Matanya pandang
gambar-gambar yang dijumpanya dalam laci meja. Banyak juga gambar yang dia
jumpa. Penuhlah juga satu laci tu dengan kepingan gambar. Kebanyakkan gambar tu
adalah gambar Fawwaz. Dari zaman dia tadika sampailah yang sekarang ni. Memang
dia akui yang Fawwaz amat kacak dari kecil.
Tapi mata Aireen lebih tertarik pada satu gambar. Gambar
lelaki tu berjubah hitam. Dikepalanya tersangkut topi graduasi dan ada satu
skrol pada tangannya. Tersenyum pandang kamera bersama sebelah tangannya
memegang satu bahu yang berdiri di sebelahnya.
Aireen amati seorang wanita di sebelah Fawwaz ini. Juga
mengenakan jubah hitam dan bertopi graduasi di kepala. Tapi di tangannya pegang
sejambak bunga besar. Aireen telan liur. Siapa perempuan ni?
“Siapa suruh selongkar orang punya barang?” Bersama tu,
kepingan gambar di tangan Aireen dirampas. Gambar tu diletakkan dalam laci tadi
sebelum ditutup laci itu rapat.
Tak sempat Aireen nak minta maaf kerana menceroboh barang
kepunyaan orang lain, Fawwaz sudah menutup pintu bilik air. Kuat. Sampai
terhinjut badan Aireen sebab terkejut. Dia marah ke?
Aireen duduk atas katil bila Fawwaz keluar dari bilik
air. Lelaki itu buat tak endah pada Aireen dan terus baringkan tubuhnya di sebelah
Aireen. Selimut ditarik dan langsung lelapkan matanya.
“Fawwaz..” Takut-takut Aireen bersuara. Sungguh, dia tak
pernah lagi nampak lelaki ni berkelakuan macam ni. Dia, takut.
“Just sleep.”
Dingin suara tu.
Aireen mengeluh. Lampu tidur ditutup sebelum dia tarik
selimut. Dia, tak boleh nak lelap dengan suasana macam ni.
Siapa perempuan tu? Persoalan tu kembali bermain-main
dimindanya. Mungkin Ilham tahu. Dia harus berjumpa dengan lelaki tu. Ya.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.