Part 1 Part 2
Senyuman terukir dibibir saat melihat lelaki yang berjalan bertentangan dihadapanku. Segak berT-shirt merah jambu berseluar jean hitam. Perlahan kaki melangkah ke arahnya. Makin bertambah melebar senyuman dibibir saat melihat lelaki itu mengenyitkan matanya. Ishh,, makin lama aku kat sini makin cairlah jawabnya. Kenapalah lelaki ni handsome sangat hari ni?
“Mia..”
Langkah
terhenti. Toleh ke sisi kanan bila ada seseorang memanggil diri ini. Walaupun
kecewa sebab tak boleh nak teruskan langkah ke arah lelaki itu, tapi aku tetap
tersenyum. Senyum kan awet muda.
“Yes I am?”
“Nak tanya, ni
macam mana nak buat? Aku susah nak fahamlah pasal benda ni.”
June menyuakan
sebuah buku berkaitan perubatan pada Damia. Tanpa menunggu lama, Damia terus
memberikan jalan penyelesaian akan masalah yang dihadapi June. Dalam hati
berharap semoga June faham akan jalan pintas yang diberikannya.
“Thanks Mia. Patutlah semua orang selalu
cari kau kalau ada kerja pasal medic
ni. Jalan penyelesaian kau senang giler nak faham.”
Damia hanya
tersenyum. Ehh iye ke jalan penyelesaian aku senang faham? Tetiba rasa bangga
pulak.. huhuu
Damia pandang
depan. Mahu cari lelaki tadi. Tapi.. elok-elok air mukanya bahagia, terus
berubah kelat bila lihat adegan dihadapannya. Sentap tangkai hatinya. Bagai
dicarik-carik dengan duri tajam.
Warghhh.. nak
menangis sekarang ni jugak! Tak guna punya perempuan, laki aku jugak yang kau
nak kebas. Apa tak ada lelaki lain ke dalam universiti ni?
Tapi.. inilah
akibat yang terpaksa aku terima atas keputusan aku sendiri. Jadi terimalah
Damia.
Dia pandang
lelaki tadi yang berdiri bersama seorang perempuan disebelahnya. Nampak mesra
sesangat sampaikan.. sampaikan.. huh.
Dia terus
pusingkan tubuhnya ke belakang. Nampaknya, kena balik seorang dirilah hari ni.
Baru ingat nak ajak lelaki tadi singgah rumah ibu sekejap. Dah lama tak jumpa
ibu. Hurmm.. tak ada rezekilah tu nak jumpa ibu hari ni.
Makan Malam dihidangkan cantik di atas meja. Semuanya cantiklah malam ni, cuma wajah isterinya sahaja yang tiada seri malam ni. Dari tadi lagi dia perasan, isterinya tidak banyak bercakap seperti kebiasaannya. Selalunya, ada sahaja yang dia akan cakap. Benda yang tak patut dicakapkan pun dia akan cakap. Pelik-peliklah isteri aku ni.
Tapi yang pelik
tu jugak yang aku suka. Yang pelik tu jugak yang jadi isteri aku. Yang pelik tu
jugaklah yang aku cinta sepenuh hati.
Tersenyum
bibirnya bila mengingati pertemuan pertama mereka. Mula dari pertemuan pertama
itulah dia sudah tangkap cintan dengan isterinya. Kata orang tua, pergi sekolah
untuk menuntut ilmu, bukan pergi cari kekasih. Tapi dia.. hahaa
Mohon jangan
ikut perangainya yang ini yer kawan-kawan.
“Awak.. jom
makan.” Suara yang hampir setiap hari pasti dirinduinya memecahkan lamunan
pendeknya.
Iskandar pandang
isterinya yang sudah mengambil tempat di meja makan. Sedang menuangkan air ke
dalam gelas. Ini mesti ada apa-apa ni. Mesti ada something wrong somewhere ni. Pasai apa tau ea.. pasai nama
panggilan yang dia panggil aku tadi adalah saya, bukan boboy macam biasa.
Perlahan
mengeluh. Siapa pula yang crush on me
kali ni?
Dengan lemah,
dia bangkit. Berjalan menuju ke meja makan. Tempat biasa dia duduk. Dibetulkan
kedudukannya. Kemudian, pandang isterinya yang menghulurkan mangkuk air cuci
tangan padanya.
Mengeluh.
“Ini kenapa ni?”
Tanyaku lembut. Huluran mangkuk itu dihiraukan. Masalah sekarang ni perlu
diselesaikan. Makan tak basuh tangan pon boleh kan? Apa.. apa.. pakai sudulah!
Terdengar
isterinya mengeluh. Matanya hanya pandang perlakuan isterinya sambil terjungkit
kening.
Damia malas mahu
bersuara. Penat dah kot rasanya nak bersuara. Jadinya, dia mencapai tangan
kanan suaminya. Direndamkan sekejap dalam mangkuk yang berisi air paip.
Kemudian jemari itu direnjiskan. Sebelum meletakkan kembali tangan kanan itu di
atas meja. Mangkuk tadi diletakkan kembali ke tempatnya.
Doa makan di
baca dalam hati. Kemudian, terus menjamah makanan yang terhidang di atas meja.
Langsung menghiraukan pandangan mata si arjuna.
DAMIA meraup
wajahnya. Rambutnya yang mengerbang ditiup angin malam dibetulkan. Susah betul
ada rambut panjang ni. Buat sesak kepala ajelah! Ikutkan dirinya, memang dah
lama dia potong pendek rambutnya. Rambut ini dibelanya semenjak dia di
tingkatan satu lagi. Hah kiralah berapa lama rambut ni dia bela.
Tapi bila
memikirkan.. mendengarkan arahan yang diberikan suaminya, terus dia mengeluh.
Kata Iskandar, selagi dia menjadi isteri lelaki itu, jangan sesekali potong
rambut. Ditambahnya, dia tak izinkan!
Huhuu.. kejam
giler laki aku!
Tapi seriously, dia rimas giler dengan
rambutnya sekarang ni. Pernah jugak sekali tu, kadang-kadang dia takut dengan
rambutnya sendiri. Iyelah. Siapa yang tak takut dengan rambut yang panjangnya
melebihi punggung, kan?
Damia menoleh ke
sisi kirinya bila ternampak seseorang berdiri di sebelahnya. Nak masuk dalam ke
atau nak terus berdiri kat sini?
“Aren't you supposed to say something?”
“Huh?” Damia
blur walaupun dia faham maksudnya.
“Ada benda yang
boboy tak tahu ke?”
Damia jungkit
bahu. “Tak ada.”
“Please..” Suara dah berubah. Kenapalah
perempuan ni kalau nak merajuk, begitu sukar untuk dipujuk? “Beritahu boboy.
Tak sukalah macam ni.”
Damia mengeluh.
Dia pusingkan tubuhnya. Pandang Iskandar. “Tak ada apa.. betul.”
“Okay, kalau
betullah tak ada apa-apa. Kenapa sejak kita balik uni tadi sampai sekarang,
baby asyik diam aje. Tak banyak cakap. Macam selalu.”
“Entah. Tetibe
rasa macam malas nak cakap. Tak salah, kan?” Dia pandang ke depan semula.
Pemandangan malam malam ni memang cantik. Ditemani keindahan cahaya bulan dan
bintang. Dari tempatnya berdiri di balkoni ni, dah boleh nampak lampu lip-lap
di dada langit. Menandakan, ada kapal terbang yang melepasi dada langit kawasan
tempat tinggalnya ni.
Entah bilalah
dia dapat naik kapal terbang lagi. Kali terakhir dia naik, masa becuti dengan
keluarga di Sydney. Masa tu dia belum lagi bernikah dengan Iskandar. Dah lama
dah.
Pernah juga
sekali tu dia bertanya pada Iskandar, bilakah mereka akan menaiki kapal terbang
bersama-sama. Tapi jawapan yang diberikan Iskandar, sangat melemahkan
semangatnya yang mahu menaiki kapal terbang.
Kata Iskandar,
dia takut mahu menaiki kapal terbang selepas apa yang berlaku dengan MH370 dan
MH17. Katanya lagi, dia takut kalau-kalau perkara itu akan berlaku pada dirinya
dan orang yang dia sayangi.
Selepas
mendengar jawapan dari suaminya, Damia terus melenting. Mana tidaknya,
semangatnya yang berkobar-kobar tu, terus hancur lebur bila suaminya sendiri
cakap macam tu. Dan Damia membalas,
“Benda tu takkan
berlaku kat kita, selagi kita bergantung harap pada Allah. Selagi kita percaya
pada Allah. Kun fayakun. Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Dan masa tu,
takkan ada satu orang manusia dan makhluk pun yang boleh membantah!”
Lepas Damia
cakap macam tu, terus dia merajuk seminggu. Tak nak bercakap dengan Iskandar
waima bermesej dengan dia sekalipun! Hahaa.. kejam tak aku.
“Ishh.. ini tak
suka ni. Macam tengah cakap dengan tembok.” Suara Iskandar, menghancurkan
lamunan Damia.
Damia mendongak
pandang suaminya. Tersenyum.. sebenarnya, dia tak nak cakap dengan suaminya
malam ni sebab dia cemburu. Iyelah, cemburu bila ada mana-mana perempuan yang
terlebih dekat dengan suaminya, melebihi dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.