"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Wednesday, June 17, 2015

Truth or Dare -30-



Malam terakhir percutian mereka pasti barbeku menjadi pilihan. Mereka saling tolong-menolong membakar ayam yang diperam oleh Nisa dan Aireen sebelum mereka datang ke sini. Sosej dan beberapa lagi makanan sampingan yang dibeli mereka juga dipanggang sekali.

            “Nak!” Aireen hulurkan tangan kanannya pada Fawwaz. Nak minta kipas tangan yang digunakan untuk mengipas ayam.

            “Perempuan pergi mandi lautlah. Ni kerja lelaki.” Jengkel sahaja ayat Fawwaz. Dia kembali menyambung kerjanya. Sesekali ayam yang sudah bakar tu diterbalikkan bahagian sisinya.

            Aireen muncung bibir. Aku minta baik-baik weh. Dengan geram, Aireen rampas kipas tu dari tangan Fawwaz. Biar, biar dia rasa. Biar dia bengang. Kisah pulak aku.

            “Hey! Aku punya tu.” Jerit Fawwaz sebab terkejut. Main kasar, mana aci.

            Aireen jelir lidah. “I tak care.” Dia pula ambil tempat Fawwaz mengipas ayam yang dibakar atas tempat memanggang.

            Dengar Fawwaz mendengus. Aireen buat tak kisah. Aku minta elok-elok, kau tak kasi kan. Padan muka.

            “Aish. Gaduh buat apa? Ni ha ada lagi satu.” Datang Fikri hulur kipas tangan di tangannya pada Fawwaz. Fawwaz senyum sambil menyambut huluran kipas tu.

            Lepas siap semua kerja pem‘bakar’an, mereka duduk dalam satu bulatan. Menyambung kembali permainan Truth or Dare yang tak selesai semalam.

            “Nak air tak?” Tanya Aireen. Dah alang-alang dia bangkit nak ambil air, apa salahnya dia ambilkan untuk suaminya sekali. Anggukan dari Fawwaz buat dia bingkas berdiri. Dua cawan besar air ribena strawberi diambil dan diletakkan dihadapan mereka bersebelahan dengan dua pinggan berisi ayam bakar dan makanan sampingan.

            “Stop kat siapa semalam?” Tanya Johan. Dah seronok berjalan siang tadi buatkan dia lupa siapa punya pusingan yang terpaksa disambung malam ni.

            “Aku..” Fikri yang tengah kunyah sosej bersuara. Dia ambil botol plastik yang digunakan mereka semalam. Botol itu diputarnya laju. Semua mata tertumpu pada botol plastik yang berpusing tu. Perlahan-lahan botol tu berhenti. Dan penutup botol berwarna royal blue tu berhenti pada Farhan.

            “Darelah.” Jawab Farhan bersahaja.

            Fikri angguk kepala. “Bak telefon kau.” Minta Fikri. Farhan yang tertanya-tanya lantas serahkan telefonnya pada Fikri. Telefonnya juga dibuka kekunci. Bila dah kenalpasti apa yang dia perlu Farhan lakukan, dia taip sesuatu diskrin telefon Farhan.

            “Kau kenalkan nombor siapa ni?” Soal Fikri.

            Farhan amati nombor tu. “Nombor Prof. Har?” Yang lain dah telan liur. Prof. Har atau nama penuhnya Prof. Harmanina bermain-main dalam minda. Antara prof yang paling tegas dan garang dalam universiti mereka.

            “Aku nak kau call dia. Cakap yang kau rindu dia, then terus letak telefon.” Kening Fikri dimainkan. Bibirnya tersenyum.

            Yang lain yang mendengar dan menjadi saksi dah ternganga. Memang gila siapa yang dapat Dare dari Fikri ni. Sebelum ni, Dare dia suruh orang terjun dari bangunan tingkat satu fakulti kejuruteraan awam. Nasiblah bawah tu ada kolam renang. Kalau tak, memang patah kaki sebulan kot.

            “Kau gila.” Pernyataan dari Farhan tu buatkan Fikri gelak. Lelaki tu hanya jongket dua bahunya ke atas. Tak kisah orang nak gelar dia apa. Janji Dare tu harus dilaksanakan.

            Nampak wajah pucat tak berdarah Farhan bila telefonnya mula menghubungi nombor Prof. Har. “Hello?” Suara Prof. Har kedengaran. Masing-masing dah telan liur.

            “Prof. Har..” Ayat pertama dari Farhan. Fikri hanya senyum. Yang lain mendiamkan diri. “I miss you.” Terus di sentuh gagang warna merah pada skrin ditelefonnya. Lepastu nampak Farhan menjerit kuat. Aireen tepuk tangannya. Tak sangka, Farhan sanggup ambil Dare tu. Lelaki tu ada masa kot kalau dia nak tukar pilih Truth pula.

            “Aku dapat surat saman dari dia, aku cari kau dulu.” Geram aje suara Farhan masa tu. Matanya mencerlung tajam pada Fikri yang tergelak sambil tepuk tangan tu.

            Semuanya kembali duduk tempat masing-masing bila Farhan mula pusingkan botol plastik tu. Sementara Aireen masih lagi dengan fokusnya pada ayam dalam pinggan. Ayam bakar sedap kot. Rugi kalau tak habiskan.

            “Kenapa aku lagi?” Tanya Ilham tak puas hati. Semalam dia dah kena. Takkan harini pun dia kena lagi sekali? “Dare.” Tetap dijawabnya pertanyaan Farhan walaupun dalam hati macam nak sepak botol plastik tu dalam laut. Kenapa pilih aku?

            “Minum air ni.” Hulur Farhan. Akhirnya, tiba juga mangsa Darenya untuk kalini. Tak sia-sia dia siapkan air minuman tu pagi tadi.

            Tanpa syak apa-apa, Ilham langsung menelan air dalam cawan tu. Tapi sekejap aje sebelum air yang masuk dalam mulut dimuntahkan kembali. Hujung bibir dikesat. “Air apa ni?” Soalnya. Terjelir-jelir lidahnya nak hilangkan bermacam-macam rasa dalam air tu.

            Farhan gelak. “Air masak, plus kuah maggie tomyam, satu sudu ajinomoto dan satu sudu garam direndam semalaman.” Yang rendam semalaman tu memang dia sengaja tambah. Nak buat gimik.

            “What?!” Terbuntang mata Ilham lepas dengar. Gila. Nak buat dia ada tekanan darah tinggi ke apa ni?

            “Ni Hitler lagi seorang ni.” Gumam Fawwaz. Disetujui Johan dan Amin. Kaum perempuan yang lain dah gelak. Sampai bersembur air ribena yang diminum mereka lepas dengar kandungan yang terkandung dalam campuran minuman tu.

            “Alah, sikit aje tu.” Farhan menambah. Dia pun bukannya kejam mana nak suruh Ilham minum air tu banyak-banyak. Dah cukup okay apa dia buat dalam satu cawan kecil aje.

            “Damn kau, Han.” Degus Ilham. Dengan picitan tangan dihidungnya. Dia telan air tu. Pantas dia capai air masak yang disediakan selepas habis menelan air campuran tu. Sumpah, dia tak nak lagi pilih Dare kalau pemangsanya adalah Farhan.

            Bersama gelengan di kepala, Ilham putarkan botol plastik tu. Malam masih muda. Malam terakhir mereka disini pula tu. Lepasni entah bila lagi mereka akan berkumpul ramai-ramai macam ni lagi.

            “Hai biy..” Sapa Ilham bila botol tu menunjuk pada Nisa di sebelahnya. Tersenyum-senyum bibirnya pandang isterinya.

            “Truthlah.” Jawab Nisa.

            “Tak ekstremlah biy pilih Truth.” Rengek Ilham manja.

            “Truth!!” Nisa nekad. Bukan boleh percaya sangat dengan Ilham ni kalau dia pilih Dare. Mahu disuruhnya aku buat bukan-bukan, macam mana?

            “Tell me one thing you never told anybody?

            Laju aje Nisa membalas pertanyaan tu, “I love you!” Siap menjerit lagi si Nisa ni nak beritahu jawapan. Ilham yang mendengar dah buat-buat cairkan tubuhnya. Siap terbaring lagi atas pasir. Memang melampau.

            Aireen senyum aje bila tengok. Fawwaz di sebelah dah join yang lain gelak. Amin dah bersiul-siul dengan adegan tu. “Romancenya kauorang.” Ujar Dyana. Ini yang tak boleh tengok kalau ada orang say love you kat pasangan. Mulalah nak melt.

            Habis part tu, Nisa pusingkan botol tu. Dan Aireen jongket keningnya bila botol tu menunjuk padanya. Dia senyum kemudiannya sebelum jemarinya diletupkan.

            “So, Truth or Dare?” Soal Nisa. Dah tiba masanya pula dia kenakan Aireen. Semalam bukan main kau gelakkan aku kan. Harini kau rasa pula.

            “Dare.” Jawab Aireen berani. Pinggan atas riba diletakkan atas pasir. Beri sepenuh tumpuan pada Nisa.

            Nisa senyum bila dengar. “Kiss a player of your choice that you love the most.

            “What?!” Selaju ayat yang diucapkan Nisa, selaju itulah Aireen menyoal. Terkejut tentunya. Mata dah membulat sebab permintaan Nisa sangat diluar jangkaannya. Berkelip-kelip matanya pandang Nisa yang tengah tersenyum nakal tu.

            Aireen pandang yang lain juga. Nampak semua mulut dah terbuka sebab terkejut. “You kidding me, right?” Tanya Aireen lagi. Dia masih lagi tak percaya.

            “I’m not.

            “Dah, cepatlah cium Fawwaz tu.” Suruh Isha sambil gelak-gelak.

            “Siapa cakap aku nak cium dia?” Aireen dan jeling Fawwaz kat sebelah. Memang tidaklah dia nak cium lelaki tu kat sini. Malu okeh. Hal yang berlaku malam tadi pun malu dia tak hilang lagi.

            “Habistu?”

            “Kauorang kan ada.” Aireen sengih. Dare Nisa suruh dia cium satu pemain yang dia suka. Selain Fawwaz, kawan perempuannya pun dia boleh cium, bukan?

            “Ish, tak nak aku.” Isha dah pegang pipinya. Diikuti pula Nisa, Dyana, Fyka dan Mina. Sepakat tak nak aku ciumlah tu. Bunyi kapal terbang yang melintasi ruang udara mereka sikit pun tidak mengganggu tumpuan mereka meneruskan permainan ini.

            “Cepatlah. Masa berjalan ni. Dyana dari semalam tak kena.” Bebel Nisa sambil cekak pinggang. Sangat tak puas hati bila Dyana tak pernah kena langsung dengan mereka.

            “Ergh, fine! Cium kat pipi, kan?” Tanya Aireen.

            Nisa angguk. “Kau nak kiss kat bibir pun dialu-alukan.” Usik Nisa sambil gelak. Suka benar dia kenakan kawannya yang seorang ni.

            Aireen gosok hidungnya. Semua mata yang pandangnya buatkan dia rasa nak pengsan. Dia tak pernah lagi cium orang depan orang ramai macam ni melainkan cium Mama dengan Ayahnya. Nak cium Along dengan Angah depan orang ramai pun dia dah rasa nak pitam, ini apatah lagi nak cium Fawwaz.

            Aireen pegang leher Fawwaz lembut. Fawwaz balas dengan pegang pinggangnya. Aireen makin dekatkan wajahnya dengan pipi Fawwaz. Tapi sempat dia berpaling bila sesuatu melintas fikirannya. “Eskimo kiss, tak boleh eh?”

            “Nop!” Lagak hakim, Nisa bersuara.

            Aireen hembus nafas. Dia pejam mata sebelum cepat-cepat dia cium pipi suaminya. Bibir bawah digigit sesudahnya. Air liur ditelan. Sumpah, dia tak nak ulang tayang balik tragedi malam ni. Fuh.

            “Oh ibu.. Fik nak kahwin.” Fikri pegang kedua pipinya. Yang lain gelak kecuali Aireen.

            “Okaylah.. Sebab tinggal Yana aje yang masih belum kena. Biar dia jadi orang terakhir malam ni.”

            “Truth or Dare?” Tanya Aireen sesudah dia menstabilkan detak jantungnya.

            “Dare!” Jerit Dyana nyaring.


            Aireen bangkit. Semua mata pandangnya. “Kemas semua benda ni sampai tak ada satu sampah pun ditinggalkan.” Dia gelak lepas tu. Memandai dia aje suruh orang kemas. Mana teamwork menghilang entah.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.