"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, November 22, 2015

Cerpen - Karma



Wirda telan liur. Matanya dipejamkan. Oh Tuhan, dugaan apakah lagi ini? Telinganya hanya mendengar suara orang menghamburkan tawa padanya. Dan telinganya juga menangkap suara orang menggelakkannya disekeliling.

            Perasaannya?

            Malu.

            Ya. Dia tersangat malu.

            “Puas hati aku, perempuan!” Suara itu buatkan Wirda buka mata.

            Dihadapannya kini, ada seorang perempuan lagi tersenyum sinis padanya. Dibelakang perempuan itu, berdiri lagi tiga manusia juga tersenyum sinis padanya.

            Air liur ditelan. Terasa berpasir. Perit dan pedih.

            “Apa kau ingat muka kau cantik sangat ke?” Soalan itu buatkan dia kembali memandang seorang perempuan dihadapannya.

            “Kau kenapa? Kenapa mata kau? Menangis? Hah?!” Lagak sinis dia menyoal.

            Wirda lap air mata yang baru mengalir. “Apa salah aku?” Dia beranikan diri bersuara.

            Perempuan itu ketawa lagi. “Hey! Kau tanya apa salah kau?” Ketawa lagi dan lagi. “What a silly question, bitch?

            Hati tersentap. Wirda tatap anak mata itu. Lama dan tajam. Bitch, huh? So you called me, bitch? “Kau siapa nak panggil aku macam tuh?” Sabarnya sudah berada di penghujung. Tangan sudah menggenggam penumbuk. Gigi diketap.

            “Jadi kau marah?” Sinis lagi soalan yang keluar.

            Wirda pejamkan mata. Jangan, Wir. Jangan. Kau akan malukan diri kau kalau kau lawan cakap dia. Pesan otak mula buatkan dia tarik nafas panjang. Bibir dibasahkan sebelum kembali membuka mata.

            “Lana,” Wirda panggil nama itu. Dia sendiri tak tahu mengapa, semenjak dia masuk ke sekolah ini, perempuan bernama Lana ini selalu mencari pasal dengannya. “Kau boleh nak buli aku. Kau boleh nak malukan aku. Kau boleh buat apa yang kau nak buat pada aku.” Dia tarik nafas. “Tapi tolong, tolong hormat aku sebagai manusia.” Perlahan, tapi tegas ayat itu menutur dari bibirnya.

            Nampak dari matanya, Lana terdiam tiba-tiba. Lama perempuan itu pandangnya tanpa berkelip. Lana mendengus sebelum, “Kau memang sial!” Dia melangkah pergi.

            Wirda lepaskan nafasnya perlahan-lahan. Dia pandang sekeliling. Ramai pelajar yang berkumpul di kantin ini semata-mata mahu melihat babak drama yang dimainkan oleh dia dan Lana.

            Dia pandang pula dirinya dicermin yang berada betul sebaris dengannya. Tanpa sedar, keluhan terlepas dari bibirnya. Tudung yang sudah basah dengan kesan air sirap limau. Baju sekolah berwarna putih yang sudah bertukar ke warna hitam kesan tumpahan kicap.

            Tak. Bukan. Bukan tumpahan. Tapi curahan. Ya, curahan. Lana punya kerja mencurah air sirap limau dan kicap ini padanya.

            Sedih.

            Sedih melihat manusia yang bersikap sebegitu.



SENTUHAN dari seseorang buatkan dia tersedar dari lamunan panjang. Huh. Pantas dia mendongak. Memandang seorang lelaki yang lagi mengukirkan senyuman padanya sebelum mengambil tempat dihadapannya.

            “Termenung, huh?”

            Wirda senyum nipis. Pantas dia menggeleng.

            “Habistu?”

            Wirda jungkit bahu. “Teringat kenangan lama, mungkin.” Dia betulkan duduknya. Nasi ayam di hadapannya begitu membuka seleranya petang-petang sebegini.

            Ziqri mengeluh. Kenangan lama, huh? “Let gone be by gone?” Dia pandang Wirda yang sudah menjamah makanannya. Nampak berselera. Huh. Perempuan ni kalau dah nampak makanan, mood tak berapa baik pun terus baik.

            Wirda senyum. Dia mendongak, pandang Ziqri. “Sure.” Satu suapan masuk lagi dalam mulut. “Tapi Ziq kena ingat,” Dia telan makanan dalam mulut sebelum menyisip air bandung. Dipandang wajah lelaki dihadapannya. “Disebabkan dia, Wir jadi macam sekarang.” Senyum.

            Ziqri senyum tipis sebelum angguk. Dia ingat itu. Dan, dia juga tahu kisah-kisah yang berlaku dalam hidup Wirda Maisara ini.



WIRDA pandang dirinya melalui biasan cermin dihadapannya. Ditatap anak matanya melalui cermin. Air liur ditelan.

            Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi hentakkan pintu yang kuat. Pantas dia menoleh. Tapi tiada siapa. Dan dia hanya biarkan bunyi itu. Pili paip diputar dan dia mencuci tangannya. Tangan direnjis kemudiannya sebelum dilapkan dengan kain sekolahnya.

            Dia betulkan tudung yang sedikit senget. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia berpusing untuk melangkah keluar dari tandas perempuan. Tapi langkahnya mati bila nampak satu kelibat berlainan jantina dalam tandas perempuan. Dahi mula berkerut. Dengupan jantung semakin tidak berirama.

            “Kau buat apa kat sini?” Soalnya keras.

            Lelaki itu tidak menjawab tetapi sebaliknya terus berjalan melaluinya dan berhenti di hadapan cermin.

            Wirda buat tidak peduli dengan lelaki itu dan terus melangkah ke pintu. Tombol pintu cuba dipulas tapi tidak berjaya. Dicuba berkali-kali juga tidak berhasil. Papan pintu diketuk. Berharap ada sesiapa di luar yang lalu dihadapan tandas akan menolongnya. Tapi hampa.

            Telinga dengar suara orang ketawa. Pantas dia memandang lelaki tadi. Lelaki itu tenang duduk di atas singki sambil memandangnya bersama senyuman. “Kau jeritlah, takkan ada orang yang dengar pun.” Sinis suara itu.

            “Kau!” Wirda tidak senang duduk. Dia cuba lagi mengetuk papan pintu tandas dan menjerit. Juga tiada hasil. Ya Allah! Dugaan apa pula lepas ni?

            Dengar derapan kasut mendekatinya. Wirda menoleh. Lelaki yang tidak diketahui nama itu datang mendekat. “Kau tahu tak yang kau cantik?”

            Wirda mendengus. “Apa masalah kau sebenarnya? Apa kau buat kat sini?” Geram.

            Lelaki itu mendekat lagi. Wirda pantas melangkah kebelakang. Takut.

            “Kalau aku buat apa-apa pada kau, mesti seronok kan?” Mendekat lagi. Dan lagi,

            Wirda telan liur saat belakang tubuhnya sudah menyandar pada dinding. “Kau dekat, aku bunuh kau.” Bergetar suaranya.

            Lelaki itu ketawa. “Bunuh aku?” Langkah semakin dekat. “Bunuhlah,” Dan kini dia berada betul-betul dihadapan Wirda. Wangian tubuh Wirda sedikit sebanyak menambahkan ghairahnya pada Wirda.

            “Kau!”

            Belum sempat Wirda bertindak, pintu tandas yang tadinya berkunci dari luar kini dibuka. Dan masuk beberapa orang guru bersama,

            Wirda kerut dahi. Lana?

            Oh Damn! Wirda telan liur. Jadi ini kerja Lana? Dia gigit bibir.



“LOSER!”

            Hari ini saja, sudah beribu perkataan itu menujah telinganya. Loser. Loser. Loser dan loser. Segalanya. Semuanya. Sampaikan dia tak sedar, dirinya sendiri menganggap dirinya loser.

            “Booo!”

            “Weh, loser dah sampai. Baik diam.” Suara Lana menerjah telinganya saat kakinya berdiri di hadapan pintu masuk kelas.

            Wirda gigit bibir. Ikutkan hati, mahu saja dia menyembur Lana itu. Tapi dia tahu, kejahatan tak elok dibalas dengan kejahatan. Lantas dia hanya menenangkan diri dan melangkah ke tempat duduknya.

            “Kalau dah loser tu, sampai mati pun tetap loser juga.” Suara sumbang kedengaran dihadapan kelas.

            Wirda genggam penumbuknya. Dia, akan bersabar selagi dia masih lagi mampu untuk bersabar.

            “Tak sangkakan, nampak saja baik, tapi perangai macam syaitan.”

            Wirda menunduk. Mata dipejam.

            “Loser everywhere,

            Menggigil tubuh Wirda saat itu. Aku bukan loser!

            “Berduaan dengan lelaki, dalam tandas. Eyuk! Macam dah tak ada tempat lain saja.” Suara sumbang kedengaran lagi.

            “Dah namanya loser, kan.”

            Wirda genggam penumbuk. Erat. Aku bukan loser!

            Dan tanpa dia sedar, air mata mengalir dibalik mata yang terpejam rapat itu. Sekali lagi dia tegaskan pada dirinya, aku bukan loser.

            “Dah, kauorang jangan kawan dengan dia. Nanti dengan kauorang-kauorang dapat badi loser.” Suara Lana kedengaran.

            Wardi buka mata. Dia mendongak. Mencari wajah Lana. Dan dia sedar, hampir satu kelas memandangnya saat ini. Senyuman sinis tersungging di bibir masing-masing. Saat matanya dan mata Lana bertemu, mulutnya menggumam sesuatu.

            “Aku bukan loser.” Ucapnya.

            Nampak Lana ketawa. Tangannya menekup mulut. “Eh kauorang dengar apa dia cakap tadi?” Lana menyoal yang lain. “She said, she not loser.” Ketawa. “How silly you,” Masih lagi ketawa.

            “Aku bukan loser.” Ucap Wirda lagi. Disabarkan hatinya.

            “Kau loser!” Sambil jungkitkan kening, Lana bersuara.

            “Kau loser!” Sambut Nina, kawan Lana.

            “Aku bukan loser!” Tegas Wirda.

            “Loser!” Jerit Lana kuat. Sambil huruf ‘L’ dilakukan dengan tangan dan diletakkan di dahinya.

            “Aku bukan loser! Aku bukan loser! Aku bukan loser!” Makin lama makin kuat suara Wirda.

            “Aku. Bukan. Loser!” Merah matanya. Menggigil tubuhnya.



