"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, June 15, 2015

Truth or Dare -29-




Aireen duduk sebelah Isha. Telefon ditangan dislide bila dapat Whatsapp dari Angah di Aussie. Katanya Angah, dia kirim ole-oleh dari bumi Port Dickson. Harap aje drebar kapal terbang, tapi Port Dickson pun tak pernah jejak. Apalah..

            “Reen..” Isha di sebelah cuit bahu Aireen.Tersengih-sengih dia pandang Aireen yang makin berseri wajahnya selepas kahwin ni.

            “Apa dia?” Soalnya lembut. Matanya masih lagi pada telefon di tangan.

            “Kau dengan Fa tu, apa citer?”

            Aireen jongket kening. “Cerita apa?”

            “Alah, buat-buat tak faham pula. Kau dengan dia okay? Selalu bertekak lagi ke?” Tambah Mina di sebelah.

            Aireen senyum seraya menggeleng. Nak tergelak pun ada. Macam tak percaya yang dia dengan Fawwaz tu boleh jadi suami isteri. Hmm.. “Biasalah, bertekak tu memang wajib. Haha.. But, he’s caring, what. Banyak pasal dia yang aku dapat tahu. Dia baik sebenarnya. Cuma aku aje yang selalu anggap yang dia buruk.” Jujur Aireen. Dua minggu jadi isteri Fawwaz ni, banyak mengenai lelaki tu yang dia tahu.

            “Nah.. I’ve told you before. Tak kenal, maka tak cinta. Kan?”

            Aireen angguk. Setuju dengan ayat Isha.

            Fawwaz baik sebenarnya. Cuma kekadang ayat yang keluar dari mulut dia tu aje yang berbisa. Di setiap perbuatannya yang nampak kejam tu, sebenarnya dia nak tunjukkan betapa caringnya dia pada aku. Macam masa dia bagi aku makan ubat sebelum ni. Perbuatan dia memang nampak kejam. Tapi hanya ada satu sebab aje yang memaksa dia buat macam tu. Untuk menyembuhkan aku.

            Contoh lain, masa dia nak kejut aku solat Subuh. Aku memang liat nak bangun Subuh. Pernah sekali aku terfikir nak tuang solat. Tapi balasan yang aku dapat, Fawwaz angkat aku campak dalam tab mandi dalam bilik air. Menggigil kesejukan aku masa tu. Dan sebab kenapa dia buat macam tu, nak suruh aku solat Subuh. Itu aje.

            “Aku doakan kauorang bahagia sampai jannah.” Isha pegang tangan Aireen. Aireen angguk. Insya-Allah.


LEPAS makan malam, mereka melepak di tepi laut. Menghirup angin malam di tepi laut yang dingin. Setiap dua minit sekali, pasti kedengaran bunyi kapal terbang di udara. Maklumlah, kawasan percutian mereka kali ni agak dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Setiap kali Aireen terpandangkan kapal terbang yang tenang berterbangan di udara, setiap kali itulah Aireen akan berdoa, semoga Angahnya selamat memandu kapal terbang tu pergi dan balik. Dia masih belum bersedia mahu kehilangan Angahnya. Masih banyak lagi perkara yang belum mereka laksanakan bersama.

            “Hmm.. Sunyi. Aman aje.” Gumam Nisa di sebelah. Sempat dia depakan tangannya nak merasa angin sepoi-sepoi bahasa waktu malam ni.

            “Angin.. Sampaikan salam ku pada insan yang jauh di mata tapi dekat di hati.” Tergelak yang lain bila dengar ayat jiwang yang diungkapkan Farhan. Sejak bila pula Farhan ambil bidang sastera ni?

            “Apsal kauorang gelak?”

            “Untuk siapa bro?” Soal Amin.

            “Ayah aku..” Perlahan sekali ayat balas Farhan. Yang lain berpandangan. Fawwaz gigit bibir. Rasa berdosa sebab ketawakan apa yang diucapkan Farhan tadi. Tak sangka pula ayat jiwang tadi tu buat ayah Farhan yang sudah pergi menghadap Illahi. Kalau tahu, mesti dia takkan gelak tadi.

            “Ermm, kauorang.. Aku jumpa ni.” Fikri yang tadi menghilang tiba-tiba muncul bersama satu botol plastik di tangan. Sekaligus membawa pergi suasana suram tadi.

            “So?” Tanya mereka serentak. Lupa dah pasal arwah ayah Farhan tadi. Semua tumpuan tertumpu pada Fikri.

            “Truth or Darelah, jom.” Ajaknya girang.

            Semuanya senyum. Dah kalau bercuti ramai-ramai macam ni, memang tak sah kalau tak main permainan ni. Mereka semua buat bulatan di pasir pantai tu. Dah tak jumpa meja yang besar yang muatkan mereka berdua belas orang ni, jadi atas pasir ajelah tempatnya. Johan datang bersama satu papan licin di tangannya. Papan tu diletakkan ditengah-tengah bulatan dan botol plastik yang berisi sedikit air untuk seimbang putaran botol, diletakkan atasnya.

            “Sini, sini..” Fawwaz panggil isterinya yang baru tiba dari berjalan di gigi air. Orang dah hilang rasa fobianya pada air, memang tak lekanglah dengan air laut. Boleh dia cakap dengan aku dia nak jadikan air laut ni kawan baik dia.

            Aireen duduk di sebelah Fawwaz. Pelik dia bila semua orang duduk dalam satu bulatan. “Buat apa ni?” Soalnya.

            “Truth or Dare.” Balas Fawwaz sambil senyum. Dengan permainan ni ajelah dia boleh tahu isi hati masing-masing.

            “Aku nak spin dulu.” Ujar Dyana. Dia putarkan botol atas papan tu. Masing-masing berdebar menanti mangsa. Dyana senyum bila botol tu berhenti pada Fyka. “Truth or Dare?” Soalnya.

            “Truth.” Ucapnya. Masih tak ada mood lagi nak pilih Dare.

            Dyana angguk. Dia berdehem sekejap. “Apa pandangan kau tentang Fik?” Tanyanya. Semua mata pandang Fikri. Nampak wajah Fikri berubah bila namanya disebut.

            “Hmm.. Fikri. Dia, handsome.” Fikri senyum. “Dia baik, caringloving.” Makin melebar senyuman di bibir Fikri. “Tapi dia pemalas.” Mati senyuman di bibir Fikri bila tiba-tiba ayat tu keluar di bibir Fyka. Baru ingat nak belanja Fyka makan. “Suka tiru assigment aku masa study. Suka sakitkan hati orang. Degil. Nakal. Pokok pangkalnya, memang out of list lah dari calon lelaki idaman aku.” Jujur Fyka. Puas dia utarakan semua tu. Dah lama sebenarnya dia nak luahkan. Tapi tak pernah kesampaian sebab dia jaga hati dan perasaan Fikri. Dah sekarang orang tanya, aku jawablah.

            “Siot kau.” Fikri dah cekak pinggang. Matanya mencerlung mata Fyka.

            “Aish.. Mula sini, habis sini.” Nisa bersuara lantang. Tergeleng kepala dia lihat perangai kawan-kawannya.

            Fyka pusingkan botol plastik tu. Penutup botol berhenti dan menunjuk pada Johan di sebelah Dyana. “Dare.” Itu pilihan Johan. Fyka angguk. Dia gosok tangannya yang kesejukan. Mata Fyka pandang sekeliling. Dan mata helangnya itu terhenti pada sepasang kekasih yang tengah makan burger di bangku bawah pohon kelapa tidak jauh dari mereka.

            “Kau nampak couple tu? Tak tahulah couple atau laki bini. Nampak kan?” Tanya Fyka. Takut pula kalau Johan salah faham. “Pergi sana, jerit I love you kat perempuan tu, sampai kitaorang semua kat sini dengar.” Fyka sudahkan arahannya dengan satu jongketan di keningnya.

            Dengar sorakan yang lain. Amboii, suka sangat eh. Tang kenakan orang memang nombor satu, bila kena diri sendiri, mulalah berdolak-dalih.

            Johan telan liur. “Gila kau. Laki tu scary weh.” Johan tak berani. Nampak aje badan lelaki tu yang sasa, dia rasa macam nak undur diri. Kang kena lunyai kat sini macam mana?
            “Alah, kata pantang dicabar.” Fyka dah silang tangan di dada.

            Johan mengeluh. Dia memang pantang dicabar. Tapi agak-agaklah. Tengoklah keadaan sama. Badan lelaki tu, dua kali ganda dari badan dia kot. Tapi.. Ahhh, it just a game. Johan bangkit. Pasir yang melekat di seluar dikibasnya. Selipar yang jadi alas duduk disarung ke kaki.

            Dari jauh, mereka hanya nampak Johan lambat-lambat bergerak ke pasangan yang tengah bercinta tu. Nampak Johan berjabat tangan dengan lelaki tu. Johan pandang ke arah mereka sebelum berbual sesuatu dengan lelaki tu. Sesekali lelaki tu mengangguk.

            “Kauorang dengar eh?” Jerit Johan dari kejauhan. Yang lain angkat ibu jari. Beberapa saat kemudian, dengar Johan menjerit, “I love you, Cinta!” Yang lain menepuk tangan. Sekali dengan gelak mereka hadiahkan untuk Johan. Bravo Johan..

            “Cinta?” Tanya Aireen bila Johan baru labuhkan duduk ditempatnya tadi.

            “Nama dia, Cinta.” Beritahu Johan jujur. Tak gempaklah nak cakap ayat cinta tu tapi tak tahu nama. Aireen angguk. “Laki dia tak marah?” Soal Aireen lagi.

            Johan geleng. “Sporting adalah. Sempat tukar nombor telefon lagi.” Sengih.

            “Dah, spin.” Suruh Fyka pada Johan.

            Putaran Johan terhenti pada Mina. “Lompat bintang sambil nyanyi lagu Siti.” Itu arahan yang diberi Johan disebabkan Dare yang dipilih Mina.

            “What?!” Bukan aje Mina, yang lain juga turut sama terkejut dengan Dare Johan. Lompat bintang? Gila!

            “Lagu apa?” Mina sahut Dare dari Johan tu. Alah, bukan selalu orang nak suruh kita buat macam ni. Masa-masa macam ni ajelah dapat tengok.

            “Kesilapanku Keegoanmu.” Antara lagu faberet Johan.

            “Aku mana hafal sangat lagu jiwang tu.”

            “Apa yang kau hafal, kau nyanyi ajelah. Bersepah lirik pun tak apa, asal kau nyanyi.”
            Mina hembus nafas. Dengan berkaki ayam dia buat lompat bintang. Mulutnya pula terkumat-kamit menyanyikan lagi Dato’ Siti Nurhaliza.

“Suasana sepi kini menambahkan hening
Di dalam hatiku
Mengadil sikapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu..”
            “Terima kasih semua..” Dia tunduk hormat. Yang lain pakat tepuk tangan. Yeah, walaupun nafas Mina tak sampai dengan muzik asal lagu tu, atleast dia berani sahut cabaran tu. Hmm..

            “Caiyokk! Boleh ganti Siti dah tu.” Jerit Ilham. Nisa kat sebelah makin bertambah-tambah gelaknya.

            Semua mata pandang Ilham bila penutup botol yang dipusingkan Mina menunjuk padanya. Tu lah, tadi gelakkan aku sangat kan. Sekarang kau rasa.

            “So?

            “Dare.”

            Mina senyum sampai nampak gigi.

            “Macam ekstrem aje Dare kau ni.” Ilham dah rasa lain macam bila nampak senyuman Mina tu.

            “Tak adalah ekstrem mana. Just aku nak kau humban Nisa dalam laut aje.” Bersahaja arahan Mina. Yang lain dah ternganga. Mina gelak seorang diri.

            “Why me?” Nisa dah berkerut. Kenapa Dare Ilham, aku yang jadi mangsa?

            Mina jungkit bahu dengan pertanyaan Nisa. Dia senyum aje. Masa-masa macam ni lah nak buat jahat kat orang.

            Ilham pandang Nisa. “So how?

            Nisa perlahan menggeleng. “Tak ada baju lagi dah.” Nisa gigit bibir. Dia pandang geram pada Mina.

            “Alah tidur tak payah pakai bajulah. Dengan laki kau juga.” Selamba aje Aireen bersuara. Bukan dia berada di pihak Mina, tapi iyelah. Sekali-sekala nak tengok Nisa kena macam ni. Apa salahnya?

            “Sampai hati kau, Reen.” Aireen cepat-cepat palingkan wajahnya bila Nisa baling pasir padanya. Ini lagi siot. Memang patut pun Mina suruh buat macam tu. Biar dia rasa. Huh. Tak nak kawan Nisa dah.

            “Biy..” Ilham panggil Nisa. Di satu sisi dia rasa macam nak humban aje isterinya dalam laut. Di satu sisi lagi, dia rasa kesian pula. Isteri dia kot.

            “I redha, biy.” Bersama wajah separa nak menangisnya, Nisa relakan dirinya dihumban dalam laut.

            Sekejap aje, tak sampai pun lima minit, Ilham dengan Nisa dah kembali ke tempat mereka berkumpul. Nampak Nisa tengah menggigil kesejukan. Dengan pakaiannya yang dah lencun dari hujung rambut sampai hujung kaki.

            Aireen yang melihat dah ketawa besar. “Padan muka kau.” Selamba aje dia bersuara. Tapi tangannya tetap hulur kardigen yang diguna Nisa tadi pada empuanya milik. Bolehlah juga buat penghilang rasa sejuk.

            “Cover sikit gelak tu.” Bisik Fawwaz di telinga.

            Aireen tersenyum sambil tayang gigi taringnya pada Fawwaz. “Maap. Maap.” Senyum. Air masak di tangan Fawwaz diambil sebelum diteguknya perlahan. Angin malam ni buat dia rasa lapar balik aje. Nasiblah dalam rumah tu ada stok maggie.

            “Dare.” Pilih Amin bila botol yang dipusing Ilham berhenti padanya. Naik dua kali keningnya. “Kau nak suruh aku buat apa? Masukkan gambar dalam Insta, Reen dah suruh.” Sambil tunjuk pada Aireen. “Nyanyi dalam air pun Yana dah suruh.” Menunjuk pada Dyana pula. “Lompat katak, Han dah suruh juga.” Tunjuk pada Farhan. “Apa lagi?” Cerita Amin. Kalau botol berhenti padanya, memang Dare ajelah yang dia pilih. Baru mencabar, kan?

            Ilham berfikir sejenak. Sungguh, dia tak ada idea nak suruh Amin buat apa. “Hah!” Jari dipetik. “Kau selalu layan Running Man, kan?” Tanya Ilham. Amin angguk. “Aku nak kau buat tarian yang selalu Kwang Soo buat.” Senyum.

            Amin mati senyum. Tarian yang selalu si Zirafah tu buat? “Aduh, mana aku reti.” Ucapnya.

            “Jangan nak tipu. Baru tadi siang kau buat sebelum kita turun laut.” Farhan pecah rahsia Amin. Yang lain dah gelak. Amin jeling Farhan sebab cerita benda tu. Macam menyesal pula buat benda tu tadi. Aish..

            “Iyelah..” Amin bangkit. Berkaki ayam, dia laksanakan tarian yang selalu Kwang Soo lakukan di dalam rancangan Running Man. Memang persis dengan Amin yang tinggi macam Kwang Soo tu. Sepadan aje.

            Fawwaz jongket kening bila botol yang diputar Amin berhenti padanya. “Truth lah. Aku tak ada jiwa lagi nak pilih Dare.” Dengar yang lain bersuara tak puas hati. Permainan tengah ‘panas’ ni. Boleh pula Fawwaz ambil soal jawab aje?

            “Hmm.. Impian kau?”

            Fawwaz tergelak bila dengar soalan dari Amin. Macam budak tadika duk tanya impian masing-masing. Hahaa.. “Impian aku.. Nak kahwin dengan Jessica Jung.” Fawwaz pandang dada langit lepas bersuara. Dia gelak seorang diri bila dengar yang lain turut sama gelak.

            “SNSD tu ke?” Tanya Amin. Dia pun minat juga dengan Jessica tu. Cantik kot. Selalu juga perempuan tu masuk Running Man jadi artis jemputan.

            Fawwaz angguk. Dia memang dah lama sangat minat kat Jessica tu. Sampaikan semua pasal artis tu dia tahu.

            “Orang sebelah jeling aje weh.” Usik Ilham lepastu gelak.

            Fawwaz toleh sisinya. Buat seketika matanya beradu dengan mata Aireen. Nampak Aireen jongket sebelah kening. Fawwaz balas dengan sengihan dibibir. “And I praise Allah for sending Ai to me. Tak dapat Jessica yang real, dapat yang klon pun jadilah.” Dia senyum.

            “Kau tengah confess ke caner?” Tanya Amin. Tersenyum-senyum dia bila dengar ayat Fawwaz tadi. Bukan dia seorang aje, yang lain pun sama. Tak caya? Tengok yang perempuan tu, Dyana, Nisa, Isha, Fyka dan Mina, senyuman diaorang dah sampai telinga lepas dengar luahan dari Fawwaz.

            Fawwaz gelak sebelum jongket bahu. Dengar tepukan dari yang lain.

            “Tak sangka, impian kau tercapai.” Ilham bersuara. Bahu Fawwaz ditepuknya lembut. Dia pandang Aireen lepastu. Sangat tak sangka. Kali pertama dia pandang Aireen, dia ingatkan Aireen tu Jessica. Sebab wajah mereka serupa. Cuma yang beza, gigi aje. Gigi Aireen ada satu batang yang taring.


            “Kan..” Setuju Fawwaz.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.