Pages

Search This Blog

15 Nov 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 40]



Damia pandang sekeliling. Dalam tengah mencari seseorang, matanya terpandangkan anak mata suaminya yang merenungnya. Lelaki tu kenyitkan matanya. Damia balas dengan jelingkan matanya. Dia sambung balik aktiviti mencari seseorang. Bila tak jumpa, dia cari pula orang lain. Tapi bila dua-dua orang yang dia cari tak jumpa, dia pantas bangkit. Alongnya dihampiri.

            “Nampak Yana?” Bisiknya pada along yang duduk disebelah Iskandar. Pandangan Iskandar yang lain macam pada dia, dia balas dengan senyuman tawar. Hati tengah gundah ni weh. Tak ada masa nak beramah mesra.

            “Tak nampak pulak. Tadi bukan dia dengan Mia, ke?” Darwish tanya Damia balik. Sebab memang dari lepas makan berjemaah tadi dia dengan Iskandar duduk sini. Tak bergerak ke mana-mana.

            “Tadi adalah. Bila Mia toleh pandang dia balik, tengok dah tak ada dah. Tak sedar pula bila dia bangun pergi mana-mana.” Damia pintal hujung baju alongnya. Benda yang lama dia tak buat bila dengan along. Dulu masa angah ada, hujung baju angahlah Damia pintal. Bila angah dah tak ada, Damia pintal baju along dia pulak. Lepas ni.. Baju Iskandar kot!

            Tapi sumpah, sampai sekarang dia tak buat lagi main pintal-pintal baju dengan Iskandar. Entahlah, nak buat tapi tangan dia macam tak nak gerak bila otak dah kasi arahan.

            “Hmm Along.. Kak Najwa pun tak ada tau kat sini.”

            Membuntang bulat mata Darwish lepas dengar. Apa dia? Yana dengan Najwa tak ada? Mana dia orang pergi? Dia pandang keliling. Bila nampak pintu rumah yang terbuka, dia terus tarik tangan adiknya keluar dari rumah.

            Macam yang dia agak, dua perempuan tu ada kat tepi kolam ikan. Najwa menundukkan pandangannya sementara Diyana dah angkat tangan.

            “Stop it!” Jerit Damia. Sempat dia halang Diyana yang nak tampar Najwa.

            “Apa alang ni..” Diyana marah kakaknya.

            “Kot ye pun benci sangat dengan Najwa, tolong jangan angkat tangan tu.” Darwish berkata tegas. Memang itulah prinsipnya. Walau macam mana bencinya kau sekalipun pada seseorang tu, janganlah berkasar. Benda boleh dibawa berbincang secara aman damai. Kekerasan makin buat hati kau gelap. Percayalah..

            “Along.. Tampar dia baru buat Yana puas.” Keras nada Diyana. Jelas yang dia marah sangat dengan perempuan didepannya.

            “Yana.. Ni rumah orang. Tolong hormat orang lain. Jangan malukan diri kau. Jangan malukan ibu dengan ayah.” Damia kendurkan suaranya. Tak nak orang di dalam rumah dengar pertengkaran mereka berempat.

            “Kalau Yana rasa tampar akak boleh puaskan hati Yana, tamparlah.” Sayu nada suara Najwa. Air matanya berjuraian turun membasahi pipi. Dia sedar kesalahan dia.

            “Kau bukan kakak akulah!” Bentak Diyana. Tangannya dinaikkan sekali lagi. Tapi sempat Damia halang tangan tu. Tangan adiknya digenggam kuat. Sampai mengaduh Diyana dibuatnya.

            “Tolonglah.. Jaga maruah kau sebagai seorang perempuan.” Keras suara Damia. Kemarahan dia lagi berganda pada Najwa tapi tak ada pun dia buat macam ni. Nak dekat enam hari dah dia duduk sebumbung dengan Najwa, tak ada pun dia buat yang macam Diyana buat sekarang ni.

            Diyana memang hilang akal!

            Najwa menundukkan kepalanya. Tak berani nak bersua muka dengan tiga orang makhluk Allah yang sudah disakitkan hatinya.

            “Besar dosa Najwa pada korang. Maafkan, Najwa..”

            “Memang besar dosa kau pada kita orang. Tapi aku tak sangka, kecil rupanya dunia ni. Boleh pula aku jumpa kau kat sini, kan?” Dingin balasan Diyana. Bila Diyana nak bergerak mendekati Najwa, Damia pantas menghalang. Ada juga yang aku kurung dalam sangkar Koko ni, kejap lagi kang.

            Damia pandang alongnya. Minta bantuan. Tapi yang dia dapat, Along hanya pandang wajahnya dengan pandangan yang.. Kosong. Mata lelaki tu tak bercahaya macam selalu.

            “Ehh,, bila virus dalam badan kau nak merebak ha? You know what, aku tak sabar nak tunggu saat-saat yang Angah aku pernah rasa dulu, pada kau.”

            “Virus apa ni?”

           Masing-masing tersentak. Damia pandang Iskandar yang baru keluar. Ohh goshh.. Damia pandang Darwish. Pegangan tangannya pada Diyana terlepas.

            “Ha.. Baguslah Abang Is ada kat sini. Kalau Abang Is nak tahu virus..”

            Pang!

            “Mia!”

            Damia terkejut. Terpana sekejap dia. Tak terkata dengan apa yang dia dah buat. Tangan kanannya dipandang. Mengeletar tangan tu. Dia pandang pula Diyana yang memegang pipi kirinya. Bergetar mulutnya nak bersuara. “Yana..”

            Bersama air mata, Diyana bersuara. “Akak memang tak sayang Yana, kan? Dah dua kali akak lempang Yana. Sampai hati akak. Akak sanggup bela pembunuh ni dari Yana?!”

            “Pembunuh? Apa ni?” Damia dengar suara Iskandar bertanya. Dia pandang Iskandar. Wajahnya diraup. Ya Allah.. Kenapa boleh jadi macam ni? Tadi ibu dengan ayah datang secara aman kot. Kenapa pengakhirannya jadi begini?

            “Mia.. Apa ni?” Suara tu masih lagi kedengaran. Nak minta penjelasan atas apa yang dia dengar tadi.

            Damia sekadar mengeluh. Sungguh, dia belum bersedia lagi nak cerita semuanya pada Iskandar. Apa dia nak buat sekarang ni?

            “Kak Najwa? Apa ni? Is tak faham.” Iskandar beralih pula pada Najwa.

           Najwa pandang Damia. Untuk seketika mata mereka bertentangan. Masing-masing tertanya sesama sendiri. Dan bila nampak Damia perlahan menggeleng, Najwa mengangguk. Faham dengan gelengan yang disampaikan.

            “Tak.. Tak ada apa-apa.” Balas Najwa gagap. Dia pun kalau boleh tak nak Iskandar dapat tahu. Tak nak benda ni dihebohkan.

            “Tak ada apa-apa kau cakap?”

            “Watch your mouth, Yana!” Tegur Darwish. Baginya kata panggilan yang digunakan adiknya sangat biadap. Najwa lagi tua dari dia kot. Kalau benci sekalipun, sekurang-kurangnya hormatlah dia sebagai orang yang lagi tua dari kau.

           “Kenapa ni?” Encik Imran menyoal. Dia yang baru aje nak panggil anak dia sebab mereka dah nak balik dah, terkejut bila dengar suara anak sulungnya yang tinggi tu. Masing-masing diamkan diri tak menjawab.

            Tapi bila Encik Imran nampak wajah Najwa, dia tahu apa puncanya. Dia tatap mata perempuan tu. Wajah seorang perempuan yang hampir-hampir menjadi menantunya. Tapi disebabkan kesalahan yang perempuan tu lakukan, anak keduanya meninggal dan perempuan tu terus hilangkan diri tanpa jejak.

            “Patutlah..”

            Iskandar menoleh pandang bapa mertuanya. Masih tak faham dengan apa yang berlaku. Ayah mertua dia pun tahu juga ke apa yang berlaku? Siapa lagi yang tahu? Ibu? Ahh! Kenapa dia masih lagi tak tahu apa-apa?

            “Ayah ingat lagi kan perempuan ni?” Diyana menyoal. Pipinya yang masih lagi kebas dibiarkannya. Perlahan Encik Imran mengangguk. Dari masa dia masuk rumah ni lagi, dia dah nampak Najwa. Isterinya pun nampak juga. Sempatlah juga dia tahan isterinya dari melempang perempuan tu.

            “Kenapa muncul balik?”

            Semua menoleh. Damia terkejut bila nampak ibunya dengan wajah yang menyinga menahan marah.

            “Maafkan saya, mak cik.” Tutur Najwa perlahan. Dia berjalan mendekati wanita tu.

            “Aku terajang kau, kalau kau dekati aku.” Nak gugur jantung Iskandar bila dengar ayat ibu mertuanya. Inilah kali pertama dia nampak wajah menyinga ibu mertuanya. Dan dia.. Dia masih lagi tak faham dengan situasi sekarang ni.

            Mati langkah Najwa. Damia mendekati ibunya. Dia tinggalkan Diyana dengan Along. Bahu ibunya dipeluk. “Sabar, ibu.” Bisiknya. Bahu ibunya digosok.

            “Aku baru ingat nak maafkan kau. Tapi bila aku nampak balik muka kau kat sini, hati aku dah tawar nak maafkan kau.” Lantang ibu bersuara. Damia pejam mata. Tak sanggup nak bayangkan apa yang akan berlaku seterusnya.

            Damia nampak ibu pandang dia. “Kenapa tak beritahu ibu yang perempuan ni ada kat sini?”

            Damia hanya diamkan diri. Tak sempat nak beritahu lagi mama dah ambil telefon Mia cakap dengan ibu. Boleh tak cakap macam tu? Ohh.. Ayat tu memang tinggi peratusnya Damia Aleesya akan dilempang ibunya sendiri. Confirm!

            “Sudahlah.. Benda dah lama berlakukan. Arwah pun dah tenang kat sana. Ayah rasa, tak elok kalau kita ungkit balik pasal arwah. Dia terseksa.” Walaupun pahit nak telan kenyataan didepan mata, Encik Imran tetap tenang.

            Najwa pandang Encik Imran. “Pak cik maafkan saya?” Bercahaya mata tu pandang Encik Imran.

            Encik Imran menggeleng. “Pak cik lepaskan kamu tak bermakna pak cik maafkan kamu.”


            Gugur air mata Najwa. Susahnya nak pohon keampunan dari keluarga ni. Ya.. Dia tahu dia buat satu kesalahan yang besar. Kesalahan yang mungkin sampai dia mati, keampunan untuknya takkan pernah ada. Tapi dia akan teruskan perjuangan minta maaf dari keluarga ini.. Dan juga keluarga dia. Tekad Najwa.

4 comments:

  1. Makin best la pulak..cpat2 smbung sis..can't wait

    ReplyDelete
  2. saya newbie kat sini.
    congrates writer. xsabar nak update cerita ni.

    ReplyDelete

Pendapat anda sangat saya hargai