AKU. BUKAN LOSER!”

            Ziqri disisi pantas membuka matanya. Matanya digosok sebelum memandang jam. Tiga pagi. Dia kemudian menoleh pada Wirda disebelah. Berkerut dahinya saat melihat wajah Wirda dibasahi peluh. Bibir itu berulang kali mengucapkan ayat, “Aku. Bukan. Loser.”

            Ziqri ketap gigi. Wirda mimpi lagi, huh.

            Dia lantas memegang kedua bahu Wirda sebelum dikejutkan wanita itu bangun. Beberapa saat kemudian, Wirda terjaga dari tidur.

            Ziqri senyum sambil menayangkan wajah tenangnya pada Wirda. “Istighfar, sayang.” Suruhnya tenang. Peluh di dahi, hidung dan pipi Wirda disekanya lembut. Masih terasa badan Wirda yang menggigil.

            Wirda duduk dari pembaringan. Lengan Ziqri yang lagi memegang tangannya dipegang. Entah mengapa, entah bagaimana, air matanya tba-tiba mengalir. Mengalir menuruni kedua pipinya. Tiba-tiba hatinya teramat sakit.

            “Hey, kenapa ni? Hmm?” Lembut suara Ziqri menjamah telinga. Makin buatkan air matanya lebat.

            “Saya bukan loser.” Ucapnya seakan berbisik.

            “Wirda bukan loser.” Ucapnya lagi.

            Bersama air mata yang mengalir, dia terus-terusan mengucap ayat itu. Aku. Bukan. Loser.

            Ziqri tarik nafas panjang. Dia menarik Wirda dalam pelukan. Erat dia memeluk tubuh itu. Hujung matanya yang berair di seka. Dia tahu Wirda masih dihantui kisah silamnya yang memeritkan. Dia tahu Wirda menjalani zaman persekolah yang memenatkan seorang diri. Dia tahu. Dia tahu.

            “Wir tak loser.” Wirda masih lagi dengan ayat itu. Bahagian hadapan baju Ziqri sudah basah dengan air matanya.

            “Wir bukan loser!” Dia menjerit. Tangannya menggenggam baju Ziqri ketat.

            Sakit. Hatinya sakit. Sangat. Tersangat sakit.

            “Ye sayang. Wir bukan loser.” Dicium rambut Wirda. Belakang badan isterinya diusap perlahan.

            Ziqri terus menenangkan isterinya sehinggalah Wirda terlelap dalam pelukannya, bersama sendu yang menghujani dirinya.

            Wir bukan loser, sayang. It’s not your fault, baby.



WIR duduk dulu. Ziq pergi pesan makanan,” Suruh Ziqri pada isterinya. Wirda hanya mengangguk sebelum melabuhkan duduk di meja yang seperti terperosok sedikit dari pandangan ramai.

            Bezanya restoran ini dengan restoran yang lain, setiap pelanggan perlu memesan sendiri makanan dan minuman di kaunter sebelum duduk.

            Wirda keluarkan telefon. Laman sosial Twitter dibuka. Dia scroll timeline Twitter miliknya. Dibaca setiap baris kata, setiap baris ayat yang dihantar manusia sejagat. Dan beberapa minit kemudian, datang Ziqri duduk dihadapannya. Lelaki itu mengukirkan senyuman padanya. Dan dia membalas.

            “Nak pergi mana lepas ni?” Tanya Ziqri. Hari ini hari minggu, jadi sepenuh hari ini akan dia luangkan bersama isterinya.

            Wirda pandang suaminya. Hmm, “Entah. Wir ikut Ziq sajalah.” Ucapnya. Jujur, dia sendiri tak tahu nak berjalan-jalan ke mana. Serasanya, sudah hampir satu negeri ini mereka berjalan meluaskan pandangan.

            Ziqri bermain dengan kunci kereta di tangannya. “Kita tengok movie nak?” Soalnya ceria. Lama juga mereka tak menonton wayang bersama.

            Tak berkelip mata Wirda pandang suaminya. “Serius?” Soalnya minta kepastian. Sebab Ziqri selalunya akan menonton cerita baru di rumah dengan home theatre miliknya. Mana nak layan wayang ni dah.

            Ziqri senyum manis sebelum angguk. “Seriuslah, sayang.” Jeda. “Nak tak?”

            Wirda senyum juga. “Mestilah nak,” Angguk.

            “Loser!”

            Wirda yang lagi tersenyum termati senyumannya saat telinga menangkap sebaris ayat itu. Lama dia memakukan diri.

            “Loser!” Ayat itu kedengaran lagi. Wajah Wirda serta-merta berubah.

            “Aku bukan loserlah!” Jerit seorang wanita menyangkal gelaran yang diberi padanya.

            Wirda lantas menoleh ke belakangnya. Mencari suara itu. Dan rata-rata pengunjung restoran ini lagi memandang dua manusia yang berada di tengah-tengah restoran. Seorang wanita yang lagi berdiri bersama wajah yang penuh sinis. Manakala seorang lagi wanita sudah jatuh terduduk dilantai bersama wajah yang sudah lencun dengan air mata.

            “Kau loser!” Ucap wanita yang lagi berdiri itu.

            Wirda cari wajah wanita yang terduduk di lantai. Saat matanya mengecam wajah itu, dia automatik bangkit. Ziqri yang terkejut juga berdiri disisi isterinya.

