Sebulan sudah hidup mereka
sejurus selepas Aireen dinaikkan pangkat menjadi MD. Malam tu, Aireen menemani
Fawwaz ke gelanggang futsal. Kalau bukan disebabkan esoknya rumah Fawwaz ada
buat majlis, dia takkan ikut lelaki ni ke sini. Bosan okay duduk tepi
gelanggang tengok yang lelaki tu kejar bola sepak dalam gol. Kalau menang dapat
duit tak apalah juga.
Esok abang Fawwaz, Fariez akan adakan majlis akikah untuk
anak pertamanya yang baru dilahirkan bulan lepas. Jadi nak tak nak, terpaksalah
Aireen ni tunjukkan wajah dihadapan sanak saudara sebelah Fawwaz.
Aireen angkat wajah dari pandang skrin telefonnya bila
dengar suara orang bersorak. Dia hanya pandang perjalanan kumpulan lelaki tu
keluar dari gelanggang futsal. Bila pandang jam, tahulah dia yang kaum lelaki
tu dah tamat main futsal.
“Tak pernah-pernah pula bawa Reen sebelum ni. Kenapa? Kauorang
ada date ke lepas ni?” Usik Ilham
sekali tayang sengihannya.
Aireen buat muka toya. Ilham kalau tak usik memang bukan
Ilham lah namanya. Part-time dia aku
rasa buat sesi mengusik tu. Aireen pandang sekeliling. Peratus kaum wanita ada
kat sini, memang boleh dikira dengan jari. Tertanya-tanya Aireen, diaorang tak
bosan ke? Aku yang baru duduk lima minit dah rasa mengantuk.
“Dah, jom.” Ajak Fawwaz. Nanti lewat pula sampai rumah.
Dah nak dekat tengah malam dah ni. Aireen bangkit.
“Tak melantak dulu ke, bro?” Tanya Fikri yang tengah
mengelap peluhnya dengan tuala ditangan. Jersi yang dia guna, jangan cakaplah.
Dah lencun dengan peluh dah. Sampai boleh nampak susuk tubuh diaorang.
Fawwaz tutup botol air mineral ditangan. “Tak kot. Dah
lambat sangat ni. Nanti Mummy aku cakap apa pula kitaorang datang lambat.” Beg
sukannya disangkut di bahu. “Esok datang eh.” Fawwaz ingatkan kawannya.
“Okay..” Masing-masing angkat peace.
“ADUH!” Aireen ketuk
kepalanya. Bibir bawah digigit. Macam mana aku boleh tertinggal? Aduhai.. Macam
nilah jadinya kalau kemas barang dengan tergesa-gesa. Kan dah tertinggal benda
paling penting tu?
“Kenapa ni?” Datang Fawwaz dari muka pintu bilik.
Terkejut juga dia bila dengar isterinya mengaduh macam tu. Siap ketuk kepala
lagi.
Aireen buka mulut nak bersuara, tapi tak sempat apa-apa
lagi, dia dengar bunyi pintu diketuk. Dia pandang Fawwaz suruh buka pintu sebab
dia tak sarung apa-apa untuk tutup kepala.
Fawwaz bangkit dan berjalan ke pintu. Nampak Puan Raudhah
berdiri di hadapan pintu. Dia hantar senyuman. “Yes Mummy?”
“Reen mana?” Tanya Puan Raudhah. Kepalanya menjengah ke
dalam bilik. Cari menantu perempuan keduanya. Dah semua anaknya lelaki, memang
kempunanlah dia nak dapat menantu lelaki pula.
“Aik Mummy. Terus lupa Fa nampak.” Usik Fawwaz.
Puan Raudhah senyum. Dicuit dagu anak keduanya. “Iyelah.
Tengah buat sesi nak melupakan semua anak Mummylah ni.” Agak selamba dan
sengih. “Ni, nak bagitahu, baju untuk dipakai esok Mummy dah iron, dah gantung dalam almari.” Sambung
Puan Raudhah lagi.
“Baju spesen ke Mummy?” Tanya Fawwaz. Dia tak tahu pula
tema esok sedondon.
“Ha’ah. Abang kamu yang nak buat macam tu.” Beritahu Puan
Raudhah. “Okaylah. Mummy masuk tidur dulu.” Kaki dijengketkan untuk mencium
kedua pipi anaknya. Dah memang perkara tipikal semenjak dahulu sebelum mereka
masuk tidur.
Fawwaz tutup pintu bilik lantas dikuncinya. Rumahnya ni
tengah ramai orang bertandang. Entah tetiba sekali ada orang masuk buat naya
kat dia, kan susah kalau pintu tak kunci.
Dia rebahkan tubuhnya atas katil. Selimut ditarik
sehingga tutup pinggangnya. Bantal ditepuk sebelum letak kepala. Suhu pendingin
hawa dikurangkan. Hmm, lagi satu tabiatnya yang terpaksa diubah selepas kahwin
ni. Isterinya tak tahan sejuk. Jadi suhu aircond
mesti dinaikkan kalau tak nak tengok hidung isterinya tiba-tiba berdarah.
Fawwaz kembali duduk selepas lima minit. Mana isteri aku?
Tadi bukan main mengantuk sangat. Ni dah sampai rumah, kenapa tak tidur lagi?
Matanya menangkap tubuh isterinya yang duduk dilantai tepi almari baju. Tengah
memeluk lutut sambil sembamkan wajahnya. “Kenapa ni?” Dia menghampiri
isterinya.
Aireen mendongak. Mengeluh pula selepasnya. Pegangan
Fawwaz pada tangannya hanya dipandang sepi. “I tertinggal beg baju kat rumah. Just bawa beg baju..” Dia berjeda. “..Dalam
aje.” Pandangannya ditundukkan. Leher digaru.
“Macam mana boleh tinggal? Bukan tadi dah bawa semua ke?”
Aireen geleng. “Hmm.. Cuainya.” Dia pekup wajahnya. Nak
pakai apa esok? Agak-agak kalau balik rumah ambil beg baju yang tertinggal tu,
sempat tak?
Fawwaz hembus nafas. Pelik juga dia bila isterinya cuai
macam ni. Selalunya, isterinya tak macam ni. Excited sangat nak balik rumah Mummy ke caner? Silanya dibetulkan.
“Sokay. Baju untuk esok, Mummy dah letak dalam almari. Lagipun, sehari ajekan
kita kat sini.” Bahu isterinya ditepuk.
Mata Aireen bersinar-sinar. Bibirnya ukir senyum. Esok
dah ada penyelamat. Thanks Mummy.
Tapi.. “Baju untuk malam ni? Takkan nak tidur pakai seluar jeans dengan blaus?”
Tak pernah lagi dia tidur pakai pakaian yang macam ni. Buat sesak nafas ajelah.
Fawwaz mendongak pandang syiling. Betul juga. Takkan nak
tidur dengan lingerie aje? Boleh
tergoda aku kalau macam tu. Tiba-tiba matanya pandang sesuatu dihujung kaki
isterinya. “Takkan dalam beg tu tak ada something
yang berguna?” Tanya Fawwaz.
Aireen buka zip plastik pakaian dalamnya. Dia selongkar
apa yang terkandung dalam ni. Bila dia dah padankan apa yang boleh dia gunakan
untuk malam ni, dia mengeluh. Tak pernah lagi dia berpakaian seksi macam ni
bila tidur. Tak apalah, sekali-sekala biar Fawwaz tenung dan tatap dirinya yang
seksi-seksa malam ni. Sekaligus, boleh topup pahala untuk dia.
Aireen keluar dari bilik air lepas dah siap bersihkan
diri. Nampak suaminya dah terlelap atas katil. Lampu tidur pun dia dah tutup.
Tak adalah Aireen malu sangat kalau suaminya nampak dirinya dalam
terang-benderang. Dia baring atas katil. Telefonnya dicapai. Ada satu pesanan
WhatsApp dari Nisa. Lepas dah baca, dia larikan jemarinya atas skrin untuk
membalas kembali pesanan dari Nisa tu.
Aireen menguap. Tak sempat dia nak tutup mulut, dia rasa
ada satu tangan dah tutup mulutnya sehingga dia selesai menguap. “Lain kali
tutup mulut. Nanti syaitan masuk.” Tegur Fawwaz kat sebelah.
Aireen menjeling. Nak tutuplah tadi tu. Tak sempat nak
tutup, kau dah tutup dulu. Sajelah tu cari pasal. Aireen tarik selimut sampai
paras dadanya. Dia pandang kiri dan kanannya. “Alahhh.. Tak ada bantal peluk.”
Gumam Aireen perlahan. Macam mana nak tidur kalau tak peluk bantal?
Dengar Fawwaz mendengus kat sebelah. Lepastu Aireen rasa
pinggangnya dipeluk. Bila dia mendongak nak pandang suaminya, tepat-tepat
hujung hidungnya berlaga dengan pipi kiri Fawwaz.
“Dah ada bantal peluk, kan?” Perlahan aje suara tu
keluar. Erat pelukan Fawwaz pada pinggang isterinya. “By the way, dear. You turn me onlah.” Dia hembus nafasnya di leher
jinjang isterinya.
Jantung Aireen tak tenang lepas dengar. “Jangan nak
mengada. I tengah period ni.” Aireen
peluk lengan Fawwaz di perutnya. Dan ini bukan kali pertama mereka tidur
serapat ni. Kadang-kadang Aireen sampai tak sedar yang dia tengah peluk Fawwaz,
bukan peluk bantalnya.
“You look so sexy.”
Penuh perasaan Fawwaz bersuara. Lepastu dia cium leher isterinya. Pelukan tu
makin diketatkan.
“Fawazz!!” Aireen ketap gigi. Perut suaminya disiku.
Okay, dia patut fikir banyak kali selepas ni kalau nak tidur dengan hanya
bersinglet lebar bahagian dada dan berlegging.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.