"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, June 29, 2015

Truth or Dare -35-



Fawwaz sandarkan kepalanya dikepala katil. Tangannya diletak belakang kepala. Matanya ralit pandang isterinya yang meniarap di sebelahnya sambil menghadap skrin komputer ribanya. Dari skrin yang dapat dilihatnya, gadisnya itu sedang memeriksa emelnya. Tengah tunggu emel pentinglah tu kot. Sesekali tangan Fawwaz bermain-main dengan hujung jemari kaki isterinya. Semakin lama, tangannya sampai di tapak kaki isterinya dan bermain-main disitu.

            “Gelilah..” Rengek Aireen kegelian. Dia memang pantang kalau orang sentuh tapak kakinya. Gelinya ya ampun. Sampai tahap nak tendang orang.

            Fawwaz mengeluh. Tak hirau dengan rengekan isterinya. Tangannya masih terus disitu. Fikirannya dah melayang ke tempat lain. Dan dia hanya tersedar bila rasa pipinya disentuh dengan satu benda sejuk. Dia menoleh.

            Nampak Aireen tengah pandangnya pelik sambil tangan wanita itu menyentuh pipinya. Tangan diakah yang sejuk? “Apsal sejuk sangat tangan ni?” Soalnya tanpa sedar.

            Aireen jungkit kening. “Kat luar hujan kan, tambah dengan aircond lagi. Mana tak sejuk.” Aih, takkan lelaki ni tak perasan yang tangannya memang akan sejuk kalau hujan? Ke memang dia tak perasan langsung?

            “Ingatkan nak mati dah,”

            “Hey!” Laju tangan Aireen cubit pipi tu. Sedap dia aje cakap macam tu. Memang mengharap aku mati awal ke apa ni?

            “Aduh.. Sakitlah.” Fawwaz gosok pipinya. Sebagai balasan, dia jentik hidung isterinya perlahan.

            Aireen gosok hidungnya. Lelaki ni memang suka kan jentik hidungnya. Hidung tak bersalahlah. Pergi pukul hidung buat apa? Aireen pandang suaminya yang mengeluh tu. Pelik juga dia bila suaminya malam ni tidur lewat. Selalunya masa-masa macam inilah suaminya ni dah tidur. Dia duduk disebelah Fawwaz. Rapat sampai bahu mereka bersentuh. “Kenapa ni?” Soalnya prihatin.

            Fawwaz tidak menjawab. Dia letak tangannya dibahu kiri isterinya sebelum dibawa dekat dengan dadanya. Kepala Aireen dilentokkan dibahunya. Rambut Aireen diusap sebelum dikucup perlahan. Haruman syampu dirambut isterinya menaikkan nafsunya pada isteri. Tambah dengan hujan lagi diluar rumah.

            “Kenapa ni, hmm?” Soal Aireen lagi sekali dengan nada yang sangat lembut. Walaupun dia pelik sangat dengan perangai suaminya malam ni. Mesti ada apa-apa ni. Kalau tak, Fawwaz takkan berkelakuan macam ni.

            “I don't know. But I can see through his eyes..” Jeda. Dipandang wajah isterinya. “Dia masih cintakan you.” Sambung Fawwaz berbisik.

            Aireen mendongak. Apa maksud lelaki ni? “Siapa?” Mata siapa yang Fawwaz nampak? Ada orang cintakan diakah? Siapa?

            Fawwaz mengeluh. “Hakim?”

            Aireen gelak. Fawwaz pandang isterinya. Mata mereka bersatu. “Kenapa gelak?” Soal Fawwaz tak puas hati. Bukan main payah dia nak cerita benda ni, isterinya boleh bagi tindak balas dengan, gelak? Huh, sangat tak memuaskan.

            Aireen jongket bahu. “Mengarutlah.” Senyum.

            “Ai..” Fawwaz peluk tubuh tu. “I lelaki. Dari pandangan dia, I tahu yang dia masih cintakan you. Cara lelaki pandang perempuan yang dia cintai, dengan pandangan lelaki pada perempuan yang dianggap kawan, sangat berbeza. Tahu?”

            Aireen diam. Lama dia pandang suaminya. Betul juga apa yang dibilang suaminya ini. Lelaki mesti tahu cara pandangan lelaki lain pada perempuan yang dicintainya. “But..

            “Apa perasaan you pada dia?” Fawwaz potong ayat isterinya dengan soalannya yang mengejut itu.

            Aireen pantas duduk tegak sembilan puluh darjah. Dia pandang suaminya. “Soalan apa ni?” Mati tingkahnya saat itu. Sangat terkejut dengan pertanyaan dari Fawwaz. Dia tanya apa perasaan aku pada Hakim? Gila apa. Mestilah hanya sebagai kawan! Dan tak lebih dari itu.

            Fawwaz mengeluh sebelum meraup wajahnya. “Just ignore it,” Dia pejam mata beberapa saat sebelum kembali dibuka. “Anggap aje yang I tak pernah tanya soalan macam tu.” Tambahnya lagi kemudiannya.

            “Fawwaz..” Panggil Aireen perlahan bila nampak suaminya sudah mahu menarik selimutnya. Nak tidur. Aireen tak kira. Benda macam ni, tak baik dilepaskan macam tu aje. Mesti selesaikan saat ini juga.

            “Enough, Aireen. Just sleep.” Dia rebahkan kepalanya dibantal. Kesal mula muncul dalam diri. Macam mana dia boleh terlepas cakap tanya soalan macam tu? Arghh! Padah bila terlalu cemburu.

            “Izzat Fawwaz..” Panggilnya lagi sekali.

            Fawwaz terkedu. Bila Aireen dah panggil nama penuhnya. Mana bisa dia lari lagi. “Apa dia, huh?” Mata kembali dibuka. Mata hitam pekatnya beradu dengan mata coklat hazel Aireen. Melalui mata itu, tahulah Fawwaz yang isterinya mahu tahu tentang sesuatu.

            Sesuatu seperti,

            “Kenapa you mesti menyamar jadi Izzat untuk pinang I, bukan Fawwaz?” Akhirnya, terluah juga apa yang menjadi tanda tanyanya selama ini. Kalau bukan dari Angah, memang sampai bila-bila dia takkan tahu yang Izzat sebenarnya adalah Fawwaz.

            Dan pertanyaannya ini sangat menyimpang jauh dari topik perbincangan mereka tadi. Biarlah. Asal tiada lagi nama Hakim disaat-saat begini.

            Fawwaz terduduk. Terkejut dia lepas dengar. “Ma.. Mana you tahu pasal tu?” Bola matanya bergera-gerak pandang bola mata isterinya. Terkejut. Amat. Sebab setahunya, dia dah suruh yang lain rahsiakan perihal itu dari Aireen.

            Aireen senyum. “Jadi betullah? Kenapa?” Dia jongket kening.

            “I nak tidur. Mengantuk.” Fawwaz kembali rebahkan tubuhnya. Dia tiada jawapan untuk soalan tu. Dan dia sendiri pun tak tahu kenapa dia buat macam tu. Serius.

            “Fawwaz, please..” Aireen tahan tubuh suaminya dari rebah ke tilam. “Beritahu I kenapa you buat macam tu.” Lengan Fawwaz dipegangnya lembut.

            “I.. I tak ada jawapan untuk itu.” Jujur.

            Aireen angguk. Baik. Kalau lelaki ni masih tidak mahu memberitahu penyebab kenapa dia menyamar. Lagi satu soalan, “Last sem, Nis beritahu yang you dengan Kim bergaduh pasal I. Is it true?” Yeah, walaupun penerimaannya pada masa tu sangat menghampakan Nisa.

            Fawwaz senyum. Dia pandang jam. Dah dekat satu pagi. Dan mengikut firasatnya, isterinya ini mahu tahu tentang segalanya. Okay, dia pun malas dah nak berahsia. Penat. Lantas dia angguk.

            Tubuhnya disandarkan di kepala katil seperti tadi. “Actually, I know everything about you.” Pernyataan itu memeranjatkan Aireen yang mendengar. Dia pandang suaminya tak percaya. Dia tahu semuanya pasal aku?

            “No jokes.” Sambung Fawwaz lagi.

            Aireen pejam mata. Tak mungkin Fawwaz tahu segalanya pasal dia. Tak mungkin. Ilham dengan Nisa dah berjanji dengannya. Dan dia cukup lebih dari pasti yang dua manusia itu akan berpegang dengan janji mereka.

            “I tahu dari awal yang Kim memang sukakan you. Bukan I aje, lelaki yang lain pun tahu.” Fawwaz buka cerita satu per satu. Memang malam ni dia akan ceritakan semuanya pada Aireen.

            “Bila I dengan Ham dapat tahu pasal tu, kitaorang terkejut. Sebab I ada pesaing,” Dia sentuh dagu Aireen supaya pandangnya. “Untuk dapatkan you.” Sambungnya.

            Aireen makin bertambah-tambah terkejut. Apa maksud lelaki ni?

            “Yeah I know, I am so annoying. Selalu sakitkan hati you dengan setiap ayat yang keluar dari bibir I. Selalu buat you rasa menyampah. Dan banyak lagi.” Dia berjeda. “I tahu sepanjang kita kahwin ni, I tak pernah say that I love you. I.. Langsung. I malu mungkin. Segan.” Dia gelak. “Tapi I nak you tahu sekarang, even I didn’t say those word, I nak you tahu yang  I am really fall in love with you. Sejak kali pertama kita jumpa.” Jujur Fawwaz.

            Aireen tergamam. Dia tak salah dengar, kan? Jadi selama ni..

            “Yes.” Fawwaz angguk. “You tak bertepuk sebelah tangan.” Senyum. Pipi Aireen dielusnya penuh kasih. Dahi isterinya dicium.

            “Mana you tahu yang I.. I suka you?” Tanya Aireen lepas hanya biarkan suaminya bersuara. Rasa dihatinya bercampur. Suka, gembira. Tidak disangka yang perasaannya selama ni berbalas. “I tak pernah mention nama you pun.” Dan dia cukup pasti akan hal itu.

            Fawwaz senyum. Agak-agak kalau beritahu Aireen siapa dalang dibalik semua ni, dia melenting tak? “Your bestfriend.

            Aireen mendongak. “Nis?!” Dan anggukan dari Fawwaz buatkan dia rasa nak serang Nisa malam ni juga. Tak terjangka dia yang Nisa akan mungkiri janjinya. Huh, teruk betul perempuan tu. Janji melayu betul.

            “Ingat tak masa kita kat Pulau Perhentian tu? Malam masa kita buat barbeku?” Tanya Fawwaz. Rambut panjang Aireen dirapikan.

            “Hmm.. Kenapa?” Dia ingat. Malam yang dia beritahu Nisa dan Ilham pasal permainan Truth or Dare antara dia dan Fawwaz. Yang menjadi punca kenapa mereka jadi suami isteri.

            “Kan you dengan Nisa jenjalan. You cerita segalanya pada Nis. Kan?”

            Aireen angguk. Tapi..

            “I ada kat sana masa tu. Dan I dengar semuanya. Dari A sampai Z.” Jujurnya lagi.

            Aireen terkejut, lagi. “Ke.. Kenapa I tak tahu? Ilham?”

            “I dengan Ham masa tu, sampai Ham keluar dari bawah pokok pergi pada kauorang. Dan I masih ada kat situ. Sampailah kauorang balik semula ke tempat barbeku tu.” Ceritanya. Dia tak kisah kalau dituduh pasang telinga oleh isterinya. Kalau bukan sebab Ilham yang ajaknya malam tu jadi telinga lintah sekejap, pasti sampai bila-bila dia takkan tahu kebenaran yang satu ini.

            “Jadi selama ni you..” Ayat Aireen mati. “Jadi masa you tanya I siapa perempuan tu, and you ask me to keep believe you,,” Ayat Aireen tunggang-langgang. Fawwaz dah gelak dengan ayat isterinya. Lantas satu ciuman hinggap dibibir isterinya.

            Dan perbuatan Fawwaz itu, mendiamkan Aireen yang bersuara. Matanya membulat pandang suaminya. “Apa ni?” Dia melenting. Sangat tak suka bila orang buat sesuatu tanpa keizinannya walaupun dia tahu, suaminya berhak buat apa sahaja padanya.

            “A kiss.” Jawab Fawwaz selamba. Dia senyum nakal sambil bermain-main dengan bibir Aireen yang kemerahan. Sekali lagi Fawwaz dekatkan wajahnya dengan wajah Aireen. Mahu mengulangi perbuatannya tadi.

            Aireen berpaling dan bibir Fawwaz melekat pada pipinya. “Why, huh?” Tanya Fawwaz. Sesungguhnya, Aireen dah buat dia frust.

            “I tak habis tanya lagi. You jangan nak ubah topik eh melencong tempat lain.” Aireen cekak pinggang. Ni kenapa terlebih nakal pula malam ni? Ada sesuatu masuk dalam badan dia ke apa?

            Fawwaz mengeluh. Dia lentokkan kepalanya di bahu Aireen. “Apa lagi yang you nak tanya?” Tangan Fawwaz bergerak ke barisan butang baju Aireen. Aireen yang perasan lantas menampar tangan gatal miang tu.

            “Kenapa you gaduh dengan Kim?”

            Fawwaz mendongak. Bahu Aireen dipegang. “Tak payah tahulah sebab apa.”

            “Fawwaz..” Gumam Aireen.

            “Okay fine.” Fawwaz mengalah. Dia bukannya boleh sangat kalau dengar Aireen panggil namanya dengan nada yang tangkap leleh macam tu. “You pun tahukan macam mana perasaan you bila apa yang you nak, orang lain turut sama nakkan benda tu.”

            Aireen tidak membalas sebaliknya dia tekun mendengar balasan selanjutnya dari Fawwaz. Malam ni, dia mahu tahu segalanya. Suami isteri mana ada rahsia, kan?

            “And that same goes with me. Come onlah, hati I sakit bila Kim selalu nak rapat dengan you.” Fawwaz tatap anak mata isterinya. “I ada kat sana masa Kim confess niatnya pada you.” Beritahunya tiba-tiba.

            Aireen terkelu. Sekali lagi? Fawwaz ada kat sana? “Masa dia nak ikat I jadi isteri dia tu ke?” Berani Aireen menyoal. Takut salah.

            Fawwaz angguk. “Yup. And bila sampai rumah, I ceritakan semuanya.. Perasaan I pada you, kat semua kawan lelaki kita. Kim tak boleh terima semua benda tu. Dia marah I cakap I potong line dia. Dan Ham datang backup I. Tapi Kim cakap yang Ham tipu. Bayangkan, macam mana sakitnya hati bila benda yang kita jujur, orang anggap tipu.

            “It’s hurt me so badly. Tapi I masih boleh sabar. Yang buatkan I tak boleh sabar dan I terus tumbuk dia, bila dia cakap yang dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan you termasuk ikat you dengan buat something bad to you. Dan dia cakap juga, kalau dia tak dapat you, I pun tak boleh nak dapatkan you. He’s crazy!” Sambung Fawwaz penuh perasaan.

            Aireen tergamam. Hakim cakap macam tu ke? Kejamnya dia.. Selamani aku hormat dia sebagai seorang kawan, tapi niatnya pada aku,, “Tapi kenapa you masih nak kawan dengan dia?” Tanya Aireen.

            Kalau dia, dah lama dia tinggalkan kawan macam tu. Dia lagi seronok hidup tiada kawan dari mempunyai kawan seperti itu. Sangat tak guna dan membuang masa ada kawan macam tu. Itu kalau dialah. Tak tahu pula orang lain macam mana.

            Fawwaz jungkit bahu. “Kitaorang semua kawan dari sekolah menengah. Baik dia I terima, buruk dia pun I kena terima juga walaupun tak pernah nak ikhlas terima segalanya.” Sengih dengan kejujurannya.

            Aireen senyum. Tak sangka, sebegini persahabatan mereka yang lelaki ini. Meskipun mereka bergaduh sampai bertumbuk hanya disebabkan seorang perempuan, persahabatan mereka masih terus terjalin sehingga hari ini. Awesome.

            Now, I pula tanya you soalan,”

            Aireen kerut dahi. Memang sekarang masa untuk Q&A ke? “Apa dia?”

            “Macam mana you boleh jatuh cinta dan sayang pada I?” Selamba dia menyoal isterinya.

            Mata Aireen membulat. Ohmaigad, soalan apa ni? “Tak jawab, tak boleh?” Tanyanya cuba main tarik tali. Malu sebenarnya bila bab hati dan perasaan dibangkitkan.

            “Nehi.

            Aireen gigit bibir. Macam mana dia nak beritahu? Ayat mesti tunggang-langgang nanti. Mesti Fawwaz ketawakan dia nanti. Hmm.. “Sebenarnya, kita pernah jumpa sebelum Nis kenalkan kita.” Dia mulakan cerita.

            Fawwaz kerut dahi. “Ada ke?” Dia cuba recall di mana titik permulaan pertemuan mereka. Dan dia hanya jumpa, saat Nisa dan Ilham yang memperkenalkan mereka di universiti. Masa tu, barulah juga hubungan Nisa dengan Ilham terjalin.

            “Ada..” Aireen angguk. Sah! Mesti lelaki ni tak ingat. Tapi lelaki ni berhak tak ingat sebab masa tu mereka tak bertegur sapa pun. Mereka juga tak bertentang mata masa tu. Dan Aireen hanya melihat lelaki itu dari jarak jauh.

            “Tak ingatlah..”

            Aireen senyum. “Ingat tak masa kita diploma. You selalu pergi Secret Recipe depan U.”

