Pages

Search This Blog

19 Jun 2015

Truth or Dare -31-



Aireen pandang tapak tangannya. Selalunya, corak inai pengantin di belakang tangan, tapi tidak bagi Aireen. Ukiran inai yang diminta Adibah ukirkan untuknya di tapak tangan kirinya. Hanya ditapak tangan kirinya aje dia menyuruh Adibah ukirkan corak inai tu. Kukunya, tidak langsung terpalit inai.

            Dah tiga minggu mereka mendirikan rumah tangga. Warna ukiran inai ditapak tangan kirinya pun sudah semakin pudar warnanya. Alhamdulillah, dia bahagia dengan kehidupannya sekarang ni. Semoga dia terus tabah menghadapi alam perkahwinan yang akan mendatang.

            Cuti kahwinnya dan juga Fawwaz masih berbaki tiga hari lagi. Nampaknya, dalam masa tiga hari ni memang mereka bertentang mata ajelah tak buat apa-apa.

            Aireen menoleh bila dengar bunyi derapan kaki menuruni anak tangga dibelakangnya. Matanya hanya melihat pergerakan bersahaja Fawwaz menuruni anak tangga sambil bernyanyi kecil. Berbaju t-shirt kosong dan berjeans hitam. Sekali pakej dengan rambut landaknya.

            Dia hanya jongketkan sebelah keningnya bila Fawwaz hulur senyuman padanya. “I nak keluar sekejap. Dalam lima belas minit aje, lepastu I baliklah.” Fawwaz bersuara. “Nak ikut?” Tambahnya lagi.

            Aireen pandang lelaki tu yang tengah cabut charge dari telefonnya. “Tak naklah. Malas nak siap.” Dia berjeda sekejap sebelum sambung, “Pergi mana aje?” Lima belas minit aje? Boleh percaya ke ni? Baju lawa-lawa takkan lima belas minit aje keluar? Aireen musykil.

            “Secret Recipe. Tetiba mengidam pula.” Fawwaz sengih.

            Aireen kerut dahi. Mengidam? Dia telan liur. “Belikan cheese cake sekali, boleh?” Pintanya. Dia pun dah lama tak makan kek keju buatan Secret Recipe. Hmm, dua-dua mengidam nampaknya.

            “New York?” Soalnya Fawwaz. Aireen angguk. New York Cheese Cake memang dah lama jadi kegemarannya bila ke sana. Kekadang, kalau tak makan kat situ, dia selalu bungkus bawa balik aje. Makan kat rumah lagi seronok. Boleh terbayang-bayang tengah makan kek dengan orang tersayang.

            “Hmm..” Langkah Fawwaz yang menghala ke pintu mati bila dia teringat sesuatu. Lantas dia menoleh pandang Aireen yang tengah khusyuk menghadap laptop. Layan Facebook sebenarnya. “Kalau lepas lima belas minit I tak balik lagi, rajin-rajinkan tangan tu telefon eh.” Pesanannya buat isteri.

            “Okay bos.” Lepastu Aireen hanya dengar bunyi enjin kereta dihidupkan dan perlahan-lahan menghilang. Tahulah dia yang Fawwaz dah bergerak pergi. Aireen pandang jam, dah jam tiga lima sembilan minit petang. Kira pukul empatlah tu dia keluar. Empat suku dia tak balik juga, memang aku repot polis cakap suami aku hilang!

            Apa.. Dah Fawwaz sendiri yang cakap kalau dalam masa lima belas minit dia tak balik, suruh aku telefon. Dia tak cakap pun suruh telefon siapa. Telefon polislah tu kot.

            Aireen sandarkan tubuhnya di sofa. Mindanya terbang ke beberapa hari lepas di mana hari pertama setelah mereka pulang dari bercuti di Port Dickson. Masa tu di rumah Aireen.

            “Kenapa kau berbeza dengan Alang eh?” Tanya Fawwaz sewaktu mereka tengah berehat di gazebo. Aireen ambil peluang dengan memberi ikan peliharaan Mama makanan mereka.

            Aireen pandang suaminya yang tengah terbaring sambil menjadikan lengannya sebagai alas kepala. “Maksud?”

            “Alang tu cakap lembut aje. Yang kau, cakap asal boleh nak menyindir aku.”

            Aireen jeling suaminya. Makanan ikan dalam tangan, dia ambil secubit sebelum dilemparkan pada Fawwaz. Cakap, asal boleh tak berlapik. Nasiblah aku ni jenis yang tak makan hati.

            Fawwaz duduk. “Lagi sikit masuk mulut aku makanan ikan tu, aku lemaskan kau dalam kolam ni.” Sarkastik aje nada suara Fawwaz. Nasib baik dia sempat tepis makanan ikan yang dilempar tepat ke wajahnya.

            “Berani buatlah. Aku penggal kepala kau buat sup nanti.” Aireen jelir lidah. Dijelingnya suami disebelahnya.

            Fawwaz betulkan topi yang tersangkut dikepalanya. Topi tu dicabut sebelum diletakkan di atas kepala Aireen. Aireen yang terkejut dengan tindakan tu, menoleh. “Kau ni.. Macam Angahlah. Suka sangat letak topi atas kepala aku.” Dia cekak pinggang.

            “Iyelah.. Topi aku tu murah aje. Beli pun kat kedai dua singgit. Mana boleh lawan peak cap Angah yang berjawatan tu.” Nada jauh hati aje Aireen dengar. Dia menggeleng. Macam tak ada kena mengena ajelah perbualan mereka dengan ayat Fawwaz tadi.

            “Hey!” Satu suara datang dari belakang. Nampak Anaqi berjalan dengan satu pinggan ditangannya. Lelaki tu labuhkan duduk di sebelah Fawwaz.

            “Nak tegur something ni.” Anaqi bersuara. Dah lama dah dia nak tegur pasal perkara ni. Tapi semedang tu ada ajelah yang mengganggu. Dah alang-alang ada kelapangan waktu sekarang ni, bolehlah dia teruskan tegurannya yang sentiasa tergendala ni.

            “Apa dia?” Aireen betulkan duduk. Bila Angah cakap nak tegur sesuatu, pasti telinganya sedia mendengar. Sebab hanya Angah aje yang selalu sangat tegur Aireen. Dan setiap teguran tu akan Aireen terima untuk memperbaiki kelemahan dirinya.

            “Tahukan berjayanya sesuatu syarikat tu disebabkan sifat ketuanya sendiri? Dah kalau ketua pun baik, hormat staf, jaga kebajikan pekerjanya, insya-Allah syarikat tu akan maju. Dan begitu juga sebaliknya.” Anaqi telan liur sebelum menyambung. “Kauorang dah kahwin, and both of you ada jawatan tersendiri dalam syarikat. Apa perasaan kauorang, bila kauorang yang ketua ni, yang patut dihormati, staf kauorang panggil nama aje. Or tak pun, gelarkan aku-kau dengan kauorang?”

            Baik Aireen mahupun Fawwaz hanya berpandangan.

            “Mesti kauorang rasa tak seronok, kan? Rasa tak dihormati, kan?” Aireen angguk. Mestilah rasa macam nak pecat aje staf tu. Memandai dia aje tak hormat aku yang ketua ni.

            “Nah, samalah juga dalam rumah tangga.” Anaqi pandang Fawwaz. “Kau tak rasa yang Ai ni tak hormat kau ke sebagai suami bila kauorang gelarkan diri memasing aku-kau?” Anaqi pandang pula Aireen. “Tak rasa yang Fa tak sayang Ai ke bila dia hanya panggil Ai, kau-aku?”

            Suami isteri tu terdiam.

            “Tak kisahlah kauorang kahwin ni atas dasar cinta ataupun tak. Tapi rasa hormat tu mesti kena ada dalam diri masing-masing untuk pasangan. Dan salah satu cara nak wujudkan rasa hormat tu, dengan gelaran panggilan kauoranglah. Faham tak?”

            Teguran dari Anaqi ini diterima Aireen sebaik-baiknya. Perlahan dia mengangguk. Betul juga apa yang Angah cakap ni. Dalam rumah tangga mesti kena ada rasa hormat antara satu sama lain.

            “Angah tak kisah kauorang nak panggil aku-kau sekalipun. Tapi jangan sampai Mama dengan Ayah dengar. Kalau diaorang dengar, Angah tak jamin yang taik telinga kauorang tu akan cair berapa liter.” Senyum.

            “Hmm, okaylah. Angah nak masuk dah. Kejap lagi kena fly pergi US.” Anaqi bangkit. Tapi dia tak sambung langkahnya. Sebaliknya, dia pandang adik dan adik iparnya. “Ohh ya.. Fa, Ai ni dah langkah bendul. So, aku nak cincin dua puluh lima karat.” Selamba aje ayat tu keluar. Anaqi gelak dengan ayatnya sendiri.

            Aireen senyum segarit. Bila masa pula aku langkah bendul dia?

            Dan bermula dari saat tu, kata ganti nama diri mereka berubah. Sampailah sekarang. Walaupun dia tak panggil Fawwaz dengan panggilan abang, tapi dengan hanya panggilan sekarang ni pun dah wujudkan rasa hormat dalam diri Aireen untuk suaminya.

            “Fikir apa senyum sensorang ni?” Suara tu mematikan lamunan dan senyuman dibibir Aireen. Dia menoleh. Nampak Fawwaz letak kunci kereta atas meja. Dan satu plastik dihulurkan pada isterinya.

            Aireen pandang jam. Empat tiga belas minit petang. Betullah kata lelaki ni. Dia keluar sekejap aje. Hmm.. Fawwaz, seorang yang tepati janji. Satu lagi fakta untuk Aireen.

            Aireen pandang isi dalam plastik tu. Dia keluarkan dua kotak Secret Recipe. Tersenyum bibirnya bila melihat dua kotak kecil tu. Kotak kecil yang berisi kek tu diletakkan atas meja. Dia pandang Fawwaz yang tengah menonton televisyen. “Nak air apa?”


            Tanpa pandang isterinya, Fawwaz bersuara, “Air epal.” Dia pandang isterinya. “Ais batu banyak sikit. Tak nak lambat eh?” Senyum.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai