Pages

Search This Blog

19 Nov 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 41]



Damia menangis lagi. Berterabur tisu atas lantai. Satu kotak tisu habis dia kerjakan. Sulitnya keadaan sekarang. Makin susah. Kakinya dinaikkan atas katil dan wajahnya disembamkan dilututnya.

            Dia masih lagi tak bergerak di atas katil bila dengar pintu bilik ditutup. Hanya membiarkan bila rasa haba disebelahnya. Makin mengalir air matanya bila rasa belakang tubuhnya digosok. Rambutnya juga dirapikan seseorang.

            “Baby..” Damia gigit bibir. Dia cuba tahan air matanya dari mengalir, tapi tak boleh. Air mata ni tetap nak mengalir juga.

            “Pandang boboy..” Lembut suara tu Damia dengar. Lagi meluluhkan hatinya yang selembut tisu ini.

            Damia ambil masa dua minit untuk pandang Iskandar. Dia hanya membiarkan suaminya menyeka air matanya yang tersisa di kedua pipinya. Damia pejam mata bila Iskandar cium kelopak matanya. Pandangan mereka bersatu kemudiannya.

            “Let me know everything,” Bisik Iskandar. Redup pandangannya tatap mata Damia. Damia jatuhkan pandangannya. Mengeluh. Dia.. Dia masih belum bersedia nak beritahu segalanya. Perlahan dia menggeleng.

            “Just nothing,” Damia enggan membuka cerita.

            “Please..” Rayu Iskandar. Tangan Damia dia genggam. Menghantar mesej yang dia perlu tahu segalanya.

            Damia mendongak. Tatap semula anak mata hitam suaminya. Lama tatapannya sebelum dia peluk Iskandar. Dia menangis di dada suaminya semahunya. Segala kesedihannya di keluarkan. Lama mereka berkeadaan seperti itu. Sampailah Damia sendiri yang merungkai pelukan tu.

            Damia capai tangan Iskandar. Tangan tu dia genggam. “Mia.. Baby kenal Kak Najwa sebelum boboy kenalkan kita orang lagi.” Dia tak tahu nak mulakan macam mana dan bagaimana. Dan dia berharap, Iskandar faham apa yang dia cuba nak sampaikan.

            “Tahu.”

            Damia mendongak. Terkejut. Is tahu? Dari mana? Kak Najwa? Tak mungkin. Kalau Iskandar tahu dari Najwa mesti tadi Najwa dah beritahu hal sebenar masa Iskandar tanya. “Mana boboy tahu?” Berkerut dahinya.

            “Boboy tahu sendiri.”

            Damia masih lagi tak faham. Is tahu sendiri? Macam mana tu?

            “Tak semua orang yang kenal Kak Najwa dengan nama Imtiyaz Najwa. Hanya orang tertentu aje. Macam ahli keluarga Kak Najwa, sepupu sepapat dia, kawan-kawan dia. Orang lain hanya kenal Kak Najwa dengan nama Iyaz Najwa. Dan bila baby sebut nama penuh Kak Najwa, dari situ boboy dapat hint yang baby kenal Kak Najwa.” Terang Iskandar tenang.

            Damia mengeluh. Macam mana dia boleh tak perasan semua ni? Macam mana dia boleh lupa nama Kak Najwa? Ahhh! Dia rasa nak menjerit saja sekarang ni. Sungguh! Kenapa dia langsung tak ingat akan hal itu?

            “Apa yang berlaku sebenarnya?” Soal Iskandar. Dia hanya tengok isterinya yang menunduk. Bila pandang jam, dah nak jam sebelas malam. Mengantuknya semua dah hilang lepas apa yang berlaku tadi. Dia perlukan jawapan sebelum dia tidur.

            Iskandar mengeluh berat. Damia masih lagi tak nak bersuara. Fikirannya pening. Dia perlukan penjelasan. Dia masih tak faham. “Virus? Virus apa? Dan.. Pembunuh. Siapa yang pembunuh? Siapa yang kena bunuh? Tolong jelaskan. Boboy tak faham semua ni.”

            Damia masih menunduk. Hati boboy akan sakit kalau boboy dapat tahu apa yang berlaku. Percayalah, boboy. Dan lebih baik baby diamkan diri dari tengok boboy terluka bila dapat tahu hal yang sebenar. Baby tahu boboy sayang Kak Najwa. Tapi..

            Lama mereka diamkan diri. Akhirnya Iskandar putus asa. Dia lepaskan nafas keluhan beratnya. “It’s okay, kalau baby tak nak cerita. Boboy faham.” Iskandar diam sekejap sebelum bersuara. “Dahlah.. Kita tidur. Dah lewat malam ni.” Iskandar bangkit tutup lampu dan kunci pintu. Pintu gelangsar juga dia kunci. Dia tarik Damia supaya baring disebelahnya. Selimut ditarik menutupi tubuh mereka sehingga ke dada. Damia dia tarik dalam pelukannya sebelum sama-sama terlelap.



“MIA..”

            Damia mendongak bila namanya dipanggil. Dia nampak Kak Najwa tersenyum pandang dia. Lingkaran gelap bawah mata Kak Najwa buatkan dia tahu yang perempuan tu tak lena tidur malam tadi.

          Damia pandang sekeliling dapur. Tak ada orang lain selain dia dan Kak Najwa. Mana Mak Su dengan mama? Bukan ke tadi mereka ada kat sini juga? Mazni pun tak ada kat dapur juga.

            “Akak nak tanya satu soalan, boleh?” Tanya Najwa berhati-hati. Takut dia kalau soalannya akan buatkan Damia fikir lain.

            “Apa dia?”

            “Boleh akak tahu kat mana kubur angah?”

            Terhenti potongan lobak merah ditangan Damia. Tak berkelip dia pandang anak mata perempuan tu.

            “Please, Mia.. I need to know.” Rayu Najwa.

            “Dah terlambat, kak. Ibu dah haramkan akak jejak kubur angah. Untuk selamanya.”

            Damia nampak takungan air mata di kolam mata Najwa. Tapi apa dia boleh buat? Dia sendiri yang dengar ayat tu keluar dari bibir ibu kandungnya sendiri.

            “Mia, akak minta maaf.”

            Damia cepat-cepat mendongak bila rasa air matanya nak mengalir keluar. Jujurnya.. Damia faham apa yang Kak Najwa rasa. Dia sendiri pun tahu yang Kak Najwa tak minta semua benda ni berlaku pada dirinya. Kak Najwa tak minta semua ni.

            “Mia.. I’m really sorry. Akak tahu semua ni salah akak. Kalau akak tak kenal dengan angah, akak tak terjatuh cinta pada dia, akak tak kemalangan, akak tak terlanjur dengan dia.. Semua ni takkan berlaku. Salah akak, Mia. Hukumlah akak.”

            Damia tak dapat tahan air matanya. Kat situ juga dia menangis. “Stop it, kak. Mia tak nak dengar dah semua ni.”

            “Tapi Mia..”

            Damia terus bangkit dan keluar dari dapur. Langkahnya yang laju tu buatkan dia terlanggar seseorang di tangga. Nasib baik dia tak jatuh tergolek-golek atas tangga tu.

            “Kak Mia.. Kenapa ni?” Mazni bertanya. Terkejut dia bila nampak wajah kakak iparnya yang tercemar dek air matanya.

            Damia menggeleng. “Abang Is, mana?” Tanyanya.

            “Dalam biliklah kot. Kenapa?”


            “Akak pinjam bilik Maz kejap eh.” Tanpa dengar jawapan dari empunya bilik, Damia terus melangkah. Giler apa tengah berair macam ni nak masuk bilik menghadap Is?

2 comments:

  1. salam... kak bila nk sambung cite nie... x sabar nk tahu ending dye... 😍😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. bila nak sambung? Hmm, one fine day. Insya-Allah. Dun worry, akan dihabiskan dalam blog ni jugak. Tunggu je okay? Cuma tu lah, it's take time. Harap bersabar.

      Delete

Pendapat anda sangat saya hargai