"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Wednesday, October 01, 2014

Pilih Aku Atau Dia (Bab 17 & 18)

BAB 17

MALAM itu, Meera membuka laptop miliknya. Apabila mata begitu sukar mahu lelap, inilah jalan penyelesaiannya. Facebook! Sudah lama dia tidak membuka laman sosial Facebook miliknya. Kali terakhir adalah pada.. dua bulan lepas. Bukan sengaja tidak mahu membuka, tapi faktor kekangan masa yang menyebabkan dia tidak dapat berdating dengan Facebooknya ini.

Dia mengklik gambar permintaan rakan. Satu nama yang tertera pada senarai permintaan rakan itu menarik perhatiannya. Lantas nama Danish Sulaiman ditekannya.

Lah! Mamat ni rupanya. Hoho.. berjaya jugak dia jumpa Facebook aku.

Gambar Daneal yang berlatarbelakangkan Menara Eiffel pada waktu siang begitu menyerlahkan ketampanannya. Oh My God! Terus terdengar suara Aril yang menyanyikan lagu Menatap Matamu.

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Okay aku dah sangat jauh menyimpang. Berfikir yang takkan mungkin berlaku. Ye! Aku mengaku yang aku sukakan dia. Aku cintakan dia sepenuh hati aku. Tapi tak gunakan kalau hanya aku seorang sahaja yang mempunyai perasaan sebegitu sedangkan dia..

Aku ibarat bertepuk sebelah tangan. Lupakan ajelah Meera.

Pantas cursor dilarikan ke butang ‘Log out’. Mahu segera keluar dari laman sosial ini tanpa menerima permintaan rakan daripada lelaki itu.

Pantas jemarinya menaip huruf-huruf yang melekat di papan kekunci laptopnya. Huruf yang berbunyi Twitter ditekannya. Jangan tanya kenapalah kalau aku mempunyai begitu banyak laman sosial sekarang ni. Zaman dah maju, dunia dah berubah. Semuanya boleh diketemui melalui hujung jari sahaja.

Di timeline Twitternya, dia tertarik dengan satu ayat ini. Segera dibaca perlahan. Cukuplah dia sahaja yang mendengarnya.

“Seorang ibu sanggup memelihara sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat memelihara seorang ibu.” Ya Allah.. begitu tersentuh hatinya selepas membaca ayat itu.

Betul tu! Zaman eraglobalisasi kini, semua anak begitu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan ibu bapanya. Sanggup mengejar keduniaan dan meminggirkan akhirat. No wonderlah kalau zaman sekarang ni, begitu banyak anak-anak yang menyesal dikemudian hari. Itupun selepas mengetahui kedua orang tuanya kemalangan ataupun meninggal dunia. Dah tu baru nak menyesal tak sudah.

Tulah. Masa mak bapak kau orang hidup, ada kau orang menziarahi mereka? Ada hulurkan sumbangan pada mereka? Ada buat satu bakti pada mereka? Ada? Ada?

Tiba-tiba ingatan Meera terus teringat pada ucapan guru besar sekolah rendahnya. Kata beliau,

“Setiap hari waktu persekolahan, pasti ibu bapa kalian memberikan sejumlah wang buat kalian belanja disekolah. Katakanlah mereka beri tiga ringgit sehari. Setahun dah seribu lebih. Tak campur lagi dengan buku latihan, pakaian sekolah, barang-barang kegunaan seharian dan sebagainya lagi. Kalau dicampurkan kesemuanya, mungkin sudah mencecah berpuluh ribu ringgit.

“Dan bila kalian dah dewasa. Kalian dah ada kerjaya sendiri. Kalian dah ada hidup sendiri. Ada mak bapak kalian mintak balik duit tu? Ada dia orang tuntut balik duit berpuluh ribu yang dah kau orang gunakan? Ada? Ada? Tak adakan? Tak ada sama sekali!

“Tapi dia orang suruh kita balas dengan apa? Dengan kejayaan hidup kalian. Dengan menjaga mereka, tatkala mereka sudah tua dan uzur. Mendoakan mereka. Tu aje. Tak susah bukan?”

Hampir mengalir air mata Meera apabila mengingati setiap bait ayat yang pernah diucapkan guru besar sekolah rendahnya dahulu. Tak silapnya, guru besar berucap sebegitu pada sebulan sebelum dia dan kawan-kawan sekelasnya bakal menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sudah lama berlalu. Sudah berpuluh-puluh tahun berlalu. Namun tidak seorang pun dari nama-nama kawannya yang dia ingat. Huk.. terukkan? Tak kenang budi kawan langsunglah!


Tapi tak apa, sebab dia berpegang pada satu ayat ni. “Seandainya hidup ini punca perpisahan… biarlah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memberi erti yang nyata.”


BAB 18

Parah! Memang parah! Teramat parahlah kalau di hari terakhirnya menjadi seorang guru tadika dia sudah lewat satu jam untuk ke sana. Mujurlah ada alongnya yang menolong. Kalau tak, memang sampai bila-bilalah dia akan tersadai di tepi jalan raya dengan enjin kereta yang bermasalah.

Sampai sahaja di tadika, dia terus masuk ke dalam sebuah bilik yang menempatkan kelasnya sendiri. Masuk sahaja ke bilik itu, dia lihat kesemua anak muridnya hanya diam sambil membaca buku.

Bila dilihat ke arah cikgu yang berada di dalam kelas itu, dia mengoyak senyuman. Memanglah semuanya diam menekur. Cikgu Luna yang handle kelasnya. Senyuman dihadiahkan pada Luna yang sedang berdiri di hadapan kelas.

Luna membalas senyuman dan terus keluar dari kelas ini sesudah Meera mengucapkan terima kasih. Dia berjalan ke meja bersama dua beg plastik besar berwarna jingga. Plastik itu kemudiannya diletakkan di atas meja bersama tas tangannya.

Dia berdiri dihadapan kelas dan memandang kesemua anak muridnya yang tekun membaca buku. Tak perasan langsung akan kehadiran cikgu yang disayangi dan dicintai mereka ni. Ni nak merajuk ni. Uhukk..

“Assalamualaikum semua..” Sapa Meera. Ni kalau dia tak tegur, memang sampai baliklah dia orang takkan perasankannya.
Kesemua kepala mendongak. Memandang ke hadapan sebelum mengukirkan senyuman ceria. Masing-masing sudah bangkit. Berdiri tegak mahu menghormati guru mereka.

“Waalaikumussalam akak Meera..” Jawab mereka semua. Ceria sekali wajah mereka.

“Okay duduk.”

“Terima kasihhh...”

Meera memandang kesemua anak muridnya. Cukup kesemua bilangan anak muridnya. Dia tersenyum. Ehh wait wait.. cukup? Kalau cukup semua bilangan bukankah bermakna..

Dia pandang ke tempat duduk Nik. Pantas bibirnya mengukirkan senyuman yang paling indah sementelah melihat tubuh Nik yang duduk statik di kerusinya. Senyuman sentiasa terukir di bibir anak muridnya itu seperti selalunya.

“Akak Meera.. hari ni kita nak belajar apa?” Tanya salah seorang dari anak muridnya membuatkan Meera tersenyum.

“Err,, hari ni kita tak belajar, boleh kan?”

“Kenapa?” Jelas kerutan di dahi kesemua anak muridnya. Jelas wajah tak suka mereka tak belajar hari ini. Huhu.. kenapalah dia orang tak suka? Aku masa zaman sengal-sengal dulu, lagi seronok kalau cikgu cakap kita tak belajar hari ini.

“Sebab hari ini, kita semua menyanyi. Boleh?”

“Boleh.. boleh.. boleh..” Jawab Aiman bersemangat menimbulkan tawa halus dibibirku.

“Okay tapi sekarang, kita rehat dulu. Kemudian, baru kita menyanyi.”

“Hmm.. tutup semua buku. Simpan dalam beg ajelah, senang. Beratur macam biasa.” Arah Meera lagi dan kesemua anak muridnya hanya menurut. Siapa yang tak nak turut arahankan kalau bab nak makan? Huhu



DARI luar kelas, boleh kedengaran suara riuh anak-anak murid kelas Meera menyanyi. Ceria dan seronok sekali suara mereka kedengaran di cuping telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Meera memandang keseluruhan kelasnya. Senyuman terbit dibibir merekahnya. Bagi anak-anak muridnya, mereka tidak mengerti makna disebalik lagu ini. Tapi bagi Meera, dia sudah cukup dari mengerti akan bait-bait lagu ini.

Tentang perpisahan. Setiap pertemuan pasti diiringi dengan perpisahan dan setiap perpisahan tidak semestinya diiringi dengan sebuah pertemuan. Itulah ungkapan yang pernah diucapkan along padanya. Entah dari mana along cilok ayat tu pun dia tak tahu. Malas nak ambil tahu sebenarnya..

Masing-masing menepuk tangan seusai lagu itu selesai dinyanyikan mereka serentak. Gemuruh sekali kedengarannya pada pendengaran Meera.

“Okay now, sit properly.”

Laptop ditutup. Memberikan sepenuh perhatian pada kesemua anak-anak muridnya. Dipandang seorang demi seorang, ditatap wajah demi wajah dihadapannya. Terus perasaan sedih berleluasa dalam diri. Sedih mahu meninggalkan tadika ini.

Apabila air matanya mahu tumpah segera dia memandang ke atas. Mendongak ke syiling yang berwarna putih. Tidak mahu anak-anak muridnya mengetahui yang cikgu mereka sedang menangis.

Bila keadaannya sudah stabil, dia kembali memandang anak-anak muridnya. Kerutan di dahi mereka membuatkan Meera tersenyum. Tak payah nak pelik sangatlah!

“Akak nak ucapkan terima kasih pada semua adik-adik akak. Akak mintak maaf kalau selama akak mengajar adik-adik akak ni semua, akak ada terkasar bahasa ke, akak pernah marah kau orang semua ke. Akak minta maaf banyak-banyak.

“Satu aje akak nak pesan, walau dalam apa jua keadaan adik-adik akak semua, teruskan belajar. Jangan berhenti belajar. Teruskan usaha.”

“Kenapa akak Meera cakap macam tu?” Pertanyaan dari Aiman membuatkan air mata Meera terus tumpah.

“Sebab, hari ni adalah hari terakhir akak menjadi cikgu kau orang semua. Selepas ni, dan mulai minggu depan, cikgu baru yang akan menggantikan akak untuk mengajar adik-adik akak ni semua.”

“Akak Meera nak pindah ke?”

“Bukan pindahlah, sayang. Akak nak berhenti dari mengajar, akak nak sambung belajar. Suka tak dapat cikgu baru nanti?”

“Tak suka!” Jawab kesemuanya sambil menunduk.

“Kenapa pulak tak suka? Cikgu baru cantik ape.”

“Tak nak. Nak akak Meera jugak.”

Meera tersenyum. Air mata sudah bergenang di kelopak mata mengaburkan pandangannya. “Insya Allah, satu hari nanti kita akan jumpa lagi.” Bergetar suaranya.

Air mata yang sudah mengalir di pipi diseka perlahan. Jarum jam yang berdetik di dinding di pandang. Lagi sepuluh minit mereka akan berpisah. Mungkin untuk selama-selamanya, siapa tahu?

Tangannya mencapai beg plastik yang dibawanya tadi. “Ni.. akak nak kasi hadiah yang akak beli khas untuk adik-adik akak.” Tangannya mengambil sebungkus hadiah dan matanya pulak melihat nama yang tertera di atas sampul bungkusan itu manakala mulutnya menyebut syahdu nama penerima hadiah yang sudah dilabelnya sejak dua hari lepas.

Tersenyum Meera melihat wajah setiap seorang dari anak muridnya yang teruja menerima hadiah.

“Emm, akak ada sebuah pantun untuk adik-adik akak yang paling akak sayang. Dengar erk..

“Kalau ada gula dan galah, jangan dibawa bersama lori, kalau ada silap dan salah, please forgive me I’m sorry..” Sambung Meera lagi berserta sebuah senyuman yang penuh ikhlas.

“Okay sekarang, boleh berdiri. Kita nak balik dah.”

“Terima kasih dan assalamualaikum.” Ucap Meera sejurus selepas kesemuanya sudah selesai membaca doa.

Tersentuh hati Meera apabila salah seorang dari anak muridnya memeluknya erat. Dipeluk kaki Meera macam tak nak dilepaskan. Segera Meera duduk melutut untuk menyamakan ketinggiannya dengan si anak murid.

“Hey.. kenapa ni?” Air mata yang jatuh di pipi anak muridnya di seka perlahan dan lembut.

“Kita sayang akak Meera. Akak jangan lupakan kita erk?”

Meera tersenyum. Kepalanya dianggukkan. “Ye sayang. Akak janji, akak takkan lupakan adik-adik akak. Hmm.. dah, jangan menangis. Tak cantik dah.”

Meera memimpin tangan anak muridnya itu dan berjalan ke luar tadika di mana kesemua ibu bapa mahupun penjaga anak-anak muridnya mengambil mereka pulang.

“Bye sayang..” Meera melambaikan tangannya apabila muridnya yang menangis tadi sudah bergerak pulang.

“Akak Meera!” Meera pantas mencari dari manakah namanya dipanggil. Dan pandangannya terhenti pada Nik yang sedang digendong Daneal. Meera tersenyum. Dipandang wajah Daneal yang penuh dengan senyuman. Ahhh.. sudah lama dia tidak melihat senyuman itu.

Relaks Meera. Baru tiga hari..

Lantaklah baru tiga hari ke, empat hari ke. Aku tetap rindu dengan senyuman tu.

Nanti macam mana, empat tahun kot kau takkan tatap senyuman macam tu lagi?
Tuh lah pasal. Aku pun tengah fikir ni. Samada nak angkut dia sekali atau..

Atau?

Atau..

“Meera..” Meera tersedar apabila bahunya ditepuk lembut. Terus dia memandang Nik yang memandangnya pelik.

“Akak okay?” Tanya Nik prihatin.
Meera senyum. “Okay.. kenapa panggil akak?” Meera telan air liur. Apa punya soalanlah ni..

“Uncle nak jumpa dengan akak. Tu yang Nik panggil.”

Meera menganggukkan kepala. Mata pandang Daneal.

“Saya ingat nak ajak awak keluar esok. Boleh?” Tanya Daneal terus pada tujuannya menyuruh Nik memanggil Meera.

“Esok?” Meera mencongak. Esok bukanke aku nak gerak Aussie?

“Err.. sorrylah. Esok saya ada hal lah.”

“Ohh tak apalah kalau macam tu. Emm, kalau bila-bila masa aje awak free, awak call saya. Erk?”

Nak tak nak, Meera mengangguk jugak. Kena tunggu lagi empat tahun lah baru aku free, Encik Daneal oii.. boleh ke kau tunggu?

“Kami balik dulu. Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam.. selamat tinggal.”


“Erk?” Daneal terhenti. Apa dia cakap? Selamat tinggal? Tinggal mana? Ahh sudahlah!

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.