            “Lana?”

            Wanita yang duduk di lantai itu pantas menoleh. Berubah air wajahnya saat terpandangkan Wirda. Air mata mula mengalir laju.

            “Wir,” Panggil Ziqri. Risau dia melihat isterinya.

            Wirda telan liur. Entah mengapa, mindanya memainkan satu ayat yang pernah dia ucapkan pada Lana sebelum ini.

            “Karma will haunt you, Lana.


            Karma.

Friday, November 20, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 42]



"Pleasee..."

            “No. I can’t, Is.

            “Please, kak. I really need to know what happen right now.

            “Akak tak boleh cerita, Is. Ni masalah akak dengan keluarga Mia.”

            “I’m Mia’s husband!” Meninggi suaranya. Kotlah Kak Najwa lupa kenyataan itu.

            Najwa mengeluh. Meskipun Iskandar suami kepada Damia, itu tak semestinya lelaki itu perlu perkara yang berlaku antara mereka. “I know, Is.” Jeda. “Kenapa Is sendiri tak tanya Mia?”

            “Mia tak nak beritahu. That why I ask you. Please, kak.

            Najwa menggeleng lagi dan lagi. “I’m sorry.

            “Arghhhh! Apa yang berlaku sekarang sebenarnya?” Jerit Iskandar. Rambut dia dah kusut. Serabai.

            “Tolonglah kak. Kali ni aje, Is minta tolong akak. Tolonglah beritahu Is apa yang berlaku sebenarnya sekarang? Is tak faham.” Iskandar sandar pada dinding. Kuat dia hentakkan tubuhnya.

            “Is, please..” Najwa terus melangkah masuk dalam rumah. Dia tak sampai hati dah nak berhadapan dengan adik saudaranya dengan keadaan yang macam ni. Tapi langkahnya mati di pintu. Dia toleh ke sisi. Di sebalik dinding tu, berdiri Damia.

            Air mata yang jatuh di pipi, Najwa kesat perlahan. “Semuanya terpulang pada Mia, samada nak cerita pada Is atau tak.” Beritahu Najwa.

            “Akak tak takut kalau rahsia yang akak simpan selama ni dia tahu?” Tanya Damia. Kalau Iskandar tahu, mesti lelaki tu akan bercerita pada mama dia. Dan mama dia, pasti akan tanya samada betul atau tak pada adiknya. Dan dengan sekelip mata aje, rahsia yang hampir enam tahun tu terbongkar. Macam tu saja.

            Najwa menggeleng. “Akak tak kisah. Jangka hayat akak makin singkat. Bila-bila masa aje akak akan mati. Akak sanggup terima semuanya. Akak memang tak dapat dimaafkan.” Dia mengeluh. Realiti hidup yang harus dia terima.

            Damia terkejut. Jangka hayat dia.. Apa? Kak Najwa akan jumpa Angah? Mata mereka bertentang. Najwa mengangguk.

            “I’ll accept everything. What goes around comes around.” Najwa berlalu. Sementara Damia..

            Dia jatuh tersungkur di situ.


JANGKA hayat akak makin singkat. Bila-bila masa aje akak akan mati.”

            Ayat tu.. Suara tu bergema-gema dalam fikiran Damia. Dulu Angah, lepas ni Kak Najwa? Damia pekup mulutnya.

            Semuanya berlaku.. Semuanya jadi macam ni bila keluarga Kak Najwa datang sini. Andai kata keluarga Kak Najwa tak datang sini, semua ni takkan berlaku. Tapi siapa Damia nak salahkan takdir? Dia hanya manusia biasa. Manusia biasa yang hidup berlandaskan redha Illahi. Mungkin sekarang dah tiba masanya rahsia yang disimpan harus dibongkarkan.

            “Angah, sayang Alang sangat-sangat.”

            “Lepas ni.. Jaga diri. Angah dah tak ada nak jaga Alang.”

            “Angah.. Dah maafkan kesalahan semua orang yang pernah buat salah pada Angah.”

            “Jangan dendam dengan semua orang, sayang.”

            “Dendam tu boleh gelapkan hati.”

            “Maaf.. Boleh buat hati dan hidup kita tenang.”

            Mata Damia terbuka. Tangannya menggigil. Dadanya berombak. Suara tu.. Angah! Damia pejam mata semula. Ayat-ayat terakhir arwah angah sebelum angah hembuskan nafasnya yang terakhir disisi Damia masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.

            “Sayang.. Kenapa ni?” Iskandar yang baru masuk bilik menegur. Dah terjaga dah isteri dia ni? Takut dia tadi bila nampak isterinya menangis di pintu masuk rumah. Terus dia gendong tubuh genit tu dan bawa masuk bilik sebelum yang lain perasan.

            “Nak jumpa Kak Najwa.” Bisik Damia.

            “Buat apa?” Iskandar terpinga-pinga.

            “Mia nak jumpa Kak Najwa.” Tudung di belakang pintu dia capai dan sarungkan di kepala.

            “Kak Najwa ada kat bawah. Nak bertolak balik dah.”

            Damia tak tunggu lama terus buka pintu dan berlari dapatkan Najwa. Keluarga mertuanya yang melihatnya, dia buat tak peduli. Deretan kereta-kereta yang baru bergerak nak keluar dari porch Damia tahan. Dia hampiri kereta Kak Najwa. Cermin tinted tu dia ketuk.

            Pintu belakang terbuka dan keluar Kak Najwa. Damia terus peluk tubuh tu. Air matanya dah mengalir banyak. Tak dapat ditahan lagi dah.

            “Akak..”

            “Angah maafkan akak.” Bisik Damia yang masih memeluk Kak Najwa. “Mia.. Mia pun maafkan akak.”

            Najwa yang terkejut bila dengar langsung rungkaikan pelukan tu. Dia pandang anak mata Damia. Damia perlahan mengangguk bersama linangan air matanya. Najwa turut sama mengalirkan air mata dan tarik Damia dalam pelukannya.

            Sesungguhnya, maaf tu anugerah dendam yang terindah.


ANGAH.. Alang datang ni.”

            Damia pandang Kak Najwa. Dia mengangguk seraya tersenyum. Damia pandang pula pada Iskandar. Ini baru permulaan cerita, sayangku. Lepas ni, lagi banyak yang kau akan tahu. “Duduklah..” Suruh Damia perlahan.

            Iskandar jadi imam pada bacaan tahlil mereka bertiga. Walaupun dia tak tahu siapa yang berada di makam ini, dia tetap laksanakannya bila disuruh dua perempuan ini.

            ‘Angah.. Alang datang bawa Kak Najwa. Mesti Angah nak jumpa Kak Najwa, kan?’ Mata Damia hanya pandang tanah perkuburan dihadapannya. Disebalik kubur ni, tanamnya seorang hamba Allah. Seorang lelaki yang Damia sayang dan sanjungi. Seorang lelaki.. Angah..

            Hampir satu jam mereka disitu. Bila hari menginjak petang, barulah mereka bangkit meninggalkan tanah perkuburan ini.

            “I’ll come here again.” Bisik Najwa. Damia senyum. Datanglah Kak Najwa selagi akak mampu datang. Tapi jangan sampai ibu dengan Yana dapat tahu.

            Damia rasa tangannya dipegang seseorang disaat dia mahu melangkah. Dia pandang tangan tu sebelum pandangannya jatuh pada empunya tangan. Is!

            “Siapa dia?”

            Damia senyum. I’ll let you know. “Sampai rumah, Mia cerita. Semuanya..” Janjinya.

            Iskandar angguk. Ni kalau dah sampai rumah Damia masih lagi tak cerita, memang dia nekad akan gali kubur ni buat DNA nak periksa siapa yang mati! Tengoklah. Dia dah penat hidup dalam keadaan yang penuh teka-teki macam ni.


            Eleh kau, Is. Baru dua tiga hari hidup dalam teka-teki dah bising!

Thursday, November 19, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 41]



Damia menangis lagi. Berterabur tisu atas lantai. Satu kotak tisu habis dia kerjakan. Sulitnya keadaan sekarang. Makin susah. Kakinya dinaikkan atas katil dan wajahnya disembamkan dilututnya.

            Dia masih lagi tak bergerak di atas katil bila dengar pintu bilik ditutup. Hanya membiarkan bila rasa haba disebelahnya. Makin mengalir air matanya bila rasa belakang tubuhnya digosok. Rambutnya juga dirapikan seseorang.

            “Baby..” Damia gigit bibir. Dia cuba tahan air matanya dari mengalir, tapi tak boleh. Air mata ni tetap nak mengalir juga.

            “Pandang boboy..” Lembut suara tu Damia dengar. Lagi meluluhkan hatinya yang selembut tisu ini.

            Damia ambil masa dua minit untuk pandang Iskandar. Dia hanya membiarkan suaminya menyeka air matanya yang tersisa di kedua pipinya. Damia pejam mata bila Iskandar cium kelopak matanya. Pandangan mereka bersatu kemudiannya.

            “Let me know everything,” Bisik Iskandar. Redup pandangannya tatap mata Damia. Damia jatuhkan pandangannya. Mengeluh. Dia.. Dia masih belum bersedia nak beritahu segalanya. Perlahan dia menggeleng.

            “Just nothing,” Damia enggan membuka cerita.

            “Please..” Rayu Iskandar. Tangan Damia dia genggam. Menghantar mesej yang dia perlu tahu segalanya.

            Damia mendongak. Tatap semula anak mata hitam suaminya. Lama tatapannya sebelum dia peluk Iskandar. Dia menangis di dada suaminya semahunya. Segala kesedihannya di keluarkan. Lama mereka berkeadaan seperti itu. Sampailah Damia sendiri yang merungkai pelukan tu.

            Damia capai tangan Iskandar. Tangan tu dia genggam. “Mia.. Baby kenal Kak Najwa sebelum boboy kenalkan kita orang lagi.” Dia tak tahu nak mulakan macam mana dan bagaimana. Dan dia berharap, Iskandar faham apa yang dia cuba nak sampaikan.

            “Tahu.”

            Damia mendongak. Terkejut. Is tahu? Dari mana? Kak Najwa? Tak mungkin. Kalau Iskandar tahu dari Najwa mesti tadi Najwa dah beritahu hal sebenar masa Iskandar tanya. “Mana boboy tahu?” Berkerut dahinya.

            “Boboy tahu sendiri.”

            Damia masih lagi tak faham. Is tahu sendiri? Macam mana tu?

            “Tak semua orang yang kenal Kak Najwa dengan nama Imtiyaz Najwa. Hanya orang tertentu aje. Macam ahli keluarga Kak Najwa, sepupu sepapat dia, kawan-kawan dia. Orang lain hanya kenal Kak Najwa dengan nama Iyaz Najwa. Dan bila baby sebut nama penuh Kak Najwa, dari situ boboy dapat hint yang baby kenal Kak Najwa.” Terang Iskandar tenang.

            Damia mengeluh. Macam mana dia boleh tak perasan semua ni? Macam mana dia boleh lupa nama Kak Najwa? Ahhh! Dia rasa nak menjerit saja sekarang ni. Sungguh! Kenapa dia langsung tak ingat akan hal itu?

            “Apa yang berlaku sebenarnya?” Soal Iskandar. Dia hanya tengok isterinya yang menunduk. Bila pandang jam, dah nak jam sebelas malam. Mengantuknya semua dah hilang lepas apa yang berlaku tadi. Dia perlukan jawapan sebelum dia tidur.

            Iskandar mengeluh berat. Damia masih lagi tak nak bersuara. Fikirannya pening. Dia perlukan penjelasan. Dia masih tak faham. “Virus? Virus apa? Dan.. Pembunuh. Siapa yang pembunuh? Siapa yang kena bunuh? Tolong jelaskan. Boboy tak faham semua ni.”

            Damia masih menunduk. Hati boboy akan sakit kalau boboy dapat tahu apa yang berlaku. Percayalah, boboy. Dan lebih baik baby diamkan diri dari tengok boboy terluka bila dapat tahu hal yang sebenar. Baby tahu boboy sayang Kak Najwa. Tapi..

            Lama mereka diamkan diri. Akhirnya Iskandar putus asa. Dia lepaskan nafas keluhan beratnya. “It’s okay, kalau baby tak nak cerita. Boboy faham.” Iskandar diam sekejap sebelum bersuara. “Dahlah.. Kita tidur. Dah lewat malam ni.” Iskandar bangkit tutup lampu dan kunci pintu. Pintu gelangsar juga dia kunci. Dia tarik Damia supaya baring disebelahnya. Selimut ditarik menutupi tubuh mereka sehingga ke dada. Damia dia tarik dalam pelukannya sebelum sama-sama terlelap.



“MIA..”

            Damia mendongak bila namanya dipanggil. Dia nampak Kak Najwa tersenyum pandang dia. Lingkaran gelap bawah mata Kak Najwa buatkan dia tahu yang perempuan tu tak lena tidur malam tadi.

          Damia pandang sekeliling dapur. Tak ada orang lain selain dia dan Kak Najwa. Mana Mak Su dengan mama? Bukan ke tadi mereka ada kat sini juga? Mazni pun tak ada kat dapur juga.

            “Akak nak tanya satu soalan, boleh?” Tanya Najwa berhati-hati. Takut dia kalau soalannya akan buatkan Damia fikir lain.

            “Apa dia?”

            “Boleh akak tahu kat mana kubur angah?”

            Terhenti potongan lobak merah ditangan Damia. Tak berkelip dia pandang anak mata perempuan tu.

            “Please, Mia.. I need to know.” Rayu Najwa.

            “Dah terlambat, kak. Ibu dah haramkan akak jejak kubur angah. Untuk selamanya.”

            Damia nampak takungan air mata di kolam mata Najwa. Tapi apa dia boleh buat? Dia sendiri yang dengar ayat tu keluar dari bibir ibu kandungnya sendiri.

            “Mia, akak minta maaf.”

            Damia cepat-cepat mendongak bila rasa air matanya nak mengalir keluar. Jujurnya.. Damia faham apa yang Kak Najwa rasa. Dia sendiri pun tahu yang Kak Najwa tak minta semua benda ni berlaku pada dirinya. Kak Najwa tak minta semua ni.

            “Mia.. I’m really sorry. Akak tahu semua ni salah akak. Kalau akak tak kenal dengan angah, akak tak terjatuh cinta pada dia, akak tak kemalangan, akak tak terlanjur dengan dia.. Semua ni takkan berlaku. Salah akak, Mia. Hukumlah akak.”

            Damia tak dapat tahan air matanya. Kat situ juga dia menangis. “Stop it, kak. Mia tak nak dengar dah semua ni.”

            “Tapi Mia..”

            Damia terus bangkit dan keluar dari dapur. Langkahnya yang laju tu buatkan dia terlanggar seseorang di tangga. Nasib baik dia tak jatuh tergolek-golek atas tangga tu.

            “Kak Mia.. Kenapa ni?” Mazni bertanya. Terkejut dia bila nampak wajah kakak iparnya yang tercemar dek air matanya.

            Damia menggeleng. “Abang Is, mana?” Tanyanya.

            “Dalam biliklah kot. Kenapa?”


            “Akak pinjam bilik Maz kejap eh.” Tanpa dengar jawapan dari empunya bilik, Damia terus melangkah. Giler apa tengah berair macam ni nak masuk bilik menghadap Is?

Sunday, November 15, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 40]



Damia pandang sekeliling. Dalam tengah mencari seseorang, matanya terpandangkan anak mata suaminya yang merenungnya. Lelaki tu kenyitkan matanya. Damia balas dengan jelingkan matanya. Dia sambung balik aktiviti mencari seseorang. Bila tak jumpa, dia cari pula orang lain. Tapi bila dua-dua orang yang dia cari tak jumpa, dia pantas bangkit. Alongnya dihampiri.

            “Nampak Yana?” Bisiknya pada along yang duduk disebelah Iskandar. Pandangan Iskandar yang lain macam pada dia, dia balas dengan senyuman tawar. Hati tengah gundah ni weh. Tak ada masa nak beramah mesra.

            “Tak nampak pulak. Tadi bukan dia dengan Mia, ke?” Darwish tanya Damia balik. Sebab memang dari lepas makan berjemaah tadi dia dengan Iskandar duduk sini. Tak bergerak ke mana-mana.

            “Tadi adalah. Bila Mia toleh pandang dia balik, tengok dah tak ada dah. Tak sedar pula bila dia bangun pergi mana-mana.” Damia pintal hujung baju alongnya. Benda yang lama dia tak buat bila dengan along. Dulu masa angah ada, hujung baju angahlah Damia pintal. Bila angah dah tak ada, Damia pintal baju along dia pulak. Lepas ni.. Baju Iskandar kot!

            Tapi sumpah, sampai sekarang dia tak buat lagi main pintal-pintal baju dengan Iskandar. Entahlah, nak buat tapi tangan dia macam tak nak gerak bila otak dah kasi arahan.

            “Hmm Along.. Kak Najwa pun tak ada tau kat sini.”

            Membuntang bulat mata Darwish lepas dengar. Apa dia? Yana dengan Najwa tak ada? Mana dia orang pergi? Dia pandang keliling. Bila nampak pintu rumah yang terbuka, dia terus tarik tangan adiknya keluar dari rumah.

            Macam yang dia agak, dua perempuan tu ada kat tepi kolam ikan. Najwa menundukkan pandangannya sementara Diyana dah angkat tangan.

            “Stop it!” Jerit Damia. Sempat dia halang Diyana yang nak tampar Najwa.

            “Apa alang ni..” Diyana marah kakaknya.

            “Kot ye pun benci sangat dengan Najwa, tolong jangan angkat tangan tu.” Darwish berkata tegas. Memang itulah prinsipnya. Walau macam mana bencinya kau sekalipun pada seseorang tu, janganlah berkasar. Benda boleh dibawa berbincang secara aman damai. Kekerasan makin buat hati kau gelap. Percayalah..

            “Along.. Tampar dia baru buat Yana puas.” Keras nada Diyana. Jelas yang dia marah sangat dengan perempuan didepannya.

            “Yana.. Ni rumah orang. Tolong hormat orang lain. Jangan malukan diri kau. Jangan malukan ibu dengan ayah.” Damia kendurkan suaranya. Tak nak orang di dalam rumah dengar pertengkaran mereka berempat.

            “Kalau Yana rasa tampar akak boleh puaskan hati Yana, tamparlah.” Sayu nada suara Najwa. Air matanya berjuraian turun membasahi pipi. Dia sedar kesalahan dia.

            “Kau bukan kakak akulah!” Bentak Diyana. Tangannya dinaikkan sekali lagi. Tapi sempat Damia halang tangan tu. Tangan adiknya digenggam kuat. Sampai mengaduh Diyana dibuatnya.

            “Tolonglah.. Jaga maruah kau sebagai seorang perempuan.” Keras suara Damia. Kemarahan dia lagi berganda pada Najwa tapi tak ada pun dia buat macam ni. Nak dekat enam hari dah dia duduk sebumbung dengan Najwa, tak ada pun dia buat yang macam Diyana buat sekarang ni.

            Diyana memang hilang akal!

            Najwa menundukkan kepalanya. Tak berani nak bersua muka dengan tiga orang makhluk Allah yang sudah disakitkan hatinya.

            “Besar dosa Najwa pada korang. Maafkan, Najwa..”

            “Memang besar dosa kau pada kita orang. Tapi aku tak sangka, kecil rupanya dunia ni. Boleh pula aku jumpa kau kat sini, kan?” Dingin balasan Diyana. Bila Diyana nak bergerak mendekati Najwa, Damia pantas menghalang. Ada juga yang aku kurung dalam sangkar Koko ni, kejap lagi kang.

            Damia pandang alongnya. Minta bantuan. Tapi yang dia dapat, Along hanya pandang wajahnya dengan pandangan yang.. Kosong. Mata lelaki tu tak bercahaya macam selalu.

            “Ehh,, bila virus dalam badan kau nak merebak ha? You know what, aku tak sabar nak tunggu saat-saat yang Angah aku pernah rasa dulu, pada kau.”

            “Virus apa ni?”

           Masing-masing tersentak. Damia pandang Iskandar yang baru keluar. Ohh goshh.. Damia pandang Darwish. Pegangan tangannya pada Diyana terlepas.

            “Ha.. Baguslah Abang Is ada kat sini. Kalau Abang Is nak tahu virus..”

            Pang!

            “Mia!”

            Damia terkejut. Terpana sekejap dia. Tak terkata dengan apa yang dia dah buat. Tangan kanannya dipandang. Mengeletar tangan tu. Dia pandang pula Diyana yang memegang pipi kirinya. Bergetar mulutnya nak bersuara. “Yana..”

            Bersama air mata, Diyana bersuara. “Akak memang tak sayang Yana, kan? Dah dua kali akak lempang Yana. Sampai hati akak. Akak sanggup bela pembunuh ni dari Yana?!”

            “Pembunuh? Apa ni?” Damia dengar suara Iskandar bertanya. Dia pandang Iskandar. Wajahnya diraup. Ya Allah.. Kenapa boleh jadi macam ni? Tadi ibu dengan ayah datang secara aman kot. Kenapa pengakhirannya jadi begini?

            “Mia.. Apa ni?” Suara tu masih lagi kedengaran. Nak minta penjelasan atas apa yang dia dengar tadi.

            Damia sekadar mengeluh. Sungguh, dia belum bersedia lagi nak cerita semuanya pada Iskandar. Apa dia nak buat sekarang ni?

            “Kak Najwa? Apa ni? Is tak faham.” Iskandar beralih pula pada Najwa.

           Najwa pandang Damia. Untuk seketika mata mereka bertentangan. Masing-masing tertanya sesama sendiri. Dan bila nampak Damia perlahan menggeleng, Najwa mengangguk. Faham dengan gelengan yang disampaikan.

            “Tak.. Tak ada apa-apa.” Balas Najwa gagap. Dia pun kalau boleh tak nak Iskandar dapat tahu. Tak nak benda ni dihebohkan.

            “Tak ada apa-apa kau cakap?”

            “Watch your mouth, Yana!” Tegur Darwish. Baginya kata panggilan yang digunakan adiknya sangat biadap. Najwa lagi tua dari dia kot. Kalau benci sekalipun, sekurang-kurangnya hormatlah dia sebagai orang yang lagi tua dari kau.

           “Kenapa ni?” Encik Imran menyoal. Dia yang baru aje nak panggil anak dia sebab mereka dah nak balik dah, terkejut bila dengar suara anak sulungnya yang tinggi tu. Masing-masing diamkan diri tak menjawab.

            Tapi bila Encik Imran nampak wajah Najwa, dia tahu apa puncanya. Dia tatap mata perempuan tu. Wajah seorang perempuan yang hampir-hampir menjadi menantunya. Tapi disebabkan kesalahan yang perempuan tu lakukan, anak keduanya meninggal dan perempuan tu terus hilangkan diri tanpa jejak.

            “Patutlah..”

            Iskandar menoleh pandang bapa mertuanya. Masih tak faham dengan apa yang berlaku. Ayah mertua dia pun tahu juga ke apa yang berlaku? Siapa lagi yang tahu? Ibu? Ahh! Kenapa dia masih lagi tak tahu apa-apa?

            “Ayah ingat lagi kan perempuan ni?” Diyana menyoal. Pipinya yang masih lagi kebas dibiarkannya. Perlahan Encik Imran mengangguk. Dari masa dia masuk rumah ni lagi, dia dah nampak Najwa. Isterinya pun nampak juga. Sempatlah juga dia tahan isterinya dari melempang perempuan tu.

            “Kenapa muncul balik?”

            Semua menoleh. Damia terkejut bila nampak ibunya dengan wajah yang menyinga menahan marah.

            “Maafkan saya, mak cik.” Tutur Najwa perlahan. Dia berjalan mendekati wanita tu.

            “Aku terajang kau, kalau kau dekati aku.” Nak gugur jantung Iskandar bila dengar ayat ibu mertuanya. Inilah kali pertama dia nampak wajah menyinga ibu mertuanya. Dan dia.. Dia masih lagi tak faham dengan situasi sekarang ni.

            Mati langkah Najwa. Damia mendekati ibunya. Dia tinggalkan Diyana dengan Along. Bahu ibunya dipeluk. “Sabar, ibu.” Bisiknya. Bahu ibunya digosok.

            “Aku baru ingat nak maafkan kau. Tapi bila aku nampak balik muka kau kat sini, hati aku dah tawar nak maafkan kau.” Lantang ibu bersuara. Damia pejam mata. Tak sanggup nak bayangkan apa yang akan berlaku seterusnya.

            Damia nampak ibu pandang dia. “Kenapa tak beritahu ibu yang perempuan ni ada kat sini?”

            Damia hanya diamkan diri. Tak sempat nak beritahu lagi mama dah ambil telefon Mia cakap dengan ibu. Boleh tak cakap macam tu? Ohh.. Ayat tu memang tinggi peratusnya Damia Aleesya akan dilempang ibunya sendiri. Confirm!

            “Sudahlah.. Benda dah lama berlakukan. Arwah pun dah tenang kat sana. Ayah rasa, tak elok kalau kita ungkit balik pasal arwah. Dia terseksa.” Walaupun pahit nak telan kenyataan didepan mata, Encik Imran tetap tenang.

            Najwa pandang Encik Imran. “Pak cik maafkan saya?” Bercahaya mata tu pandang Encik Imran.

            Encik Imran menggeleng. “Pak cik lepaskan kamu tak bermakna pak cik maafkan kamu.”


            Gugur air mata Najwa. Susahnya nak pohon keampunan dari keluarga ni. Ya.. Dia tahu dia buat satu kesalahan yang besar. Kesalahan yang mungkin sampai dia mati, keampunan untuknya takkan pernah ada. Tapi dia akan teruskan perjuangan minta maaf dari keluarga ini.. Dan juga keluarga dia. Tekad Najwa.