Pages

Search This Blog

11 Jun 2015

Truth or Dare -27-



Aireen mendengus bila rasa lenanya dikacau. Siapa pula yang kacau tengah-tengah dia syok tidur ni? Memang cari nahaslah tu. Pantas satu tangan yang mencuit tapak kakinya ditendang kuat. Lepastu dia senyum bila dengar ada orang mengaduh. Rasakan.. Kacau lagi aku tidur.

            Selimut ditarik menyelubungi segenap tubuhnya. Bila dah hujung minggu macam ni, selagi matahari tak tegak atas kepala, selagi tak dengar suara Puan Afizah memekik panggil dia, memang tak menceliklah Aireen Humaira ni.

            “Bangunlah..” Suara tu menyapa lagi. Punggung Aireen ditepuknya dua kali. Kenapa susah sangat nak kejut dia bangun ni? Okay, pelajaran baru untuk dia juga hari ni. Aireen, memang payah nak bangkit dari tidur.

            “Ai.. Bangun, pleasee. Dah tengahari ni.” Fawwaz lekap tangannya di dahi Aireen. Tak panas sangat macam subuh tadi. Ni yang rasa macam menyesal biar isterinya tidur selepas subuh. Puan Afizah dah beritahu tadi yang jangan benarkan Aireen tidur semula lepas solat Subuh, nanti dia liat nak bangun. Sekarang, rasalah..

            “Ai..” Badan Aireen digoncang.

            “Sekejaplah.. Lima minit aje.” Aireen merengek. Penat hari semalam terbawa-bawa pula sampai harini. Badannya dah rasa sengal-sengal dah ni. Kena pergi berurut rasanya ni. Betulkan balik urat sendi yang lenguh ni.

            “No! Bangun sekarang. Aku simbah dengan air sejuk nanti.” Fawwaz dah keluarkan aura kejamnya. Baru ingat nak letak jawatan lepas dia paksa Aireen makan ubat dengan cari paling kejam malam tadi. Tapi sekarang, isterinya macam suruh dia buat lagi saja benda kejam macam tu. Aish..

            “Ye.. Bangunlah ni.” Aireen duduk bersama mata yang terpejam. Dia gosok hidungnya yang gatal. Mulutnya terbuka tanda menguap tanpa ditutup. Fawwaz yang melihat dah geleng kepala. Buruk betul perangai.

            “Aku kira sampai tiga.. Kau tak sedarkan diri juga, aku humban kau dalam bilik air.” Keras nada Fawwaz. Nak kejut bangun aje pun. Kenapa susah sangat?

            “Satu!” Fawwaz bulatkan matanya bila Aireen macam berura-ura nak jatuhkan badannya atas tilam semula.

            “Dua!” Fawwaz dah dekatkan dirinya dengan isterinya. Cukup sampai tiga kiraannya, memang dia angkat tubuh isterinya humban dalam bilik air juga.

            “Ti...”

            “Ya.. Bangun dah ni.” Aireen buka mata. Dia mendengus sekejap. Nafas dihembus. Dia pandang anak mata lelaki dihadapannya tajam. “Apa kau nak? Mengacau aku tidur aje.” Bebel Aireen geram.

            Fawwaz senyum. Dia duduk disebelah Aireen. Rapat. Sampai bahu mereka bersentuhan. “Pergi mandi.” Arahnya.

            “Ish!” Aireen mendengus lagi. Dia tolak tubuh sasa Fawwaz ke tepi. Selimut yang membalut tubuhnya dihuraikan perlahan. Tak lama bila dia sedar sesuatu. Dia peluk semula selimut tu. Tangan yang masih di dalam selimut dibawa meraba seluruh tubuhnya.

            Aireen lepas nafas lega bila pakaiannya masih membalut tubuhnya. Dia pandang Fawwaz. “Kau.. Err, maksud aku, kita ada buat something ke malam tadi?”

            Fawwaz senyum nakal. Dia kembali labuhkan duduk ditempat tadi. Makin lebar senyumannya bila tangannya yang mahu memeluk tubuh isterinya ditampar. “Malam tadi kita tak ada buat apa-apa pun. Tapi lepas Subuh tadi,,” Fawwaz matikan ayatnya. Sesaje usik isterinya.

            “Kau..” Wajah Aireen dah berubah. Apa yang diaorang dah buat lepas Subuh tadi? “Buat apa?” Sambungnya lagi.

            Fawwaz dekatkan wajahnya dengan wajah Aireen. Hidung mereka berlaga. Eskimoo kiss. Bila bibirnya didekatkan dengan bibir isterinya, dia terhenti dan mengaduh tiba-tiba. Dahinya digosok perlahan. Kureng kau, Ai. Boleh kau hentakkan dahi kau dengan dahi aku?

            “Gila kejam kau.”

            Aireen pandang Fawwaz. Masih tertanya-tanya, apa yang mereka dah buat. Apakah mereka dah laksanakan benda yang satu tu? Ohh.. Malunya aku kalau dah. Aireen gigit bibir. Terasa panas wajahnya.

            Fawwaz gelak bila nampak pipi isterinya yang blushing. Perlahan dia tepuk lembut pipi tu. “Jangan risaulah. Kita tak buat apa-apa pun. Kita just tidur sambil.. Berpelukan. Ohh sweetnya.” Sepenuh jiwa, Fawwaz bersuara. Penuh kejujuran. Memang mereka tak buat apa-apa selain hanya tidur sambil peluk-memeluk.

            “Peluk?” Tinggi suara Aireen naik. Aku peluk dia? Dia peluk aku? Aireen pandang ke lantai tepi katil. Nampak bantal peluk yang setia bersamanya sepanjang masa ni dah tidur di situ. Aireen memang suka peluk bantal bila tidur. Kalau dia tak peluk apa-apa, nanti dia tak boleh tidur. Jadi betullah apa yang Fawwaz cakap tadi? Aku peluk dia?

            “Peluk aje pun.” Gumam Fawwaz. Satu majalah di atas meja yang diambilnya tadi dibuka dan diselak halaman demi halaman.

            Sempat Aireen dengar gumaman suaminya tu. “Tetap bersentuhan juga.” Dia bangkit dan turun dari katil. Almari dia hampiri. Tuala mandi yang sememang disangkut disitu dia capai dan masuk bilik air.

            Fawwaz menggeleng. Baru hari pertama tidur bersama dah bising memekak macam tu. Macam mana lepas ni? Takkan nak memekak setiap hari kot? Hmm..

            Majalah ditangan dia letak tepi. Kakinya melangkah ke rak yang menempatkan buku-buku bacaan isterinya. Banyak novel adalah. Perempuan dengan novel.. Dah kalau addicted sangat, sampai sanggup buka kedai jual novel aje.

            Laci pertama meja dia buka. Dah alang-alang Aireen tengah mandi, bolehlah dia godeh bilik anak dara orang ni. Dalam laci tu ada berhelai-helai keping surat. Surat pertama dia ambil dan baca.

            Berkerut-keru dahinya baca tulisan di atas dada surat tu. Surat tawaran sambung belajar di Canada? Satu surat yang terselit dibelakang surat tu dibacanya sekali. Yang ni pula, surat tawaran sambung belajar dalam Malaysia aje. Dua-dua surat tu pada tarikh yang sama.

            Fawwaz masih lagi tak faham. Kenapa Aireen pilih tawaran sambung belajar dalam Malaysia aje sedangkan ada universiti yang tawarannya lulusan dari luar negara?

            Dia hembus nafas. Mungkin Aireen ada alasan yang tersendiri. Hmm.. Setiap manusia berhak buat keputusan sendiri. Surat tu disimpannya semula. Laci ditutup. Laci kedua pula dibuka. Hanya penuh dengan poskad. Poskad yang bermacam-macam jenis terkumpul di situ. Tak tahu pula dia yang Aireen suka poskad.

            Laci ketiga pula dibuka. Dalam laci tu hanya ada sebuah buku berkulit hitam. Fawwaz duduk dikerusi dan capai buku tebal tu. Helaian pertama dibuka. Ada satu gambar Aireen tengah tersenyum manis. Gadis tu bertopi dan berjubah warna biru gelap. Ditangannya pegang kemas satu skrol warna biru turquoise. Di dinding dalam gambar tu tertulis Hari Graduasi Tingkatan Lima. Dan dibawah gambar tu tertulis, ‘Aireen Humaira Punya’ bersama tandatangannya.

            Helaian seterusnya dibuka. Ada tulisan tangan. Tulisan Aireen!

Hmm.. Memasing dah ada laluan hidup sendiri. Along dengan kerjanya yang tak pernah habis. Angah dengan penerbangannya yang tak tentu masa. Alang dengan jarak pengajiannya yang beribu-ribu batu. Tinggallah aku sendiri kat sini. Huh. Bosannyaaa..
P/s : Aku perlu kahwin gamaknya. Biar ada peneman seumur hidup. Bhahaa XD

            Fawwaz gelak. Mengikut dari tarikh yang tertulis dihujung tulisan tu, adalah dalam tahun pertama pengajian Aireen di universiti. Gatal betul. Belajar tak habis lagi dah pasang niat nak kahwin.

            Helaian seterusnya diselak. Kalini tulisan tu berwarna hitam. Dia mula membaca,

Ohh gosh.. Finally I meet him. Yeah, it him. Totally him! J

            Kalini Fawwaz kerutkan dahinya. Aireen jumpa siapa? Nampak berdasarkan tulisan tangan yang tertulis, yang Aireen macam gembira dapat jumpa seseorang tu. Tapi siapa?

            Tak sempat nak selak helaian seterusnya, telinga Fawwaz menangkap bunyi pintu bilik air terbuka. Cepat-cepat dia letak kembali buku ditangan dalam laci. Laci ditutup sebelum dia melompat naik atas katil buat-buat baca kembali majalah yang dibeleknya pada awal.

            “Fawwaz..” Panggil Aireen lembut. Dalam hati dah berkira, samada nak halau Fawwaz keluar sekejap atau minta tolong lelaki tu. Aku pun satu, macam mana boleh terlupa nak bawa baju salin masuk bilik air sekali?

            “Yes?” Fawwaz pandang kepala Aireen yang terjegul dibalik bilik air.

            “Tolong aku boleh tak?”

            Ternaik sebelah kening Fawwaz. Kali pertama dalam sejarah, Aireen meminta pertolongan darinya. “Tolong apa?”

            “Hmm..” Aireen gigit bibir. Nak halau dia, rasa macam kurang ajar pula. “Tolong ambilkan baju aku dalam almari. Aku lupa bawa sekalilah.”

            Fawwaz senyum. Dari baring, dia duduk. Majalah ditolak ke tepi. Ambil baju? “Baju apa?” Tanyannya sambil melangkah ke almari baju. Pintu almari dibuka. Hmm, susunan dan lipatan baju yang kemas. Setiap pakaian diletakkan mengikut kaum. Tak macam aku, baju melayu dengan baju t-shirt dicampur adukkan sekali. Nampaknya, aku kena ikut cara isteri aku susun bajulah nampaknya.

            “Suka hatilah.” Balas Aireen.

            “Kenapa kau tak keluar aje ambil sendiri?” Sambil mencari, sambil tu mulutnya menyoal. Baju apa nak ambil ni? Baju kurung? Motif apa pula nak pakai baju kurung harini? Mata Fawwaz tiba-tiba tertancap pada sesuatu dalam almari tu. Bibirnya ukir senyuman.

            “Tak nak aku.” Aireen masih sabar menunggu. Memang gilalah kalau dia yang berkemban ni nak keluar ambil baju. Malulah aku. Tak pernah-pernah nak tayang badan kat lelaki.

            Tapi dia kan suami kau. Dapat pahala lagi.

            Err.. Ahh! Syuh syuh.. Pergi, pergi sana.

            “Nah!” Fawwaz datang hulurkan sesuatu. Baju berwarna putih bersama seluar tracksuit. Aireen sambut huluran tu sambil ucap terima kasih. Dia masuk dalam bilik air dan tutup pintu. Tapi pergerakannya mati bila Fawwaz menghalang. Pintu bilik air kembali dibuka. Dia jengulkan kepalanya sekali lagi. “Apa dia?”

            Fawwaz kembali ke almari dan capai sesuatu. “I think you need these.” Bersama senyuman nakal tangkap miangnya tu, Fawwaz hulurkan sesuatu yang berwarna merah terang tu.

            Aireen yang melihat dah telan liur. Makin merah wajahnya saat ni. Dia pejam mata sebelum nafasnya dihembus. Fawwaz ni memanglah. Suka buat aku malu tau. “Ya, you’re right. I am really need that.” Suaranya ditekankan. Geram. Bengang.

            Bra dan seluar dalamnya yang dipegang Fawwaz dirampas kuat. “Thank you.” Dia terus tutup pintu bilik air dengan kuat.

            Arghhh!!!! Fawwaz bengong.

            Dari dalam bilik air dah boleh dengar suara Fawwaz yang tergelak besar kat luar. Sukalah tu kenakan aku. Aireen capai baju warna putih yang dihulur Fawwaz tadi selepas selesai pakai tracksuitnya. Terbuka mulutnya bila nampak apa yang dipegangnya sekarang ni.


            “Fawazzz!!!” Jeritnya geram. Siot betullah. Aku suruh ambil baju. Yang dia pergi menggatal ambil singlet yang lebar bahagian dada ni buat apa? Memang cari nahaslah Fawwaz ni. Baru hari pertama dah buat dia sakit jiwa.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai