Part 1
Damia hanya pandang satu tangan yang mengenggam
tangannya. Hangat..
“Kenapa kau tak beritahu aku semua ni, Mia?”
Damia mendongak. Dia pandang wajah kawan dihadapannya. Nampak dengan jelas kerutan di dahi kawannya. Tapi tak lama pandangannya apabila mendengar beberapa derapan tapak kaki yang seperti berlari ke arah mereka bertiga. Di membuang pandang ke belakang Safia.
Ada lebih dari lima orang menghampiri mereka. Jelas semuanya mahu mengetahui perkara yang baru mereka tahu sebentar tadi. Terkejut semestinya.
“Betul ke apa yang aku dengar ni, Mia?” Tanya Ikmal. Salah seorang kawan lelaki Damia. Damia memang rapat dengan lelaki itu.
Damia pandang Ikmal. Air liur ditelan. Pahit. “Ik..” Nafas dihembus. Macam mana aku nak jelaskan perkara ni?
“Sampai hati kau, Mia.” Terdengar suara Hana di belakang Safia.
Damia menunduk. Perlahan air matanya menitis. Kenapa mesti macam ni rahsia dia terbongkar? Betullah. Manusia merancang tapi Allah yang tentukan. Damia merancang supaya perkara ini akan diberitahunya sendiri sejurus selepas dia dan Mikhail habis belajar, tapi Allah menentukan yang perkara ini terbongkar saat ini. Tika ini.
“Mia kau jahat! Kau jahat Mia!”
Bersama suara itu, pipi kanannya seperti dipukul. Atau lebih tepat ditampar. Dan pandangannya semakin lama semakin gelap. Dia tak nampak apa-apa. Dan hanya merasakan yang tubuhnya sudah mencium lantai.
Dia tak ingat apa-apa..
Damia membuka matanya. Berkelip-kelip matanya pandang sekeliling bilik. Dahinya yang berpeluh diseka. Jantung yang berombak naik turun dikawal pernafasannya. Jam dipandang. Tiga sepuluh minit pagi.
Matanya dipejam seketika. Mahu mengingati apa yang dia mimpikan tadi. Dashat gila mimpi dia tadi. Buatkan dia takut nak pergi universiti esoknya. Takut apa yang dimimpikannya tadi benar-benar terjadi.
Kepalanya ditoleh ke sisi kanan. Melihat seorang lelaki yang lena tidur. Kepala jauh betul dari bantal. Dia nampak ada juga sebiji bantal yang sipi-sipi sahaja akan jatuh dari katil ini. Lantas kepalanya digelengkan. Dah boleh jadi bapak budak dah, tapi tidur mengalahkan budak-budak!
Damia kembali merebahkan badannya. Selimut ditarik sehingga menutupi dadanya. Dan dia hanya membiarkan matanya terpejam dengan sendiri.
Lima minit..
Sepuluh minit..
Dia kembali bangkit. Dia menampar lembut kedua pipinya. “Kenapa tak boleh tidur balik ni?” Mengeluh seketika.
Akhirnya dia bangkit. Masuk ke bilik air dan mengangkat wudhuk. Solat sunat tahajjud didirikan. Semoga hatinya tenang malam ini. Mudah-mudahan.

No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.