            Fawwaz angguk. Mestilah. Dah alang-alang Secret Recipe depan mata, mana boleh terlepas. Dia dengan Secret Recipe berpisah tiada, tahu? “Tapi kita kenal masa kita sambung degree, kan?”

            Aireen angguk. “Hmm.. Ada satu malam tu, I ada dekat Secret Recipe tu. Tengah makan. Seorang diri. And I nampak seorang lelaki ni, masuk Secret Recipe dengan muka yang gembira gila. Siap tayang lesung pipit lagi kat pipi dia.” Aireen pandang Fawwaz. Nak tengok apa reaksi suaminya. Nampak Fawwaz tekun mendengar. Sesekali dahi lelaki tu berkerut.

            “I lupa dia beli kek apa. Tapi lepas dia beli kek tu, makin tambah lebar senyuman kat bibir dia. Tapi senyuman tu tak lama. Sebab tiba-tiba, mata dia nampak seorang budak lelaki kecil tengah menangis kat laluan balik dalam Secret Recipe tu.

            “Dalam ramai-ramai orang yang lalu-lalang, I hanya nampak dia seorang aje yang sanggup bercangkung depan budak lelaki yang tengah nangis tu and ask what is wrong with that kid. Bila budak tu cakap yang kek yang dia beli dah jatuh sebab orang langgar, that guy sanggup bagi kek yang dia beli pada budak tu.

            “Lepas budak tu dah balik, lelaki tu kembali balik kat deretan kek dalam pameran tu. Dan nampak yang kek yang jadi faberet dia dah habis. I nampak macam mana kelatnya wajah lelaki tu berlalu pergi.” Aireen senyum. Nasib baiklah ingatannya masih kuat lagi.

            Dia tambah lagi kemudiannya, “And start from there, I fall in love with that guy.” Dia sudahkan ceritanya. Jatuh cinta kerana baiknya hati lelaki itu pada budak-budak. Sanggup berikat perut semata-mata nak beri orang apa yang dia punya. Sanggup kecewa dari melihat kekecewaan orang lain.

            Fawwaz pandang isterinya tak percaya. “That guy pakai baju apa malam tu?” Soalnya.

            Aireen senyum dan berfikir. “Kalau I tak silap, dia pakai sweater yang ada hoodie dan jeans kaler hitam.” Balas Aireen lagi. Kalau dia tak silaplah. Sebab kejadian tu dah lama berlalu. Masa umur mereka awal dua puluhan lagi.

            Fawwaz tersenyum akhirnya. Kepalanya digelengkan tanda sukar nak percaya. “I dah lama lupa dah pasal benda tu. Iyelah, apa yang I nak jadi rezeki orang lain. Siapa tak sedih.” Tak disangkanya yang Aireen turut ada malam tu. Malam bertahun-tahun lamanya.

            “Then, kenapa you tak tegur I?”

            Aireen jongket bahu. “Tak ada sebab dan motif I nak tegur you malam tu.” Lagipun, untuk apa dia tegur Fawwaz?

            “Tegur ajelah. Atleast, cakaplah yang ‘Hai.. I dah jatuh cinta pada you.’ Or something like that ke.”


            Mata Aireen membulat. “Tak ada masa nak buat macam tu.” Lagipun dia percaya dengan namanya jodoh itu rahsia Allah.

Saturday, June 27, 2015

Truth or Dare -34-



Aireen tamatkan panggilan yang bersambung tadi. Dari Angah. Seperti kebiasaannya, pasti lelaki itu akan bertanya khabar dirinya dan Fawwaz. Ahh Angah, ini yang buat aku makin tambah sayang pada dia. Selalu ambil berat dan peduli tentang adik-beradiknya yang lain. Berbanding Along, Angah lebih matang dalam segala hal.

            Pintu yang diketuk dari luar buatkan Aireen mendongak. “Coming..” Pintu terbuka dan masuk setiausahanya dengan senyuman. Setiausahanya ini memang murah dengan senyuman. Tak kira masa, bila kena marah dengan Aireen pun dia tetap tersenyum.
            “Ada someone nak jumpa Puan Reen.” Beritahu Safura.

            Aireen kerut dahi. Setahunya, dia tak ada perjumpaan dengan sesiapa waktu sebegini. Melainkan ada mesyuarat dengan Realm Holding sekejap lagi. “Siapa?” Soalnya.

            “Saya tak tahu, tapi dia cakap dia kawan Puan Reen.”

            Aireen bermain-main dengan telefon ditangan. “Suruh dia masuk.” Arah Aireen penuh hemah. Mungkin kawan lamanya. Tapi siapa?

            “Hai..” Dan Aireen mendongak. Membulat matanya sebab terkejut. Tak disangka kawan inilah yang datang berjumpanya. Aireen bingkas berdiri. Lelaki dihadapannya ini dipandang sambil tersenyum. Lama mereka tak jumpa. Adalah dalam tiga bulan lebih macam tu. Tiga bulan pun dikira lamalah jugakkan?

            “Mana kau menghilang weh?” Tanya Aireen pada Hakim. Macam tak percaya yang dilihatnya dihadapannya ini adalah Hakim Fahmi. Aireen ajak Hakim duduk disofa duhujung bilik. Lepas arahkan Safura buatkan air untuk Hakim, dia berikan sepenuhnya perhatian pada lelaki itu.

            “Kau nampak handsome sekarang.” Berani Aireen ungkapkan pernyataan itu. Dia gelak kemudiannya. Depan Fawwaz langsung tak terucap ayat tu, tapi bila dihadapan Hakim, nah.. Macam air yang mencurah ayat tu keluar.

            Hakim gelak. “Kau pun apa kurangnya. Last jumpa, kau tak pakai tudung lagi.” Terkejut juga dia bila masuk tadi nampak Aireen mengenakan tudung. Ingatkan orang lain. Tapi bila baca balik nama yang tertera di pintu masuk tadi, dia yakin yang ini adalah Aireen Humaira.

            Aireen hanya senyum. Dia tiada balasan untuk itu. Hanya ‘alhamdulillah’ sahaja yang terluah dibibirnya. Allah dah bukakan pintu hatinya untuk pakai tudung. “Kau macam mana sekarang?” Aireen buka topik lain.

            Hakim angguk. “Macam ni lah. Tengah berusaha keras untuk majukan diri.” Dia ucapkan terima kasih pada setiausaha Aireen yang sudi sediakan air untuknya.

            “Kau kerja kat mana sekarang? Ohh before that, kau pergi mana sebelum ni?” Aireen jongket kening menyoal Hakim. Dia nak sangat tahu ke mana menghilangnya lelaki ni. Pergi dengan cara mengejut. Muncul pun sama juga. Tapi nasib baiklah masa dia nak pergi tu, dia ada ucapkan selamat tinggal pada aku.

            Hakim senyum. “Tak jauh mana. Aku stay dengan mak aku. Kerja dengan dia. Dan bila aku dapat tawaran bekerja dekat sini, so here I am.

            Aireen cekak pinggang. “UK tu tak jauh mana, kau cakap? Lepas lautan jugaklah weh.” Matanya membulat pandang Hakim. Lelaki tu hanya gelak menampakkan lesung pipit yang dalam dipipi kirinya.

            Sesekali dia angguk. UK rupanya Hakim ni menghilangkan diri. Patutlah dah tak nampak raut wajah tampannya ini di Malaysia ni. Hmm, nak dijadikan cerita. Selepas ibu bapa Hakim bercerai kurang empat tahun lepas, ibunya Hakim bernikah dengan lelaki dari UK dan terus menetap disana bersama suami barunya.

            Aireen pandang jam. “Erm, Kim.. Actuallykan, aku ada meeting jap lagi. Hmm, why not kalau malam karang kau datang rumah Ham. Dia ajak kita semua kumpul kat sana. And why not, kalau kau make them surprise dengan kemunculan semula kau ni.” Cadang Aireen.

            “Kumpul rumah Ham? Ada apa?” Berkerut dahi tu bila dapat info macam ni. Ilham hanya pasti akan beritahu sesuatu yang mengejutkan bila lelaki itu suruh mereka berkumpul. Sesuatu seperti apa eh yang Ilham nak sampaikan?

            Aireen jungkit bahunya. “Aku sendiri pun tak tahu. Tapi tadi Fa ada cakap yang diaorang nak beritahu something.” Teringat dia pada perbualan mereka tadi. Fawwaz memang macam tu. Walaupun mereka akan bersua muka dalam mesyuarat selepas ni pun, dah kalau dia dapat satu berita yang memerlukan Aireen tahu, dia pasti akan beritahu saat itu juga. Katanya dia, takut dia terlupa.

            Hakim diam bila Aireen sebut nama Fawwaz. Dia hampir-hampir lupa yang Aireen ni sudah jadi milik orang lain. Takkan boleh selamanya jadi miliknya selagi wanita ini masih terikat dengan Fawwaz.

            Perlahan dia angguk. “Bagi aku alamat dia. Nanti aku pergi.” Sebab kali terakhir mereka jumpa, sebelum Ilham bernikah dengan Nisa. Rumah Ilham yang dia tahu, hanya rumah keluarga lelaki itu sahaja.
            Aireen bangkit dan berjalan ke mejanya. Satu batang pen dan satu sticky note warna kuning diambil dari tray. Lantas alamat rumah Ilham dan Nisa dicatatnya di atas kertas kecil itu. Siap, dia hulurkan pada Hakim. “Datang tau..” Pesannya.
            Hakim angguk. Pasti.


“HMM, Ai.”

            Aireen menoleh. Tak tengok wajah pun, dia dah tahu siapa yang panggilnya. Dalam pejabat ni, siapa ajelah yang panggil dia Ai selain Along dengan Ayah? Mesti Fawwaz. Itupun kalau lelaki itu ada hal disinilah.

            “Kita lunch sesama.” Ayat tu, Aireen anggap lebih kepada suatu arahan. Lantas dia angguk kepala. “Tapi Maria ikut sekali tau, sebab dia naik I tadi. Is it okay?” Sambung Fawwaz lagi sambil menunjuk pada Maria, setiausahanya.

            “Okay. Tapi I nak ambil handbag I kejap. You tunggu kat kereta dululah. Or you nak tunggu I?” Kalau tahu awal-awal Fawwaz nak ajak makan tengahari sama-sama, pasti dia dah bawa sekali beg tangannya.

            “I tunggu dalam keretalah.” Putusnya. Aireen angguk.

            Mereka ambil tempat dalam restoran. Lepas memesan makanan, Aireen pandang Fawwaz sebelum pandangannya jatuh pada Maria. Maria, wanita yang tua dua tahun dari Aireen dan Fawwaz. Sebelum ni, Aireen pasti akan panggil Maria dengan panggilan Kak Maria, tapi lepas wanita tu larangnya memanggil kakak, Aireen terus panggilnya Maria.

            “Bila date due?” Soal Aireen. Takut juga dia bila pandang perut Maria yang membengkak tu. Katanya wanita ini, perutnya besar dari biasa sebab dia mengandungkan dua baby di dalamnya. Kembar.

            Maria senyum sambil usap perutnya. “Insya-Allah bulan depan. Doakan saya eh?” Sesekali juntaian rambutnya yang menutupi dahinya diselit belakang telinga.

            Aireen angguk. “Sure.” Dia dah boleh bayangkan yang anak setiausaha suaminya ini pasti comel-comel belaka. Yeah, walaupun dia tak tengok lagi wajah suami Maria. Tengok dari diri Maria pun dia dah tahu anak diaorang comel. Pasti.

            Aireen pandang Fawwaz tiba-tiba. Tangan Fawwaz atas meja disentuhnya. “Teka I jumpa siapa tadi?” Teringat pula dia pada Hakim.

            Fawwaz angkat kening. “Siapa? Don’t say..”

            “Mulalah tu..” Aireen potong ayat Fawwaz. Tak habis-habis dengan ayat, bekas kekasih aku sebelum ni. Tolonglah, aku tak pernah suka kat lelaki lain selain dia lah.

            Fawwaz gelak. “Dah I nampak muka you gembira gila. You juga suruh I teka yang you jumpa siapa.” Okay, jawapan yang munasabah.

            “Obvious sangat ke muka I gembira?” Soal Aireen. Mananya tak gembira. Jumpa kawan lama kot. Yeah, tak lah lama sangat. Tapi, tetap kawan. Kawan yang menghilangkan diri, dan kini dia dah kembali.

            “You jumpa siapa?”

            “Tak jumpa sebenarnya. Dia yang datang cari I kat office.” Betullah kan? Hakim yang datang jumpanya di pejabat. “I jumpa Hakim.”

            Fawwaz pandang Aireen. “Hakim? Hakim Fahmi?” Wajahnya berubah tiba-tiba.
            Aireen angguk. “I ada ajak dia datang rumah Nis malam karang.”


“SERIOUS, Nis?”

            Mata yang lain membuntang sebab terkejut. Lepastu wajah yang terkejut tu berubah ceria dengan senyuman terhias dibibir. Nampak wajah Nisa yang menunduk sebab malu dan Ilham yang tergelak. Ilham memang macam tu.

            “Cepat gila kau buat, bro.” Fawwaz yang duduk sebelah Ilham menepuk bahu lelaki itu. Tapi normallah kalau Ilham dengan Nisa yang dapat dulu sebab mereka yang bersatu dulu dari dirinya.

            Ilham gelak lagi. “Kita bukan selamanya muda weh,” Senyum. Harap yang lain faham apa maksud ayatnya.

            “Yeah, I thought kauorang nak honeymoon dulu baru ada anak.” Aireen yang dengar mencelah. Macam tak percaya yang Nisa dan Ilham akan berinya anak buah kurang lapan bulan dari sekarang.

            “Ya, mulanya memang macam tu. Tapi orang tu ha gatal sangat. Kan apa yang dirancang semua kelaut.” Itu pula balasan dari Nisa. Dia jeling Ilham yang tersengih dengan wajah memerah dia tu. Malulah tu. Sebab tu muka dah memerah.

            Yang lain gelak. Nisa kalau dia rasa nak sindir atau kenakan orang, saat tu juga dia bersuara. Tak peduli dah dengan perasaan orang. Pakai main hentam aje.

            “Orang tu yang seksi sangat,”

            “Wot wot.. Hal rumah tangga jangan dibincangkan disini.” Johan bersuara. Tahulah dah kahwin. Cubalah jangan bagi orang yang belum kahwin ni buat rasa nak cepat-cepat sangat kahwin walaupun masih duduk bawah celah ketiak mak!

            Semuanya di ruang tamu tu terdiam bila dengar orang beri salam dari luar rumah. Ilham pandang kawannya yang berkumpul tu. Bukan ke semuanya dah sampai. Siapa yang datang? Dia pandang Nisa. Nisa pandangnya lantas angkat bahunya.

            Fikri yang duduk dekat dengan tingkap rumah yang terbuka menjengah. Berdiri seorang lelaki di belakang kereta yang terpakir di laman rumah. Tapi dia tak jelas wajahnya. “Aku tak nampak muka dialah.” Beritahunya pada yang lain.

            “I think I know who,” Fawwaz bangkit. Berjalan ke pintu. Bila pandang wajah isterinya yang teruja dengan berita kehamilan Nisa ni, fikirannya teringat pada Hakim yang dijumpa isterinya siang tadi.

            “Bingo!” Ucapnya bersama senyuman. Tangan kanan diangkat pada Hakim yang terjengah-jengah di luar pagar rumah yang tertutup. “Masuklah.” Arahnya. Dia menoleh pula kemudiannya, “Kawan lama kauorang.” Ujarnya berserta senyuman.

            Yang lain pakat bangkit nak tengok siapa yang dimaksudkan Fawwaz. “Kim?!” Sama-sama terkejut. Hampir tak percaya dan sukar mahu percaya.

            Hakim tersengih. “Hai..” Lantas dia hanya membiarkan tubuhnya dipeluk kawan lelakinya.

            “Mana kau pergi?” Soal Farhan. “Menghilang tak kasitahu ke mana.” Tambahnya lagi. Semestinya, dialah orang yang paling terkesan dengan kepergian Hakim. Sebab mereka dari zaman universiti, merupakan satu course and housemate. Keakraban mereka dah macam adik-beradik walaupun dia tak suka dengan perangai Hakim yang serang Aireen sebelum ini.

            “Aku kerja dengan mak aku. Duduk sana, jaga dia.”

            “Mana kau dapat alamat rumah aku?” Tanya Ilham pelik. Sebab setahunya, orang tuanya ada urusan di luar negeri, kalau Hakim pergi sana.

            Hakim sengih. “Reen bagitahu aku siang tadi.” Sambil matanya asyik melirik pada Aireen yang tengah berbual dengan Nisa. Dan perbuatannya itu disedari Fawwaz tidak jauh dari situ.

            “Kau jumpa Reen?” Tanya Ilham terkejut. Kenapa mesti lelaki ni jumpa Aireen terlebih dahulu berbanding datang berjumpa dengan Farhan? Kan Hakim rapat dengan Farhan. Mata Ilham jatuh pada Fawwaz yang baru duduk disisinya selepas kembali dari tandas.

            “Ha’ah. Dia yang bagi aku alamat rumah kau. Thus, dia yang suruh aku datang sini malam ni. Ohh ya, katanya kau ada nak beritahu something. Apa dia?”

            “Nis pregnant.” Tiba-tiba Ilham rasa tak teruja dan tak bersemangat nak beritahu Hakim perihal tu. “Eight week.” Sambungnya lagi.

            Hakim pandang tak percaya. “Serius, bro?” Ilham angguk yakin. “Tahniah!” Dia tepuk bahu Ilham lembut.


            “Thanks.

Wednesday, June 24, 2015

Truth or Dare -33-




Matanya pandang gambar-gambar yang dijumpanya dalam laci meja. Banyak juga gambar yang dia jumpa. Penuhlah juga satu laci tu dengan kepingan gambar. Kebanyakkan gambar tu adalah gambar Fawwaz. Dari zaman dia tadika sampailah yang sekarang ni. Memang dia akui yang Fawwaz amat kacak dari kecil.

            Tapi mata Aireen lebih tertarik pada satu gambar. Gambar lelaki tu berjubah hitam. Dikepalanya tersangkut topi graduasi dan ada satu skrol pada tangannya. Tersenyum pandang kamera bersama sebelah tangannya memegang satu bahu yang berdiri di sebelahnya.

            Aireen amati seorang wanita di sebelah Fawwaz ini. Juga mengenakan jubah hitam dan bertopi graduasi di kepala. Tapi di tangannya pegang sejambak bunga besar. Aireen telan liur. Siapa perempuan ni?

            “Siapa suruh selongkar orang punya barang?” Bersama tu, kepingan gambar di tangan Aireen dirampas. Gambar tu diletakkan dalam laci tadi sebelum ditutup laci itu rapat.

            Tak sempat Aireen nak minta maaf kerana menceroboh barang kepunyaan orang lain, Fawwaz sudah menutup pintu bilik air. Kuat. Sampai terhinjut badan Aireen sebab terkejut. Dia marah ke?

            Aireen duduk atas katil bila Fawwaz keluar dari bilik air. Lelaki itu buat tak endah pada Aireen dan terus baringkan tubuhnya di sebelah Aireen. Selimut ditarik dan langsung lelapkan matanya.

            “Fawwaz..” Takut-takut Aireen bersuara. Sungguh, dia tak pernah lagi nampak lelaki ni berkelakuan macam ni. Dia, takut.

            “Just sleep.” Dingin suara tu.

            Aireen mengeluh. Lampu tidur ditutup sebelum dia tarik selimut. Dia, tak boleh nak lelap dengan suasana macam ni.


            Siapa perempuan tu? Persoalan tu kembali bermain-main dimindanya. Mungkin Ilham tahu. Dia harus berjumpa dengan lelaki tu. Ya.

Sunday, June 21, 2015

Truth or Dare -32-



Sebulan sudah hidup mereka sejurus selepas Aireen dinaikkan pangkat menjadi MD. Malam tu, Aireen menemani Fawwaz ke gelanggang futsal. Kalau bukan disebabkan esoknya rumah Fawwaz ada buat majlis, dia takkan ikut lelaki ni ke sini. Bosan okay duduk tepi gelanggang tengok yang lelaki tu kejar bola sepak dalam gol. Kalau menang dapat duit tak apalah juga.

            Esok abang Fawwaz, Fariez akan adakan majlis akikah untuk anak pertamanya yang baru dilahirkan bulan lepas. Jadi nak tak nak, terpaksalah Aireen ni tunjukkan wajah dihadapan sanak saudara sebelah Fawwaz.

            Aireen angkat wajah dari pandang skrin telefonnya bila dengar suara orang bersorak. Dia hanya pandang perjalanan kumpulan lelaki tu keluar dari gelanggang futsal. Bila pandang jam, tahulah dia yang kaum lelaki tu dah tamat main futsal.

            “Tak pernah-pernah pula bawa Reen sebelum ni. Kenapa? Kauorang ada date ke lepas ni?” Usik Ilham sekali tayang sengihannya.

            Aireen buat muka toya. Ilham kalau tak usik memang bukan Ilham lah namanya. Part-time dia aku rasa buat sesi mengusik tu. Aireen pandang sekeliling. Peratus kaum wanita ada kat sini, memang boleh dikira dengan jari. Tertanya-tanya Aireen, diaorang tak bosan ke? Aku yang baru duduk lima minit dah rasa mengantuk.

            “Dah, jom.” Ajak Fawwaz. Nanti lewat pula sampai rumah. Dah nak dekat tengah malam dah ni. Aireen bangkit.

            “Tak melantak dulu ke, bro?” Tanya Fikri yang tengah mengelap peluhnya dengan tuala ditangan. Jersi yang dia guna, jangan cakaplah. Dah lencun dengan peluh dah. Sampai boleh nampak susuk tubuh diaorang.

            Fawwaz tutup botol air mineral ditangan. “Tak kot. Dah lambat sangat ni. Nanti Mummy aku cakap apa pula kitaorang datang lambat.” Beg sukannya disangkut di bahu. “Esok datang eh.” Fawwaz ingatkan kawannya.

            “Okay..” Masing-masing angkat peace.


“ADUH!” Aireen ketuk kepalanya. Bibir bawah digigit. Macam mana aku boleh tertinggal? Aduhai.. Macam nilah jadinya kalau kemas barang dengan tergesa-gesa. Kan dah tertinggal benda paling penting tu?

            “Kenapa ni?” Datang Fawwaz dari muka pintu bilik. Terkejut juga dia bila dengar isterinya mengaduh macam tu. Siap ketuk kepala lagi.

            Aireen buka mulut nak bersuara, tapi tak sempat apa-apa lagi, dia dengar bunyi pintu diketuk. Dia pandang Fawwaz suruh buka pintu sebab dia tak sarung apa-apa untuk tutup kepala.

            Fawwaz bangkit dan berjalan ke pintu. Nampak Puan Raudhah berdiri di hadapan pintu. Dia hantar senyuman. “Yes Mummy?

            “Reen mana?” Tanya Puan Raudhah. Kepalanya menjengah ke dalam bilik. Cari menantu perempuan keduanya. Dah semua anaknya lelaki, memang kempunanlah dia nak dapat menantu lelaki pula.

            “Aik Mummy. Terus lupa Fa nampak.” Usik Fawwaz.

            Puan Raudhah senyum. Dicuit dagu anak keduanya. “Iyelah. Tengah buat sesi nak melupakan semua anak Mummylah ni.” Agak selamba dan sengih. “Ni, nak bagitahu, baju untuk dipakai esok Mummy dah iron, dah gantung dalam almari.” Sambung Puan Raudhah lagi.

            “Baju spesen ke Mummy?” Tanya Fawwaz. Dia tak tahu pula tema esok sedondon.

            “Ha’ah. Abang kamu yang nak buat macam tu.” Beritahu Puan Raudhah. “Okaylah. Mummy masuk tidur dulu.” Kaki dijengketkan untuk mencium kedua pipi anaknya. Dah memang perkara tipikal semenjak dahulu sebelum mereka masuk tidur.

            Fawwaz tutup pintu bilik lantas dikuncinya. Rumahnya ni tengah ramai orang bertandang. Entah tetiba sekali ada orang masuk buat naya kat dia, kan susah kalau pintu tak kunci.

            Dia rebahkan tubuhnya atas katil. Selimut ditarik sehingga tutup pinggangnya. Bantal ditepuk sebelum letak kepala. Suhu pendingin hawa dikurangkan. Hmm, lagi satu tabiatnya yang terpaksa diubah selepas kahwin ni. Isterinya tak tahan sejuk. Jadi suhu aircond mesti dinaikkan kalau tak nak tengok hidung isterinya tiba-tiba berdarah.

            Fawwaz kembali duduk selepas lima minit. Mana isteri aku? Tadi bukan main mengantuk sangat. Ni dah sampai rumah, kenapa tak tidur lagi? Matanya menangkap tubuh isterinya yang duduk dilantai tepi almari baju. Tengah memeluk lutut sambil sembamkan wajahnya. “Kenapa ni?” Dia menghampiri isterinya.

            Aireen mendongak. Mengeluh pula selepasnya. Pegangan Fawwaz pada tangannya hanya dipandang sepi. “I tertinggal beg baju kat rumah. Just bawa beg baju..” Dia berjeda. “..Dalam aje.” Pandangannya ditundukkan. Leher digaru.

            “Macam mana boleh tinggal? Bukan tadi dah bawa semua ke?”

            Aireen geleng. “Hmm.. Cuainya.” Dia pekup wajahnya. Nak pakai apa esok? Agak-agak kalau balik rumah ambil beg baju yang tertinggal tu, sempat tak?

            Fawwaz hembus nafas. Pelik juga dia bila isterinya cuai macam ni. Selalunya, isterinya tak macam ni. Excited sangat nak balik rumah Mummy ke caner? Silanya dibetulkan. “Sokay. Baju untuk esok, Mummy dah letak dalam almari. Lagipun, sehari ajekan kita kat sini.” Bahu isterinya ditepuk.

            Mata Aireen bersinar-sinar. Bibirnya ukir senyum. Esok dah ada penyelamat. Thanks Mummy. Tapi.. “Baju untuk malam ni? Takkan nak tidur pakai seluar jeans dengan blaus?” Tak pernah lagi dia tidur pakai pakaian yang macam ni. Buat sesak nafas ajelah.

            Fawwaz mendongak pandang syiling. Betul juga. Takkan nak tidur dengan lingerie aje? Boleh tergoda aku kalau macam tu. Tiba-tiba matanya pandang sesuatu dihujung kaki isterinya. “Takkan dalam beg tu tak ada something yang berguna?” Tanya Fawwaz.

            Aireen buka zip plastik pakaian dalamnya. Dia selongkar apa yang terkandung dalam ni. Bila dia dah padankan apa yang boleh dia gunakan untuk malam ni, dia mengeluh. Tak pernah lagi dia berpakaian seksi macam ni bila tidur. Tak apalah, sekali-sekala biar Fawwaz tenung dan tatap dirinya yang seksi-seksa malam ni. Sekaligus, boleh topup pahala untuk dia.

            Aireen keluar dari bilik air lepas dah siap bersihkan diri. Nampak suaminya dah terlelap atas katil. Lampu tidur pun dia dah tutup. Tak adalah Aireen malu sangat kalau suaminya nampak dirinya dalam terang-benderang. Dia baring atas katil. Telefonnya dicapai. Ada satu pesanan WhatsApp dari Nisa. Lepas dah baca, dia larikan jemarinya atas skrin untuk membalas kembali pesanan dari Nisa tu.

            Aireen menguap. Tak sempat dia nak tutup mulut, dia rasa ada satu tangan dah tutup mulutnya sehingga dia selesai menguap. “Lain kali tutup mulut. Nanti syaitan masuk.” Tegur Fawwaz kat sebelah.

            Aireen menjeling. Nak tutuplah tadi tu. Tak sempat nak tutup, kau dah tutup dulu. Sajelah tu cari pasal. Aireen tarik selimut sampai paras dadanya. Dia pandang kiri dan kanannya. “Alahhh.. Tak ada bantal peluk.” Gumam Aireen perlahan. Macam mana nak tidur kalau tak peluk bantal?

            Dengar Fawwaz mendengus kat sebelah. Lepastu Aireen rasa pinggangnya dipeluk. Bila dia mendongak nak pandang suaminya, tepat-tepat hujung hidungnya berlaga dengan pipi kiri Fawwaz.

            “Dah ada bantal peluk, kan?” Perlahan aje suara tu keluar. Erat pelukan Fawwaz pada pinggang isterinya. “By the way, dear. You turn me onlah.” Dia hembus nafasnya di leher jinjang isterinya.

            Jantung Aireen tak tenang lepas dengar. “Jangan nak mengada. I tengah period ni.” Aireen peluk lengan Fawwaz di perutnya. Dan ini bukan kali pertama mereka tidur serapat ni. Kadang-kadang Aireen sampai tak sedar yang dia tengah peluk Fawwaz, bukan peluk bantalnya.

            “You look so sexy.” Penuh perasaan Fawwaz bersuara. Lepastu dia cium leher isterinya. Pelukan tu makin diketatkan.


            “Fawazz!!” Aireen ketap gigi. Perut suaminya disiku. Okay, dia patut fikir banyak kali selepas ni kalau nak tidur dengan hanya bersinglet lebar bahagian dada dan berlegging.