Pages

Search This Blog

4 Nov 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 38]



Iskandar garu kepala. Lepastu dia tayang senyum pada Adam yang pandang dia. Nak tak nak aje dia tayang senyum tu. Dan apa yang pasti, senyuman dia tu lebih kepada tak ikhlas langsung. Siapa ajelah yang nak tayang senyuman ikhlas kalau telinga tengah dengar suara orang membebel kat telinga dia.

            “Mama tanya ni..” Suara tu keluar lagi dari corong telefon.

            “Ye, ma.. Nanti petang lepas habis kelas Is dengan Mia balik sana. Okay ma. Bye!” Tanpa dengar ayat mamanya, Iskandar tamatkan talian. Sekarang, baru dia boleh lepas nafas lega. Iphone dia letak atas meja.

            “Kau apsal, bro?” Tanya Adam. Tengok dari muka kawan dia, dah boleh rasa sesuatu.

            “Mama aku tanya apsal kitaorang tak balik sana malam tadi.” Jawab Iskandar. Mengeluh sekejap dia. Bilalah Mak Su and her family nak chaw dari sini? Kusutlah macam ni..

            Adam jungkit kening. “Apsal pula kena balik sana?” Soalnya bingung. Bukan Is dah ada rumah sendiri ke?

            Sebelum ni, dia pelik juga macam mana Iskandar yang masih belajar dan tak kerja lagi dah duduk rumah sendiri. Lepas Is dah cerita panjang lebar pada dia, baru dia boleh angguk kepala. Patutlah..

            Katanya Is, dalam ramai-ramai cucu-cucu datuknya, dia merupakan cucu lelaki sulung. Yang umur sepupu dia tua darinya, semuanya perempuan. Dan disebabkan itulah dia memperoleh harta pusaka arwah datuknya. Sebaik sahaja selepas arwah datuknya meninggal, harta-harta tu semua jatuh pada dia. Masa tu, Is baru aje umur lapan belas tahun. Dah memang tertulis dalam wasiat tu, macam tu. Siapa ajelah yang nak tolak?

            Dan keadaan bertambah elok bila kesemua anak-anak datuknya sangat tak pentingkan harta tu. Masing-masing diberi didikan yang sempurna. Disebabkan itulah, dia mampu memiliki rumah, kereta dan segala macam benda yang dia nak. Malah nak kahwin lagi satu pun dia lebih dari cukup!

            “Mak Su aku datang rumah. Stay sini untuk seminggu.” Suara Iskandar menyedarkan Adam. Dia beri sepenuh tumpuannya pada Iskandar.

            “Ohh.. Jadi apsal kau tak balik sana?”

            Dengar Iskandar mengeluh. “Tulah..” Iskandar pandang Adam. Patutkah dia cerita hal rumah tangga dia pada Adam? Orang cakap tak baik cerita hal rumah tangga pada orang lain. Tapi.. Ahh! Dia percayakan Adam. “Semalam, aku dengan Mia..”

            “Kauorang apa? Gaduh?” Tebak Adam bila Iskandar tetiba diam. Iskandar jungkit bahu.

            Dengar Adam gelak. Iskandar pandang lelaki tu. “Apsal gelak?”

            “Tak adalah. Couple paling romantik dalam uni ni kot. Macam mana boleh gaduh?” Masih dengan gelak dia.

            Iskandar geleng kepala. Tak cukup kuat lagi bukti yang mengatakan dia dengan Mia couple paling romantik dalam universiti ni. Jumpa kat universiti ni pun jarang-jarang, ada pula cakap couple paling romantik. “Mia nampak aku peluk Kak Najwa.”

            “Siapa Kak Najwa tu? Apadaa kau ni. Mia bukan main lawa, pangkat kakak-kakak kau sangkut eh.” Kutuk Adam terus. Tak ada simpang siur dah Said Adam ni mengutuk.

            Iskandar jeling Adam. Cakap suka pakai main hembuslah mamat ni. “Iyaz Najwa. Kau kenal, kan?”

            Tawa Adam mati. Dia pandang Iskandar tajam. Tak berkelip. Tubuhnya yang menyandar pada kerusi pun dah menegak. “Iyaz Najwa model of the year tu?

            Iskandar angguk.

            “Perghh! Gilalah kau, Is. Dengan perempuan tu kau peluk depan Mia?”

            “Aku tak sengaja peluk dialah.” Aishh.. Tolonglah faham yang dia tak sengaja. Memang tak sengaja. Dan sangat tak sengaja.

            “Bila kau jumpa model lawa tu?”

            “Dia kakak sedara aku, kalau kau nak tahu.” Iskandar masukkan semua buku yang ada atas meja dalam sling bagnya. Iphone dia capai dan masukkan dalam kocek seluar. Bersedia nak bangkit. Adam turut bangkit.

            “Seriously weh?” Terkejut Adam lepas dengar. Iskandar ni memanglah. Banyak betul kejutan yang dia ada. Sebelum ni dengan Mia. Sekarang, dengan Najwa pulak. Lepas ni? Ntah-ntah dia nak surprisekan aku cakap yang dia dengan Mia dah ada anak dah. Memang naya ajelah aku asyik kena damn dengan Is.

            Langkah mereka ke kafe. Kelas ada lagi empat puluh lima minit nak bermula. Lambat lagi. Isi perut jap lah.. Baru senang ilmu nak masuk lepas dah mengisi perut.

            “Lepastu Mia nampak. Tapi seriously, aku memang tak sengaja peluk dia. Niat aku just nak hilangkan kesedihan dia aje. Tapi lain yang jadinya. Start dari malam tu, sampai petang semalam, Mia langsung tak nak cakap dengan aku, langsung okeh. Part yang aku tetiba dapat call dari Ika, and then aku terus lari tinggalkan kau tu sebab Ika cakap dengan aku yang Mia pengsan.” Iskandar telan liur. Nafas dia tarik sekejap sebelum sambung. “Aku terus pergi sana. Bawa dia balik rumah. Terus tak balik rumah mama aku.” Iskandar sudahkan ceritanya.

            Adam senyum aje lepas dengar. Dia faham apa yang Iskandar rasa. Kalau dia pun, mesti akan tolong orang yang dalam kesedihan. “Apa-apalah, bro. Tapi sekarang kauorang dah okay, kan?”

            “Alhamdulillah, nasib baik dia maafkan aku. Kalau tak, aku ikut aje mana dia pergi selagi dia tak maafkan aku.”

            Adam gelak. Bahu Iskandar dia pegang. “Takkan dalam bilik air pun kau nak ikut kot?” Melampaulah tuu..

            Nampak Iskandar senyum. Rambutnya yang dah jatuh pacaknya, dia betulkan. Dua orang perempuan yang berselisih dengannya, tersenyum pandang dia. Tapi dia tak balas. Dia pandang Adam. Nampak Adam balas senyuman perempuan tu. Perlahan dia menggeleng.

            “Apa? Salah ke? Ada ke dalam Islam larang suami ikut isteri dia masuk bilik air?” Kalau Adam cakap ada.. Memang dia seret Adam terus pergi perpustakaan cari mazhab mana yang cakap macam tu.

            “Memanglah tak ada. Tapi kau nakal gak eh.” Adam gelak.

            “Dengan bini aku, aku nakallah. Dengan kau aku lesing aje.” Selamba ayat dia.

            “Amboii.. Tak sayang kawanlah tuu..” Adam muncung. Dia jalan masuk barisan nak beli makanan tinggalkan Iskandar kat belakang. Iskandar ketawa perlahan. Ni nak tarik perhatian ke caner?


MEREKA berempat berpandangan. Telinga masih lagi dengar perbualan yang mereka tengah dengar ni. Damia kuis mi goreng dalam pinggan. June sedut air sirap bandungnya. Zulaikha betulkan tudung dia sementara Jue masih dengan suapannya.

            Damia tabik pada Jue. Tak kisahlah dalam apa jua keadaan, Jue tetap hadapi dengan tenang. Kadang-kadang kawan dia tu buat tak kisah dengan apa-apa yang berkaitan dirinya. Dia tetap dengan dunia dia sendiri. Tak pernah kisah dengan keadaan sekeliling. Macam yang Jue selalu cakap pada Mia, ‘Hidup Biar Selamba’.

            “Kecil hati aku ni tau bila Abang Is tu tak balas langsung senyum aku tadi. Buat penat aje..”

            “Alah.. Abang Adam balas dah kira okaylah kan.”

            “Aku tak nak Abang Adam. Aku nak Abang Is. Aku tak fahamlah macam mana Abang Is tu boleh kahwin dengan Kak Mia.”

            “Dah jodoh dia orang.”

            “Tapi aku nampak macam dia orang ni bukan kahwin atas dasar cintalah. Tak pernah nampak pun dia orang loving-loving macam orang lain kat sini. Macam dia orang kena paksa kahwin.”

            “A’ah kan. Betul jugak tu. Aku pun perasan. Senior yang lain, yang mana tengah bercinta tu elok aje loving-loving depan kita. Eh, kesiannya Abang Is sebab kena paksa kahwin macam tu.”

            Hati Damia dah tak senang duduk bila dengar macam tu. Jantung dia tak usah cakaplah. Aish.. Apa bala pula kali ni? Sesedap dia aje cakap yang bukan-bukan. Depan aku pulak tu. Kalau aku tak dengar boleh diterima lagi. Tapi ni masalahnya, aku dengar beb!

            Manusia mana ajelah yang tak panas telinga? Bukan telinga aje yang panas. Hati, limpa, paru-paru, buah pinggang semua dah panas dah ni. Tinggal nak meletup aje dengar ni ha.

            Ada pulak dituduhnya aku dengan Is kena kahwin paksa. Ehh, kita orang kahwin atas dasar cinta okeh. Tak adanya istilah kahwin paksa sekarang ni.

            Damia tahan June dari bangkit. Tahu June nak pergi mana, sebab tu dia halang. Kalau tak halang, mahunya kecoh universiti ni sekejap lagi pasal June pelempang junior mereka. Dia senyum pada June.

            “It’s okay. Yang diaorang sebut tu, aku kan? Jadi biar aku yang settle.” Damia lap bibirnya pakai tisu. Dia sedut air limau ais sebelum bangkit. Dia berjalan ke meja sebelah di mana meja junior mereka berbual tadi. Dia ketuk dua kali meja tu, tujuan nak beritahu yang dia panggil mereka.

            Dua perempuan tu mendongak. Wajah yang tadinya jelas tak puas hati bertukar jadi terkejut. Damia maintain tayang senyum. “Boleh akak duduk sini?” Tanyanya. Senyum.

            “Er...err.. Kak Mia.. Du.. Duduklah.” Damia terus labuh duduk. Dia betulkan kawalan pernafasan sebelum senyum balik. Dia pandang dua-dua perempuan dihadapannya. Muka lawa boleh tahan.. Tapi mulut. Sangat tak cebok.

            “Tahu tak, penghuni paling ramai dalam neraka adalah perempuan. Nak tahu apa punca yang jadikan kaum perempuan ni masuk neraka paling ramai? Salah satunya, macam apa yang korang buat tadilah. Cakap main ikut sedap mulut dan tak berdasarkan fakta. Atau lebih tepat, fitnah orang. Tahukan fitnah tu lagi berdosa dari membunuh?” Damia senyum pandang wajah kelat mereka.

            “Akak bukan apa.. Saje nak menegur. Apa gunanya kalau sebagai saudara sesama Islam tapi tak tegur benda yang tak patut orang tu buat, kan? Akak tahu, korang berdua sendiri pun tahukan, kalau kita tuduh seseorang tu bukan-bukan, orang yang kita tuduh tu yang dapat pahala. Dosa, kita yang dapat. Akak tak naklah akak sorang yang dapat pahala, tapi korang tak dapat. Akak cari pahala, akak bukan cari dosa. Dan kalau boleh, akak nak semua manusia dalam dunia ni dapat pahala sama macam akak. Termasuk korang berdua.

            “Dan dah jadi kewajipan akak untuk menegur. Akak tak naklah kat akhirat nanti, korang salahkan akak pula sebab tak tegur korang berdua. Elok-elok akak nak masuk syurga, korang tarik akak sama-sama masuk neraka.” Kesianlah aku weh kalau masuk neraka. Macam mana aku nak jadi bidadari Is?

            “And one more.. We get married hundred percent purely atas dasar cinta. Akak dengan Abang Is dah lama kenal. Lama sangat. Dan untuk apa kita orang tunjukkan adegan loving-loving kita orang kat sini kalau dekat rumah boleh buat lebih dari pegang tangan, kan?” Damia senyum. Tetap tenang.

            “Bukan apa, sayang. Akak tegur sebab ini berkaitan diri akak. Siapa ajelah yang suka bila diri sendiri jadi perbualan orang lain? Sorry, kalau teguran akak ni buat korang marah. Assalamualaikum.”

            Damia bangkit dan terus ke mejanya. Dia sambung makan balik. Puas hati dia sekarang ni. Sesekali jadi ustazah Damia, seronok juga eh. Kalau tahu, dah lama dia minta jadi ustazah. Tak adanya minta doktor ni.

            “Gilalah kau, Mia.”

            “Aku waras lagilah. Tak sampai tahap gila lagi okeh.” Damia jeling Zulaikha.


            Damia kenyit mata pada seseorang yang semenjak tadi jadi pendengar setia perbualan dia dihujung sana. Macamlah dia tak perasan. Badan kalah dia kot yang ramping keding ni nak sembunyi tepi tiang tu. Tempat sembunyi tak strategik betullah!

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai