Bahu yang terasa disentuh buatkan dia menoleh. Wajah cuak ditayangkan. Apa yang minah ni buat kat sini? Bukan dia pergi kafe dengan Yat dan Far ke? Macam mana boleh ada kat belakang aku pula ni?
Laura pandang sekeliling. Mencari sesuatu yang dipandang sahabatnya semenjak tadi. Bola mata kembali pada Fazlyn di hadapannya. “Kau tengok apa?” Soalnya.
Fazlyn pantas membetulkan posisi tubuhnya yang membengkok tadi. Buku ditangan di angkat separa bahu. “Cari ni,” Sambil tunjuk pada buku di tangan.
Laura senyum sinis. Gotcha! “Aku tanya kau tengok apa, bukan cari apa?”
Fazlyn kaku seketika. Err, dia gigit bibir. Okay, aku salah dengar. Lantas dia menggeleng. “Tak ada tengok apa-apa,” Lantas dia menafikan.
“Iye je kau?” Laura pandang Fazlyn sinis. Bukan boleh percaya si Faz ni kalau dah sampai kat sini. Lantas dia pandang sekeliling. Mencari sesuatu yang dipandang sahabatnya semenjak tadi.
Dan matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang lagi menaip sesuatu di papan kekunci. Di telinga manusia itu terletak satu headphone. Sesekali mulut manusia itu terkumat-kamit mengikuti lirik lagu yang dimainkan melalui komputer dihadapannya.
Laura tersenyum sebelum memandang Fazlyn kembali. “Kau usyar dia kan?” Tebak Laura tiba-tiba. Keningnya dijungkitkan beberapa kali pada Fazlyn. Macam lah dia tak tahu,
Fazlyn pantas menggeleng. “Mana ada!” Sepantas dia menidakkan tebakan sahabatnya itu. “Mandai je kau ni,”
“Ceh!” Senyum sinis. “Iyalah kau.”
Fazlyn sekali lagi menggeleng kepala. “Sumpah!” Bersama satu tangan dinaikkan lagak berikrar.
“Tak payah bersumpahlah, Faz.” Nada Laura tiba-tiba berubah. Dia cukup tak suka dengan manusia yang bersumpah ni.
Fazlyn tundukkan pandangannya. “Sorry,”
Laura mengeluh seketika sebelum dia kembali pandang seseorang di hujung meja sana. Kacak. Bertopi. Berkulit sawo matang. Tipikal melayu, orang kata. Dan semestinya, punya ramai peminat.
Dia pandang pula Fazlyn disisi. Dipandang wajah sahabatnya dalam-dalam sebelum tersenyum. “Bila kau nak confess kat dia?”
Kening Fazlyn berkerut. Confess? “Confess apa ni?” Berpura-pura tidak mengerti.
Laura senyum sinis. “Sejak bila kau jadi manusia yang susah nak pick-up ni?” Soalnya sinis.
“Ya Allah, Ara. Aku serius tak faham.” Ucap Fazlyn.
Laura menggeleng lagi. Sumpah, dia langsung tak faham dengan perangai dan kerenah manusia bernama Fazlyn Amanda ini. Lantas dia membiarkan Fazlyn dan berjalan keluar dari makmal komputer ini.
Lantak kau lah, Faz.
HUJAN lebat petang tu sewaktu Fazlyn berjalan pulang ke rumah seorang diri. Harini, dia terpaksa berjalan kaki dari kolej ke rumah kerana kedua orang tuanya punya urusan yang memaksa mereka berdua berada jauh dari kawasan kolejnya.
Hujan lebat yang turun membuatkan dia terpaksa berteduh di bawah bus stop tidak jauh dari kolejnya. Segala buku-buku di tangan dimasukkan ke dalam beg. Dia berpeluk tubuh kerana terlalu sejuk dengan persekitaran sekarang ni.
Dia pandang sekeliling. Motor dan kereta yang lalu-lalang tiada satu pun yang dia kenali. Lantas satu keluhan dilepaskan. Jam dipergelangan tangan dikerling. Empat lima belas minit petang.
