"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Friday, November 13, 2015

Penat

"Aku penat. Penat dengan urusan dunia," Mengeluh.

"Maksud kau?"

"Satu-satu Allah tarik dari aku. Macam-macam dugaan yang aku terima sekarang ni. Dan aku rasa macam nak menjerit. Kenapa aku ditimpa musibah besar macam ni? Dan bla bla bla," Dia terus menceritakan apa yang berlaku pada dirinya pada si kawan.

Si kawan tadi hanya tersenyum sebelum menepuk bahu kawannya. Lalu dia berkata,

"Allah does not burden a soul beyond that it can bear, Bro. Surah Al-Baqarah, ayat 286."

Lelaki itu menyambung lagi,

" Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Surah Ash-Sharh ayat 5 dan 6."

Dan hanya satu senyuman kelat yang diterima dari kawannya.

1 comment:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.