Damia pandang
sekeliling. Dalam tengah mencari seseorang, matanya terpandangkan anak mata
suaminya yang merenungnya. Lelaki tu kenyitkan matanya. Damia balas dengan
jelingkan matanya. Dia sambung balik aktiviti mencari seseorang. Bila tak
jumpa, dia cari pula orang lain. Tapi bila dua-dua orang yang dia cari tak
jumpa, dia pantas bangkit. Alongnya dihampiri.
“Nampak Yana?” Bisiknya pada along
yang duduk disebelah Iskandar. Pandangan Iskandar yang lain macam pada dia, dia
balas dengan senyuman tawar. Hati tengah gundah ni weh. Tak ada masa nak
beramah mesra.
“Tak nampak pulak. Tadi bukan dia
dengan Mia, ke?” Darwish tanya Damia balik. Sebab memang dari lepas makan
berjemaah tadi dia dengan Iskandar duduk sini. Tak bergerak ke mana-mana.
“Tadi adalah. Bila Mia toleh pandang
dia balik, tengok dah tak ada dah. Tak sedar pula bila dia bangun pergi
mana-mana.” Damia pintal hujung baju alongnya. Benda yang lama dia tak buat
bila dengan along. Dulu masa angah ada, hujung baju angahlah Damia pintal. Bila
angah dah tak ada, Damia pintal baju along dia pulak. Lepas ni.. Baju Iskandar
kot!
Tapi sumpah, sampai sekarang dia tak
buat lagi main pintal-pintal baju dengan Iskandar. Entahlah, nak buat tapi
tangan dia macam tak nak gerak bila otak dah kasi arahan.
“Hmm Along.. Kak Najwa pun tak ada
tau kat sini.”
Membuntang bulat mata Darwish lepas
dengar. Apa dia? Yana dengan Najwa tak ada? Mana dia orang pergi? Dia pandang
keliling. Bila nampak pintu rumah yang terbuka, dia terus tarik tangan adiknya
keluar dari rumah.
Macam yang dia agak, dua perempuan
tu ada kat tepi kolam ikan. Najwa menundukkan pandangannya sementara Diyana dah
angkat tangan.
“Stop
it!” Jerit Damia. Sempat dia halang Diyana yang nak tampar Najwa.
“Apa alang ni..” Diyana marah
kakaknya.
“Kot ye pun benci sangat dengan
Najwa, tolong jangan angkat tangan tu.” Darwish berkata tegas. Memang itulah
prinsipnya. Walau macam mana bencinya kau sekalipun pada seseorang tu,
janganlah berkasar. Benda boleh dibawa berbincang secara aman damai. Kekerasan
makin buat hati kau gelap. Percayalah..
“Along.. Tampar dia baru buat Yana
puas.” Keras nada Diyana. Jelas yang dia marah sangat dengan perempuan
didepannya.
“Yana.. Ni rumah orang. Tolong
hormat orang lain. Jangan malukan diri kau. Jangan malukan ibu dengan ayah.”
Damia kendurkan suaranya. Tak nak orang di dalam rumah dengar pertengkaran
mereka berempat.
“Kalau Yana rasa tampar akak boleh
puaskan hati Yana, tamparlah.” Sayu nada suara Najwa. Air matanya berjuraian
turun membasahi pipi. Dia sedar kesalahan dia.
“Kau bukan kakak akulah!” Bentak
Diyana. Tangannya dinaikkan sekali lagi. Tapi sempat Damia halang tangan tu.
Tangan adiknya digenggam kuat. Sampai mengaduh Diyana dibuatnya.
“Tolonglah.. Jaga maruah kau sebagai
seorang perempuan.” Keras suara Damia. Kemarahan dia lagi berganda pada Najwa
tapi tak ada pun dia buat macam ni. Nak dekat enam hari dah dia duduk sebumbung
dengan Najwa, tak ada pun dia buat yang macam Diyana buat sekarang ni.
Diyana memang hilang akal!
Najwa menundukkan kepalanya. Tak
berani nak bersua muka dengan tiga orang makhluk Allah yang sudah disakitkan
hatinya.
“Besar dosa Najwa pada korang.
Maafkan, Najwa..”
“Memang besar dosa kau pada kita
orang. Tapi aku tak sangka, kecil rupanya dunia ni. Boleh pula aku jumpa kau
kat sini, kan?” Dingin balasan Diyana. Bila Diyana nak bergerak mendekati
Najwa, Damia pantas menghalang. Ada juga yang aku kurung dalam sangkar Koko ni,
kejap lagi kang.
Damia pandang alongnya. Minta
bantuan. Tapi yang dia dapat, Along hanya pandang wajahnya dengan pandangan
yang.. Kosong. Mata lelaki tu tak bercahaya macam selalu.
“Ehh,, bila virus dalam badan kau
nak merebak ha? You know what, aku
tak sabar nak tunggu saat-saat yang Angah aku pernah rasa dulu, pada kau.”
“Virus apa ni?”
Masing-masing tersentak. Damia
pandang Iskandar yang baru keluar. Ohh goshh.. Damia pandang Darwish. Pegangan
tangannya pada Diyana terlepas.
“Ha.. Baguslah Abang Is ada kat
sini. Kalau Abang Is nak tahu virus..”
Pang!
“Mia!”
Damia terkejut. Terpana sekejap dia.
Tak terkata dengan apa yang dia dah buat. Tangan kanannya dipandang. Mengeletar
tangan tu. Dia pandang pula Diyana yang memegang pipi kirinya. Bergetar
mulutnya nak bersuara. “Yana..”
Bersama air mata, Diyana bersuara.
“Akak memang tak sayang Yana, kan? Dah dua kali akak lempang Yana. Sampai hati
akak. Akak sanggup bela pembunuh ni dari Yana?!”
“Pembunuh? Apa ni?” Damia dengar
suara Iskandar bertanya. Dia pandang Iskandar. Wajahnya diraup. Ya Allah..
Kenapa boleh jadi macam ni? Tadi ibu dengan ayah datang secara aman kot. Kenapa
pengakhirannya jadi begini?
“Mia.. Apa ni?” Suara tu masih lagi
kedengaran. Nak minta penjelasan atas apa yang dia dengar tadi.
Damia sekadar mengeluh. Sungguh, dia
belum bersedia lagi nak cerita semuanya pada Iskandar. Apa dia nak buat
sekarang ni?
“Kak Najwa? Apa ni? Is tak faham.”
Iskandar beralih pula pada Najwa.
Najwa pandang Damia. Untuk seketika
mata mereka bertentangan. Masing-masing tertanya sesama sendiri. Dan bila
nampak Damia perlahan menggeleng, Najwa mengangguk. Faham dengan gelengan yang
disampaikan.
“Tak.. Tak ada apa-apa.” Balas Najwa
gagap. Dia pun kalau boleh tak nak Iskandar dapat tahu. Tak nak benda ni
dihebohkan.
“Tak ada apa-apa kau cakap?”
“Watch
your mouth, Yana!” Tegur Darwish. Baginya kata panggilan yang digunakan
adiknya sangat biadap. Najwa lagi tua dari dia kot. Kalau benci sekalipun,
sekurang-kurangnya hormatlah dia sebagai orang yang lagi tua dari kau.
“Kenapa ni?” Encik Imran menyoal. Dia
yang baru aje nak panggil anak dia sebab mereka dah nak balik dah, terkejut
bila dengar suara anak sulungnya yang tinggi tu. Masing-masing diamkan diri tak
menjawab.
Tapi bila Encik Imran nampak wajah
Najwa, dia tahu apa puncanya. Dia tatap mata perempuan tu. Wajah seorang
perempuan yang hampir-hampir menjadi menantunya. Tapi disebabkan kesalahan yang
perempuan tu lakukan, anak keduanya meninggal dan perempuan tu terus hilangkan
diri tanpa jejak.
“Patutlah..”
Iskandar menoleh pandang bapa
mertuanya. Masih tak faham dengan apa yang berlaku. Ayah mertua dia pun tahu
juga ke apa yang berlaku? Siapa lagi yang tahu? Ibu? Ahh! Kenapa dia masih lagi
tak tahu apa-apa?
“Ayah ingat lagi kan perempuan ni?”
Diyana menyoal. Pipinya yang masih lagi kebas dibiarkannya. Perlahan Encik
Imran mengangguk. Dari masa dia masuk rumah ni lagi, dia dah nampak Najwa.
Isterinya pun nampak juga. Sempatlah juga dia tahan isterinya dari melempang
perempuan tu.
“Kenapa muncul balik?”
Semua menoleh. Damia terkejut bila
nampak ibunya dengan wajah yang menyinga menahan marah.
“Maafkan saya, mak cik.” Tutur Najwa
perlahan. Dia berjalan mendekati wanita tu.
“Aku terajang kau, kalau kau dekati
aku.” Nak gugur jantung Iskandar bila dengar ayat ibu mertuanya. Inilah kali
pertama dia nampak wajah menyinga ibu mertuanya. Dan dia.. Dia masih lagi tak
faham dengan situasi sekarang ni.
Mati langkah Najwa. Damia mendekati
ibunya. Dia tinggalkan Diyana dengan Along. Bahu ibunya dipeluk. “Sabar, ibu.”
Bisiknya. Bahu ibunya digosok.
“Aku baru ingat nak maafkan kau.
Tapi bila aku nampak balik muka kau kat sini, hati aku dah tawar nak maafkan
kau.” Lantang ibu bersuara. Damia pejam mata. Tak sanggup nak bayangkan apa
yang akan berlaku seterusnya.
Damia nampak ibu pandang dia.
“Kenapa tak beritahu ibu yang perempuan ni ada kat sini?”
Damia hanya diamkan diri. Tak sempat
nak beritahu lagi mama dah ambil telefon Mia cakap dengan ibu. Boleh tak cakap
macam tu? Ohh.. Ayat tu memang tinggi peratusnya Damia Aleesya akan dilempang
ibunya sendiri. Confirm!
“Sudahlah.. Benda dah lama
berlakukan. Arwah pun dah tenang kat sana. Ayah rasa, tak elok kalau kita
ungkit balik pasal arwah. Dia terseksa.” Walaupun pahit nak telan kenyataan
didepan mata, Encik Imran tetap tenang.
Najwa pandang Encik Imran. “Pak cik
maafkan saya?” Bercahaya mata tu pandang Encik Imran.
Encik Imran menggeleng. “Pak cik
lepaskan kamu tak bermakna pak cik maafkan kamu.”
Gugur air mata Najwa. Susahnya nak
pohon keampunan dari keluarga ni. Ya.. Dia tahu dia buat satu kesalahan yang
besar. Kesalahan yang mungkin sampai dia mati, keampunan untuknya takkan pernah
ada. Tapi dia akan teruskan perjuangan minta maaf dari keluarga ini.. Dan juga
keluarga dia. Tekad Najwa.
Makin best la pulak..cpat2 smbung sis..can't wait
ReplyDeletethanks (:
Deletesaya newbie kat sini.
ReplyDeletecongrates writer. xsabar nak update cerita ni.
thanks (:
Deletesambungan dah update!