"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Tuesday, October 21, 2014

Pilih Aku Atau Dia (Bab 21)

Hari ni hari Ahad. Hari yang tersangatlah membosankan bagi seorang gadis bernama Nameera Qaleesha binti Muhammad Khalid. Dari semenjak selepas sarapan tadi, dia hanya duduk termenung di sofa ini sahaja. Tak ada mahu ke mana-mana. Bosannya!

Dia hanya memandang sepi wajah alongnya yang kebetulan baru sahaja melintasinya untuk ke laman rumah. Nak beri ikan-ikannya makan, mungkin. Tak habis-habis nak manjakan ‘anak’ dia tu. Aku yang adik dia ni pun, tak dimanjakan! Nampak tak sikap diskriminasi dia kat situ?

Kaki masih lagi menghentak-hentak lantai yang dialas dengan permaidani lembut berwarna biru air laut. Tak silap akulah kan, permaidani ni ibu dengan ayah beli masa bulan madu diorang yang kedua kurang dua tahun yang lalu. Okay aku tipu. Bukan bulan madulahkan kalau aku dengan along join sekali?

Bunyi tapak kaki yang agak perlahan menembus pendengaranku. Dah kalau rumah ni sunyi, bunyi semut berjalan pun boleh dengar!

Pantas Meera menoleh ke arah tangga. Tidak lama kemudian, muncul dua kelibat yang segak mengenakan baju yang begitu cantik pada pandangannya.

“Ibu dengan ayah cantik-cantik ni, nak ke mana?” Tanya Meera.

Puan Mastura berhenti di hadapan anak gadisnya. Senyuman diukirkan. “Nak pergi beli barang sekejap.”

“Err,, Meera ikut?”

“Okay. Lima minit!” Arahan diberi.

Fifteen minutes, please?” Rayu Meera. Memang tak lah kalau dia nak bersiap dalam masa lima minit. Paling koman, setengah jam kot!

“Okay. Lambat, tinggal.”

Dia terus bangkit. Berlari memanjat anak tangga.

“Cepatlah sikit, langkah tu.”

Terus terhenti langkah Meera apabila mendengar suara garau di belakangnya. Pantas dia menoleh ke belakang. Sebelah kening dijungkitkan.

“Ingat adik sorang aje nak ikut? Along pun nak jugaklah.” Niezam terus melangkah, meninggalkan adiknya sendirian terpinga-pinga ditangga.

Ingat dia sorang aje ke yang bosan? Aku pun samalah!

 *****
Meera menarik satu pintu kaca sebelum melangkah memasukinya. Terus dia beratur menunggu giliran untuk mengambil duit yang disimpankan di dalam akauan banknya. Dia kini berada di Public Bank cawangan Bukit Indah.

Tiba gilirannya, dia terus meletakkan telefon bimbitnya di atas mesin bersebelahan dengan skrin mesin itu bagi memudahkan dia mencucuk wang. Eh! Macam lain jek ayat aku ni.

Selesai mengambil wang yang berjumlah lima ratus ringgit, dia terus mengambil resit dan terus berlalu pergi meninggalkan bank tersebut. Duit dah dapat, so apalagi. Shoppinglah!

Tapi sebelum shopping, dia harus ke sebuah restoran yang tidak jauh dari Public Bank tadi. Kesemua ahli keluarganya sudah menunggunya di sana. Tiba di restoran itu, Meera terus mengambil tempat bersebelahan dengan alongnya.

“Dah order ke?” Soalnya.

“Dah. Adik punya pun, along dah orderkan sekali.”

Thank you so much, alongku sayang.”

Niezam hanya tersenyum manis. Sekaranglah baru nak sayang aku..

 *****
Semenjak sepuluh minit tadi, dia hanya memerhati sebuah telefon yang ditinggalkan di Auto Teller Machine (ATM) itu. Namun, tiada seorang pun yang mengambil telefon itu. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu mengambil dan menyimpannya ataupun hanya membiarkan telefon itu disitu sehingga pemilik telefon itu sendiri yang datang mengambilnya.

Ahhh.. biar ajelah! Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke pintu. Mahu beredar dari situ. Namun hatinya seolah-olah menahannya dari berlalu. Nafas di tarik tenang. Fikir Neal.. fikir..

Kalau aku biarkan aje kat situ, takut pulak ada manusia yang tak punya sivik yang ambil dan mungkin manusia itu akan menjualnya. Kasihan pulak pada empunya pemilik telefon itu. Mahal kot. Iphone5 leyy..

Entah macam mana. Entah bagaimana, kakinya sudah berhenti betul-betul di hadapan ATM itu. Apa aku nak buat ni? Dipandangnya kesekelilingnya, tiada satu orang pun berada disitu.

Ahhh.. ambil ajelah. Bersama itu, tangan kanannya mengambil telefon bimbit berwarna biru muda itu. Kemudian, dia terus melangkah pergi meninggalkan Public Bank ini.


 *****
“Cari apa, dik?” Tanya Niezam pada adiknya yang semenjak tadi menyelongkar isi beg tangannya. Namun semenjak itu jugaklah, adiknya itu tidak menemukan barang yang dicarinya. Haishhh...

My phone.”

“Adik letak mana tadi?”

“Tu lah pasal. Adik sendiri pun lupa letak mana.” Perlahan bicaranya sambil tersengih. Kepala yang dilitupi dengan selendang, dia garu perlahan.

Niezam mengelengkan kepalanya. “Last adik pergi mana tadi?”

Meera berhenti. Dan berfikir. Last aku pergi makan.. ehh tak. Sebelum tu aku ada pergi bank. Hah! Jari dipetik kuat.

“Bank!” Diberitahu alongnya.

“Pergilah cari.”

“Teman?”

No!”

Tanpa membuang masa, Meera terus menarik lengan kanan alongnya. Diheret juga alongnya agar menemaninya ke bank.

Namun dia hampa apabila tiba disana. Tidak kelihatan telefonnya di mana-mana. Dicelah-celah mesin ATM tidak dijumpanya. Di dalam tong sampah pun tidak ada. Hailah. Manalah kau pergi telefon? Aku dah sayang kau bagai menatang minyak yang penuh, kau boleh pulak macam kacang lupakan kulit. Ehhh, asal aku tiba-tiba berperibahasa ni?

“Nah!” Meera hanya memandang kosong telefon alongnya yang dihulurkan padanya.

“Nak buat apa?” Blur melanda diri Meera buat tika ini menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Telefonlah. Mana tahu ada orang ambil ke.”

Ye tak ye. Kenapalah aku tak terfikir langsung? Pantas diambil telefon milik alongnya dan didail pula nombor telefon bimbitnya. Bismillah.. janganlah orang jahat yang ambil telefon aku tu!

 *****
Hampir terkejut Daneal apabila dia yang tengah khusyuk memandu dikejutkan dengan bunyi deringan telefon yang kuat berbunyi di sebelahnya. Lantas diberhentikan kereta di lorong kecemasan. Dia mencapai telefon yang dijumpanya tadi yang sedang berbunyi nyaring membingitkan telinganya.

Nama pemanggil yang terpapar di skrin di baca dalam hati. ‘Along?’ Dan tanpa membuat si pemanggil menunggu lama, panggilan itu dijawabnya.

“Hello?”

“Err.. asaalamualaikum.” Suara seorang gadis yang lembut dan merdu kedengaran di cuping telinganya. Suara itu sungguh mendamaikan hatinya dan suara itu jugak membuatkan dia terkenangkan seseorang. Tapi siapa?

“Waalaikumussalam.” Salam si gadis dijawabnya.

“Boleh saya tahu, encik ni siapa?” Tanya suara itu.

“Saya Dan.. Danish.” Ye! Semenjak empat tahun yang lalu, dia sudah menukar nama panggilannya. Elok-elok dari Daneal, kini ditukarkan kepada Danish. Okay what? Nama aku jugak, bukan?

“Bukan nak biadap tapi, telefon yang Encik Danish gunakan sekarang ni adalah telefon saya.” Haishh, macam tak kena aje ayat aku ni. Gasaklah. Janji aku dapat balik telefon kesayangan aku tu!

“Ohh ye ke? Nasib baik saudari menghubungi saya. Telefon saudari berwarna biru, kan?”

“Ye. Betullah tu. Emm, Encik Danish ada kat mana sekarang? Saya pergi ambil.”

“Tapi saya dah jauh dari tempat tu.”

“Tak apa. Biar saya ambil.”

“Tak apalah. Disebabkan saya yang pegang telefon saudari, jadi biar saya ajelah yang hantar ke sana.”

“Betul ni?”

“Ye. Saudari boleh tunggu saya di mana?”

“Hmm, saya tunggu betul-betul dihadapan bank tadi.”

“Okaylah. Jumpa di sana. Assalamualaikum.”

Daneal menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Entah mengapa jantungnya berdetak kencang sekali. Pernafasan dibetulkan. Mahu menyeimbangkan emosinya yang penuh teruja tadi. Tak tahulah kenapa dirinya begitu teruja sekali.

Tangannya menurunkan signal ke kanan. Manakala tangan kirinya pula menurunkan break tangan dan menukar ke gear D. Kedua kakinya mula memainkan peranan masing-masing.

 *****
“Macam mana?” Tanya Niezam.

“Dia on the way datang sini.”

“Baguslah. Ibu dah panggil along tadi. Bolehkan adik tunggu sensorang kat sini?”

“Hmm.. okay. Nanti adik menyusul yoww..” Senyuman dilemparkan.

Mata Meera hanya memandang kepergian alongnya masuk ke dalam pusat membeli-belah tidak jauh dari Public Bank ini. Terpaksalah aku shopping lewat sikit kali ni. Atotoyy..

Dia duduk di bangku yang disediakan di hadapan bank. Menunggu dan terus menunggu kedatangan telefonnya bersama orang yang menjumpai telefonnya.

So Meera, moral of the story is don’t careless.. Kalau kau cuai jugak, inilah akibatnya. Itupun kalau manusia yang menjumpai barangan kau tu baiklah. Kalau tak, mimpi ajelah nak dapat balik!

Setengah jam menunggu.. manalah lelaki ni? Dah berjanggut aku tunggu kat sini. Okay aku tipu!

Akhirnya, Meera duduk menyandar di cermin kaca. Mata dirapatkan sehinggalah..


“Assalamualaikum.”

Pilih Aku Atau Dia [Bab 19 & 20 ]

Bab 19

HARI AHAD. Daneal duduk di sofa. Tangannya menimbang-nimbang telefon ditangan. Masih menunggu panggilan dari seseorang. Kenapalah lama sangat dia nak free ni? Haishh..


“Uncle..” Jerit Nik dari muka pintu. Dia baru sahaja pulang dari melawat kedua orang tuanya di hospital. Alhamdulillah, mereka sudah menunjukkan perubahan positif. Sekarang, hanya perlu menunggu mereka sedar sahaja.


“Hey.. dah balik dah? Lambatnya balik.” Daneal menggosok kepala Nik. Nik dibawanya duduk di atas ribaannya.


“Tadi nenek suruh teman pergi Secret Recipe. Makan cheesecake. Sedapp..” Nik memejam matanya untuk memberitahu kelazatan kek keju yang dijamahnya tadi.


“Tak bawa balik untuk uncle ke?”


“Ada.. dekat nenek.” Nik mengarahkan jari telunjuknya pada Puan Aida yang baru masuk bersama sekotak secret recipe ditangan kanannya. Senyuman Puan Aida dibalas Daneal.


“Hmm uncle.. uncle tahu tak akak Meera sambung belajar kat mana?”


Daneal terus memandang anak saudaranya. “Apa dia?”


“Uncle tahu tak akak Meera sambung belajar kat mana?” Nik mengulangi pertanyaannya tadi. Uncle aku ni dah pekak ke apa? Aku yang bukan main dekat tanya dengan dia, dia boleh pulak tak dengar.


Terus tegak badan Daneal. Terkejut. “Akak Meera sambung belajar? Bila?”


Nik menjungkitkan bahunya. “Nik pun tak tahu. Hari tu akak Meera ada bagi hadiah kat Nik. Sekejap Nik ambil.” Nik terus berlari memanjat anak tangga untuk ke biliknya.


Manakala Daneal.. jantungnya berdetak laju. Terkejut semestinya dengan apa yang diberitahu Nik sebentar tadi. Meera sambung belajar? Kat mana?


Telefon ditangan dibuka kekuncinya. Mendail nombor gadis itu. Dia mengeluh apabila Meera mematikan telefon bimbitnya. Nombor kedua gadis itu didailnya dengan harapan, semoga gadis yang sudah berjaya mencuri hatinya itu menjawab panggilannya.


Sekali lagi Daneal hampa. Hampa apabila sekali lagi jugak panggilannya tidak bersambung. Huh.. Ya Allah, Meera..


Dia segera bangkit. Mencapai kunci keretanya yang diletakkan di hujung meja belakang pintu. Kasut di tepi pintu di sarungkan ke kaki. Bersedia mahu melangkah ke kereta apabila Nik memanggilnya. Dia berhenti. Memusing ke belakang memandang Nik yang sedang berdiri sambil memegang sebungkus hadiah yang berbalut kertas pembalut hadiah yang tertulis ucapan ‘Selamat Tinggal’.


Tanpa membuang masa, tubuh Nik digendong dan dibawa masuk ke dalam kereta. Lagak seperti seorang penculik kanak-kanak! Panggilan dari Puan Aida diendahkannya. Dia langsung memandu kereta ke satu lokasi yang berada dalam kotak fikirannya saat ini.


Rumah Meera!


“Uncle.. kita nak pergi mana?” Pertanyaan dari Nik dihiraukannya. Dia harus pantas!


“Uncle!” Jerit Nik kuat membuatkan Daneal memandangnya.


“Sayang.. boleh diam sekejap tak?” Pinta Daneal. Perlahan suaranya.


“Kita nak pergi mana?”


Daneal mengeluh. “Rumah akak Meera.” Dijawab juga pertanyaan anak saudaranya. Selagi tak menjawab, selagi itulah dia akan bertanya dan terus bertanya. Huh!


“Rumah akak Meera?” Tanya Nik. Daneal tidak menjawab.


Daneal pantas menekan brek kaki apabila dia sudah tiba dihadapan rumah gadis kesayangannya itu. Bunyi serekan yang kedengaran membuatkan bau hangit keluar. Daneal terus membuka pintu dan menekan loceng rumah itu beberapa kali.


Pintu rumah yang berkunci, tingkap rumah yang tidak terbuka dan salah satu daripada kereta di garaj tiada membuatkan hati Daneal bagai dihiris dengan sembilu.


“Assalamualaikum..”


Daneal menoleh. Ada seorang wanita yang mungkin sebaya dengan Umminya menyapa. Pantas Daneal mendekati wanita itu.


“Waalaikumussalam.”


“Err anak ni siapa?”


“Saya Daneal. Saya cari penghuni rumah ni. Mana dia orang erk?”


“Ohh dia orang pergi Australia. Anak kedua Encik Khalid sambung belajar kat sana.”


“Bila mereka balik eh?”


“Tak pastilah.”


Daneal mengangguk. Meera sambung belajar di Australia? Kenapa dia tak beritahu aku? Ya Allah. Kenapa? Kenapa?


“Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih.”


Daneal berjalan perlahan masuk ke dalam kereta. Dia mengeluh. Air mata sudah mahu menitis apabila mengenangkan dia orang terakhir yang mengetahuinya. Kenapa Meera? Kenapa?


Rambutnya dikuak ke belakang. Tubuhnya disandarkan ke kerusi. Mata memandang ke segenap landskap rumah dihadapannya.


“Uncle.. akak Meera bagi ni.” Perlahan suara Nik. Tidak mahu pak ciknya meninggikan suara. Takut.


Daneal pandang satu sampul surat berwarna putih di tangan Nik. Diambil dan dibaca tulisan diatasnya. “Kepada Daneal..”


Jantungnya berkobar-kobar. Surat untuk aku? Diberi melalui Nik? Daneal pandang Nik. Ditangan budak itu ada sebuah cawan yang ditampal dengan gambar Nik dan Meera di sebuah taman. “Kat mana tu?” Tanya Daneal.


“Ladang strawberi. Abang Syafiq ambil masa kita orang kat Cameron haritu.”


Syafiq? Siapa pulak tu? Pantas ditanya pada Nik. “Siapa abang Syafiq tu?”


“Kawan akak Meera. Akak Meera bawa dua kawan dia dengan keluarga akak. Best..”


Daneal mengangguk. Diambil cawan itu. Tercatat ayat ‘Bersama selamanya’ dikeliling cawan itu. Nice.. Surat ditangan dikoyak dan dibaca. Tercatat kemas tulisan Meera yang cantik. Dibaca surat itu..


Kepala didongakkan. Dipandang Nik disebelah.


“Kenapa tak buka hadiah ni dari hari Jumaat, sayang?” Tanyanya. Kalau Nik membuka bungkusan ini pada hari Jumaat yang lalu, pasti sempat jika dia mahu mengucapkan selamat tinggal buat gadis itu. Tapi.. semuanya sudah terlambat.


Nik sengih. Kepalanya digarukan. “Nik lupalah uncle..”



Bab 20


EMPAT TAHUN KEMUDIAN...


Matanya disorotkan ke satu tempat yang menjadi perhatian orang ramai di pusat membeli-belah ini. Kesemua mata orang yang lalu lalang pasti akan memandang babak drama tanpa skrip yang dilakonkan seorang ibu kepada anak perempuannya. Hati Meera tersentuh melihat perempuan yang hanya menundukkan mukanya. Mungkin sedang menangis dan malu apabila dicaci, dikutuk dan dihina oleh ibunya. Wajah ibunya tatkala itu begitu sinis dan bengis sekali. Seakan-akan membenci perempuan itu.


Ingin dibantu, Meera takut dirinya pulak yang mungkin akan menjadi mangsa kemarahan si ibu yang menyinga itu. Lantas dibiarkannya. Namun rasa bersalah mulai terbit dalam dirinya kerana tidak membantu perempuan itu. Lantas dengan langkah yang berani, dia bergerak ke sana. Perlahan dan bergetar langkahnya.


Namun belum sempat dia mahu bersuara, wanita yang menyinga tadi sudah berlalu. Berlalu pergi meninggalkan si perempuan yang sudah terduduk di atas lantai. Perasaan malu sudah lama hilang dalam diri perempuan itu sejak emak mertuanya memarahinya tadi. Rasanyalah..


Perlahan Meera menghulurkan tangan kanannya untuk membantu perempuan yang sudah lencun wajahnya dek air mata yang mengalir, bangkit dari menjadi perhatian orang sekeliling. Perempuan itu hanya memandang sepi wajah Meera. Meera mengulum senyum. Mahu memberi sedikit kecerian buat perempuan itu. Dan semangat sekali, mungkin.


“Jom kita duduk kat sana.” Katanya sambil menunjukkan ke arah sebuah bangku kosong tidak jauh dari tempat mereka ketika ini.


Perlahan-lahan dan sedikit teragak-agak huluran tangan Meera disambutnya. Kakinya hanya melangkah mengikuti seorang gadis yang ayu bertudung biru muda dipadankan dengan blouse dan palazo berwarna biru tua.


Mereka duduk di bangku itu. Meera segera menghulurkan sehelai tisu lalu diserahkan kepada perempuan disebelahnya. Perempuan itu teragak-agak mahu menyambut huluran tisu itu memandangkan dia tidak mengenali gadis disebelahnya ini.


“Terima kasih.” Air mata yang merembes keluar diseka dengan tisu tadi.


Meera hanya memandang perlakuan perempuan disebelahnya. Meskipun perempuan ini sedang menangis, tapi masih jelas kecantikannya. Cemburu Meera dibuatnya.


“Terima kasih dah tolong saya.” Ujar perempuan itu.


Meera tersenyum. “Sama-sama.” Ucapnya juga meskipun dia tidaklah menolong perkara yang berat. Hanya menolongnya dengan membawanya ke sini dan memberinya sehelasi tisu aje. Tak luak manapun.


“Err, kenapa awak tolong saya?” Pertanyaan perempuan itu membuatkan Meera pelik.


“Saya tolong awak tadi sebab tanggungjawab saya sebagai umat Islam. Saya rasa bersalah dan berdosa jika saya meninggalkan seorang perempuan yang dilanda masalah dan dugaan. Agama Islam mengajar kita supaya bersifat membantu saudara sesama Islam kita yang sedang diuji oleh-Nya.” Terang Meera menjawab membuatkan perempuan itu kembali menitiskan air matanya. Tidak disangka, masih ada juga manusia yang mahu membantunya.


“Terima kasih sekali lagi.” Air mata diseka. Dipandang gadis disebelahnya. “Nama saya Adelia. Awak boleh panggil saya Lia.” Salam perkenalan dihulurkan.


“Saya Nameera Qaleesha. Panggil Meera aje.”


Tersentap Adelia seketika mendengar nama gadis ini. Meera? Adakah dia Meera yang membuatkan abangnya seperti mayat hidup dirumah? Dengarnya, gadis yang bernama Meera itu pergi meninggalkan abangnya tanpa khabar berita setelah meninggalkan satu surat melalui Nik.


Meskipun sudah empat tahun berlalu, abangnya masih lagi seperti itu. Begitu mendalam kesan yang ditinggalkan gadis bernama Meera itu pada abangnya sampaikan dia rasa cemburu dengan perasaan abangnya pada gadis itu melebihi perasaan abangnya pada dirinya.


Gadis inikah yang abangnya cari?




SYAFIQ tersenyum melihat Meera yang melangkah masuk ke dalam Restoran KFC ini. Tangannya dilambaikan pada Meera yang sedang tercari-cari kelibat mereka berdua. Pyka yang sedang meratah ayam jugak melambaikan tangan pada Meera.


Meera tersenyum melihat kedua rakannya yang sudah bersiap sedia dengan segala macam jenis makanan di atas meja. Sudah empat tahun dia tidak berjumpa dengan mereka. Baru kelmarin dia sampai di bumi Malaysia ini.


“Sorry late. Tadi aku tolong seorang perempuan yang dilanda masalah.” Ceritanya ringkas. Cukuplah tu. Rasanya mereka tidak perlu tahu siapa dan apa nama perempuan tadi.


“Baguslah tu. Kau dekat sana bukannya tolong orang kan? Balik sini, kau perbanyakkanlah tolong orang tu. Biar pahala kau banyak sikit.” Seloroh Syafiq.


“Hey! Kau cakap macam kau tahu aje pahala aku banyak atau sikit.” Meera menjeling.


“Sorrylah kawan. Suka pulak aku tengok kau marah-marah macam ni.”


“Hmm.. ni aku kena beli atau korang dah belikan?” Tanyanya merujuk pada makanan di hadapannya.


“Aku dah tolong belikan dah. Makanlah. Kasihan kau.”


Meera mencebik. Nak kasihankan aku kenapa?


“Kau makin gemuklah, Meera. Kau makan apa erk kat sana?” Tanya Syafiq. Air milo sejuk disisip perlahan.


“Aku gemuk?” Membuntang mata Meera. “Serius?”


“Hmm.. tanya Pyka kalau kau tak percaya.”


“Serius ni Pyka?”


Pyka menilik tubuh Meera. “A’ah. Kau makan apa erk?”


“Weh janganlah buat aku takut. Along aku tak cakap apa-apa pun.”


Syafiq dan Pyka tersenyum. “Tak adalah, kita orang memain aje. Kau nampak kuruslah. Kenapa weh? Kau tak cukup makan ke kat sana?”


Meera melepaskan nafas lega. Syukurlah dia tidak gemuk. Ni kalau dia gemuk ni, kasihan along kena seret sekali teman aku joging!


“A’ah. Semua makanan tak kena dengan tekak aku lah. Takkanlah setiap hari nak makan maggie kot.”


“Then kau masak apa?”


“Apa yang ada aku masaklah. Tapi semua bahan kat sana, tak sama dengan bahan masakan kat sinilah.” Meera memuncung apabila mengingat kembali liku-liku kehidupannya di bumi asing itu. Meskipun penuh dengan cabaran, tapi dia seronok. Seronok kerana berjaya membawa pulang segulung sarjana buat kedua orang tuanya dan sudah tentulah buat dirinya sendiri.


“Alah kesiannya kau. Hah, ni aku belanje kau ni. Makanlah.. makan sampai kau gemuk pun tak apa.”


“Serius ni weh? Alahai.. terima kasih sesangat. Aku makan erk?”


Sesudah membaca bismillah, Meera terus mencubit peha ayam dan dicecah dengan sos cili. 



Ahh.. sedapnya! Mohon jeles.

Monday, October 20, 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 4]

[Part 1] [Part 2] [Part 3] 



Damia, June bersama tiga lagi kawan mereka melangkah masuk ke dalam ballroom hotel itu. Mereka semua dijemput untuk ke majlis ini. Kalau tak mengenangkan yang majlis ini atas jemputan kawan dia, tak adanya Damia ke sini. Jujur dia cakap, dia tak suka dengan tempat yang sesak macam ni.

Tapi apa boleh buat, nak tak nak, mahu tak mahu, dia tetap kena hadiri juga. Sebab kata Zulaikha, kalau salah seorang dari kawannya tak hadiri majlis perkahwinan abangnya ni, memang saat tu jugak putus kawan! Kejam giler minah tu.

 Meja yang tersusun pelbagai deretan makanan dan minuman didekati Damia. Sebiji pinggan plastik berwarna putih diambil. Dihulurkan pinggan itu pada penjaga periuk nasi. Yeah, orang yang handle nasi tu selalunya kita panggil penjaga periuk nasi kan? Hahaa.. hentam ajelah.

Lepastu, ayam masak pedas dia cedok letak atas pinggan. Kaki melangkah ke hadapan setapak.

“Nak kambing?” Tanya Zulaikha.

“Erm nop. Aku tak makan kambing.” Beritahunya. Dah orang tuanya tak makan kambing, bila masanya pula yang dia dipupuk untuk makan kambing? Dia sendiri pun tak tahu kenapa orang tuanya tak makan kambing. Tak terfikir pun nak tanya. Huhuu

Lepas ambil beberapa lagi makanan, dia dan kawan-kawannya mengambil tempat ditengah-tengah dewan. Sempat matanya melirik ke permukaan jam. Satu empat puluh lima minit petang. Lagi lima belas minit pasangan mempelai akan masuk bersama paluan kompang. Sempat lagi ni nak melantak segala jenis makanan kat sini.

Damia mencuit Zulaikha disebelahnya. Bila Zulaikha pusing pandangnya, terus dia bertanya. “Kau yang jadi tuan rumah pun ikut makan sekali ke?” Tak senonoh punya tuan rumah. Dah macam tetamu dah Damia tengok dia.

Zulaikha tersengih. “Alah.. aku tengah lapar ni. Lagipun aku tunggu korang sampai baru aku ingat nak isi perut okeh.” Dia menjeling Damia.

Whateverlah. Janji kau bahagia

Damia angkat muka bila dengar June panggil dia. Sebelah kening dijungkitkan.

“Kau tengok siapa yang datang.” Katanya sambil menunjuk ke pintu masuk dewan hotel itu. Damia tak tunggu terus menoleh dan dia nampak, ada dua orang berlainan jantina yang baru masuk. Berubah terus wajah Damia melihat lelaki disisi wanita yang cukup dia kenal.

Apa dia buat kat sini? Bukan dia cakap dia ada function ke? Ohh.. ini rupanya function dia. Bagus Damia. Good job. Pandai betul kau kan. Sampai tak tanya kat mana function dia. Dan kau pun tak kasi tahu yang function kau jugak kat tempat yang sama dengan lelaki tu.

Serve you right, Damia. Atau dalam bahasa melayunya, padan muka kau, Damia! Err.. dalam bahasa india pulak.. pepandai koranglah cari sendiri.

“Aku nak balik.” Cukup terseksa bila nampak tangan perempuan tu yang melingkar di lengan lelaki kacak tu. Oh ohh.. hatiku terseksa.

Hmm.. tapi bila difikir-fikirkan balik, mungkin lelaki tu ada alasan yang tersendiri kenapa dia tak beritahu aku yang dia keluar dengan perempuan tu. Mungkinlah kot. Macam, dia tak nak aku terluka? Or tak pun, dia tak nak aku salah faham?

Damia mengeluh sesaat kat situ. Kalau dia balik sekarang ni, dia takkan tahu apa yang lelaki dan perempuan tu buat sepanjang ketiadaannya kan? Okay.. kita tak jadi balik. Kita hanya akan balik selepas pasangan itu pulang.

Dalam kepala dah berkira-kira macam mana nak cakap dekat June yang mereka tak jadi pulang?

“Kau cakap apa tadi?” Tanya June dan cukup membuatkan Damia lega. Minah ni pekak rupanya. Syukurlah kau pekak dalam keadaan gawat macam ni, June.

Damia senyum pandang June. “Tak ada apa-apa. Aku.. aku nak pergi tandas. Tandas kat mana ek?”

“Erm.. kat belakang kot. Jomlah aku teman kau.”

“Eh ehh.. tak apa, tak apa. Aku boleh pergi sendiri.” Pangkah Damia. Aku pergi tandas aje kot. Tu pon nak berteman jugak ke?

Sure?” Tanya June lagi.

Double sure. Macamlah aku tak pernah pergi tandas sensorang.” Damia terus melangkah ke belakang ballroom ni. Sesekali mata pandang ke papan tanda.

Lepas dia dah siap semuanya. Dia melangkah keluar. Masuk ke ballroom dan mencari tempat kawannya tunggu tadi. Tapi puaslah jugak dia keliling tempat tu sampai dah boleh hafal kat mana pelamin, kat mana meja, kat mana kerusi.. err, abaikan.

Dia tetap tak jumpa kawan-kawannya. Mengeluh lagi Damia kat situ. Apalah nasib aku hari ni? Mana kawan-kawan aku ni pergi? Sanggup berbahagia sedangkan aku menderita ditinggalkan kat sini.

“Damia!”

Damia toleh ke belakang bila dengar namanya dipanggil. Terus tersenyum dia. Mesti June! Oh kawan-kawanku. Kau ingat aku lagi rupanya. Ingatkan dah berbahagia terus tinggalkan aku. Tapi tekaan aku melencong jauh sekali. Alahai.. drama sungguhlah!

Tapi senyuman dia mati. Bukan June seperti yang dia sangka-sangkakan. Yang dia nampak hanya pasangan tadi. Mata Damia lebih terarah pada si lelaki walaupun si perempuan yang terlebih teruja panggil dia.

Damia nampak wajah lelaki tu berubah riak. Langkahnya semakin perlahan. Tapi disebabkan perempuan tu yang tarik lengannya, terpaksa dia berjalan senada dengan perempuan tu. Pasangan tu berhenti betul dihadapan Damia.

“Kau pun ada kat sini jugak?” Tanya Aida.

“Mestilah. Ika yang jemput aku. Erm, kau tak cakap pun kau dijemput sekali? Kalau tak, boleh pergi saing.” Wajah dimaniskan. Senyum, Mia. Senyum..

Damia nampak Aida senyum. Senyuman yang susah nak tafsir macam mana punya bahagia dia sekarang ni. Hmm.. baguslah kalau kau bahagia. Tapi Aida.. kau bahagia melalui cara yang salah. Kau bahagia di atas penderitaan aku. Hurm.. susah betul ada suami yang kacak ni. Bukan aje kacak, disenangi ramai dan popular pulak tu. Terpaksa berkongsi dengan semua orang meskipun diri ini tidak merelakan.

“Mia..” Aida menarik Damia menjauhi lelaki itu. Damia yang terpinga-pinga hanya mengikut. Apa pulaklah kali ni?

“Aku happy sangat hari ni.”

“Kenapa kau happy sesangat? Hari ni birthday kau ke?” Baru nak wish.

“Eh taklah. Aku happy sebab Is sudi teman aku datang sini.”

Damia kerut dahi. Iskandar sudi teman dia datang sini pun dah seronok tahap tak hengad? Hey, Iskandar tidur sekatil dengan dia, dia tak rasa apa-apa pun. Err.. okay aku tipu. Memang happy sesangat sebab dapat tidur dengan orang yang kita cinta plus sayang. Hohoo

“Macam mana Is boleh sudi teman kau?” Terpanggil dia untuk bertanya.

“Haritu. Is tak sengaja tertumpahkan air dia kena kat aku. And then, dia cakap dia sanggup buat apa saje asalkan aku boleh maafkan dia.”

“And sebagai balasan, kau suruh dia jadi partner kau hari ni?” Tebak Damia.

Hatinya sekarang ni rasa.. sakit? Ha maybe. Sebab, sampai hati Iskandar tak beritahu dia semua benda ni. Dan patutlah haritu masa study group, Aida datang lambat and dia nampak hujung baju perempuan tu basah. Jadi, sebab ni ke? Oh ohh.. apakah..

“Yup.. kau betul, Mia. Sebab tu aku happy sangat hari ni.” Tangan Damia dia genggam erat. Dapat Damia rasa kebahagiaan perempuan dihadapannya ni melalui cara genggaman tangannya.

“Kau pernah tak sekali tanya Is, dia dah ada yang punya ke?” Spontan Damia bersuara. Seriously, dia tak sedar apa yang dia cakap sekarang ni. Hmm macam nilah kot jadinya bila bersuara  dalam keadaan hati yang terseksa?

Speecheless.. betul ke aku eja tu? Hahaa.. abaikan.

Itulah apa yang Aida rasa sekarang ni. Betul juga apa yang Damia cakap. Pernah ke sekali aku tanya Is yang dia dah berpunya ke? Jawapannya, tak pernah! Sebab apa, sebab aku terlalu mengejarnya. Sampaikan aku terlupa. Mungkin aku dah menyakiti hati dan perasaan sesama kaumnya.

“Ah! Anggap aje aku tak pernah cakap benda tu. Okaylah, aku nak gerak dah.”

Damia melangkah setapak tapi dia berhenti kembali. “Oh ya. Kalau kau jumpe June dengan Ika, cakap aku dah balik dah. Ada urgent. Bye!”

Dan.. Damia terus melangkah. Pandangan Iskandar, dia terus abaikan. Buat-buat tak nampak. Uhukk.. hatinya cukup sakit sekarang ni. Dan dia perlukan sesuatu untuk pulihkan hatinya kembali.

****
Dari duduk, Iskandar berdiri. Kemudian dia duduk kembali. Jarum jam yang berdetik dia pandang buat kali yang ke.. entahlah. Dia rasa jam tu pun dah muak tengok muka dia. Kepalanya digosok kuat. Terus hancur rambut landaknya.

Fikirannya kusut. Kusut sesangat. Dah empat jam dia tunggu isterinya pulang. Tapi sampai sekarang, bukan aje batang hidung isterinya, bayang Damia pun dia tak nampak. Manalah sayang aku pergi ni?

Telefon ditangan dibuka kekuncinya. Sekali lagi dia hubungi telefon Damia, tapi sekali lagi juga dia hampa. Damia matikan telefonnya. Rasa nak jerit aje sekarang ni!

Gigi diketap kuat. Tadi masa di perkahwinan abang Zulaikha, Iskandar nampak pandangan Damia. Tajam pandangnya. Tapi apa boleh dia buat? Nak tinggalkan Aida dan terangkan segalanya pada Damia?

No! Dia takkan bongkarkan segalanya selagi belum sampai masanya. Tapi bila difikir-fikirkan balik kan, dia tertanya juga, kenapa dia menyimpan perkara ni? Untuk apa?

Sejujurnya, dia tiada sebab kenapa dia nak sangat-sangat simpan berita pernikahannya dengan Damia pada semua orang. Biarlah ahli keluarga mereka aje yang tahu. Dia pun tak tahu kenapa dia perlu sembunyikan?

Apakah mungkin sebab dia tak nak crushnya yang lain dah tawar hati dengan dia kalau dia bongkarkan berita tu?

Kalau itulah sebabnya, dia rasa diri dia bodoh sangat. Sebab sanggup fikirkan hati dan perasaan perempuan lain melebihi hati dan perasaan isteri tercintanya. Lelaki jenis apa aku ni?

Telefon bimbit yang berdering melenyapkan lamunannya. Pantas dijawab panggilan dari Zulaikha.

“Kau kenapa telefon aku?” Tanya Zulaikha dihujung talian. Suara mamai yang kedengaran itu buatkan Iskandar tahu yang perempuan tu baru bangkit dari tidur.

“Err bukan apa. Aku just nak tanya, kau tahu tak Mia kat mana?”

“Aik.. apsal kau tanya?” Pelik. Tetiba kacau aku tidur dan semata-mata nak tanya Mia kat mana? Dah malam macam ni duk sibuk tanya mana anak dara orang pergi? Apalah Is ni.

“Tak adalah. Aku ada benda penting nak beritahu dia ni. Dah call tapi dia off phone.” Jawaban yang diberikan Iskandar, buatkan Zulaikha mengangguk. Ingatkan Iskandar dengan Damia ada hubungan apa-apalah tadi. Sampai sanggup lelaki tu cari perempuan tu malam-malam buta macam ni. Rupanya sebab lain. Itulah, husnudzon tu penting!

“Aku pun tak tahulah, Is. Tadi pun dia pakai main blah aje. Aku pun tak tahu dia kat mana.”

“Ohh sokaylah. Tapi nanti kalau kau ada jumpa Mia, beritahu aku ASAP ek.”

“Okay, bro.”

Talian tamat.

Iskandar makin tak habis fikir. Mana Damia pergi? Where are you, dear? Jangan buat saya gila boleh tak?

Jarinya tiba-tiba dipetik. Otaknya terlakar wajah seseorang. Mungkin orang tu boleh tolong aku. Pantas nombor orang itu didail. Iskandar menunggu orang itu menjawab panggilannya.

*****
Darwish pandang adiknya bila telefonnya berdering. Dan nama yang tertera buatkan dia jongket kening pada adiknya. Damia turut sama pandang skrin telefon alongnya. Mengeluh dia bila lihat nama tu.

“Kalau along beritahu Mia ada kat sini, I’ll kill you for sure.” Damia terus angkat kaki dari situ. Ruang tamu dia hampiri.

Lepas aje dia blah tanpa pamitan dari hotel siang tadi, terus dia singgah ke sini. Bukan singgahlah kan kalau dia dah rancang nak duduk kat rumah along ni dalam dua tiga hari? Memang kat sini ajelah yang Mia rasa selamat nak menumpang. Nak balik rumah ibu? Hahaa.. memang taklah! Mahunya dia dihantar balik oleh ayah. Macam dia tak tahu sangat perangai ibu dengan ayah.

Damia duduk di sofa dan bermain dengan si kecil Iqmal. Iqmal yang baru berusia setahun sebulan itu ketawa kecil bila digeletek oleh mak ngahnya.

Lepastu dia nampak along turut duduk disisinya. Wajah lelaki itu kelat buatkan Damia rasa sesuatu.

“Along beritahu jugak ke?” Soalnya. Ni kalau along beritahu Iskandar yang dia ada kat sini. Memang dia tak mengaku yang along ni abangnya. Muktamad sungguhlah keputusannya kali ni.

“Adik gaduh dengan Is ke?”

Damia mengeluh. “Itu bukan jawapan.” Iqmal diserahkan pada ibunya. Nampak aje Kak Hajar bawa mangkuk kecil, terus berlari budak kecil tu. Macam tahu-tahu aje yang dalam mangkuk tu makanan kesukaan dia. Mana tahu sekali makanan kucing ke, macam mana? Tapi.. rumah along mana ada kucing!

Don’t worrylah. Along tak kasitahu suami tercinta adik tu yang bini dia ada kat sini.” Beritahu Darwish akhirnya.

Damia senyum. Baguslah. Ini yang sayang along lebih ni.

“Hah.. along tanya tadi, bila nak jawab?”

“Orang tak gaduh dengan dialah.”

“Memanglah orang tak gaduh dengan Is. Yang gaduh dengan Is kan, adik.”

“Along!” Sebuah cubitan hinggap dipeha. “Orang serius ni. Err I mean, adik serius.”

“Dah tu kalau tak gaduh?”

“Dia sakitkan hati adiklah, long. Dia sanggup tak nak keluar dengan adik semata-mata nak keluar dengan orang lain. Sini adik ni..” Ditunjuk ke dadanya. “Kat sini sakit sangat.”

Darwish merapati adiknya. Tubuh genit itu ditarik dalam pelukan. Digosok kepala adiknya. “Sabar keyh sayang. Mesti dia buat bersebab kan?”

“A’ah. Sebab dia, dia nak balas balik kesalahan yang dia buat dekat perempuan tu.”

“Hah tu.. tahu pulak.”

“Mana taknya. Tadi, dengan mata kepala adik sendiri, adik nampak dia bukan main sweet dengan perempuan tu. Padahal dulu, dia yang nafikan yang tak suka langsung kat perempuan tu. Apa benda semua tu?”

“Adik..” Pelukan dia eratkan lagi. “Let it all out. Lepaskan semuanya. I know, Is hurt you so badly. Lepaskan apa yang adik pendam dan rasa sekarang, please.

Damia terus menangis dipelukan alongnya. Dia sayang along. Along dengan ayah antara lelaki yang tak pernah buat dia kecewa. Walaupun mereka dah ada keluarga sendiri, tapi dia orang tak pernah buat Mia kecewa macam sekarang ni.



Is.. apa yang kau dah buat dengan adik aku?

Tuesday, October 07, 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 3]


Part 1 Part 2 



Senyuman terukir dibibir saat melihat lelaki yang berjalan bertentangan dihadapanku. Segak berT-shirt merah jambu berseluar jean hitam. Perlahan kaki melangkah ke arahnya. Makin bertambah melebar senyuman dibibir saat melihat lelaki itu mengenyitkan matanya. Ishh,, makin lama aku kat sini makin cairlah jawabnya. Kenapalah lelaki ni handsome sangat hari ni?

“Mia..”

Langkah terhenti. Toleh ke sisi kanan bila ada seseorang memanggil diri ini. Walaupun kecewa sebab tak boleh nak teruskan langkah ke arah lelaki itu, tapi aku tetap tersenyum. Senyum kan awet muda.

Yes I am?

“Nak tanya, ni macam mana nak buat? Aku susah nak fahamlah pasal benda ni.”

June menyuakan sebuah buku berkaitan perubatan pada Damia. Tanpa menunggu lama, Damia terus memberikan jalan penyelesaian akan masalah yang dihadapi June. Dalam hati berharap semoga June faham akan jalan pintas yang diberikannya.

Thanks Mia. Patutlah semua orang selalu cari kau kalau ada kerja pasal medic ni. Jalan penyelesaian kau senang giler nak faham.”

Damia hanya tersenyum. Ehh iye ke jalan penyelesaian aku senang faham? Tetiba rasa bangga pulak.. huhuu

Damia pandang depan. Mahu cari lelaki tadi. Tapi.. elok-elok air mukanya bahagia, terus berubah kelat bila lihat adegan dihadapannya. Sentap tangkai hatinya. Bagai dicarik-carik dengan duri tajam.

Warghhh.. nak menangis sekarang ni jugak! Tak guna punya perempuan, laki aku jugak yang kau nak kebas. Apa tak ada lelaki lain ke dalam universiti ni?

Tapi.. inilah akibat yang terpaksa aku terima atas keputusan aku sendiri. Jadi terimalah Damia.
Dia pandang lelaki tadi yang berdiri bersama seorang perempuan disebelahnya. Nampak mesra sesangat sampaikan.. sampaikan.. huh.

Dia terus pusingkan tubuhnya ke belakang. Nampaknya, kena balik seorang dirilah hari ni. Baru ingat nak ajak lelaki tadi singgah rumah ibu sekejap. Dah lama tak jumpa ibu. Hurmm.. tak ada rezekilah tu nak jumpa ibu hari ni.






Makan Malam dihidangkan cantik di atas meja. Semuanya cantiklah malam ni, cuma wajah isterinya sahaja yang tiada seri malam ni. Dari tadi lagi dia perasan, isterinya tidak banyak bercakap seperti kebiasaannya. Selalunya, ada sahaja yang dia akan cakap. Benda yang tak patut dicakapkan pun dia akan cakap. Pelik-peliklah isteri aku ni.

Tapi yang pelik tu jugak yang aku suka. Yang pelik tu jugak yang jadi isteri aku. Yang pelik tu jugaklah yang aku cinta sepenuh hati.

Tersenyum bibirnya bila mengingati pertemuan pertama mereka. Mula dari pertemuan pertama itulah dia sudah tangkap cintan dengan isterinya. Kata orang tua, pergi sekolah untuk menuntut ilmu, bukan pergi cari kekasih. Tapi dia.. hahaa

Mohon jangan ikut perangainya yang ini yer kawan-kawan.

“Awak.. jom makan.” Suara yang hampir setiap hari pasti dirinduinya memecahkan lamunan pendeknya.

Iskandar pandang isterinya yang sudah mengambil tempat di meja makan. Sedang menuangkan air ke dalam gelas. Ini mesti ada apa-apa ni. Mesti ada something wrong somewhere ni. Pasai apa tau ea.. pasai nama panggilan yang dia panggil aku tadi adalah saya, bukan boboy macam biasa.

Perlahan mengeluh. Siapa pula yang crush on me kali ni?

Dengan lemah, dia bangkit. Berjalan menuju ke meja makan. Tempat biasa dia duduk. Dibetulkan kedudukannya. Kemudian, pandang isterinya yang menghulurkan mangkuk air cuci tangan padanya.
Mengeluh.

“Ini kenapa ni?” Tanyaku lembut. Huluran mangkuk itu dihiraukan. Masalah sekarang ni perlu diselesaikan. Makan tak basuh tangan pon boleh kan? Apa.. apa.. pakai sudulah!

Terdengar isterinya mengeluh. Matanya hanya pandang perlakuan isterinya sambil terjungkit kening.

Damia malas mahu bersuara. Penat dah kot rasanya nak bersuara. Jadinya, dia mencapai tangan kanan suaminya. Direndamkan sekejap dalam mangkuk yang berisi air paip. Kemudian jemari itu direnjiskan. Sebelum meletakkan kembali tangan kanan itu di atas meja. Mangkuk tadi diletakkan kembali ke tempatnya.

Doa makan di baca dalam hati. Kemudian, terus menjamah makanan yang terhidang di atas meja. Langsung menghiraukan pandangan mata si arjuna.






DAMIA meraup wajahnya. Rambutnya yang mengerbang ditiup angin malam dibetulkan. Susah betul ada rambut panjang ni. Buat sesak kepala ajelah! Ikutkan dirinya, memang dah lama dia potong pendek rambutnya. Rambut ini dibelanya semenjak dia di tingkatan satu lagi. Hah kiralah berapa lama rambut ni dia bela.

Tapi bila memikirkan.. mendengarkan arahan yang diberikan suaminya, terus dia mengeluh. Kata Iskandar, selagi dia menjadi isteri lelaki itu, jangan sesekali potong rambut. Ditambahnya, dia tak izinkan!
Huhuu.. kejam giler laki aku!

Tapi seriously, dia rimas giler dengan rambutnya sekarang ni. Pernah jugak sekali tu, kadang-kadang dia takut dengan rambutnya sendiri. Iyelah. Siapa yang tak takut dengan rambut yang panjangnya melebihi punggung, kan?

Damia menoleh ke sisi kirinya bila ternampak seseorang berdiri di sebelahnya. Nak masuk dalam ke atau nak terus berdiri kat sini?

Aren't you supposed to say something?

“Huh?” Damia blur walaupun dia faham maksudnya.

“Ada benda yang boboy tak tahu ke?”

Damia jungkit bahu. “Tak ada.”

Please..” Suara dah berubah. Kenapalah perempuan ni kalau nak merajuk, begitu sukar untuk dipujuk? “Beritahu boboy. Tak sukalah macam ni.”

Damia mengeluh. Dia pusingkan tubuhnya. Pandang Iskandar. “Tak ada apa.. betul.”

“Okay, kalau betullah tak ada apa-apa. Kenapa sejak kita balik uni tadi sampai sekarang, baby asyik diam aje. Tak banyak cakap. Macam selalu.”

“Entah. Tetibe rasa macam malas nak cakap. Tak salah, kan?” Dia pandang ke depan semula. Pemandangan malam malam ni memang cantik. Ditemani keindahan cahaya bulan dan bintang. Dari tempatnya berdiri di balkoni ni, dah boleh nampak lampu lip-lap di dada langit. Menandakan, ada kapal terbang yang melepasi dada langit kawasan tempat tinggalnya ni.

Entah bilalah dia dapat naik kapal terbang lagi. Kali terakhir dia naik, masa becuti dengan keluarga di Sydney. Masa tu dia belum lagi bernikah dengan Iskandar. Dah lama dah.

Pernah juga sekali tu dia bertanya pada Iskandar, bilakah mereka akan menaiki kapal terbang bersama-sama. Tapi jawapan yang diberikan Iskandar, sangat melemahkan semangatnya yang mahu menaiki kapal terbang.

Kata Iskandar, dia takut mahu menaiki kapal terbang selepas apa yang berlaku dengan MH370 dan MH17. Katanya lagi, dia takut kalau-kalau perkara itu akan berlaku pada dirinya dan orang yang dia sayangi.

Selepas mendengar jawapan dari suaminya, Damia terus melenting. Mana tidaknya, semangatnya yang berkobar-kobar tu, terus hancur lebur bila suaminya sendiri cakap macam tu. Dan Damia membalas,

“Benda tu takkan berlaku kat kita, selagi kita bergantung harap pada Allah. Selagi kita percaya pada Allah. Kun fayakun. Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Dan masa tu, takkan ada satu orang manusia dan makhluk pun yang boleh membantah!”

Lepas Damia cakap macam tu, terus dia merajuk seminggu. Tak nak bercakap dengan Iskandar waima bermesej dengan dia sekalipun! Hahaa.. kejam tak aku.

“Ishh.. ini tak suka ni. Macam tengah cakap dengan tembok.” Suara Iskandar, menghancurkan lamunan Damia.

Damia mendongak pandang suaminya. Tersenyum.. sebenarnya, dia tak nak cakap dengan suaminya malam ni sebab dia cemburu. Iyelah, cemburu bila ada mana-mana perempuan yang terlebih dekat dengan suaminya, melebihi dirinya sendiri.

Mentang-mentanglah laki aku Lelaki Paling Popular kat universiti, semuanya nak serbu dia. Hey, lepasi aku dululah!