yang membuatkan abangnya seperti mayat hidup dirumah? Dengarnya, gadis yang bernama Meera itu pergi meninggalkan abangnya tanpa khabar berita setelah meninggalkan satu surat melalui Nik.
Meskipun sudah empat tahun berlalu, abangnya masih lagi seperti itu. Begitu mendalam kesan yang ditinggalkan gadis bernama Meera itu pada abangnya sampaikan dia rasa cemburu dengan perasaan abangnya pada gadis itu melebihi perasaan abangnya pada dirinya.
Gadis inikah yang abangnya cari?
SYAFIQ tersenyum melihat Meera yang melangkah masuk ke dalam Restoran KFC ini. Tangannya dilambaikan pada Meera yang sedang tercari-cari kelibat mereka berdua. Pyka yang sedang meratah ayam jugak melambaikan tangan pada Meera.
Meera tersenyum melihat kedua rakannya yang sudah bersiap sedia dengan segala macam jenis makanan di atas meja. Sudah empat tahun dia tidak berjumpa dengan mereka. Baru kelmarin dia sampai di bumi Malaysia ini.
“Sorry late. Tadi aku tolong seorang perempuan yang dilanda masalah.” Ceritanya ringkas. Cukuplah tu. Rasanya mereka tidak perlu tahu siapa dan apa nama perempuan tadi.
“Baguslah tu. Kau dekat sana bukannya tolong orang kan? Balik sini, kau perbanyakkanlah tolong orang tu. Biar pahala kau banyak sikit.” Seloroh Syafiq.
“Hey! Kau cakap macam kau tahu aje pahala aku banyak atau sikit.” Meera menjeling.
“Sorrylah kawan. Suka pulak aku tengok kau marah-marah macam ni.”
“Hmm.. ni aku kena beli atau korang dah belikan?” Tanyanya merujuk pada makanan di hadapannya.
“Aku dah tolong belikan dah. Makanlah. Kasihan kau.”
Meera mencebik. Nak kasihankan aku kenapa?
“Kau makin gemuklah, Meera. Kau makan apa erk kat sana?” Tanya Syafiq. Air milo sejuk disisip perlahan.
“Aku gemuk?” Membuntang mata Meera. “Serius?”
“Hmm.. tanya Pyka kalau kau tak percaya.”
“Serius ni Pyka?”
Pyka menilik tubuh Meera. “A’ah. Kau makan apa erk?”
“Weh janganlah buat aku takut. Along aku tak cakap apa-apa pun.”
Syafiq dan Pyka tersenyum. “Tak adalah, kita orang memain aje. Kau nampak kuruslah. Kenapa weh? Kau tak cukup makan ke kat sana?”
Meera melepaskan nafas lega. Syukurlah dia tidak gemuk. Ni kalau dia gemuk ni, kasihan along kena seret sekali teman aku joging!
“A’ah. Semua makanan tak kena dengan tekak aku lah. Takkanlah setiap hari nak makan maggie kot.”
“Then kau masak apa?”
“Apa yang ada aku masaklah. Tapi semua bahan kat sana, tak sama dengan bahan masakan kat sinilah.” Meera memuncung apabila mengingat kembali liku-liku kehidupannya di bumi asing itu. Meskipun penuh dengan cabaran, tapi dia seronok. Seronok kerana berjaya membawa pulang segulung sarjana buat kedua orang tuanya dan sudah tentulah buat dirinya sendiri.
“Alah kesiannya kau. Hah, ni aku belanje kau ni. Makanlah.. makan sampai kau gemuk pun tak apa.”
“Serius ni weh? Alahai.. terima kasih sesangat. Aku makan erk?”
Sesudah membaca bismillah, Meera terus mencubit peha ayam dan dicecah dengan sos cili.
Ahh.. sedapnya! Mohon jeles.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.