[Part 1] [Part 2] [Part 3]
Damia mencuit Zulaikha disebelahnya. Bila Zulaikha pusing pandangnya, terus dia bertanya. “Kau yang jadi tuan rumah pun ikut makan sekali ke?” Tak senonoh punya tuan rumah. Dah macam tetamu dah Damia tengok dia.
“Kau tengok siapa yang datang.” Katanya sambil menunjuk ke pintu masuk dewan hotel itu. Damia tak tunggu terus menoleh dan dia nampak, ada dua orang berlainan jantina yang baru masuk. Berubah terus wajah Damia melihat lelaki disisi wanita yang cukup dia kenal.
Damia, June bersama tiga lagi kawan mereka melangkah masuk ke dalam ballroom hotel itu. Mereka semua dijemput untuk ke majlis ini. Kalau tak mengenangkan yang majlis ini atas jemputan kawan dia, tak adanya Damia ke sini. Jujur dia cakap, dia tak suka dengan tempat yang sesak macam ni.
Tapi apa boleh buat, nak tak nak, mahu tak mahu, dia tetap kena hadiri juga. Sebab kata Zulaikha, kalau salah seorang dari kawannya tak hadiri majlis perkahwinan abangnya ni, memang saat tu jugak putus kawan! Kejam giler minah tu.
Meja yang tersusun pelbagai deretan makanan dan minuman didekati Damia. Sebiji pinggan plastik berwarna putih diambil. Dihulurkan pinggan itu pada penjaga periuk nasi. Yeah, orang yang handle nasi tu selalunya kita panggil penjaga periuk nasi kan? Hahaa.. hentam ajelah.
Lepastu, ayam masak pedas dia cedok letak atas pinggan. Kaki melangkah ke hadapan setapak.
“Nak kambing?” Tanya Zulaikha.
“Erm nop. Aku tak makan kambing.” Beritahunya. Dah orang tuanya tak makan kambing, bila masanya pula yang dia dipupuk untuk makan kambing? Dia sendiri pun tak tahu kenapa orang tuanya tak makan kambing. Tak terfikir pun nak tanya. Huhuu
Lepas ambil beberapa lagi makanan, dia dan kawan-kawannya mengambil tempat ditengah-tengah dewan. Sempat matanya melirik ke permukaan jam. Satu empat puluh lima minit petang. Lagi lima belas minit pasangan mempelai akan masuk bersama paluan kompang. Sempat lagi ni nak melantak segala jenis makanan kat sini.
Damia mencuit Zulaikha disebelahnya. Bila Zulaikha pusing pandangnya, terus dia bertanya. “Kau yang jadi tuan rumah pun ikut makan sekali ke?” Tak senonoh punya tuan rumah. Dah macam tetamu dah Damia tengok dia.
Zulaikha tersengih. “Alah.. aku tengah lapar ni. Lagipun aku tunggu korang sampai baru aku ingat nak isi perut okeh.” Dia menjeling Damia.
Whateverlah. Janji kau bahagia
Damia angkat muka bila dengar June panggil dia. Sebelah kening dijungkitkan.
“Kau tengok siapa yang datang.” Katanya sambil menunjuk ke pintu masuk dewan hotel itu. Damia tak tunggu terus menoleh dan dia nampak, ada dua orang berlainan jantina yang baru masuk. Berubah terus wajah Damia melihat lelaki disisi wanita yang cukup dia kenal.
Apa dia buat kat sini? Bukan dia cakap dia ada function ke? Ohh.. ini rupanya function dia. Bagus Damia. Good job. Pandai betul kau kan. Sampai tak tanya kat mana function dia. Dan kau pun tak kasi tahu yang function kau jugak kat tempat yang sama dengan lelaki tu.
Serve you right, Damia. Atau dalam bahasa melayunya, padan muka kau, Damia! Err.. dalam bahasa india pulak.. pepandai koranglah cari sendiri.
“Aku nak balik.” Cukup terseksa bila nampak tangan perempuan tu yang melingkar di lengan lelaki kacak tu. Oh ohh.. hatiku terseksa.
Hmm.. tapi bila difikir-fikirkan balik, mungkin lelaki tu ada alasan yang tersendiri kenapa dia tak beritahu aku yang dia keluar dengan perempuan tu. Mungkinlah kot. Macam, dia tak nak aku terluka? Or tak pun, dia tak nak aku salah faham?
Damia mengeluh sesaat kat situ. Kalau dia balik sekarang ni, dia takkan tahu apa yang lelaki dan perempuan tu buat sepanjang ketiadaannya kan? Okay.. kita tak jadi balik. Kita hanya akan balik selepas pasangan itu pulang.
Dalam kepala dah berkira-kira macam mana nak cakap dekat June yang mereka tak jadi pulang?
“Kau cakap apa tadi?” Tanya June dan cukup membuatkan Damia lega. Minah ni pekak rupanya. Syukurlah kau pekak dalam keadaan gawat macam ni, June.
Damia senyum pandang June. “Tak ada apa-apa. Aku.. aku nak pergi tandas. Tandas kat mana ek?”
“Erm.. kat belakang kot. Jomlah aku teman kau.”
“Eh ehh.. tak apa, tak apa. Aku boleh pergi sendiri.” Pangkah Damia. Aku pergi tandas aje kot. Tu pon nak berteman jugak ke?
“Sure?” Tanya June lagi.
“Double sure. Macamlah aku tak pernah pergi tandas sensorang.” Damia terus melangkah ke belakang ballroom ni. Sesekali mata pandang ke papan tanda.
Lepas dia dah siap semuanya. Dia melangkah keluar. Masuk ke ballroom dan mencari tempat kawannya tunggu tadi. Tapi puaslah jugak dia keliling tempat tu sampai dah boleh hafal kat mana pelamin, kat mana meja, kat mana kerusi.. err, abaikan.
Dia tetap tak jumpa kawan-kawannya. Mengeluh lagi Damia kat situ. Apalah nasib aku hari ni? Mana kawan-kawan aku ni pergi? Sanggup berbahagia sedangkan aku menderita ditinggalkan kat sini.
“Damia!”
Damia toleh ke belakang bila dengar namanya dipanggil. Terus tersenyum dia. Mesti June! Oh kawan-kawanku. Kau ingat aku lagi rupanya. Ingatkan dah berbahagia terus tinggalkan aku. Tapi tekaan aku melencong jauh sekali. Alahai.. drama sungguhlah!
Tapi senyuman dia mati. Bukan June seperti yang dia sangka-sangkakan. Yang dia nampak hanya pasangan tadi. Mata Damia lebih terarah pada si lelaki walaupun si perempuan yang terlebih teruja panggil dia.
Damia nampak wajah lelaki tu berubah riak. Langkahnya semakin perlahan. Tapi disebabkan perempuan tu yang tarik lengannya, terpaksa dia berjalan senada dengan perempuan tu. Pasangan tu berhenti betul dihadapan Damia.
“Kau pun ada kat sini jugak?” Tanya Aida.
“Mestilah. Ika yang jemput aku. Erm, kau tak cakap pun kau dijemput sekali? Kalau tak, boleh pergi saing.” Wajah dimaniskan. Senyum, Mia. Senyum..
Damia nampak Aida senyum. Senyuman yang susah nak tafsir macam mana punya bahagia dia sekarang ni. Hmm.. baguslah kalau kau bahagia. Tapi Aida.. kau bahagia melalui cara yang salah. Kau bahagia di atas penderitaan aku. Hurm.. susah betul ada suami yang kacak ni. Bukan aje kacak, disenangi ramai dan popular pulak tu. Terpaksa berkongsi dengan semua orang meskipun diri ini tidak merelakan.
“Mia..” Aida menarik Damia menjauhi lelaki itu. Damia yang terpinga-pinga hanya mengikut. Apa pulaklah kali ni?
“Aku happy sangat hari ni.”
“Kenapa kau happy sesangat? Hari ni birthday kau ke?” Baru nak wish.
“Eh taklah. Aku happy sebab Is sudi teman aku datang sini.”
Damia kerut dahi. Iskandar sudi teman dia datang sini pun dah seronok tahap tak hengad? Hey, Iskandar tidur sekatil dengan dia, dia tak rasa apa-apa pun. Err.. okay aku tipu. Memang happy sesangat sebab dapat tidur dengan orang yang kita cinta plus sayang. Hohoo
“Macam mana Is boleh sudi teman kau?” Terpanggil dia untuk bertanya.
“Haritu. Is tak sengaja tertumpahkan air dia kena kat aku. And then, dia cakap dia sanggup buat apa saje asalkan aku boleh maafkan dia.”
“And sebagai balasan, kau suruh dia jadi partner kau hari ni?” Tebak Damia.
Hatinya sekarang ni rasa.. sakit? Ha maybe. Sebab, sampai hati Iskandar tak beritahu dia semua benda ni. Dan patutlah haritu masa study group, Aida datang lambat and dia nampak hujung baju perempuan tu basah. Jadi, sebab ni ke? Oh ohh.. apakah..
“Yup.. kau betul, Mia. Sebab tu aku happy sangat hari ni.” Tangan Damia dia genggam erat. Dapat Damia rasa kebahagiaan perempuan dihadapannya ni melalui cara genggaman tangannya.
“Kau pernah tak sekali tanya Is, dia dah ada yang punya ke?” Spontan Damia bersuara. Seriously, dia tak sedar apa yang dia cakap sekarang ni. Hmm macam nilah kot jadinya bila bersuara dalam keadaan hati yang terseksa?
Speecheless.. betul ke aku eja tu? Hahaa.. abaikan.
Itulah apa yang Aida rasa sekarang ni. Betul juga apa yang Damia cakap. Pernah ke sekali aku tanya Is yang dia dah berpunya ke? Jawapannya, tak pernah! Sebab apa, sebab aku terlalu mengejarnya. Sampaikan aku terlupa. Mungkin aku dah menyakiti hati dan perasaan sesama kaumnya.
“Ah! Anggap aje aku tak pernah cakap benda tu. Okaylah, aku nak gerak dah.”
Damia melangkah setapak tapi dia berhenti kembali. “Oh ya. Kalau kau jumpe June dengan Ika, cakap aku dah balik dah. Ada urgent. Bye!”
Dan.. Damia terus melangkah. Pandangan Iskandar, dia terus abaikan. Buat-buat tak nampak. Uhukk.. hatinya cukup sakit sekarang ni. Dan dia perlukan sesuatu untuk pulihkan hatinya kembali.
****
Dari duduk, Iskandar berdiri. Kemudian dia duduk kembali. Jarum jam yang berdetik dia pandang buat kali yang ke.. entahlah. Dia rasa jam tu pun dah muak tengok muka dia. Kepalanya digosok kuat. Terus hancur rambut landaknya.
Fikirannya kusut. Kusut sesangat. Dah empat jam dia tunggu isterinya pulang. Tapi sampai sekarang, bukan aje batang hidung isterinya, bayang Damia pun dia tak nampak. Manalah sayang aku pergi ni?
Telefon ditangan dibuka kekuncinya. Sekali lagi dia hubungi telefon Damia, tapi sekali lagi juga dia hampa. Damia matikan telefonnya. Rasa nak jerit aje sekarang ni!
Gigi diketap kuat. Tadi masa di perkahwinan abang Zulaikha, Iskandar nampak pandangan Damia. Tajam pandangnya. Tapi apa boleh dia buat? Nak tinggalkan Aida dan terangkan segalanya pada Damia?
No! Dia takkan bongkarkan segalanya selagi belum sampai masanya. Tapi bila difikir-fikirkan balik kan, dia tertanya juga, kenapa dia menyimpan perkara ni? Untuk apa?
Sejujurnya, dia tiada sebab kenapa dia nak sangat-sangat simpan berita pernikahannya dengan Damia pada semua orang. Biarlah ahli keluarga mereka aje yang tahu. Dia pun tak tahu kenapa dia perlu sembunyikan?
Apakah mungkin sebab dia tak nak crushnya yang lain dah tawar hati dengan dia kalau dia bongkarkan berita tu?
Kalau itulah sebabnya, dia rasa diri dia bodoh sangat. Sebab sanggup fikirkan hati dan perasaan perempuan lain melebihi hati dan perasaan isteri tercintanya. Lelaki jenis apa aku ni?
Kalau itulah sebabnya, dia rasa diri dia bodoh sangat. Sebab sanggup fikirkan hati dan perasaan perempuan lain melebihi hati dan perasaan isteri tercintanya. Lelaki jenis apa aku ni?
Telefon bimbit yang berdering melenyapkan lamunannya. Pantas dijawab panggilan dari Zulaikha.
“Kau kenapa telefon aku?” Tanya Zulaikha dihujung talian. Suara mamai yang kedengaran itu buatkan Iskandar tahu yang perempuan tu baru bangkit dari tidur.
“Err bukan apa. Aku just nak tanya, kau tahu tak Mia kat mana?”
“Aik.. apsal kau tanya?” Pelik. Tetiba kacau aku tidur dan semata-mata nak tanya Mia kat mana? Dah malam macam ni duk sibuk tanya mana anak dara orang pergi? Apalah Is ni.
“Tak adalah. Aku ada benda penting nak beritahu dia ni. Dah call tapi dia off phone.” Jawaban yang diberikan Iskandar, buatkan Zulaikha mengangguk. Ingatkan Iskandar dengan Damia ada hubungan apa-apalah tadi. Sampai sanggup lelaki tu cari perempuan tu malam-malam buta macam ni. Rupanya sebab lain. Itulah, husnudzon tu penting!
“Aku pun tak tahulah, Is. Tadi pun dia pakai main blah aje. Aku pun tak tahu dia kat mana.”
“Ohh sokaylah. Tapi nanti kalau kau ada jumpa Mia, beritahu aku ASAP ek.”
“Okay, bro.”
Talian tamat.
Iskandar makin tak habis fikir. Mana Damia pergi? Where are you, dear? Jangan buat saya gila boleh tak?
Jarinya tiba-tiba dipetik. Otaknya terlakar wajah seseorang. Mungkin orang tu boleh tolong aku. Pantas nombor orang itu didail. Iskandar menunggu orang itu menjawab panggilannya.
*****
Darwish pandang adiknya bila telefonnya berdering. Dan nama yang tertera buatkan dia jongket kening pada adiknya. Damia turut sama pandang skrin telefon alongnya. Mengeluh dia bila lihat nama tu.
“Kalau along beritahu Mia ada kat sini, I’ll kill you for sure.” Damia terus angkat kaki dari situ. Ruang tamu dia hampiri.
Lepas aje dia blah tanpa pamitan dari hotel siang tadi, terus dia singgah ke sini. Bukan singgahlah kan kalau dia dah rancang nak duduk kat rumah along ni dalam dua tiga hari? Memang kat sini ajelah yang Mia rasa selamat nak menumpang. Nak balik rumah ibu? Hahaa.. memang taklah! Mahunya dia dihantar balik oleh ayah. Macam dia tak tahu sangat perangai ibu dengan ayah.
Damia duduk di sofa dan bermain dengan si kecil Iqmal. Iqmal yang baru berusia setahun sebulan itu ketawa kecil bila digeletek oleh mak ngahnya.
Lepastu dia nampak along turut duduk disisinya. Wajah lelaki itu kelat buatkan Damia rasa sesuatu.
“Along beritahu jugak ke?” Soalnya. Ni kalau along beritahu Iskandar yang dia ada kat sini. Memang dia tak mengaku yang along ni abangnya. Muktamad sungguhlah keputusannya kali ni.
“Adik gaduh dengan Is ke?”
Damia mengeluh. “Itu bukan jawapan.” Iqmal diserahkan pada ibunya. Nampak aje Kak Hajar bawa mangkuk kecil, terus berlari budak kecil tu. Macam tahu-tahu aje yang dalam mangkuk tu makanan kesukaan dia. Mana tahu sekali makanan kucing ke, macam mana? Tapi.. rumah along mana ada kucing!
“Don’t worrylah. Along tak kasitahu suami tercinta adik tu yang bini dia ada kat sini.” Beritahu Darwish akhirnya.
Damia senyum. Baguslah. Ini yang sayang along lebih ni.
“Hah.. along tanya tadi, bila nak jawab?”
“Orang tak gaduh dengan dialah.”
“Memanglah orang tak gaduh dengan Is. Yang gaduh dengan Is kan, adik.”
“Along!” Sebuah cubitan hinggap dipeha. “Orang serius ni. Err I mean, adik serius.”
“Dah tu kalau tak gaduh?”
“Dia sakitkan hati adiklah, long. Dia sanggup tak nak keluar dengan adik semata-mata nak keluar dengan orang lain. Sini adik ni..” Ditunjuk ke dadanya. “Kat sini sakit sangat.”
Darwish merapati adiknya. Tubuh genit itu ditarik dalam pelukan. Digosok kepala adiknya. “Sabar keyh sayang. Mesti dia buat bersebab kan?”
“A’ah. Sebab dia, dia nak balas balik kesalahan yang dia buat dekat perempuan tu.”
“Hah tu.. tahu pulak.”
“Mana taknya. Tadi, dengan mata kepala adik sendiri, adik nampak dia bukan main sweet dengan perempuan tu. Padahal dulu, dia yang nafikan yang tak suka langsung kat perempuan tu. Apa benda semua tu?”
“Adik..” Pelukan dia eratkan lagi. “Let it all out. Lepaskan semuanya. I know, Is hurt you so badly. Lepaskan apa yang adik pendam dan rasa sekarang, please.”
Damia terus menangis dipelukan alongnya. Dia sayang along. Along dengan ayah antara lelaki yang tak pernah buat dia kecewa. Walaupun mereka dah ada keluarga sendiri, tapi dia orang tak pernah buat Mia kecewa macam sekarang ni.
Is.. apa yang kau dah buat dengan adik aku?
Best!! Bila nak sambung? ... X sabar nak tahu kesudahanya...
ReplyDelete-alia
hey.. thanks sbab sudi baca.. hohoo
Deleteerm,, insya Allah akan smbung lepas spm(26/11) nanti.. sbb skarang nak fokus kat spm dulu.. hehee