Pages

Search This Blog

10 Jun 2015

Truth or Dare -26-




Wajah gadis yang tengah tersenyum sambil tertampal pelekat Kool Fever di dahi itu dipandangnya penuh kasih. Alhamdulillah, majlis mereka berakhir dengan aman tadi. Nasib baik jugalah tadi Aireen sanggup lawan sakitnya semata-mata nak bersanding di pelamin. Impian dia semenjak kecil kot. Takkanlah nak dihapuskan macam tu aje bila keadaan dia yang lemah ni membantutkan segalanya?

            “Nak tisuu..” Rengek Aireen pada Along disebelahnya. Pantas dia mendongakkan kepalanya bila rasa hingusnya nak meleleh keluar. Tangannya meraba-raba tisu yang dihulurkan Alongnya. Bila dah capai, pantas dia hembuskan hingusnya pada tisu. Tisu yang dah kotor tu digumpalnya sebelum dicampak masuk dalam tong sampah.

            “Tak pernah lagi tau Along nampak pengantin demam macam kau ni. Aish..” Ammar menggeleng. Inilah kali pertama dia nampak pengantin bersanding dalam keadaan yang demam.

            “Okaylah tu. Atleast nanti, Along akan sentiasa ingat aje kat Ai bila nampak pengantin. Kan sweet gitu..” Sambil lentokkan kepalanya dibahu Along. Hingus dihembus lagi pada tisu. Sakit jiwa betullah bila demam sekali pakej dengan selesema ni.

            Mata Aireen meliar pada sekeliling rumah. Ramai juga sanak saudara dia yang dah beradu dalam bilik tetamu. Bila tengok jam sekarang, dia rasa relevan kenapa yang lain dah masuk tidur. Dah jam satu pagi kot.

            Aireen pantas bangkit bila dia nampak sesuatu. Alahhhh, ini yang dia lemah ni. Pantas dia berjalan panjat anak tangga melepasi Fawwaz yang tengah berbual dengan Angah disofa tepi tangga.

            “Nak larilah tu..” Perli Puan Afizah pada anak perempuannya. Dah kahwin pun perangai masih juga tak berubah. “Ai, turun bawah sini makan ubat. Jangan nak skip pula.” Jerit Puan Afizah. Macam tak faham sangat dengan anak perempuannya yang memang takut nak makan ubat tu.

            Nak takutkan apa? Bukannya ubat yang makan dia, malah sebaliknya kot. Tak fahamlah..

            “Macamlah Mama tak faham dengan perangai anak bongsu Mama tu.” Adibah datang dari dapur bawa mug ditangannya. Dia memang selalu minum susu panas sebelum tidur. Tidur lena katanya bila dah menjamah susu panas.

            “Tak apa, Ma. Laki dia ada. Mama dah boleh goyang kaki dah sekarang ni. Or tak pun, mama pencen aje.” Kata Ammar bersama senyuman tersungging dibibirnya.

            “Hah samalah macam kamu. Aish, kenapa anak Mama yang takut makan ubat dua-dua dah kahwin? Ni yang berani sangat makan ubat ni..” Puan Afizah pandang Adibah dan Anaqi yang tersengih. “Bila nak kahwin?” Perghh.. Soalan maut.

            Puan Afizah menggeleng. Dah nampak anak keduanya nak bangkit, tahulah dia yang anaknya tu nak mengelak dari disoal soalan macam ni. Dia pandang Fawwaz, dihulurnya ubat demam dan selesema dan segelas air pada menantu barunya. “Suruh Ai habiskan. Dia tu takut sikit nak makan ubat.”

            Fawwaz angguk. Nak gelak pun ada. Isteri dia tu takut makan ubat? Serius?


FAWWAZ buka pintu bilik. Nampak Aireen tengah meniarap sambil pandang laptopnya. Telinganya dah disumbat dengan earphones. Hidungnya pula disumbat dengan gumpalan tisu. Tak nak hingus melelehlah tu. Perlahan Fawwaz menggeleng. Tak sangka, macam ni rupanya perangai isterinya bila dirumah.

            Pintu ditutup kembali. Ubat dan gelas ditangan diletakkan atas meja. Dia duduk dihujung katil. Urat sendinya diregangkan. Penat sungguh harini. Dia cuit pinggang Aireen yang tengah meniarap tu.

            Aireen yang rasa cuitan tu menoleh. Sebelah dari earphonenya ditanggalkan. Dia duduk bersila. Pandang Fawwaz sambil sebelah keningnya dinaikkan. “Kenapa?”

            “Mama suruh makan ubat.” Senada aje suaranya.

            “Huh. Never!” Aireen shut down laptopnya. Kemudian diletakkan dimeja sebelah katil bersama penyumbat telinganya. Selimut ditarik. Bersedia nak tidur.

            Fawwaz cepat-cepat tahan perlakuan isterinya. Mata mereka bertentang. “Makan dulu, pleasee.. Amanat Mama ni.”

            “Aku tak suka ubatlah..” Rengeknya. “Pahit.” Ditambah lagi.

            Fawwaz menggeleng. “Ubat mana yang manis? Makanlah.” Dihulur dua biji ubat berlainan jenis pada isterinya. Gelas yang berisi air masak juga dihulurkan.

            Aireen menggeleng. Tangannya disilangkan ke dada. Sesekali hidungnya disedut. Huluran ubat itu dipandang sepi.

            “Tahu tak, aku ni memang tak suka berkasar dengan orang.”

            “Jadi?”

            “Kau nak makan ubat ni cara baik atau cara tak baik?”

            Aireen pandang Fawwaz. Dengar dari nada suara lelaki ni dah tahu yang kalau dia tak makan juga ubat tu, memang meletuslah perang sekejap lagi. Memang lelaki ni paksa juga dia makan ubat. Huh, baru first day jadi suami dah kejam dengan isteri.

            “Fine!” Ujap Aireen akhirnya. Fawwaz senyum. Dengar juga cakap aku. Tapi apa yang jadi buatkan Fawwaz benar-benar nekad. 

            “Tapi aku akan makan esok. Bukan malam ni. Daa.. Aku nak tidur.” Selimut ditarik.

            Tapi belum sempat kepala Aireen landing atas bantal empuk kesayangannya, dia rasa sesuatu yang pahit menjamah tekaknya. Perit. Sebelum air masak ambil alih menghilangkan rasa perit tu.

            Sekelip mata.. Speechless.

            Fawwaz senyum. Gelas yang tadinya penuh dengan air masak, kini dah kosong. Berkat pertolongannya. Habis juga air masak tu. Kan senang kalau dari awal buat macam ni. Mesti tak adanya pergelutan berlaku tadi.

            “Kau kejam, Fawwaz!” Jerit Aireen. Bantal peluk dia ambil dan dipukul lelaki tu dengan bantal peluknya. Tak guna. Sampai hati dia paksa aku makan ubat macam tu? Itulah tadi cara paling kejam dia telan ubat. Huh.

            Fawwaz gelak sambil cuba tangkap bantal peluk tu. Ingat pukul dengan bantal peluk yang penuh span lembut ni dia rasa sakitlah?

            “Huh. Tak nak kawan kau.” Aireen jeling Fawwaz. Dia silangkan tangan ke dada. Muncung di bibir mula memainkan peranan.

            Fawwaz berhenti gelak. Dia sandarkan tubuhnya pada kepala katil. “Demam-demam macam ni pun, pukul orang kuat juga eh.” Lelaki tu senyum pandang isterinya.

            Aireen capai telefon bimbitnya bila dengar telefonnya berbunyi. WhatsApp dari Nisa. Fawwaz pula bangkit bergerak ke suis lampu nak tutup lampu. Sempat juga dia kunci pintu bilik. Tak nak diganggu walaupun dia dah lebih dari pasti, yang takkan ada satu orang pun yang akan menganggu pengantin malam-malam macam ni.

            “Eukkkk!”

            Fawwaz pandang isterinya disebelah. Nampak badan isterinya yang kegelian. “What happen?” Soalnya pingin tahu.

            Aireen takut-takut nak tunjukkan mesej yang dia dapat dari Nisa. Lebih kepada malu-malu kucing sebenarnya. Nisa pun satu, kenapa hantar mesej yang bukan-bukan? Meremang dah bulu roma aku.

            Fawwaz baca mesej yang ditunjuk Aireen padanya. Dari Nisa yang berbunyi,

Aku tak dapat bayangkan macam mana first night kau malam ni. Mesti rare, kan? Hahaa XD.. Anyway, cepat-cepat buat anak buah untuk aku tau. Bolehlah kita jodohkan anak kita nanti.
P/s : Frst night best weh.. bhahahaa

            Fawwaz gelak. Dia pandang Aireen kat sebelah yang dah selubung dengan selimut. Makin besar gelaknya. “Takut sangat ke, sayang?” Fawwaz dekatkan wajahnya dengan wajah Aireen.

            Aireen tolak wajah tu supaya menjauh darinya. Dia menunduk kemudiannya. Panas aje muka dia sekarang ni. Kenapa dia tak terfikir langsung pasal first night ni? Aduh.

            “It’s okay. Aku takkan sentuh kau kalau kau tak sedia.” Ucap Fawwaz akhirnya. Diusap pipi Aireen. Dia ukir senyuman. Hmm, lambat lagilah first night aku nampaknya.

            “Err,,”

            Fawwaz yang baru terbaring tu pandang Aireen bila dia rasa yang isterinya ada nak cakap sesuatu. “Yes?” Tangannya diletakkan di belakang kepala. Pandang isterinya disisi.

            Aireen hembus nafas. “Aku bukan tak sedia.. Aku just,,”

            “What? Takut?”

            Perlahan Aireen angguk. Matanya dipejamkan. Malu sangat sekarang ni.


            Sementara Fawwaz, dah senyum nakal.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai