Pages

Search This Blog

13 Jun 2015

Truth or Dare -28-



Aireen bangkit dengan mamainya. Pintu bilik dipulas. Tapi tak sempat dia sudahkan pulasannya dia dah rasa tubuhnya ditarik seseorang dari belakang. Sampai dia terduduk depan pintu bilik air. Bila mendongak, dia nampak wajah Fawwaz yang tanpa perasaan tu.

            “Apa masalah kau ni? Aku nak keluarlah.” Geram campur bengang aje Aireen rasa bila pandang wajah tu. Buat sakit jiwa. Tak habis-habis cari masalah.

            “Agak-agaklah.. Nak keluar pun, pakailah tudung. Or tak pun, just wear anything yang boleh tutup rambut kau tu. Ham ada kat luar kan..” Lembut ayat tu meluncur di bibir merah Fawwaz. Dia capai tuala warna biru miliknya dan diletakkan atas kepala isterinya. Lepastu dia bantu Aireen berdiri. Dan sama-sama melangkah keluar dari bilik.

            Sementara Aireen, masih lagi terkedu. Dia rasa bersalah. Bersalah sebab dah anggap yang bukan-bukan pada suaminya. Perlahan dia pegang tangan Fawwaz di sebelah. Dia pandang wajah lelaki tu. “Sorry.” Ucapnya.

            Fawwaz senyum. Nah, inilah Aireen. Kalau dia buat salah, dia akan cepat-cepat minta maaf. Tak kira salahnya tu kecil ataupun besar. Bahu isterinya dipeluk. “Sokay. Tak apa.”

            “Wah, wah pengantin baru ni.” Tu dia.. Datang Ilham dengan Nisa keluar dari bilik. Ilham duduk di sofa yang disediakan disebelah Fawwaz. Sementara Nisa bergerak ke dapur. Dan muncul kembali bersama satu cawan dihadapannya. Dia ambil tempat disebelah Aireen yang kosong.

            Semua mata pandang kaca televisyen yang menayangkan cerita komedi. Tadaa.. Disinilah mereka. Sehari selepas aje majlis menyambut menantu di rumah Fawwaz, mereka terus bergerak ke Port Dickson. Tak sempat Aireen nak berkenalan dengan sanak saudara Fawwaz, lelaki tu dah seret dia datang sini. Gila kejam.

            Semua mata tertumpu pada telefon Fawwaz yang berdering atas meja. Tak lama, hanya ambil masa dalam lima saat sebelum Fawwaz tamatkan talian. Dia pandang kawannya. “Fik bagitahu, kalau nak naik banana boat baik turun sekarang sebab tempat tu tutup pukul enam setengah jap lagi.”

            Semua mata pandang jam, dah jam lima suku. Hmm, esok mereka dah rancang nak pergi tempat lain. Mesti dah tak sempat nak naik banana boat tu. “Jomlah..” Aireen yang paling bersemangat bangkit. Tak pernah naik kot. Teruja dia lain macam.

            Lepas dah pakai pakaian yang sesuai, mereka berjalan keluar. “Tak kunci ke?” Tanya Nisa pada Ilham.

            “Hmm, tak payah kot. Ada kita-kita aje kat tingkat ni.” Balas Ilham. Setiap tingkat, hanya ada tiga rumah aje. Disini, mereka menyewa tiga apartment. Sebelah kanan, aparment kaum perempuan manakala yang lelaki disebelah kiri. Mereka yang dah kahwin ni, satu apartment. Cukuplah tu, bilik pun ada dua aje setiap apartment.

            Mereka turun guna tangga sebab apartment mereka ditingkat satu. Sekali-sekala exercise. Sampai di tepi pantai, mereka terpaksa turun guna tangga yang disediakan untuk sampai ke laut.

            “Wahh, laut!” Jerit Aireen girang. Siap tepuk tangan sebab seronok jumpa laut.

            “Takut laut lagi tak?” Fawwaz sengih.

            Aireen jeling suami dia. Mulalah tu cari pasal. Bibirnya dimuncungkan. Lepas tanggalkan selipar, dia berjalan ke laut. Makin lama tubuhnya makin dijamah air laut. Tapi tak sempat dia nak menyelam, dah rasa lengannya ditarik. Dia menoleh. Fawwaz.

            “Nak pergi mana?” Soal lelaki itu.

            “Mandi lautlah.” Balasnya. “Jom mandi sekali.” Ajaknya.

            Fawwaz senyum sinis. “Apa barang ajak aku mandi kat sini. Cuba ajak aku mandi sekali dalam bilik air. Seluas bilik air, body aku aku gadaikan.” Dia gelak.

            Aireen julingkan matanya. Tak kuasa. Tunggulah hati aku dah terbuka nak ajak dia mandi sekali sama-sama. Eh, macam ada niat aje.

            “Jomlah pergi sana. Diaorang dah tunggu tu.” Fawwaz tarik tangan isterinya ke tempat kawan-kawan mereka dah menunggu.


AIREEN duduk di tepi kolam. Kakinya dimasukkan dalam air kolam. Dari berada di laut, kini mereka berada di kolam yang disediakan resort yang mereka diami ni. Dalam kolam renang yang besar ni, hanya dengar suara kawan-kawannya aje yang menjerit sebab kedalaman kolam renang ni mencecah seluruh tubuh mereka. Sebab tulah Aireen tak berani nak mandi sama. Takut tenggelam. Dah lah dia tak pandai berenang.

            “Jomlah masuk sekali.” Ajak Fawwaz. Siap tarik-tarik kaki Aireen dalam air.

            Aireen menggeleng. “Tak naklah. Nanti aku tenggelam. Dah lah dalam.” Balasnya.

            “Mana ada dalam. Tengok ha.. Paras leher aku aje.” Ujar Fawwaz sambil membuat teorinya. Sudah tu dia siap renjis-renjis air dalam kolam tu pada Aireen.

            Aireen jeling suaminya. Paras leher Fawwaz belum tentu paras leher Aireen lagi. Dah mereka ni berbeza ketinggian. Kalau dah Fawwaz cakap air tu paras leher dia, mahunya tenggelam terus Aireen dalam kolam ni. Tinggi dia pun sampai ketiak lelaki tu aje.

            “Don’t worrylah. Aku kan ada.” Fawwaz capai tangan isterinya. Pantas Aireen tarik balik tangannya. Tak berani. Dia belum nak mati lagi. Kang sia-sia aje mati katak kat sini sebelum sempat jadi isteri solehah untuk Fawwaz.

            “Jap..” Fawwaz melihat sekeliling. Aireen hanya memerhati. Apa dia nak buat ni? Nampak Fawwaz bercakap sesuatu dengan seorang budak kecil dalam kolam tu. “Dik. Boleh pinjam pelampung satu tak? Akak ni nak guna.” Ucap Fawwaz sambil tunjuk Aireen di tepi kolam.

            Aireen yang mendengar dah membuntang. Dia sanggup minta budak kecil yang ada pelampung lebih dari satu tu untuk aku? Nampak budak lelaki tu angguk sambil hulurkan pelampung yang bercorak Ben 10 pada Fawwaz.


            Fawwaz pandang isterinya. Sebelah keningnya dijongketkan. “Nah. For sure kau takkan tenggelam punya.” Sengih.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai