Pages

Search This Blog

24 Jun 2015

Truth or Dare -33-




Matanya pandang gambar-gambar yang dijumpanya dalam laci meja. Banyak juga gambar yang dia jumpa. Penuhlah juga satu laci tu dengan kepingan gambar. Kebanyakkan gambar tu adalah gambar Fawwaz. Dari zaman dia tadika sampailah yang sekarang ni. Memang dia akui yang Fawwaz amat kacak dari kecil.

            Tapi mata Aireen lebih tertarik pada satu gambar. Gambar lelaki tu berjubah hitam. Dikepalanya tersangkut topi graduasi dan ada satu skrol pada tangannya. Tersenyum pandang kamera bersama sebelah tangannya memegang satu bahu yang berdiri di sebelahnya.

            Aireen amati seorang wanita di sebelah Fawwaz ini. Juga mengenakan jubah hitam dan bertopi graduasi di kepala. Tapi di tangannya pegang sejambak bunga besar. Aireen telan liur. Siapa perempuan ni?

            “Siapa suruh selongkar orang punya barang?” Bersama tu, kepingan gambar di tangan Aireen dirampas. Gambar tu diletakkan dalam laci tadi sebelum ditutup laci itu rapat.

            Tak sempat Aireen nak minta maaf kerana menceroboh barang kepunyaan orang lain, Fawwaz sudah menutup pintu bilik air. Kuat. Sampai terhinjut badan Aireen sebab terkejut. Dia marah ke?

            Aireen duduk atas katil bila Fawwaz keluar dari bilik air. Lelaki itu buat tak endah pada Aireen dan terus baringkan tubuhnya di sebelah Aireen. Selimut ditarik dan langsung lelapkan matanya.

            “Fawwaz..” Takut-takut Aireen bersuara. Sungguh, dia tak pernah lagi nampak lelaki ni berkelakuan macam ni. Dia, takut.

            “Just sleep.” Dingin suara tu.

            Aireen mengeluh. Lampu tidur ditutup sebelum dia tarik selimut. Dia, tak boleh nak lelap dengan suasana macam ni.


            Siapa perempuan tu? Persoalan tu kembali bermain-main dimindanya. Mungkin Ilham tahu. Dia harus berjumpa dengan lelaki tu. Ya.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai