Pages

Search This Blog

27 Jun 2015

Truth or Dare -34-



Aireen tamatkan panggilan yang bersambung tadi. Dari Angah. Seperti kebiasaannya, pasti lelaki itu akan bertanya khabar dirinya dan Fawwaz. Ahh Angah, ini yang buat aku makin tambah sayang pada dia. Selalu ambil berat dan peduli tentang adik-beradiknya yang lain. Berbanding Along, Angah lebih matang dalam segala hal.

            Pintu yang diketuk dari luar buatkan Aireen mendongak. “Coming..” Pintu terbuka dan masuk setiausahanya dengan senyuman. Setiausahanya ini memang murah dengan senyuman. Tak kira masa, bila kena marah dengan Aireen pun dia tetap tersenyum.
            “Ada someone nak jumpa Puan Reen.” Beritahu Safura.

            Aireen kerut dahi. Setahunya, dia tak ada perjumpaan dengan sesiapa waktu sebegini. Melainkan ada mesyuarat dengan Realm Holding sekejap lagi. “Siapa?” Soalnya.

            “Saya tak tahu, tapi dia cakap dia kawan Puan Reen.”

            Aireen bermain-main dengan telefon ditangan. “Suruh dia masuk.” Arah Aireen penuh hemah. Mungkin kawan lamanya. Tapi siapa?

            “Hai..” Dan Aireen mendongak. Membulat matanya sebab terkejut. Tak disangka kawan inilah yang datang berjumpanya. Aireen bingkas berdiri. Lelaki dihadapannya ini dipandang sambil tersenyum. Lama mereka tak jumpa. Adalah dalam tiga bulan lebih macam tu. Tiga bulan pun dikira lamalah jugakkan?

            “Mana kau menghilang weh?” Tanya Aireen pada Hakim. Macam tak percaya yang dilihatnya dihadapannya ini adalah Hakim Fahmi. Aireen ajak Hakim duduk disofa duhujung bilik. Lepas arahkan Safura buatkan air untuk Hakim, dia berikan sepenuhnya perhatian pada lelaki itu.

            “Kau nampak handsome sekarang.” Berani Aireen ungkapkan pernyataan itu. Dia gelak kemudiannya. Depan Fawwaz langsung tak terucap ayat tu, tapi bila dihadapan Hakim, nah.. Macam air yang mencurah ayat tu keluar.

            Hakim gelak. “Kau pun apa kurangnya. Last jumpa, kau tak pakai tudung lagi.” Terkejut juga dia bila masuk tadi nampak Aireen mengenakan tudung. Ingatkan orang lain. Tapi bila baca balik nama yang tertera di pintu masuk tadi, dia yakin yang ini adalah Aireen Humaira.

            Aireen hanya senyum. Dia tiada balasan untuk itu. Hanya ‘alhamdulillah’ sahaja yang terluah dibibirnya. Allah dah bukakan pintu hatinya untuk pakai tudung. “Kau macam mana sekarang?” Aireen buka topik lain.

            Hakim angguk. “Macam ni lah. Tengah berusaha keras untuk majukan diri.” Dia ucapkan terima kasih pada setiausaha Aireen yang sudi sediakan air untuknya.

            “Kau kerja kat mana sekarang? Ohh before that, kau pergi mana sebelum ni?” Aireen jongket kening menyoal Hakim. Dia nak sangat tahu ke mana menghilangnya lelaki ni. Pergi dengan cara mengejut. Muncul pun sama juga. Tapi nasib baiklah masa dia nak pergi tu, dia ada ucapkan selamat tinggal pada aku.

            Hakim senyum. “Tak jauh mana. Aku stay dengan mak aku. Kerja dengan dia. Dan bila aku dapat tawaran bekerja dekat sini, so here I am.

            Aireen cekak pinggang. “UK tu tak jauh mana, kau cakap? Lepas lautan jugaklah weh.” Matanya membulat pandang Hakim. Lelaki tu hanya gelak menampakkan lesung pipit yang dalam dipipi kirinya.

            Sesekali dia angguk. UK rupanya Hakim ni menghilangkan diri. Patutlah dah tak nampak raut wajah tampannya ini di Malaysia ni. Hmm, nak dijadikan cerita. Selepas ibu bapa Hakim bercerai kurang empat tahun lepas, ibunya Hakim bernikah dengan lelaki dari UK dan terus menetap disana bersama suami barunya.

            Aireen pandang jam. “Erm, Kim.. Actuallykan, aku ada meeting jap lagi. Hmm, why not kalau malam karang kau datang rumah Ham. Dia ajak kita semua kumpul kat sana. And why not, kalau kau make them surprise dengan kemunculan semula kau ni.” Cadang Aireen.

            “Kumpul rumah Ham? Ada apa?” Berkerut dahi tu bila dapat info macam ni. Ilham hanya pasti akan beritahu sesuatu yang mengejutkan bila lelaki itu suruh mereka berkumpul. Sesuatu seperti apa eh yang Ilham nak sampaikan?

            Aireen jungkit bahunya. “Aku sendiri pun tak tahu. Tapi tadi Fa ada cakap yang diaorang nak beritahu something.” Teringat dia pada perbualan mereka tadi. Fawwaz memang macam tu. Walaupun mereka akan bersua muka dalam mesyuarat selepas ni pun, dah kalau dia dapat satu berita yang memerlukan Aireen tahu, dia pasti akan beritahu saat itu juga. Katanya dia, takut dia terlupa.

            Hakim diam bila Aireen sebut nama Fawwaz. Dia hampir-hampir lupa yang Aireen ni sudah jadi milik orang lain. Takkan boleh selamanya jadi miliknya selagi wanita ini masih terikat dengan Fawwaz.

            Perlahan dia angguk. “Bagi aku alamat dia. Nanti aku pergi.” Sebab kali terakhir mereka jumpa, sebelum Ilham bernikah dengan Nisa. Rumah Ilham yang dia tahu, hanya rumah keluarga lelaki itu sahaja.
            Aireen bangkit dan berjalan ke mejanya. Satu batang pen dan satu sticky note warna kuning diambil dari tray. Lantas alamat rumah Ilham dan Nisa dicatatnya di atas kertas kecil itu. Siap, dia hulurkan pada Hakim. “Datang tau..” Pesannya.
            Hakim angguk. Pasti.


“HMM, Ai.”

            Aireen menoleh. Tak tengok wajah pun, dia dah tahu siapa yang panggilnya. Dalam pejabat ni, siapa ajelah yang panggil dia Ai selain Along dengan Ayah? Mesti Fawwaz. Itupun kalau lelaki itu ada hal disinilah.

            “Kita lunch sesama.” Ayat tu, Aireen anggap lebih kepada suatu arahan. Lantas dia angguk kepala. “Tapi Maria ikut sekali tau, sebab dia naik I tadi. Is it okay?” Sambung Fawwaz lagi sambil menunjuk pada Maria, setiausahanya.

            “Okay. Tapi I nak ambil handbag I kejap. You tunggu kat kereta dululah. Or you nak tunggu I?” Kalau tahu awal-awal Fawwaz nak ajak makan tengahari sama-sama, pasti dia dah bawa sekali beg tangannya.

            “I tunggu dalam keretalah.” Putusnya. Aireen angguk.

            Mereka ambil tempat dalam restoran. Lepas memesan makanan, Aireen pandang Fawwaz sebelum pandangannya jatuh pada Maria. Maria, wanita yang tua dua tahun dari Aireen dan Fawwaz. Sebelum ni, Aireen pasti akan panggil Maria dengan panggilan Kak Maria, tapi lepas wanita tu larangnya memanggil kakak, Aireen terus panggilnya Maria.

            “Bila date due?” Soal Aireen. Takut juga dia bila pandang perut Maria yang membengkak tu. Katanya wanita ini, perutnya besar dari biasa sebab dia mengandungkan dua baby di dalamnya. Kembar.

            Maria senyum sambil usap perutnya. “Insya-Allah bulan depan. Doakan saya eh?” Sesekali juntaian rambutnya yang menutupi dahinya diselit belakang telinga.

            Aireen angguk. “Sure.” Dia dah boleh bayangkan yang anak setiausaha suaminya ini pasti comel-comel belaka. Yeah, walaupun dia tak tengok lagi wajah suami Maria. Tengok dari diri Maria pun dia dah tahu anak diaorang comel. Pasti.

            Aireen pandang Fawwaz tiba-tiba. Tangan Fawwaz atas meja disentuhnya. “Teka I jumpa siapa tadi?” Teringat pula dia pada Hakim.

            Fawwaz angkat kening. “Siapa? Don’t say..”

            “Mulalah tu..” Aireen potong ayat Fawwaz. Tak habis-habis dengan ayat, bekas kekasih aku sebelum ni. Tolonglah, aku tak pernah suka kat lelaki lain selain dia lah.

            Fawwaz gelak. “Dah I nampak muka you gembira gila. You juga suruh I teka yang you jumpa siapa.” Okay, jawapan yang munasabah.

            “Obvious sangat ke muka I gembira?” Soal Aireen. Mananya tak gembira. Jumpa kawan lama kot. Yeah, tak lah lama sangat. Tapi, tetap kawan. Kawan yang menghilangkan diri, dan kini dia dah kembali.

            “You jumpa siapa?”

            “Tak jumpa sebenarnya. Dia yang datang cari I kat office.” Betullah kan? Hakim yang datang jumpanya di pejabat. “I jumpa Hakim.”

            Fawwaz pandang Aireen. “Hakim? Hakim Fahmi?” Wajahnya berubah tiba-tiba.
            Aireen angguk. “I ada ajak dia datang rumah Nis malam karang.”


“SERIOUS, Nis?”

            Mata yang lain membuntang sebab terkejut. Lepastu wajah yang terkejut tu berubah ceria dengan senyuman terhias dibibir. Nampak wajah Nisa yang menunduk sebab malu dan Ilham yang tergelak. Ilham memang macam tu.

            “Cepat gila kau buat, bro.” Fawwaz yang duduk sebelah Ilham menepuk bahu lelaki itu. Tapi normallah kalau Ilham dengan Nisa yang dapat dulu sebab mereka yang bersatu dulu dari dirinya.

            Ilham gelak lagi. “Kita bukan selamanya muda weh,” Senyum. Harap yang lain faham apa maksud ayatnya.

            “Yeah, I thought kauorang nak honeymoon dulu baru ada anak.” Aireen yang dengar mencelah. Macam tak percaya yang Nisa dan Ilham akan berinya anak buah kurang lapan bulan dari sekarang.

            “Ya, mulanya memang macam tu. Tapi orang tu ha gatal sangat. Kan apa yang dirancang semua kelaut.” Itu pula balasan dari Nisa. Dia jeling Ilham yang tersengih dengan wajah memerah dia tu. Malulah tu. Sebab tu muka dah memerah.

            Yang lain gelak. Nisa kalau dia rasa nak sindir atau kenakan orang, saat tu juga dia bersuara. Tak peduli dah dengan perasaan orang. Pakai main hentam aje.

            “Orang tu yang seksi sangat,”

            “Wot wot.. Hal rumah tangga jangan dibincangkan disini.” Johan bersuara. Tahulah dah kahwin. Cubalah jangan bagi orang yang belum kahwin ni buat rasa nak cepat-cepat sangat kahwin walaupun masih duduk bawah celah ketiak mak!

            Semuanya di ruang tamu tu terdiam bila dengar orang beri salam dari luar rumah. Ilham pandang kawannya yang berkumpul tu. Bukan ke semuanya dah sampai. Siapa yang datang? Dia pandang Nisa. Nisa pandangnya lantas angkat bahunya.

            Fikri yang duduk dekat dengan tingkap rumah yang terbuka menjengah. Berdiri seorang lelaki di belakang kereta yang terpakir di laman rumah. Tapi dia tak jelas wajahnya. “Aku tak nampak muka dialah.” Beritahunya pada yang lain.

            “I think I know who,” Fawwaz bangkit. Berjalan ke pintu. Bila pandang wajah isterinya yang teruja dengan berita kehamilan Nisa ni, fikirannya teringat pada Hakim yang dijumpa isterinya siang tadi.

            “Bingo!” Ucapnya bersama senyuman. Tangan kanan diangkat pada Hakim yang terjengah-jengah di luar pagar rumah yang tertutup. “Masuklah.” Arahnya. Dia menoleh pula kemudiannya, “Kawan lama kauorang.” Ujarnya berserta senyuman.

            Yang lain pakat bangkit nak tengok siapa yang dimaksudkan Fawwaz. “Kim?!” Sama-sama terkejut. Hampir tak percaya dan sukar mahu percaya.

            Hakim tersengih. “Hai..” Lantas dia hanya membiarkan tubuhnya dipeluk kawan lelakinya.

            “Mana kau pergi?” Soal Farhan. “Menghilang tak kasitahu ke mana.” Tambahnya lagi. Semestinya, dialah orang yang paling terkesan dengan kepergian Hakim. Sebab mereka dari zaman universiti, merupakan satu course and housemate. Keakraban mereka dah macam adik-beradik walaupun dia tak suka dengan perangai Hakim yang serang Aireen sebelum ini.

            “Aku kerja dengan mak aku. Duduk sana, jaga dia.”

            “Mana kau dapat alamat rumah aku?” Tanya Ilham pelik. Sebab setahunya, orang tuanya ada urusan di luar negeri, kalau Hakim pergi sana.

            Hakim sengih. “Reen bagitahu aku siang tadi.” Sambil matanya asyik melirik pada Aireen yang tengah berbual dengan Nisa. Dan perbuatannya itu disedari Fawwaz tidak jauh dari situ.

            “Kau jumpa Reen?” Tanya Ilham terkejut. Kenapa mesti lelaki ni jumpa Aireen terlebih dahulu berbanding datang berjumpa dengan Farhan? Kan Hakim rapat dengan Farhan. Mata Ilham jatuh pada Fawwaz yang baru duduk disisinya selepas kembali dari tandas.

            “Ha’ah. Dia yang bagi aku alamat rumah kau. Thus, dia yang suruh aku datang sini malam ni. Ohh ya, katanya kau ada nak beritahu something. Apa dia?”

            “Nis pregnant.” Tiba-tiba Ilham rasa tak teruja dan tak bersemangat nak beritahu Hakim perihal tu. “Eight week.” Sambungnya lagi.

            Hakim pandang tak percaya. “Serius, bro?” Ilham angguk yakin. “Tahniah!” Dia tepuk bahu Ilham lembut.


            “Thanks.

3 comments:

  1. Bez ctew ni, x sbr tgu next part. Sme gk ngn suamiku rmai crush, nk tw ending cmner...

    ReplyDelete
  2. Bez ctew ni, x sbr tgu next part. Sme gk ngn suamiku rmai crush, nk tw ending cmner...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. keep reading and next part will be update soon.. hehee

      Delete

Pendapat anda sangat saya hargai