Pages

Search This Blog

6 Sep 2014

Cerpen - Surpriseee!

Nik pandang isterinya. Menggeleng sekejap dia. Lantas kaki diatur melangkah mendekati isterinya yang sudah terbaring di atas katil. Butang lengan kemeja di buka. Lengan kemejanya di lipat sehingga ke paras siku. Jam tangan yang setia bersamanya juga dibuka lantas di letakkan cantik di atas meja tepi katil.

“Sakit lagi ke?” Soalnya. Sepasang matanya tidak jemu memandang wajah cantik isterinya.

“Hmm..”

Nik melekapkan tapak tangannya di dahi si isteri. Hmm, tak panas sangat. Macam selalu aje. Tapi.. kenapa dia selalu sakit semenjak dua tiga hari ni? “Kita pi klinik ek?” Risau jugak dia. Mana tahu.. huh. Husnudzon itu lebih penting, Nik!

Gelengan dari si isteri membuatkan Nik menjungkitkan sebelah keningnya. Dah sakit sampai terus baring selubung dalam selimut pun masih tak nak pergi klinik buat pemeriksaan? Nik pandang jam di dinding.

Enam tiga puluh minit petang. Masih sempat lagi ni kalau nak bawa dia pergi klinik. Tapi..

“Nanti melarat macam mana?”

Isterinya menggeleng sekali lagi. “Nak period kot.”

Jawapan dari isterinya membuatkan Nik lantas mencapai telefon bimbit si isteri dalam tas tangan berwarna hitam di hujung kakinya. Ini dah memang sakit tahap dewa ni sampai handbag pun main campak kat lantai!

Satu aplikasi berbentuk sebuah diary berwarna merah jambu ditekannya lantas kata laluan dimasukkan. Melihat pop-up window yang keluar membuatkan dia pandang isterinya.

“Bukan lagi dua belas hari?” Soalnya sambil menunjuk ke arah telefon di tangan.
Terdengar isterinya mengeluh. “Aplikasi macam tu, bukannya boleh percaya seratus peratus. Dah kalau benda tu nak keluar, tak tunggu on time pun dia boleh keluar, kan?”

Okay.. jawapan yang munasabah. Pantas dia menggeleng. “Tapi you sure tak nak pergi klinik?”

“Hmm.. double triple sure.” Suara itu makin lemah. “Bagi I tidur sekejap. Before Maghrib tolong kejutkan, ek?”

“Okay sayang..”

Nik membetulkan letak duduk selimut yang menutupi sebahagian tubuh isterinya. Alahai isteri aku ni. Kenapalah boleh sakit saat aku nak beromantika de amour dengan dia?

*****

Nik tersedar dari tidur bila merasakan yang tidurnya terganggu dengan satu bunyi. Dia menggosok matanya. Jam di dinding yang berhadapan dengannya di pandang.

Sepuluh satu minit malam.

Dia pandang ke sisinya. Orang yang tidur bersama-sama dengannya tadi, tiada. Kosong. Hanya tinggal patung teddy bear yang menjadi bantal peluk isterinya sahaja disitu. Matanya melilau di sekeliling bilik. Mana isteri aku? Mana Aqish?

Anak matanya terhenti di pintu bilik air yang terbuka. Telinganya mendengar bunyi orang muntah-muntah. Pantas selimut yang menutupi kakinya ditolak ke tepi. Melompat dari katil dan terus masuk ke dalam bilik air.

Dalam bilik air, dia melihat isterinya sudah tertunduk-tunduk di singki. Tangan lembut itu begitu kuat memegang singki. Nik mendekati isterinya. Rambut panjang si isteri yang dibiarkan lepas tanpa ikat di simpul menjadi satu. Belakang badan isterinya digosok perlahan.

Dan membiarkan isterinya memuntahkan segala isi perutnya.

“Nak muntah lagi tak?” Tanya Nik. Pinggang isterinya dirangkul.

Balqish yang sedang mengesat hujung bibirnya menggunakan tisu sekadar menggeleng. Tak larat rasanya nak menjawab waima nak pandang wajah suaminya sekalipun. Dia penat.. letih bila segala isi perutnya dikeluarkan. Sakit woo..

“Dah.. siap jom. Kita gi klinik.”

No excuses!” Sambung Nik bila nampak dengan hujung matanya, isterinya mahu mengelak. Apalah.. pergi klinik aje pun.

*****

“Dah siap dah?” Tanya Nik.

“Dah..” Sambil mengangguk. “Kita nak pergi klinik mana ek?”

Nik jungkit bahu. “Klinik biasalah kot.” Balqish mengangguk.

“Ehh nak pergi mana?” Tanya Balqish bila nampak suaminya bangkit.

Toilet.. shi-shi jap.”

Balqish hanya pandang pintu bilik air yang tertutup. Kemudian dengan pantasnya dia mencapai telefon bimbitnya. Satu pesanan ringkas di hantar kepada kawannya.

Can you help me?
Berkerut-kerut dahinya membalas mesej itu. Tak kisahlah apa pun yang terjadi.Yang pasti, Nik tak boleh tahu benda ni! Segalanya mesti dirancang supaya Nik takkan tahu benda ni malam ni. Tidak dengan keadaan aku yang macam ni.

“Hey, buat apa?”

Balqish yang terkejut terus menekan butang dekstop pada telefonnya. Tersenyum pandang suaminya yang sedang menutup suis lampu bilik air. “Tengok Whatsapp.” Bohongnya.

Nik senyum. Manis. Senyuman itulah yang memikat hati Balqisha Humaira. “Dah.. jom.”

Nik menghampiri Balqish. Isterinya yang berdiri itu lantas digendong. Terjerit kecil Balqish bila tiba-tiba tubuhnya tidak jejak bumi. Dia pandang suaminya.

I can walk, lha.

“Kesah pulak!” Jawab Nik selamba.

*****

“Boleh aku tahu kenapa dengan kawan baik kau ni?” Soal Nik pada Nadhira. Dia memang dah tak sabar-sabar nak tahu kenapa dengan isterinya. Sampai muntah-muntah tadi. Risau kot.

Nadhira tersenyum pandang Nik dan Balqish dihadapannya. Manis sekali senyumannya yang cuma Balqish seorang sahaja yang faham. Tapi untuk seketika, dia mengeluh sebentar.

“Kenapa dengan dia?” Makin risau Nik jadinya bila mendengar keluhan kawan baik isterinya ni. Ada apa-apa yang berlaku ke pada Balqish? Dia sakit ke?

Don’t worry. Dia keracunan makanan aje. Sebab tu dia muntah-muntah. Insya Allah, esok baiklah. Nanti aku bagi ubat.” Terang Nadhira membuatkan Nik sedikit lega.

Nasib baik keracunan makanan aje. Aku ingatkan dia sakit teruklah tadi.

Telefon bimbit Nik yang berdering memintanya untuk keluar dari bilik pemeriksaan ini seketika. Dah namanya pun klinik, mana boleh guna telefon!

Nadhira pandang kawan baiknya. Tangan mereka bersatu. Senyuman menghiasi bibir masing-masing.

Thanks, dah tolong aku.” Tutur Balqish. Nasib baik dapat kawan yang memahami keadaannya.

Welcome.” Nadhira tarik nafas. “Kenapa kau tak nak beritahu dia aje?”

“Nanti-nantilah aku beritahu. Bila aku dah okay sikit ke.”

“Suka hati kaulah. Tapi better kau bagitahu dia cepat, kang jadi pape kau juga yang susah.”

“Bagitahu apa ni?”

Kedua sahabat itu berpandangan. Sama-sama kematian kata. Macam mana mereka boleh tak perasan yang Nik masuk?

“Err.. Nad nak tunang bulan depan. And dia nak minta tolong you carikan homestay area rumah kita untuk keluarga bakal tunang dia.”

“Ohh okay. Nanti aku carikan.”

Masing-masing melepaskan nafas lega. Nasib baik Balqish tak beritahu Nik lagi pasal benda ni. Kalau tak, mana dia nak cekau idea lain?

Tapi dirahmati Allah tak ek, menipu suami?

*****

You suka anak lelaki ke perempuan?” Tanya Balqish di satu petang yang indah.

“Kenapa tetiba tanya aje ni?” Nik pandang isterinya. Pelik pulak tetiba rasa.

“Tanya aje. Macam best pulak ada anak ni.” Serta-merta Balqish memegang perut kempisnya.

Berubah air muka Nik. Isteri aku nak ada baby ke? Yeahh.. aku pun nak jugak. Dah lama aku nak. Tapi itulah.. belum punya rezeki lagi. Insya Allah satu saat nanti. Dan satu saat nanti itu akan menjadi moment yang indah untuk diingati. Pasti.

Balqish mendongak, pandang suaminya. “Lagi satu soalan.”

“Apa dia? Tanya aje, I sudi menjawab dengan seikhlas hati I.” Tersengih.

“Ermm..” Balqish menggigit bibir bawahnya. “You dah sedia nak jadi ayah ke?”

“Kenapa? You pregnant ke?”

Balqish sekadar menjungkit bahunya. Dan Nik, sekadar ketawa kecil. Dah kalau isterinya jungkit bahu macam tu, memang tak betullah apa yang aku teka. Tapi.. mana tahu kali ni betul ke? Ahh.. tak adanya. Kalau betullah dia mengandung, mesti Nadhira beritahu dia dua malam lepas.

“You tak jawab lagi soalan I..”

Nik senyum. Kalau pertanyaan tu.. “Dah lama dah I siapkan diri I untuk menjadi seorang ayah yang baik dan penuh berdedikasi untuk anak-anak kita.”

“Okay.. kalau you kena alahan masa I mengandungkan anak kita pun, you sanggup terima?”
“Ini macam dah lebih dari satu soalan aje..” Usik Nik.

Balqish tarik muka. Nik ketawa.

Yeah.. with all my heart. You kan dah penat carying my baby for nine months and ten day and apa salahnya kalau I yang tanggung alahan tu, kan?” Nik mengucup ubun-ubun isterinya. “Lagipun, I memang dah lama sediakan fizikal dan mental untuk terima segala alahan tu.” Nik ketawa kecil.

You dah jadi ayah pun lah.”

Tawa Nik terus mati. Dia pandang isterinya. Tak berkelip. Ohh betulkah ini? Telinganya dah korek kan?

“Betul, sayang.”

Nik pandang perut kempis isterinya. Kemudian beralih pada wajah isterinya. Dia macam.. macam.. macam tak percaya. Dah hampir dua tahun mereka menunggu dan sekarang, Allah makbulkan doa mereka.

I tak mimpi kan?”

Balqish senyum lantas pipi kanan suaminya dicium. Anak mata suaminya ditenung.

“Wohooo..” Nik terus menjerit keriangan di situ. Sementara Balqish, tersenyum manis. Alhamdulillah. Pasti akan aku jaga amanah Mu ini, Ya Allah.

“Tapikan..” Nik kembali duduk disisi isterinya. Satu kemusykilan bermain-main di benaknya.

“Kenapa?”

“Kalau you pregnant, kenapa Nad beritahu hari tu yang you keracunan makanan?”

Balqish sekali lagi senyum. Pasal ini rupanya yang suami aku ni tertanya-tanya. “Tak nak putus kawan punya pasal, itu yang Nad tolong I rahsiakan dari you. Sorry..

“Tapi kenapa mesti nak berahsia dengan I, sayang?”

Actually lha kan, I nak suprisekan benda ni sebagai hadiah hari jadi you lusa. Tapi seriously, I dah tak tahan nak tanggung sensorang sakit ni. Itu yang terpaksa beritahu hari ni jugak. Surpriseee...” Cerita Balqish akhirnya.

Alahan mengandung ni buatkan dia rasa nak baring aje atas katil. Tak nak bergerak ke mana-mana waima ke bilik air sekalipun!

Then, ubat yang Nad bagi hari tu?”

“Itu vitaminlah. Takkan tak baca?”

Nik menggosok belakang lehernya. Nadhira beri vitamin ke? Patutlah dia nampak rupa ubat tu lain dari yang lain. Okay, macam seronok jek kena tipu dengan isteri dan kawan baik isteri ni, kan? Hurmm..

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai