Aireen mendengus bila rasa lenanya dikacau. Siapa pula yang kacau tengah-tengah
dia syok tidur ni? Memang cari nahaslah tu. Pantas satu tangan yang mencuit
tapak kakinya ditendang kuat. Lepastu dia senyum bila dengar ada orang
mengaduh. Rasakan.. Kacau lagi aku tidur.
Selimut ditarik
menyelubungi segenap tubuhnya. Bila dah hujung minggu macam ni, selagi matahari
tak tegak atas kepala, selagi tak dengar suara Puan Afizah memekik panggil dia,
memang tak menceliklah Aireen Humaira ni.
“Bangunlah..” Suara tu
menyapa lagi. Punggung Aireen ditepuknya dua kali. Kenapa susah sangat nak
kejut dia bangun ni? Okay, pelajaran baru untuk dia juga hari ni. Aireen,
memang payah nak bangkit dari tidur.
“Ai.. Bangun, pleasee. Dah tengahari ni.” Fawwaz lekap
tangannya di dahi Aireen. Tak panas sangat macam subuh tadi. Ni yang rasa macam
menyesal biar isterinya tidur selepas subuh. Puan Afizah dah beritahu tadi yang
jangan benarkan Aireen tidur semula lepas solat Subuh, nanti dia liat nak
bangun. Sekarang, rasalah..
“Ai..” Badan Aireen
digoncang.
“Sekejaplah.. Lima minit
aje.” Aireen merengek. Penat hari semalam terbawa-bawa pula sampai harini.
Badannya dah rasa sengal-sengal dah ni. Kena pergi berurut rasanya ni. Betulkan
balik urat sendi yang lenguh ni.
“No! Bangun sekarang. Aku simbah dengan air sejuk nanti.” Fawwaz dah
keluarkan aura kejamnya. Baru ingat nak letak jawatan lepas dia paksa Aireen
makan ubat dengan cari paling kejam malam tadi. Tapi sekarang, isterinya macam
suruh dia buat lagi saja benda kejam macam tu. Aish..
“Ye.. Bangunlah ni.”
Aireen duduk bersama mata yang terpejam. Dia gosok hidungnya yang gatal.
Mulutnya terbuka tanda menguap tanpa ditutup. Fawwaz yang melihat dah geleng
kepala. Buruk betul perangai.
“Aku kira sampai tiga..
Kau tak sedarkan diri juga, aku humban kau dalam bilik air.” Keras nada Fawwaz.
Nak kejut bangun aje pun. Kenapa susah sangat?
“Satu!” Fawwaz bulatkan
matanya bila Aireen macam berura-ura nak jatuhkan badannya atas tilam semula.
“Dua!” Fawwaz dah dekatkan
dirinya dengan isterinya. Cukup sampai tiga kiraannya, memang dia angkat tubuh
isterinya humban dalam bilik air juga.
“Ti...”
“Ya.. Bangun dah ni.”
Aireen buka mata. Dia mendengus sekejap. Nafas dihembus. Dia pandang anak mata
lelaki dihadapannya tajam. “Apa kau nak? Mengacau aku tidur aje.” Bebel Aireen
geram.
Fawwaz senyum. Dia duduk
disebelah Aireen. Rapat. Sampai bahu mereka bersentuhan. “Pergi mandi.” Arahnya.
“Ish!” Aireen mendengus
lagi. Dia tolak tubuh sasa Fawwaz ke tepi. Selimut yang membalut tubuhnya
dihuraikan perlahan. Tak lama bila dia sedar sesuatu. Dia peluk semula selimut
tu. Tangan yang masih di dalam selimut dibawa meraba seluruh tubuhnya.
Aireen lepas nafas lega
bila pakaiannya masih membalut tubuhnya. Dia pandang Fawwaz. “Kau.. Err, maksud
aku, kita ada buat something ke malam
tadi?”
Fawwaz senyum nakal. Dia
kembali labuhkan duduk ditempat tadi. Makin lebar senyumannya bila tangannya
yang mahu memeluk tubuh isterinya ditampar. “Malam tadi kita tak ada buat
apa-apa pun. Tapi lepas Subuh tadi,,” Fawwaz matikan ayatnya. Sesaje usik
isterinya.
“Kau..” Wajah Aireen dah
berubah. Apa yang diaorang dah buat lepas Subuh tadi? “Buat apa?” Sambungnya
lagi.
Fawwaz dekatkan wajahnya
dengan wajah Aireen. Hidung mereka berlaga. Eskimoo kiss. Bila bibirnya
didekatkan dengan bibir isterinya, dia terhenti dan mengaduh tiba-tiba. Dahinya
digosok perlahan. Kureng kau, Ai. Boleh kau hentakkan dahi kau dengan dahi aku?
“Gila kejam kau.”
Aireen pandang Fawwaz.
Masih tertanya-tanya, apa yang mereka dah buat. Apakah mereka dah laksanakan
benda yang satu tu? Ohh.. Malunya aku kalau dah. Aireen gigit bibir. Terasa
panas wajahnya.
Fawwaz gelak bila nampak
pipi isterinya yang blushing.
Perlahan dia tepuk lembut pipi tu. “Jangan risaulah. Kita tak buat apa-apa pun.
Kita just tidur sambil.. Berpelukan.
Ohh sweetnya.” Sepenuh jiwa, Fawwaz
bersuara. Penuh kejujuran. Memang mereka tak buat apa-apa selain hanya tidur
sambil peluk-memeluk.
“Peluk?” Tinggi suara
Aireen naik. Aku peluk dia? Dia peluk aku? Aireen pandang ke lantai tepi katil.
Nampak bantal peluk yang setia bersamanya sepanjang masa ni dah tidur di situ.
Aireen memang suka peluk bantal bila tidur. Kalau dia tak peluk apa-apa, nanti
dia tak boleh tidur. Jadi betullah apa yang Fawwaz cakap tadi? Aku peluk dia?
“Peluk aje pun.” Gumam
Fawwaz. Satu majalah di atas meja yang diambilnya tadi dibuka dan diselak
halaman demi halaman.
Sempat Aireen dengar
gumaman suaminya tu. “Tetap bersentuhan juga.” Dia bangkit dan turun dari
katil. Almari dia hampiri. Tuala mandi yang sememang disangkut disitu dia capai
dan masuk bilik air.
Fawwaz menggeleng. Baru
hari pertama tidur bersama dah bising memekak macam tu. Macam mana lepas ni?
Takkan nak memekak setiap hari kot? Hmm..
Majalah ditangan dia letak
tepi. Kakinya melangkah ke rak yang menempatkan buku-buku bacaan isterinya.
Banyak novel adalah. Perempuan dengan novel.. Dah kalau addicted sangat, sampai sanggup buka kedai jual novel aje.
Laci pertama meja dia
buka. Dah alang-alang Aireen tengah mandi, bolehlah dia godeh bilik anak dara
orang ni. Dalam laci tu ada berhelai-helai keping surat. Surat pertama dia
ambil dan baca.
Berkerut-keru dahinya baca
tulisan di atas dada surat tu. Surat tawaran sambung belajar di Canada? Satu
surat yang terselit dibelakang surat tu dibacanya sekali. Yang ni pula, surat
tawaran sambung belajar dalam Malaysia aje. Dua-dua surat tu pada tarikh yang
sama.
Fawwaz masih lagi tak
faham. Kenapa Aireen pilih tawaran sambung belajar dalam Malaysia aje sedangkan
ada universiti yang tawarannya lulusan dari luar negara?
Dia hembus nafas. Mungkin
Aireen ada alasan yang tersendiri. Hmm.. Setiap manusia berhak buat keputusan
sendiri. Surat tu disimpannya semula. Laci ditutup. Laci kedua pula dibuka.
Hanya penuh dengan poskad. Poskad yang bermacam-macam jenis terkumpul di situ.
Tak tahu pula dia yang Aireen suka poskad.
Laci ketiga pula dibuka.
Dalam laci tu hanya ada sebuah buku berkulit hitam. Fawwaz duduk dikerusi dan
capai buku tebal tu. Helaian pertama dibuka. Ada satu gambar Aireen tengah
tersenyum manis. Gadis tu bertopi dan berjubah warna biru gelap. Ditangannya
pegang kemas satu skrol warna biru turquoise. Di dinding dalam gambar tu
tertulis Hari Graduasi Tingkatan Lima. Dan dibawah gambar tu tertulis, ‘Aireen
Humaira Punya’ bersama tandatangannya.
Helaian seterusnya dibuka.
Ada tulisan tangan. Tulisan Aireen!
Hmm.. Memasing dah ada laluan hidup sendiri. Along dengan
kerjanya yang tak pernah habis. Angah dengan penerbangannya yang tak tentu
masa. Alang dengan jarak pengajiannya yang beribu-ribu batu. Tinggallah aku
sendiri kat sini. Huh. Bosannyaaa..
P/s : Aku perlu kahwin gamaknya. Biar ada peneman seumur
hidup. Bhahaa XD
Fawwaz gelak.
Mengikut dari tarikh yang tertulis dihujung tulisan tu, adalah dalam tahun
pertama pengajian Aireen di universiti. Gatal betul. Belajar tak habis lagi dah
pasang niat nak kahwin.
Helaian seterusnya
diselak. Kalini tulisan tu berwarna hitam. Dia mula membaca,
Ohh gosh.. Finally I meet him. Yeah, it him. Totally him!
J
Kalini Fawwaz
kerutkan dahinya. Aireen jumpa siapa? Nampak berdasarkan tulisan tangan yang
tertulis, yang Aireen macam gembira dapat jumpa seseorang tu. Tapi siapa?
Tak sempat nak selak
helaian seterusnya, telinga Fawwaz menangkap bunyi pintu bilik air terbuka.
Cepat-cepat dia letak kembali buku ditangan dalam laci. Laci ditutup sebelum
dia melompat naik atas katil buat-buat baca kembali majalah yang dibeleknya
pada awal.
“Fawwaz..” Panggil Aireen
lembut. Dalam hati dah berkira, samada nak halau Fawwaz keluar sekejap atau
minta tolong lelaki tu. Aku pun satu, macam mana boleh terlupa nak bawa baju
salin masuk bilik air sekali?
“Yes?” Fawwaz pandang kepala Aireen yang terjegul dibalik bilik air.
“Tolong aku boleh tak?”
Ternaik sebelah kening
Fawwaz. Kali pertama dalam sejarah, Aireen meminta pertolongan darinya. “Tolong
apa?”
“Hmm..” Aireen gigit
bibir. Nak halau dia, rasa macam kurang ajar pula. “Tolong ambilkan baju aku
dalam almari. Aku lupa bawa sekalilah.”
Fawwaz senyum. Dari
baring, dia duduk. Majalah ditolak ke tepi. Ambil baju? “Baju apa?” Tanyannya
sambil melangkah ke almari baju. Pintu almari dibuka. Hmm, susunan dan lipatan
baju yang kemas. Setiap pakaian diletakkan mengikut kaum. Tak macam aku, baju
melayu dengan baju t-shirt dicampur adukkan sekali. Nampaknya, aku kena ikut
cara isteri aku susun bajulah nampaknya.
“Suka hatilah.” Balas
Aireen.
“Kenapa kau tak keluar aje
ambil sendiri?” Sambil mencari, sambil tu mulutnya menyoal. Baju apa nak ambil
ni? Baju kurung? Motif apa pula nak pakai baju kurung harini? Mata Fawwaz
tiba-tiba tertancap pada sesuatu dalam almari tu. Bibirnya ukir senyuman.
“Tak nak aku.” Aireen
masih sabar menunggu. Memang gilalah kalau dia yang berkemban ni nak keluar ambil
baju. Malulah aku. Tak pernah-pernah nak tayang badan kat lelaki.
Tapi dia kan suami kau.
Dapat pahala lagi.
Err.. Ahh! Syuh syuh..
Pergi, pergi sana.
“Nah!” Fawwaz datang
hulurkan sesuatu. Baju berwarna putih bersama seluar tracksuit. Aireen sambut
huluran tu sambil ucap terima kasih. Dia masuk dalam bilik air dan tutup pintu.
Tapi pergerakannya mati bila Fawwaz menghalang. Pintu bilik air kembali dibuka.
Dia jengulkan kepalanya sekali lagi. “Apa dia?”
Fawwaz kembali ke almari
dan capai sesuatu. “I think you need
these.” Bersama senyuman nakal tangkap miangnya tu, Fawwaz hulurkan sesuatu
yang berwarna merah terang tu.
Aireen yang melihat dah
telan liur. Makin merah wajahnya saat ni. Dia pejam mata sebelum nafasnya
dihembus. Fawwaz ni memanglah. Suka buat aku malu tau. “Ya, you’re right. I am really need that.” Suaranya ditekankan.
Geram. Bengang.
Bra dan seluar dalamnya
yang dipegang Fawwaz dirampas kuat. “Thank
you.” Dia terus tutup pintu bilik air dengan kuat.
Arghhh!!!! Fawwaz bengong.
Dari dalam bilik air dah
boleh dengar suara Fawwaz yang tergelak besar kat luar. Sukalah tu kenakan aku.
Aireen capai baju warna putih yang dihulur Fawwaz tadi selepas selesai pakai
tracksuitnya. Terbuka mulutnya bila nampak apa yang dipegangnya sekarang ni.
“Fawazzz!!!” Jeritnya
geram. Siot betullah. Aku suruh ambil baju. Yang dia pergi menggatal ambil
singlet yang lebar bahagian dada ni buat apa? Memang cari nahaslah Fawwaz ni.
Baru hari pertama dah buat dia sakit jiwa.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.