‘Aduh, Zohor aku tak solat lagi ni.’ Keluhnya sendiri.
Dia mendongak pula memandang kelamnya dada langit. Titisan hujan yang turun tiada tanda yang ianya akan berhenti. Nampaknya, memang lama lagilah aku kena berteduh kat sini.
Dalam tengah merungut seorang diri, berhenti sebuah motorsikal dihadapan bus stop yang didudukinya. Berlari masuk penunggang motorsikal itu bersama beg sandang di tangan. Lelaki itu mengibas bajunya yang sudah ‘disimbahi’ air hujan.
Topi keledar dibuka dan diletakkan di atas tempat duduk. iPhone dari dalam kocek di keluarkan. “Habis basah,” Keluh lelaki itu sebelum beberapa helai tisu dikeluarkan lalu dilap permukaan skrin.
Berkerut dahi Fazlyn saat mendengarkan suara yang agak familiar itu. Semenjak tadi dia jadi pemerhati setia setiap gelagat lelaki yang baru berteduh di bus stop ini. Sekarang, dia hanya menunggu lelaki itu mengangkat wajah.
Dan air liurnya ditelan saat matanya bertembung dengan mata si lelaki. Statik matanya tidak beralih memandang mata itu.
“Err..”
Fazlyn telan liur saat melihat lelaki itu mahu bersuara.
“Student sini ke?” Tanya lelaki itu saat terpandangkan kad pelajar yang tergantung di leher gadis dihadpannya.
Fazlyn lantas menganggukkan kepala. Suaranya seakan tenggelam dalam kerongkong.
Lelaki itu mengangguk. “Samalah.” Ucapnya bersama senyuman. Senyuman perkenalan, mungkin. “Sem berapa? Course apa?”
“TESLIAN, sem dua.” Jawab Fazlyn akhirnya.
Lelaki itu mengangguk. “Duduk mana ni?” Soalnya lagi. Entah waktu bila yang dia sedar yang dia banyak bercakap. Selalunya dia lebih suka mendiamkan diri dan buat hal sendiri. Tetapi entah kenapa dia berubah tiba-tiba pepetang sebegini.
“Duduk area sini je.” Itu diberi sebagai jawapan. Takut andai dia beri jawapan, ‘ duduk di kerusi’, peratus dia akan dicampak ditengah hujan lebat ni sangat tinggi.
Lelaki itu mengangguk lagi. “Parents tak datang ambil ke?” Soalnya lagi dan lagi.
Fazlyn menggeleng. “Lebih suka berjalan kaki,” Dia senyum.
Lelaki itu angguk lagi. “Ohh, ohkay.” Dia senyum sebelum tiba-tiba menghulurkan tangannya. “Nama aku, Muhammad Adam Harris. Account. Sem 5.” Dia memperkenalkan diri.
Fazlyn yang terpinga-pinga hanya memandang huluran tangan itu. Muhammad Adam Harris, Account, sem lima, suka warna biru, suka pakai topi, suka dengar lagu, suka melepak di makmal komputer, tak ramai kawan, suka buat hal sendiri, kacak, baik hati, dean’s list, bekas MPP, dan apa lagi?
Apa lagi yang aku tak tahu pasal kau Adam? Ahh! Segalanya. Segalanya aku tahu. Dan hari ini, hari yang aku tunggu-tunggu selama ni. Hari di mana, buat kali pertama dia dan aku, bertentang mata. Berbual. Duduk di bawah satu bumbung yang sama. Sama-sama menantikan hujan berhenti.
Argh! Seandainya masa boleh dihentikan. Pasti aku akan hentikan saat ini. Hentikan untuk selama-lamanya.
Seandainya..
PINTU berwarna hijau dipulas. Bersama senyuman, dia melangkah keluar. Pintu kembali ditutup. Dia lemparkan senyuman pada Yat, Laura dan Far yang sudah menunggunya di deretan kerusi berwarna biru.
“Apsal keluar lambat? Paper senang kot.” Ujar Yat ceria. Disebabkan kertas peperiksaan hari ini teramatlah senang yang membuatkan dia keluar dari dewan peperiksaan awal hari ini.
Fazlyn sengih. “Sebab senanglah aku keluar lambat. Nak check jawapan, mana tahu aku ada tersalah kat memana ke.” Dia bersuara. Takut andai dia careless. Sebab yang senang itulah yang ramai manusia cuai. Termasuk dirinya.
Fazlyn capai begnya. Segala purse, kotak pensel dan slip peperiksaan dimasukkan ke dalam beg. Dia menghidupkan kembali telefonnya yang dimatikan sewaktu peperiksaan berlangsung tadi. Dan ada satu WhatsApp dari Ibunya,
Ibu tunggu Faz dekat tempat biasa. Lepastu Baba ajak makan tengahari sesama. Ohkay?
Dia membalas pesanan itu sebelum kembali pandang kawan-kawannya. Dengan berakhirnya peperiksaan tadi, maka berakhirlah sem dua mereka di sini. Dan bermulalah juga cuti semester yang ditunggu-tunggu mahasiswa.
“Kau balik bila, Yat?” Tanya Fazlyn pada Yat.
Yat menoleh. “Esok pagi. Bas pukul sembilan. Jadi, dalam pukul lapan aku geraklah.” Beritahunya. Cuti semester dah bermula, jadi dia juga akan pulang ke rumahnya di Kuala Lipis, Pahang. Rindu keluarga, rindu rumah dan yang paling penting, rindu buah hati di sana.
Fazlyn angguk. Dalam empat-empat mereka, Yatlah yang datang dari jauh untuk sambung belajar di ibu kota ini. Dan dia tak dapat bayangkan macam mana keadaan dirinya seandainya dia ditempatkan di negeri yang jauh dari keluarganya.
“Hmm Faz,” Panggil Laura tiba-tiba. Saat ini, mereka sudah selamat masuk ke dalam perut lif. Hanya mereka berempat di dalam lif.
“Adam last sem kat sini, kau tak nak confess perasaan kau pada dia ke?” Soal Laura berhati-hati.
Fazlyn mengeluh seusai mendengar pertanyaan itu. “Perlu ke?”
“Sangat perlu.” Pantas Laura bersuara. “Sampai bila kau nak pendam? Lepasni kau dah tak jumpa dia dah.”
“Ha betul.” Setuju Yat. “Come onlah, dari sem satu kot kau suka dia.” Tambah Yat.
Fazlyn mengeluh lagi. Dia menunduk. “Aku..” Jeda. “Aku tak tahu macam mana,” Dia gigit bibir.
Far tersenyum. “I got an idea.” Dia petik jari tiba-tiba.
FAR menolak tubuh Fazlyn memasuki sebuah taman di bahagian atas bumbung tempat mereka belajar. Disitu berdiri Adam bersama kamera dslr ditangannya. Merakam segala jenis pemandangan yang indah buat tatapan kali terakhirnya.
“Adam,” Panggil Fazlyn sebaik sahaja dia berhenti dihadapan Adam. Penuh dengan contengan baju berwarna putih milik Adam. Semestinya hasil karya selamat tinggal dan tandatangan sebagai kenangan terakhir classmate lelaki itu. Mungkin,
“Faz,” Dahi Adam berkerut. Terkejut juga dia bila Fazlyn tiba-tiba menegurnya. Setahunya, selepas detik mereka berkenalan di bawah pondok bas beberapa bulan yang lepas, sehinggalah kini, mereka tidak menegur sesama sendiri walaupun berjalan bersebelahan.
“Adam, kau free tak sekarang?” Soal Fazlyn.
Adam pantas mengangguk. “Ohh, kau belum sign baju aku lagi,” Sambil menghulurkan sebatang marker ditangan pada Fazlyn.
Fazlyn tarik nafas dalam sebelum memandang Adam. Huluran marker tidak dipandangnya. “Aku ada sesuatu nak kasitahu kau,” Dia kemam bibirnya.
“Apa dia?”
“Aku..” Jeda. “Aku suka kau.”
Dia pantas memotong saat melihat Adam mahu bersuara, “Aku buat macam-macam untuk tarik perhatian kau. Aku buat semua benda yang kau suka semata-mata untuk kau.” Dia tarik nafas seketika, “I applied for a classical dancer club. Play a stage drama. Be better at studying. It’s for you.” Diceritakan segala yang dilakukan sepanjang dua semester dia meminati lelaki dihadapannya. Semuanya hanya kerana mahu Adam menyedari kehadirannya di kolej ini. Dan juga perasaannya terhadap lelaki itu.
“But I know for now that, the thing that I should do the most and should have done since a long time ago is telling you straightly that..”
Dia gigit bibir, “..I love you.”
Lantas sekutum mawar berwarna putih yang dibeli Far tadi dihulurkan pada Adam.
Fazlyn tersenyum saat huluran bunganya disambut Adam. Air mata yang bergenang diseka bahagia. Berharap semoga Adam menerima cintanya.
Tapi senyuman bahagianya mati saat terpandangkan satu tulisan pada baju Adam yang tertulis, Iman love Adam. Dia mencari mata Adam sebelum menyoal,
“Iman?”
“Iman dengan Adam?” Soal Fazlyn lagi.
Perlahan Adam mengangguk.
Anggukkan Adam itu buatkan air mata Fazlyn menitis. Dia gigit bibir bawahnya. Menahan sebak di dada.
“Bi.. Bila?”
“Just a week ago,” Ucap Adam perlahan.
Fazlyn senyum tiba-tiba. Senyum sebelum tergelak kecil. Gelak mengenangkan kebodohan diri yang bertindak lambat. Air mata yang mengalir dibiarkan terus mengalir. Dia pandang Adam bersama nada sedih yang ditahan-tahan. “Kau dengan Iman, kauorang berdua memang sesuai bersama.”
Dia tahan air matanya dari terusan mengalir. “Harap kau bahagia.” Lantas dia menepuk bahu Adam dua kali sebelum berpusing mahu pergi.
“Faz,” Panggil Adam.
Fazlyn teruskan langkahnya.
“Faz!” Panggil Adam lagi.
“Aku okay,” Dia bersuara sebelum menekup mulutnya. Menahan sebak dan sedih di dada. Sakit.
Pintu berpagar dihampiri, disitu sudah berdiri ketiga-tiga sahabatnya. Bersama air mata yang mengalir, dia melangkah keluar. Yat, Far dan Laura yang menyedari kehadiran Fazlyn lantas menoleh. Masing-masing terkejut dengan wajah Fazlyn yang sudah lencun dengan air mata.
“Faz,” Panggil Laura.
Fazlyn teruskan langkahnya. Menghiraukan sahabatnya disitu. Hatinya teramat sakit.
Dan kini, barulah dia mengerti frasa, cinta tidak seharusnya memiliki. Cinta juga tidak seharusnya bersatu.
P/s : Ohk, aku tak tahu mana datang idea ni. Tahu-tahu dah siap. Ok bye.
layaaaaaaaaaaaaan
ReplyDeletehuhuu
Deletex dak smbungan ka
ReplyDeleteerm, macam tak ada..
DeleteAlaaaaaaaaaa.......nak happy ending walaupun realiti x seindah fantasi
ReplyDeleteAlaaaaaaaaaa.......nak happy ending walaupun realiti x seindah fantasi
ReplyDeletetak semua kisah berakhir dengan happy ending.. huhuu
Deleteemm sorry tapi cerita ni sama macam cerita thailand tajuk a crazzy little thing call love kan?
ReplyDeletehaah, exactly.. hahaaa, you've found it.. huhuhuuu
DeleteEh sama dgn citer thai yg tajuknya first love xpi citer tu happy ending
ReplyDeleteye ye ye,, exactly daripada cerita tu.. hahahaaa :)
Delete