"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, June 08, 2015

Truth or Dare -25-




Aireen buka mata bila rasa ada seseorang mengganggunya tidur. Nampak Alangnya, Adibah tengah tersenyum padanya sambil menggoyangkan dua paket inai dihadapannya. Aireen nak senyum bila mengenangkan yang esok hari, dia akan bertukar status. Tapi denyutan di kepalanya, buatkan dia mati senyuman. Perlahan dia menggeleng kepala.

            “Okay tak ni?” Tanya Adibah risau. Cuak juga dia bila nampak wajah pucat adiknya.

            Aireen angguk. “Okay. Pening kepala sikit.”

            “Sekejap aku pergi ambil koyok.” Adibah hilang dibalik pintu. Dan muncul kembali selepas beberapa minit dengan sekotak koyok ditangannya. Koyok itu dipotongnya menjadi segi empat dan ditampalkan di tepi dahi adiknya.

            “Kau baring aje. Tidur pun tak apa. Biar aku yang buat ni.” Ujar Adibah prihatin. Dia takut juga sebenarnya. Adiknya ni, kalau dah pening kepala macam ni, mesti dia akan demam esok. Esok majlis dia kot. Takkan nak bersanding dengan badan tak bermaya macam ni?

            Aireen hanya angguk. Tak larat dah nak bantah. Dia rasa macam dunianya berputar bila dia duduk macam ni. Dia baring tegak atas katil yang dah dihias persis bilik pengantin macam yang dia tengok selalu tu. Hmm, malam esok dia dah ada bantal peluk baru nampaknya. Hehee..

            Aireen pandang Adibah yang tekun mengukir corak inai ditangannya. “Kau tidur dengan aku malam ni.” Pintanya tapi lebih kepada arahan sebenarnya.

            “Ish! Ada pula..”

            “Please..” Aireen tayang wajah sedihnya. “Kali terakhir sebelum aku tukar status esok. Bolehlahh..” Pujuknya lagi.

            “Hmm, iyelah. Dah, jangan gerak. Nanti tak lawa.”


NAK TISUU..” Pinta Aireen pada Adibah disebelahnya. Cepat-cepat Adibah capai sekotak tisu dan diserahkan pada adiknya. Takut juga dia wajah adiknya yang cantik tu dicemari dengan hingus.

            Dia baru aje berdoa malam tadi. Tup tup, doanya tak dimakbulkan. Hmm, dah tertulis nak jadi macam ni. Memang berlakulah.

            “Alhamdulillah..” Dengar suara orang mengucap syukur beberapa minit selepasnya. Aireen yang tengah menyandarkan kepala pada Adibah terus menegakkan tubuhnya bila dicuit Adibah dan Nisa serentak.

            Aireen kecilkan matanya nak tengok siapa yang mendekatinya. Baju serba merah jambu. Bersama senyuman kacaknya tu yang memang payah sekali dia dapat tengok.  “Siapa tu?” Tanya Aireen blur ayam. Sungguh, dia tak dapat nak cam wajah siapa.

            Nisa menggeleng. “Fawwazlah. Duduk diam. Dia nak sarung cincin tu.”

            Aireen angguk. Dia hanya jawab salam bila dengar Fawwaz beri salam padanya. Wajahnya berpeluh dah ketika ni. Tak tahu samada cuaca memang tengah panas, atau tubuhnya yang makin kepanasan.

            “Ni cincinnya..” Nisa hulurkan satu dulang yang berisi dua bentuk cincin.

            Fawwaz cabut cincin yang melekat dalam baldu tu. Berkerut-kerut dahinya bila pegang tangan isterinya buat kali pertama setelah mereka sah ini. Dia pandang wajah yang kemerahan dihadapannya ni. Dahi dan pipi isterinya disentuh lembut. Dia pandang Nisa dan Adibah. Kedua wanita tu hanya tersengih sumbing.

            “Sarunglah weh. Tunggu apa lagi.” Bisik Fikri disebelah. Siap cuit bahu Fawwaz lagi nak sedarkan lelaki tu yang orang ramai dah tunggu nak ambil gambar saat dia menyarungkan cincin pada Aireen.

            Fawwaz angguk. Dia sarungkan juga cincin ditangan pada jari manis Aireen. Bersinar-sinar permata yang melekat di cincin tu bila cahaya flash mengenanya. Sementara Aireen, makin sakit kepalanya bila nampak silauan flash masuk ke retina matanya. Macam nak pitam. Tapi dia tahan sebab tak nak rosakkan majlisnya sendiri.

            “Ni..” Nisa hulur cincin pada Aireen. Aireen ambil dan pantas sarungkan pada jari manis Fawwaz. Nasib baik muat. Dia pakai main aci redah aje masa beli cincin ni untuk lelaki ni. Agak-agak yang sama saiz dengan Angahnya, dia ambil jadikan pilihan. Nak tanya apa saiz jari Fawwaz, dia tak terfikir pula nak tanya.. Hehee..

            Aireen tunduk cium tangan suaminya. Perkara tipikal bila orang bernikah akan buat. Fawwaz kucup pula dahi Aireen bila dapat arahan dari jurugambar menyuruh Fawwaz mengucup dahi isterinya.

            Sudah tu, mereka bangkit. Mahu bersalaman dengan sanak saudara yang sudi hadir memeriahkan hari bahagia mereka. Aireen tayang senyuman tawarnya bila diajak bergambar. Penatlah juga berpaut pada lengan suaminya sebab tak nak dia rebah. Kang kalau dia jatuh, buat kecoh aje.

            Fawwaz pantas capai tubuh Aireen yang seperti mahu rebah tu. “You okay?” Tanya Fawwaz risau bila semua orang sudah perlahan-lahan keluar dari masjid. Mahu pulang ke rumah pengantin perempuan di mana majlis resepsi akan diadakan.

            Aireen angguk. “Okay sikit.” Kuat pegangannya pada pinggang Fawwaz. Kali pertama mereka serapat ni. Sangat rapat.

            “Badan panas ni. Demam ke?” Tanyanya lagi. Risau. Sangat. Anggukan dari Aireen buatkan Fawwaz menggeleng. Dah kalau demam, buat apa dipaksa datang masjid? Kan boleh nikah kat rumah aje.

            “Jomlah aku hantar kau balik.” Fawwaz bantu Aireen berjalan ke keretanya.

            “Sokay.. Aku boleh balik dengan Mama. Nanti buat penat kau aje nak balik rumah Mummy semula.” Aireen tak setuju dengan keputusan Fawwaz. Takkanlah nak hantar dia balik rumah, lepastu nak balik semula rumah keluarganya. Lepastu datang lagi rumah dia untuk majlis persandingan jam dua nanti. Penat kot.

            “Sokay.. Nanti pukul dua belas aku baliklah rumah salin baju. Sempat lagi rasanya.” Pintu kereta sebelah pemandu ditutup. Dia berlari anak ke bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan dan dia mula menggerakkan kereta pulang ke rumah barunya. Taklah baru sangat. Rumah Aireen aje.


KALI pertama Fawwaz masuk bilik anak dara orang. Hmm, sangat kemas. Dihujung bilik ada rak yang menempatkan koleksi novel-novel milik Aireen. Kat dinding sebelah rak tu pula, tertampal segala macam jenis gambar. Gambar Aireen dengan Nisa paling banyak tentunya. Lepastu di dinding katil pula ada ukiran kaligrafi yang tertulis nama Aireen yang sangat unik coraknya. Cantik sangat. Warna hiasan dinding emas gelap sangat serasi dengan segala perabot dalam bilik tu. Pandai juga isterinya buat hiasan biliknya ni.

            Tidak hairanlah kalau isterinya pandai mengenakan hiasan dalam biliknya sementelah Encik Aidil memiliki syarikat yang menyediakan perkhidmatan hiasan dalaman. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan?

            Fawwaz baring disebelah Aireen tanpa rasa segan. Aireen dah tidur, bolelah dia tak rasa segan. Cuba kalau isterinya masih belum tidur, mahunya dia terdiam.

            Fawwaz pandang isterinya yang terlena disebelah. Masih lagi dengan baju nikahnya, Aireen terlelap atas katil. Fawwaz lekapkan tapak tangannya di dahi Aireen. Masih lagi panas. Sangat risau Fawwaz rasa sekarang ni. Tak pernah lagi dia nampak Aireen tak bermaya macam ni.

            “Demam rindu aku ke?” Soalnya sendiri. Wajah pucat isterinya dipandang. Dari mata yang tertutup rapat itu ditiliknya. Bulu mata yang lentik tu sangat cantik pada matanya. Hidung yang tak berapa mancung terletak elok. Bibir yang hanya dioles dengan pelembab bibir sangat menggetarkan naluri lelakinya. Dagu yang terbelah sangat buatkan dia terpesona.

            Fawwaz mengeluh. Kalau Aireen tak demam macam ni, mesti sekarang mereka tengah berperang mulut pasal entah apa-apa. Tetiba pula Fawwaz rasa rindu pada Aireen yang banyak mulut tu.

            Detik jam dipandang. Tepat jam dua belas tengah hari. Masanya dah tiba. Dia harus pulang sekarang. Majlis resepsi tinggal lagi dua jam. Kalau dia tak pulang sekarang, entah jam berapa majlis mereka akan tamat. Ditambah dengan keadaan Aireen yang lemah sekarang ni.


            Perlahan, buat kali kedua bibir merah Fawwaz jatuh pada dahi Aireen. Lama kucupannya. “I love you, sayang.” Ucapnya sebelum bangkit dan melangkah pergi.

2 comments:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.