Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku.
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku.
Dhiya letakkan handbagnya di atas meja kerja. Lepastu
dia bercekak pinggang. Baju kurung yang disarungkan ke tubuh lagi merimaskan
dirinya saat ini. Matanya hanya pandang jambangan bunga mawar di atas meja.
Siap ada nota kecil dicelah-celah jambangan bunga tu. Tak payah baca nota tu
pun dia tahu siapa pengirimnya. Perlahan dia menggeleng. Tak larat nak marah
dah dia.
“Apsal weh?” Qamar di partition sebelah bertanya. Bila nampak
jambangan bunga mawar tu, dia gelak. Tahu kenapa kawan sebelahnya ni duk tayang
muka cemberut macam tu. “Dia bagi lagi?” Soalnya lagi.
“Dah tu? Kau tak nampak bunga ni?”
Nada suara tak puas hati dia lontarkan pada Qamar. Aku tengah sakit hati, yang
Qamar ni boleh gelakkan aku? Makin sakit hati aku.
Qamar keluar dari partitionnya dan masuk ke partition Dhiya. Kerusi Dhiya dia duduk.
Nota berwarna merah jambu tu dia ambil dan baca. Dalam masa satu saat aje, dah
boleh dengar Qamar gelak.
“Kau dengar ni eh..” Qamar berdehem
sekejap sebelum menyambung. “Dhiya.. Kaulah sinar hidupku. Yang memberi cahaya
disetiap gelapnya hidupku..” Tak jadi nak teruskan ayatnya bila jenaka lebih
menguasai diri.
Dhiya yang geram pantas merampas
nota kecil ditangan Qamar. Dia juga capai jambangan bunga tu dan bersedia buka
langkah menuju ke lif menuruni aras sembilan. Qamar masih setia dibelakangnya.
“Mana Radzi?” Lantang soalan Dhiya.
Wajahnya sehabis daya diseriuskan. Dia tak punya masa dah nak buat jenaka saat
ini.
Pandangan Dhiya dan Qamar serentak
pegun pada seseorang yang berdiri tidak jauh dari mereka. Pandangan pekerja
yang lain langsung dia tak hiraukan. “Aku nak jumpa kau kat luar.” Beritahunya
perlahan.
Walaupun dia mahu memarahi Radzi
saat itu, tapi air muka lelaki itu masih perlu dia jaga. Meskipun dia memang tak
berminat dengan lelaki itu, dia masih punya perasaan perikemanusiaan dan masih
tidak mahu lelaki itu mendapat malu jika dia terus menyerbu lelaki itu
dihadapan ramai mata-mata orang.
Tiba diluar, dia pandang wajah
Radzi. Mengeluh dia sekejap. “Ni..” Sambil hulur jambangan bunga dan nota
ditangan pada Radzi. “Sorrylah. Aku
tak boleh nak terima.” Ayat yang sama semenjak dua bulan yang lepas, dia ulang
balik.
Dhiya pantas angkat tangan bila
nampak bibir Radzi bergerak-gerak mahu mengeluarkan suara. “Rad.. Sungguh, aku
hargai sangat-sangat perasaan kau kat aku. Tapi maaf, aku memang tak boleh nak
terima kau.”
“Kenapa?”
“Sebab..” Dhiya menggeleng. Dia angkat
kedua bahunya. “Entahlah. Tapi hati aku memang tak pernah terbuka untuk
mana-mana lelaki buat masa ni. Hati aku dah tertutup.” Dhiya.. Dia memang tak
pernah bercinta. Jadi bagaimana rasanya dicintai dan mencintai sangat dia tak
tahu. Entahlah, dia sendiri pun tak tahu kenapa dia seolah-olah malas nak
bercinta.
“Harap kau faham aku.”
Radzi menunduk. Nampak wajah kecewanya.
“It’s okay. Tak pe. Aku faham.”
“Sorry
eh.. Mungkin bukan aku jodoh kau. Mungkin perempuan lain. Bunga bukan sekuntum.”
“Tapi bunga yang sekuntum tu takkan
sama dengan seribu bunga yang datang.” Pantas Radzi membalas.
Rasa macam leher Dhiya tercekik
lepas dengar ayat Radzi tu. Terdiam Dhiya disitu.
*****
DHIYA mengeluh.
Qamar kat sebelah menoleh. Ternaik dua-dua keningnya. Garfu yang baru diangkat
nak suap maggie dalam mulut terhenti. Dia letak mangkuk ditangan atas meja.
Pandang Dhiya kat sebelah. “Kau kenapa?”
Dhiya pandang Qamar. Tapi tak lama
lepastu dia pandang televisyen. Drama Filipina yang menjadi kegemarannya
langsung tak masuk dalam jiwanya. Entahlah kenapa. “Aku penat sikitlah.” Diberi
itu sebagai jawapan.
“Dah tu, pergilah berehat. Kenapa?
Nak aku dodoikan kau ke?”
Dhiya mengeluh lagi. Malas nak
bertekak dengan si Qamar ni. “Aku jumpa Radzi tadi.” Intro Dhiya itu buatkan
Qamar toleh sembilan puluh darjah padanya. Terus kakinya diangkat bersila atas
sofa.
“Serius weh? Bila? Kat mana?” Tiga
soalan Qamar bagi.
“Masa aku teman bos meeting dengan GM Lola Holdings tadi.”
Berkerut dahi Qamar. “Cerita
habislah.”
“Dia dengan perempuan.” Cerita Dhiya
lagi.
“Perempuan? Adik dia kot.” Qamar
capai telefon yang menyala. Ada pesanan dari ibunya di kampung.
“Perempuan tu cantik. Radzikan anak
tunggal. Mana ada adik.”
“Ye tak ye.” Qamar pandang Dhiya.
Dia pelik sebenarnya dengan Dhiya ni. Dah setahun lepas Dhiya tolak lamaran
Radzi kat pejabat. Bukan main beria dia tolak. Tapi kenapa sekarang jadi macam
ni? Dhiya suka Radzi ke? “Tapi bukan kau memang tak suka Rad ke?” Soal Qamar.
Dhiya angkat bahu. “Ntah.”
“Kau jangan cakap yang kau..”
“Aku tak tahulah, Mar.” Potong
Dhiya. “Aku tak tahu kenapa dengan perasaan aku. Hati aku rasa, sakit sangat
tadi bila nampak dia dengan perempuan tu.” Cerita Dhiya. Dia malas nak sembunyi
apa-apa pada Qamar. Dia pun tak nak menipu hatinya. Perasaannya.
Qamar garu pipinya. Susah macam ni.
Betullah, hati manusia ni berbolak-balik sifatnya. Bila kita cakap tak suka,
sebenarnya itulah benda yang kita suka walaupun hakikatnya, benda yang kita
suka tu nampak buruk di mata. “Kau ada simpan nombor dia lagi kan?” Soal Qamar.
Dhiya angguk. “Apsal?”
“Luahkan apa yang kau rasa pada
dia.”
Terteleng kepala Dhiya pandang Qamar
kat sebelah. Lepastu matanya dibulatkan sebelum pipi dikembungkan. Masih lagi
terkejut dengan apa yang diberitahu Qamar ni. “Gila! Tak nak aku.” Bantal kecil
ditangan digenggam. Meremang terus bulu roma dia.
Dengar Qamar mengeluh. “Cubalah
sekali kau buang ego kau tu.”
Dhiya menyandar di sofa. Matanya
pandang TV tapi fikirannya masih berada pada Qamar. Ego? “Buat malu ajelah
macam tu. Tahun lepas bukan main aku tolak dia. Sekarang?” Dhiya geleng. Tak
nak dia buat benda macam tu.
“Kau pernah dengar satu ayat tak?”
Tanya Qamar. Berdepan dan berbincang soal hati dan persaan dengan Dhiya ni
memang kena bawa banyak bersabar. Sebab otak dingin dan keras kepala macam
Dhiya ni kena dilenturkan dulu barulah dia nak dengar apa orang nak cakap.
“Banyak ayat yang pernah aku dengar.
Mana satu?” Dia capai pula mug berisi air milo suam. Lantas dihirupnya. Milo
kegemarannya.
“Lebih baik malu untuk sementara
dari kau menyesal untuk seumur hidup.”
Dhiya pandang Qamar. Perlahan dia
menggeleng. Tak pernah lagi dia dengar ayat tu. Inilah kali pertama. Tapi
sumpah, ayat tu buatkan hati dia rasa sesuatu. Strange feeling. Lantas air liur ditelan.
“Kau faham, kan?”
Dhiya tak angguk. Tak juga geleng.
DHIYA kaku. Matanya
dipejam celikkan. Betulkah apa yang dia nampak sekarang ni? Matanya tak rabun
lagi kan? Kenapa.. Macam mana dia boleh ada kat sini? Dia buat apa kat sini? Dhiya
pandang pula Puan Sofi kat sebelahnya. Tengah berjabat tangan dengan lelaki tu.
Kenapa dia?
Itu cerita lima belas minit yang
lepas. Sekarang ni.. Dhiya tengah duduk kat ruang lobi syarikat tu. Tengah
tunggu Qamar datang menjemputnya. Haih, lambat pulalah minah ni sampai nak
ambil aku. Kata nak pergi bank. Dah jam empat petang macam ni, nanti bank tutup
pula.
Masa-masa macam nilah dia dengar
orang menyapanya. Lantas dia menoleh perlahan-lahan. Kaget dia bila nampak
lelaki tu tengah berdiri disebelahnya. Jantungnya mengepam darah normal tadi,
dah bertukar rentak.
“Long
time no see. How are you?” Lelaki
itu menyoal.
Dhiya pantas berdiri. Tetiba pula
kaku depan lelaki ni. Bibir digigit sebelum dia ukir senyuman pendek. “Saya
sihat, alhamdulillah.” Matanya meliar di segenap ruang. Malu mula menjengah
saat ni.
“Tak sangka pula yang awak sekarang
ni jadi pembantu Puan Sofi.”
Dhiya telan liurnya. “Memang dah
lama Puan Sofi suruh jadi. Cuma baru sekarang saya teringin nak tunaikan
permintaan dia yang ni. Lagipun.. Puan Sofi dengan mak saya kawan baik.” Dhiya
cuba tenangkan hatinya yang bergelora. Terlalu nervous sangat dengan lelaki ni pun tak elok.
Tengah elok berbual, tiba-tiba
datang seorang perempuan. Manis bertudung hijau tua. Tersenyum pada lelaki disebelahnya.
Dhiya tersentap. Perempuan ni.. Perempuan nilah yang dia nampak dengan Radzi
haritu. Perempuan tu berjalan menghampiri mereka berdua.
“Assalamualaikum.” Sapa perempuan tu
bersama senyuman.
“Waalaikumussalam.” Radzi menyambut
sementara Dhiya hanya mampu menjawabnya perlahan.
“Ohh kenalkan. Dhiya, ni Ainoor,
tunang saya. Ai, ni Dhiya, kawan kerja saya sebelum ni.”
Dhiya sentap. Tunang? Berkecai
hatinya. Berubah wajahnya tapi sempat dikawal. Lambat-lambat Dhiya angguk. Dia
sambut huluran tangan Ainoor. “Nice to
meet you.”
“Hmm..” Radzi bersuara. “We got to go. Dah lambat sangat
sebenarnya ni nak ambil baju pengantin. Dan, oh ya. Jemput datang majlis kami
hujung bulan ni.”
Makin berkecai hati Dhiya. Nak
berdiri pun rasa macam lutut ni dah longgar. Matanya hanya pandang kepergian
dua manusia tu.
Sekarang kau pergi menjauh.
Sekarang kau tinggalkan aku.
Disaat ku mulai mengharapkanmu.
Dan ku mohon maafkan aku.
Sekarang kau tinggalkan aku.
Disaat ku mulai mengharapkanmu.
Dan ku mohon maafkan aku.
DHIYA capai telefon
atas meja lepas dengar bunyi Whatsapp masuk. Siapa ajelah yang rajin hantar
Whatsapp masa-masa macam ni? Dia slide
lockscreen ke tepi. Ada Whatsapp dari nombor yang dia tak kenal. Dia baca
pesanan tu.
Rad Here. Hmm, Ai nak jumpa awak. Bebila awakk free. Can you?
Dhiya kerut dahi. Rad? Radzi ke?
Bila dia tukar nombor telefon? Kenapa aku tak tahu? Ahh! Siapa aku pada dia
yang nak tahu segalanya pasal dia?
Ai? Ainoor? Nak jumpa dia? Untuk
apa? Macam pelik pula bila tiba-tiba Ainoor yang dia langsung tak kenal nak
jumpa dia. Bersua muka pun baru sekali.
+ Ada apa dia nak jumpa saya? Urgent case?
-I don’t know. Tapi dia nak sangat jumpa awak. Pleaseee..
Dhiya
pelik lagi. Apa yang nak sangat si Ainoor tu jumpa dia? Sampai Radzi sanggup
merayu pada dia. Hmm, tapi jumpa ajekan?
+ Okay. Esok, 4
petang. Dekat tasik.
-Thanks.
Aku
menyesal t’lah membuatmu menangis
Dan
biarkan memilih yang lain
Tapi
jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti
itu terbaik untukmu
TEPAT jam empat petang esoknya, Dhiya sampai kat tasik. Sampai aje kat
sana, dia dah nampak Ainoor dah tunggunya. Awal betul dia sampai. Lantas diberi
salam pada perempuan tu. Tersenyum perempuan tu menyambut salamnya. Dhiya ambil
tempat disebelah Ainoor.
“So, ada apa awak nak jumpa saya?”
Tanya Dhiya tak nak buang masa. Masa itu emas tahu? Jangan jadi manusia yang
muflis masa.
“Hmm.. Dah berapa lama awak
kenal Rad?” Lembut suara Ainoor menyapa telinga.
Dhiya jungkit sebelah kening.
Perempuan ni datang jumpa aku semata-mata nak tanya pasal benda ni aje ke? “Tak
sampai pun setahun.” Yelah, tak sampai setahun Radzi kerja kat tempat dia,
lelaki tu dah pindah. Hari dimana Dhiya menolak cinta lelaki itu juga merupakan
hari terakhir Radzi bekerja di sana.
Ainoor angguk. “Sepanjang saya
kenal dengan Rad, awaklah perempuan pertama yang terluah dibibir dia. And I thought, you must be his special
person, kan?”
Dhiya pandang Ainoor. “Maksud?”
Ainoor angkat bahu. “Awak tahu
maksudnya.”
Dhiya terdiam. Betulkah apa yang
dibilang perempuan ni? Radzi masih simpan perasaan pada dia lagikah?
“Kalau awak pun sukakan dia,
kenapa awak lepaskan dia?”
Dhiya mengeluh lemah. Ke sini
rupanya perbualan bagi perjumpaan mereka petang ni. “I don’t know.”
“Awak pengecut, Dhiya.”
“Yes, I am!” Dhiya mendengus. “Memang. Memang saya pengecut. Terima
kasih sebab sedarkan saya.”
“Dhiya..”
“It’s hard.”
“Dhiya..”
“Saya tak tahu kenapa.. Kenapa
hati saya, perasaan saya macam ni. Bila seseorang tu suka saya, saya langsung
tak minat dia. Pandang dia apatah lagi. Tapi bila dia dah menjauh. Perasaan
suka dan sayang dia pada saya dah menghilang, masatu barulah saya
terhegeh-hegeh nak dapatkan cinta dia.. Hati dia. I don’t know what is wrong with me.” Dhiya tunduk. Bergenang kolam
mata dia.
Ainoor gosok lembut bahu Dhiya
sebelum perlahan-lahan tarik perempuan tu dalam pelukan. Rasa bersalah dirinya
sebab dia yang bangkitkan isu ini pada awalnya. “I’m sorry.”
Dhiya menggeleng. “You not. Saya yang bersalah. Saya yang
tak faham dengan hati saya.”
“Kalau awak nak, saya boleh
pulangkan Radzi pada awak.”
Dhiya pantas mendongak. Dia
pandang Ainoor dengan sisa air mata. “Awak ingat Rad tu apa? Barang yang boleh
dipulang balik?”
“Yeah, as along as, awak tak macam ni. Menyiksa perasaan sendiri.”
Dhiya menggeleng. “He’s your. Not mine. I’ll find my mine one day. Insya-Allah.”
“Sure?”
Dhiya angguk.
DHIYA mengeluh. Kenapalah Qamar outstation
kat Penang sekarang ni? Kalau tak, mesti dia dah seret minah tu ikut dia sama.
“Is it true?”
“Apa dia?”
“Ai say that, you love me.”
Dhiya angkat bahu. “Ntah.”
Perlahan dia bersuara.
“Kenapa awak still tak nak mengaku?”
“Awak dah bahagia sekarang. Buat
apa saya nak mengaku? Nanti makin sulit keadaan.”
“Dhiya.. Cinta dan sayang saya
pada awak tak pernah berubah sejak dulu. Kalau awak nak, saya boleh buang Ai
dan ambil awak jadi suri hidup saya.”
Dhiya pandang Radzi pantas.
Cukup tak suka dengan ayat Radzi tadi. “Awak ingat Ai tak ada perasaan ke
sampai awak nak buang dia sebab saya?”
“Kalau tu boleh bahagiakan awak.
Malah saya bahagia sebab awak yang jadi pengantin saya nanti.”
“Dah lah, Rad. Awak anggap
ajelah yang kita tak ada jodoh. Jodoh saya dengan orang lain, maybe. Jodoh awak dengan Ai.”
“Dhiya..”
“Kalau awak betul cintakan saya,
jangan pernah terfikir nak tinggalkan Ai. Dia perempuan baik, insya-Allah. Dia
boleh bahagiakan awak daripada saya. Dia takkan sekali-kali khianati awak. Believe me.”
Janganlah
lagi kau mengingatku kembali
Aku
bukanlah untukmu
Meski ku
memohon dan meminta hatimu
Jangan
pernah tinggalkan dirinya..
Untuk
diriku...
QAMAR pandang Dhiya kat sebelah. Masih tak faham dengan kawannya yang
seorang ni. Orang dah pilih dia, tapi dia sanggup tak nak terima. Sebab tak nak
kecewakan Ainoor. Katanyalah.. Tapi deep
down, dia tahu yang Dhiya sangat berat nak terima keadaan macam ni.
“Kau sure dengan apa yang kau buat ni?”
Dhiya angguk. Senyum. “Sangat.”
“Kau takkan menyesal, kan?”
Disoalnya lagi.
Dhiya geleng. “Takkan.” Sebab
dia dah lali dengan perasaan dan suasana macam ni. Entah kenapa Allah
mentakdirkan dia jadi macam ni. Mencintai seseorang yang dah tak lagi punya
perasaan kasih dan sayang pada dirinya. Tapi dia tahu, setiap yang Allah
takdirkan itu pasti punya hikmah disebaliknya.
“Selamat pengantin baru.” Ucap
Dhiya pada Radzi dan Ainoor. Tersenyum dua mempelai itu menerima ucapan selamat
darinya. Semoga berbahagia hingga jannah hendak-Nya.
= The End =